Anda di halaman 1dari 4

Kelas Intervensi Awal

Membaca, Menulis dan


Mengira (KIA 2M&3M)
 Diwujudkan kerana pelajar gagal menguasai kemahiran asas 3M
(membaca, menulis dan mengira).
 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan mencatatkan bahawa pada
tahun 2005 sebanyak 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8
peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai 3M.
 Program ini bertujuan untuk membantu murid menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira.
 Program ini berupa pemulihan membaca yang dilaksanakan di negara
ini bagi membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran di peringkat awal iaitu menjelang umur tujuh tahun
lagi.
 Program yang bermotifkan sifar buta huruf dicetuskan bagi mencapai
taraf yang lebih baik bagi setiap individu untuk mencapai kemajuan
dunia berteknologi.
Tujuan Program
• Setelah menguasai kemahiran asas tersebut, murid-murid yang lemah
ini dapat meneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa.
• Mereka akan bersaing dengan rakan mereka bagi mencapai tahap
kompetensi yang terbaik.
• Di dalam kelas biasa ini mereka perlu dibantu oleh guru-guru mata
pelajaran dan rakan sebaya mereka bagi mengekalkan tahap
pencapaian penguasaan kemahiran asas.
• Keupayaan mereka menguasai kemahiran asas 3 M akan
mengurangkan kritikan masyarakat terhadap guru, pihak sekolah dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ujian Program KIA 2M&3M

• Program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan.


• Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah.
Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian
penapisan.
• Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-
murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran
membaca, menulis dan mengira.
• Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang
gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.