Anda di halaman 1dari 19

TAJUK: BUDAYA

HEDONISME

TABITHAL JEBASHEELA A/P RAYER


6B KEMPAS
SOALAN STPM 2017
( PENGGAL 1)

SOALAN:
Kebelakangan ini, segelintir golongan muda
didapati lebih mengutamakan budaya hedonisme
(berseronok). Langkah tertentu perlu dilakukan
untuk memastikan golongan ini tidak melupakan
budaya tempatan. Jelaskan.
ANALISIS SOALAN

 Bentuk soalan: Soalan terbuka


 Tema: Sosial dan Budaya
 Isu: Budaya Hedonisme
 Fokus isu: Sebab-sebab mengutamakan budaya
hedonisme dan langkah memastikan golongan
muda tidak melupakan budaya tempatan.
 Kata tugas: Ulaskan
 Format jawapan: 3+2@2+3
PENDAHULUAN

Kebelakangan ini, segelintir golongan muda


didapati lebih mengutamakan budaya hedonisme
iaitu budaya berseronok. Oleh itu, pelbagai langkah
tertentu perlu dilakukan untuk memastikan
golongan ini tidak melupakan budaya tempatan.

 Teknik mengubahsuai daripada soalan


IDEA

Sebab mengutamakan budaya hedonisme:


1. Gaya hidup berteraskan keseronokan
2. Pendedahan yang meluas
3. Jati diri yang lemah
4. Pengaruh rakan sebaya
5. Kekurangan didikan agama
6. Pengaruh keluarga
7. Budaya hedonisme dianggap hebat dan moden
Langkah:
8. Peranan ibu bapa
9. Pendidikan
10. Kempen budaya tempatan
SEBAB MENGUTAMAKAN BUDAYA
HEDONISME
IDEA 1: GAYA HIDUP BERTERASKAN
KESERONOKAN

Apa: Hiburan yang melampau, keseronokan dan


kebebasan tanpa batasan dijadikan matlamat utama
kehidupan.
Mengapa: Mementingkan kepuasan fizikal dengan
mengenepikan agama dan melanggar batasan
budaya
Bagaimana: Golongan muda mencuba perkara baru
yang menyeronokan seperti penyalahgunaan dadah.
Kesan: Gejala sosial semakin meningkat seperti
meragut, mencuri dan membunuh.
IDEA 2: Pendedahan yang meluas

Apa: Pendedahan yang meluas terhadap budaya


hedonisme melalui media massa.
Bagaimana : Generasi muda didedahkan dengan pelbagai
hiburan yang melalaikan, gaya hidup yang mementingkan
keseronokan dan cara pergaulan yang bebas tanpa batasan.
Mengapa: Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan
budaya hedonisme senang menular dan mempengarahi
generasi muda.
Contoh: Terpengaruh dengan budaya hiburan masyarakat barat
khususnya dari segi muzik dan filem.
Kesan: Generasi muda lupa akan matlamat hidup sebenar
kerana terlalu terpengaruh dengan
budaya hedonisme.
IDEA 3: JATI DIRI YANG LEMAH

Apa: Tiada identiti sendiri, mudah terpengaruh


sehingga terikut-ikut dengan budaya hedonisme.
Mengapa: Golongan muda cenderung berbuat apa
saja dengan mengenepikan sikap malu dan adab
sopan asalkan dapat berhibur.
Bagaimana: Golongan muda mudah terpengaruh
dengan budaya hedonisme seperti punk, black metal
dan juga hidup bermewah melebihi kemampuan.
Kesan: Jiwa golongan muda menjadi lemah dan mudah
terpengaruh, keruntuhan akhlak, tidak menghargai
diri, tiada pendirian dan tidak berwawasan.
IDEA 4: Pengaruh rakan sebaya

Apa: Rakan sebaya yang bersikap negatif iaitu sentiasa


mempengaruhi rakan lain untuk berhibur sehingga di luar
batasan.
Mengapa: Golongan muda mudah terikut-ikut dengan sikap
rakan sebaya yang suka berhibur untuk memenuhi kekosongan
jiwa mereka dengan melakukan perkara-perkara berunsurkan
sosial (gejala seks dan penagihan dadah).
Bagaimana: Mereka cenderung untuk berjumpa dengan rakan
sebaya untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat bagi
ketenangan jiwa.
Contoh: Generasi muda membazirkan masa di pusat membeli-
belah, pusat-pusat hiburan dan kelab malam.
Kesan: Remaja mudah terjerumus dalam gejala sosial seterusnya
masalah jenayah.
IDEA 5: Kekurangan didikan agama

Apa: Kesibukan ibu bapa bekerja sehingga mengabaikan


didikan agama terhadap anak-anak.
Mengapa: Didikan agama dan kerohanian tidak
dititikberatkan kerana tuntutan kehidupan kini lebih
berkisar kepada mengejar kebendaan.
Contoh: Golongan muda gagal memahami ajaran agama
yang menekankan keseimbangan antara nafsu dan akal.
Kesan: Golongan muda yang kurang didikan agama lebih
mengutamakan keseronokan dan mudah terjerumus
dalam gejala sosial (merokok, lumba haram dan seks
bebas).
IDEA 6: PENGARUH KELUARGA

Apa: Keluarga memegang peranan terbesar dan penting


dalam pembentukan sikap dan perilaku individu.
Mengapa: Ibu bapa cenderung dengan gaya hidup
hedonisme kurang menekankan didikan agama
kerana dianggap menghalang kemajuan dan
kebebasan.
Bagaimana: Anak-anak disogokkan dengan pelbagai
kemewahan dan hiburan.
Kesan: Anak-anak telah terbiasa dengan kehidupan
berbudaya hedonisme.
IDEA 7: BUDAYA HEDONISME DIANGGAP
HEBAT DAN MODEN
Apa: Golongan muda mengagungkan budaya hedonisme
yang menggambarkan kemodenan dan kemajuan
masyarakat yang mengamalkannya.
Mengapa: Budaya hedonisme mengutamakan hiburan dan
pergaulan bebas yang dapat menaikkan kepuasan berhibur
pada tahap yang maksimum.
Bagaimana: Menghabiskan banyak wang dan masa dengan
memenuhi banyak keinginan dan objek yang menarik
(fesyen, barang mewah)
Kesan: Golongan muda berasa bangga meniru budaya dan
cara hidup hedonisme kerana budaya tenpatan dianggap
tidak sesuai dengan keperluan mereka.
LANGKAH MEMASTIKAN GOLONGAN MUDA
TIDAK MELUPAKAN BUDAYA TEMPATAN
IDEA 8: Peranan ibu bapa

Apa: Ibu bapa perlu memberi didikan agama kepada


anak-anak mereka sejak kecil lagi / mendidik anak-anak
tentang budaya tempatan dengan menunjukkan contoh
yang baik.
Mengapa: Melalui didikan agama, anak-anak lebih peka
akan kebaikan dan keburukan apabila melakukan
sesuatu perkara.
Bagaimana: Ibu bapa memberi teladan yang baik kepada
anak-anak agar mengenali dan mengamalkan warisan
budaya.
Kesan: Ibu bapa dapat memastikan anak-anak mereka
tidak terjerumus dengan budaya hedonisme yang boleh
menjejaskan masa depan mereka.
IDEA 9: Pendidikan

Apa: Pendidikan agama, moral dan kokurikulum


merupakan elemen yang terpenting dalam
menangani budaya hedonisme.
Mengapa: Pendidikan dapat menjauhkan remaja
terjebak dengan budaya hedonisme.
Bagaimana: Pihak sekolah boleh menganjurkan
aktiviti kokurikulum berunsur budaya tempatan,
agama dan pendidikan moral untuk membentuk
nilai remaja.
Kesan: Pendidikan dapat melahirkan remaja yang
berakhlak mulia/beragama/bermoral dan beretika.
IDEA 10: KEMPEN BUDAYA TEMPATAN

Apa: Kempen yang berkaitan warisan budaya tradisional


kaum masing-masing dan cara hidup.
Mengapa: Kempen ini dilaksanakan untuk meningkatkan
kesedaran dalam kalangan golongan muda tentang
kepentingan budaya tempatan.
Bagaimana: kempen pemeliharaaan dan pemuliharaan
produk kebudayaan melalui pelbagai media massa dan
media sosial.
Kesan: Memberi kesedaran kepada golongan muda untuk
mengekalkan warisan budaya yang beridentiti sendiri.
KESIMPULAN

 Teknik menyimpul: Budaya hedonisme


mendatangkan pelbagai impak negatif kepada
golongan muda.
 Cadangan tentang fokus isu: Oleh itu, pelbagai
langkah tertentu perlu dilakukan untuk memastikan
golongan muda tidak melupakan budaya tempatan.
 Ayat penuh:
Budaya hedonisme mendatangkan pelbagai impak
negatif kepada golongan muda. Oleh itu, pelbagai
langkah tertentu perlu dilakukan untuk memastikan
golongan muda tidak melupakan budaya tempatan.
TAMAT...

Anda mungkin juga menyukai