Anda di halaman 1dari 32

BANCUHAN KONKRIT

SIERAH GINSOS
Takrifan Konkrit
Bahan yang dihasilkan apabila simen,batu baur halus/pasir, batu
baur kasar dan air digaul dan dicampur mengikut nisbah.
Nisbah campuran ditentukan untuk menghasilkan konkrit yang
kuat, lasak, ekonomik dan mempunyai kebolehkerjaan yang tinggi
sesuai dengan struktur binaan.
Konkrit boleh diperolehi dengan tiga cara:
* membancuh dgn menggunakan penyodok
* membancuh dgn menggunakan mesin penggaul konkrit (mixer)
* dibekalkan daripada kilang sebagai konkrit precast
Sifat Konkrit
Kebolehkerjaan (Workability)
Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai banyaknya
kerja yang diperlukan untuk konkrit itu dituang dan
dimampatkan tanpa berlakunya pengasingan atau
kesenangan menuangnya ke dalam acuan.
Kekuatan (Strength)
Konkrit mencapai kekuatan ciri pada umur 28 hari.
Walaubagaimanapun kekuatan konkrit adalah
berkadar langsung dengan umur konkrit.
Kekuatan konkrit meningkat apabila umur konkrit
tersebut meningkat.
Kesesuaian nisbah bancuhan konkrit
1. Gred Konkrit (Grade of concrete)
Konkrit mempunyai kekuatan yang berbeza, di mana kekuatan
konkrit mengikut kepada gred konkrit tersebut.
Jadual di bawah menunjukkan kekuatan ciri bagi setiap gred

Gred Konkrit Kekuatan ciri (N/mm²) Kegunaan

7 7 Konkrit tanpa tetulang.


10 10

15 15 Konkrit tetulang dengan batu baur ringan.

20 20 Konkrit tetulang dengan batu baur padu.


25 25

30 30 Konkrit tetulang tegas dulu.

40 40 Konkrit tetulang tegas kemudian.


50 50
Kesesuaian nisbah bancuhan konkrit
2. Merekabentuk Bancuhan Konkrit
Rekabentuk bancuhan konkrit perlu dilakukan untuk
mendapatkan kekuatan purata yang diperlukan.
Beberapa bancuhan percubaan perlu diubahsuai untuk
mendapatkan satu bancuhan yang tepat.
Cth : reka satu nisbah bancuhan. Kemudian uji kekuatan konkrit
utuk bancuhan tersebut. Sekiranya tidak mencapai kekuatan
yang diperlukan, maka pengubahsuaian dilakukan sama ada
menambah kandungan batu baur, simen atau sebagainya.
Jenis-jenis bancuhan
Terdapat tiga 3 jenis bancuhan konkrit iaitu:-
1. Bancuhan piawai / dah ditentu (standard / prescribed mix)
* konkrit berkekuatan tertentu
* kadar campuran bahan-bahan adalah diukur berdasarkan berat
* bancuhan ini dihadkan kepada konkrit gred 30 dan ke bawah.

2. Bancuhan rekabentuk (designed mix)


* sesuai untuk konkrit gred 30 dan ke atas.
* kadar bancuhan bahan-bahan adalah berdasarkan isipadu.
* bancuhan percubaan perlu diubahsuai untuk mendapatkan bancuhan yang
terbaik dan bermutu.

3. Bancuhan nominal (nominal mix)


* kadar bancuhan boleh berdasarkan isipadu ataupun berat
* digunakan untuk menghasilkan konkrit dengan kekuatan minima sahaja
* selalunya konkrit yang dihasilkan tidak tahan lasak
* bancuhan ini tidak digalakkan di tapak bina
Contoh pengiraan bancuhan
Soalan
Carikan berat bahan yang diperlukan bagi bancuhan nominal berkadar 1 : 2 : 4 berdasarkan 150kg
simen, dimana bancuhan akan dibuat berdasarkan pada berat.Nisbah air-simen adalah 0.55.

Diberi ketumpatan bahan :


Simen - 1440 kg/m³, Batu Baur Halus - 1640 kg/m³, Batu Baur Kasar - 1390 kg/m³

Penyelesaian
V=M M=VxD
D

Isipadu simen = 150 = 0.104 m³


1440
Isipadu batu baur halus = 0.104 x 2 (nisbah) = 0.208 m³
Berat batu baur halus = 1640 x 0.208 = 341 kg

Isipadu batu baur kasar = 0.104 x 4 = 0.416 m³


Berat batu baur kasar = 0.416 x 1390 = 578 kg

Nisbah air-simen = 0.55


Kuantiti air = 0.55 x 150 = 82.5 kg = 82.5 liter.
Kebolehkerjaan (Workability)
Takrifan Kebolehkerjaan
Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai banyaknya kerja yang
diperlukan untuk konkrit itu dituang dan dimampatkan tanpa
berlakunya pengasingan atau kesenangan menuangnya ke
dalam acuan.
Kandungan simen, saiz batu baur dan bentuknya,dan kuantiti air
akan mempengaruhi kebolehkerjaan bancuhan konkrit
Konkrit yang kuat dan baik mestilah betul-betul padat dan tidak
mengandungi lompangan ataupun gelembung di dalamnya.
Untuk mencapai tahap ini, konkrit mestilah mudah
diolah/dikerjakan supaya boleh dipadatkan dengan mudah
mengikut bentuk-bentuk yang tertentu. Kerja-kerja pemadatan
boleh dilakukan dengan menggunakan rod besi/tetulang atau
menggunakan alat penggetar (vibrator).
Faktor-faktor yang mempengaruhi
kebolehkerjaan (workability)

1. Nisbah air-simen
* Air digunakan untuk menghasilkan bancuhan konkrit yang bersifat plastik dan
senang dikerjakan.
* Jika air yang digunakan lebih daripada had sepatutnya, kekuatan dan
ketumpatan konkrit akan berkurangan.
* Jika air yang digunakan terlalu kurang, konkrit susah dikerjakan dan proses
penghidratan tidak sempurna.
* Hubungan diantara nisbah air dan simen dalam bancuhan konkrit itu dikenali
sebagai nisbah air-simen.
* Nisbah air-simen ini adalah merujuk kepada kadar bancuhan air dan simen
yang digunakan bagi nisbah bancuhan tersebut.
* Lebih rendah nisbah air simen, tahap kebolehkerjaan semakin rendah.
(susah untuk diolah)
* Apabila nisbah air-simen meningkat, tahap kebolehkerjaan juga
meningkat.
* Walau bagaimanapun kekuatan konkrit semakin menurun apabila nisbah air-
simen meningkat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehkerjaan (workability)

2. Nisbah batu-baur-simen
* Batu baur halus dan kasar hendaklah terdiri daripada berbagai
saiz bagi menghasilkan lompangan yang minimum.
* Penggunaan simen hendaklah mencukupi untuk mengisi
lompangan antara pasir batu baur kasar
* Simen dan pasir yang berlebihan adalah diperlukan untuk
menghasilkan campuran yang mempunyai kebolehkerjaan
yang tinggi.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehkerjaan
(workability)

3. Bentuk permukaan batu baur


* Batu baur yang mempunyai permukaan licin boleh memberikan
kebolehkerjaan yang baik tetapi mempunyai kekuatan ikatan
yang rendah.
* Contoh :
Batu Baur Licin = Kekuatan ikatan rendah
Batu Baur Kasar = Kekuatan ikatan tinggi
* Walau bagaimanapun batu baur yang mempunyai permukaan
yang kasar akan menghasilkan kebolehkerjaan yang rendah.
Pengasingan dan penjujuhan

Pengasingan

Bermaksud pemisahan juzuk-juzuk/bahan-bahan daripada suatu campuran sehingga agihan


menjadi tidak segaya/sekata.
Pengasingan tidak akan berlaku sekiranya konkrit mempunyai kebolehkerjaan yang baik dan
mempunyai sifat lekit.
Pengasingan dalam konkrit boleh dikelaskan kepada dua jenis :
*Zarah-zarah kasar cenderung untuk terpisah daripada campuran semasa menuang dan
memadat. Ini berlaku disebabkan oleh terlalu banyak penggunaan batu baur.
*Campuran simen terpisah daripada juzuk-juzuk/bahan-bahan lain. Ini disebabkan oleh
campuran sangat basah.
Langkah yang perlu diambil untuk mengawal pengasingan daripada berlaku adalah :
1. Campuran mestilah berkebolehkerjaan yang betul.
2. Tidak digetarkan berlebihan jika menggunakan penggetar (vibrator) atau rod besi.
3. Tidak dituang dalam kedudukan yang sangat tinggi semasa kerja menuang.
4. Tidak bergerak terlalu jauh di dalam acuan.
Jika berlaku pengasingan terhadap konkrit tersebut maka ia akan menghasilkan permukaan
konkrit yang buruk dan mempunyai kekuatan yang lemah.
Kecacatan yang berlaku pada konkrit – honey comb
Pengasingan dan penjujuhan

Penjujuhan/lelehan air (bleeding)

Penjujuhan merupakan suatu bentuk pengasingan dimana sejumlah


air di dalam campuran naik ke permukaan konkrit yang baru dituang.

Ini adalah disebabkan ketidaupayaan bahan-bahan pepejal dalam


campuran untuk memegang air bila ia termendap ke bawah.

Kesan yang timbul daripada berlakunya penjujuhan ialah bahagian


atas tiap-tiap unit struktur akan menjadi basah dan lembap dan
mengakibatkan bahagian tersebut menjadi lemah.

Jika air yang naik ini mengandungi zarah-zarah simen halus yang
banyak, suatu lapisan laitance akan terbentuk.

Lapisan laitance ini adalah lemah dan berliang. Oleh itu ia perlu
diberus dan dibasuh supaya ikatan yang bagus dapat dihasilkan.
Jenis-jenis ujian Kebolehkerjaan
Ujian kebolehkerjaan yang biasa dibuat di tapak
bina ialah :
1. Ujian Runtuhan (slump test)
2. Ujian Faktor Mampatan
3. Ujian Meter Konsisten Vebe
Jenis-jenis ujian Kebolehkerjaan
Ujian Runtuhan/penurunan (slump test)
a) Tujuan – menentukan tahap kebolehkerjaan setap bancuhan konkrit
b) Langkah-langkah Bagi Menjalankan Ujian.
- Radas yang digunakan terdiri drpd frustrum berbentuk kon dengan 100mm jejari
bahagian atas, 200mm jejari bahagian bawah dan 300mm tinggi, serta dipasangkan
dengan dua pemegang pada bahagian sisi.
- Aturcara ujikaji adalah seperti berikut :
1. Pastikan kon bersih dan diletakkan di atas alas yang keras dan rata
2. Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan.
3. Setiap lapisan dimampatkan sebanyak 25 kali dengan rod keluli.
4. Permukaan atas diratakan dengan sudip (trowel).
5. Kon diangkat ke atas secara perlahan dan konkrit akan runtuh.
6. Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris.
- Runtuhan boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu runtuhan benar, ricih dan roboh.
- Konkrit yang baik akan mengalami runtuhan benar iaitu antara ½” hingga 4½”.
- Jika berlaku runtuhan ricih dan roboh,konkrit itu kekurangan sifat lekit atau terlalu
basah. Konkrit begini tidak boleh digunakan dalam pembinaan.
Jenis-jenis ujian Kebolehkerjaan
Ujian Runtuhan/penurunan (slump test)
Jenis-jenis ujian Kebolehkerjaan
Jenis-jenis ujian Kebolehkerjaan
Ujian Faktor Mampatan
a) Tujuan – menentukan tahap kebolehkerjaan bancuhan konkrit. Dapat
membandingkan darjah mampatan antara konkrit separuh mampat dan
konkrit mampat penuh.
b) Langkah-langkah bagi menjalankan ujian
- Radasnya terdiri daripada 2 corong tuang (hopper) berbentuk kon dan
takungan silinder yang disusun tegak ke atas antara satu sama
lain.Corong tuang (Hopper) mempunyai permukaan yang licin untuk
mengurangkan geseran. Terdapat pintu berengsel di bahagian bawahnya.
Jenis-jenis ujian Kebolehkerjaan
- Aturcara ujikaji adalah seperti berikut :
1. Corong tuang (hopper) akan diisi dengan konkrit tanpa dipadatkan. Pintunya
dibuka supaya konkrit jatuh di dalam hopper di bawah yang lebih kecil.
2. Kemudian Corong tuang (hopper) kedua dibuka pintunya sepertimana di atas
dan konkrit akan memenuhi dalam silinder.
3. Konkrit yang berlebihan dari tinggi silinder hendaklah dibuang rata dengan
menggunakan dua ‘trowel’.
4. Timbangkan konkrit separa padat dan ini dikenali sebagai berat ‘separuh
mampat’.
5. Konkrit ini kemudiannya dibuang dan diisi dengan konkrit yang baru ke dalam
silinder dengan 4 lapisan dan dimampatkan 25 kali menggunakan rod keluli.
6. Kemudian timbangkan konkrit yang telah dipadatkan tadi.
7. Gunakan formula ini untuk menentukan factor mampatan.
Formula :
Faktor Mampatan : Berat Konkrit Separuh Mampat
Berat Mampatan Penuh

- Untuk konkrit biasa nilainya ialah antara 0.75 hingga 0.95


Jenis-jenis ujian Kebolehkerjaan
Ujian Meter Konsisten Vebe
Tujuan- mengukur kebolehkerjaan dimana mampatan dengan penggetar
diperlukan.
- Aturcara ujikaji adalah seperti berikut :
1. Ujian runtuhan dilakukan dalam sebuah silinder terbuka yang terletak di
atas sebuah meja getar yang diam.
2. Satu plat lut sinar yang cukup muat dalam silinder itu dijatuhkan tegak perlahan-
lahan menggunakan beratnya sendiri diletakkan perlahan-lahan di atas konkrit
yang telah menurun tadi.
3. Kemudian suis meja getar dihidupkan dan disebabkan getaran ini, berat konkrit
itu sendiri dan berat plat lut sinar, konkrit itu bergerak turun memenuhi ruang
silinder.
4. Apabila selesai konkrit memenuhi ruang, jika dilihat dari plat lut sinar, suis itu
ditutup.
5. Masa diambil (masa konkrit memenuhi ruang) hingga ke saat terdekat dan nilai
ini dikira sebagai darjah vebe dan ini merupakan pengukuran kebolehkerjaan
konkrit.
- Masa yang semakin lama menunjukkan kebolehkerjaan semakin rendah.
KONKRIT KERAS
Ciri-ciri Konkrit Keras
1) Kekuatan Ciri (Characteristic strength).
kekuatan ciri bermakna nilai kekuatan konkrit dimana keputusan jumlah ujian kiub yang gagal tidak melebihi
5%.
kekuatan ciri konkrit ditentukan hanya pada satu takat umur iaitu 28 hari dan terdiri daripada jenis simen
portland biasa.
Bagi tujuan kawalan, ujian akan diadakan pada umur konkrit yang lebih muda untuk menentukan samada
bancuhan itu akan mencapai tahap kekuatan yang diperlukan pada umur konkrit 28 hari atau sebaliknya.Oleh
itu, kemungkinan perubahan bancuhan boleh dilakukan.

2) Kekuatan tegangan/lenturan.
Kekuatan tegangan konkrit biasanya diambil kira 1/10 daripada kekuatan mampatan tetapi perbezaan batu
baur menyebabkan variasi yang besar.
Ujian mampatan adalah satu panduan am bagi kekuatan tegangan.

3) Kelasakan konkrit.
Sifat ketahanan konkrit pada perubahan cuaca, serangan kimia, sejukan dan api bergantung pada kualiti dan
kadar bahan-bahannya.
Dalam konkrit bertetulang dan konkrit tegas dulu, perlindungan keluli daripada pengaratan dipengaruhi oleh
tebal penutup (concrete cover) dan ketertelapan konkrit.
kelasakan semakin tinggi dengan menggunakan konkrit berkualiti tinggi dan penggunaan simen tertentu.

4) Kebolehtelapan.
Kebolehtelapan yang rendah bagi konkrit adalah penting untuk menambahkan sifat rintangan tindakan
sejukan, tindakan kimia dan melindungi keluli yang diletakkan dari berlaku pengaratan.
Untuk dapatkan kebolehtelapan rendah, konkrit dimampatkan sepenuhnya dan pengawetan dgn sempurna.
Kebolehtelapan dapat dikurangkan dengan menambahkan kandungan simen.
Ciri-ciri Konkrit Keras
5) Rintangan kepada serangan kimia.
Contoh bahan kimia: cuka, air kimia, air buah-buahan dan susu peraman
Unsur kimia yang biasa menyerang ialah garam sulfat yang ada di dalam tanah dan di dalam
air laut.
Sifat rintangan konkrit daripada serangan sulfat bergantung kepada jenis simen yang
digunakan, kandungan simen dan nisbah air-simen.

6) Perubahan bentuk (Deformasi).


Akibat Pengecutan yang terjadi dalam masa yang panjang.
Tidak dipengaruhi oleh tegasan dalam konkrit.
konkrit juga akan mengalami pengembangan dan pengecutan akibat pertukaran suhu.

7) Pengecutan.
Pengecutan konkrit bergantung kepada nilai jumlah pengeringan yang berlaku.
Dipengaruhi oleh kelembapan dan suhu udara sekeliling, kadar aliran angin ke atas
permukaan dan kadar antara luas permukaan dan isipadu konkrit.
pengecutan juga dipengaruhi oleh jumlah air yang ada di dalam konkrit semasa bancuhan dan
kandungan simen.
Bagi konkrit kecil, separuh daripada jumlah pengeringan berlaku pada satu bulan yang
pertama dan bakinya berlaku dalam tempoh enam bulan selepasnya.
Jenis-jenis ujian konkrit keras
1) Ujian Tak Pecah.
 dijalankan pada konkrit tanpa meninggalkan kesan
kecacatan atau kerosakan yang ketara pada struktur.
 melibatkan permukaan struktur konkrit sahaja.
 Kaedah perlaksanaannya tidaklah begitu sukar jika
dibandingkan dengan kaedah ujian pecah yang memerlukan
perbelanjaan yang lebih besar.
 kaedah ujian tak pecah ini tidak dapat memberikan hasil
yang begitu tepat. Ia hanya digunakan sebagai asas
perbandingan antara konkrit yang baik dan kurang baik.
 Antara ujian yang biasanya dilakukan menggunakan kaedah
ujian tak pecah ini ialah :
-ujian tukul anjal
-ujian ultrasonik
Ujian tukul anjal

 menggunakan sejenis tukul yang dikawal oleh pegas.


 Fungsi pegas adalah untuk memberikan tenaga pantulan secara automatik
apabila ia ditekan pada permukaan konkrit.
 Kekerasan permukaan konkrit ini dapat diukur dengan berpandukan pada
bacaan skala pada tukul anjal yang lebih dikenali sebagai tukul anjal
Schmidt.
 Nombor pada tukul anjal ini sangat peka terhadap perubahan setempat,
khususnya jenis aggregat dan tekstur permukaan konkrit yang terbentuk.
 Tukul anjal schmidt bukan sahaja dapat digunakan pada permukaan yang
menegak dan mengufuk malah ianya dapat digunakan pada permukaan
yang sendeng.
Biasanya penggunaan tukul anjal schmidt ini digunakan untuk menunjukkan
perbandingan samada ia konkrit mampat ataupun konkrit yang berongga.
Ujian tukul anjal

 Faktor-faktor mempengaruhi hasil pengujian tukul


anjal :
 Ciri-ciri campuran seperti simen, kandungan simen dan
jenis-jenis aggregat yang digunakan dalam campuran
konkrit.
 Ciri-ciri lain seperti ketumpatan, pemadatan, jenis
permukaan, umur konkrit, kaedah pengawetan, kadar
pengerasan, tegasan dan pengaruh suhu.
Ujian ultrasonik
 dilakukan dengan menggunakan kuasa elektrik untuk mengukur kelajuan gelombang denyut
yang merentasi sesuatu ruang.
 Berdasarkan kaedah ini, sejenis alat yang dikenali dengan jenama PUNDIT telah direka khas
untuk mengukur ciri-ciri tertentu konkrit samada sebagai ujian dimakmal mahupun ujian
ditapak.
 Walaupun ia digunakan sebagai ujian permukaan namun ia dapat memberikan hasil yang
lebih memuaskan khususnya untuk menganggarkan sifat-sifat tertentu konkrit seperti
ketumpatan, kekuatan dan keretakan.
 Peralatan PUNDIT mengandungi dua pangkalan transduser iaitu alat penghantar dan alat
penerima
Ujian ultrasonik
Jenis-jenis ujian konkrit keras
2) Ujian Pecah.
Dalam membuat penilaian terhadap prestasi struktur konkrit,
kadangkala kaedah tak pecah tidak dapat memberikan gambaran
yang lebih terperinci dan konklusif.
Ujian pecah akan dapat memberikan data kajian yang lebih tepat
sekiranya peraturan-peraturan tertentu dipatuhi.
Antara ujian-ujian yang dijalankan menerusi kaedah ini ialah :
- Ujian kiub
- Ujian pembebanan rasuk
- Ujian Teras Konkrit/Selinder
Ujian Kiub
 dilakukan terhadap kiub-kiub berukuran 150mm x 150mm x 150mm yang dibuat semasa
menyediakan campuran untuk sesuatu pembinaan.
 Kekuatan mampat diuji apabila kiub tersebut telah mencapai umurnya 7 hari dan 28 hari.
 Nilai kekuatan yang diperoleh akan dibandingkan dengan kekuatan reka bentuk konkrit.
 Sekiranya nilai kekuatan yang diuji itu mencapai sekurang-kurangnya kekuatan ciri bagi
sesuatu gred konkrit, maka konkrit tersebut dianggap telah lulus ataupun memenuhi keperluan
rekabentuk.
 Sebaliknya jika kekuatan yang diuji itu kurang daripada kekuatan ciri, maka konkrit tersebut
dianggap telah gagal dan langkah tertentu perlu diambil untuk menjamin keutuhan struktur
yang terlibat.
Ujian Pembebanan Rasuk

Apabila kekuatan anggota struktur tidak dapat dinilai berdasarkan


hasil pengujian bahan secara disitu, ujian beban rasuk menjadi
pilihan utama.
Matlamat ujian beban rasuk ini adalah untuk memastikan
keutuhan struktur dan ujian yang dijalankan perlulah
menggambarkan keadaan sebenar struktur.
Ujian Teras Konkrit/Selinder

 Walaupun ujian kiub sering digunakan untuk mengukur


kekuatan tertentu struktur, namun perbezaan yang terdapat
pada kedua-dua jenis konkrit ini tetap menyulitkan penaksiran
dan penilaian, lebih-lebih lagi wujudnya perbezaan ketika
proses pemadatan, pengawetan dan juga kaedah pengujian.
 Untuk menggangarkan kekuatan sebenar teras, beberapa
andaian dan faktor pembetulan digunakan untuk
mengambilkira perbezaan antara kiub dengan silinder, arah
penuangan, pembebanan dan sebagainya.