Anda di halaman 1dari 19

WAJ3062

Hubungan Etnik

.
 Untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya
menghadapi cabaran dunia semasa.
 Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau
komprehensif dengan penekanan kepada
pembangunan ekonomi dan tamadun yang
menyeluruh
 Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan
secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik,
dan tidak bersifat sektor atau partisan.
 Konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan
konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah
dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua
bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya
prinsip maqasid al Syariah adalah berkaitan dengan
lima perkara seperti berikut:
 Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama

 Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal

 Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa

 Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta

 Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan


keturunan
 Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang
membolehkan umat menghayati dan mewarisi wawasan
ketamadunan global (Rahmatan Lil’alamin) untuk
membolehkan umat berperanan secara berkesan diperingkat
global.
 Semangat persaudaraan (ukhuwah Islamiah) perlu dipupuk
dan disemarakkan bagi menghasilkan rangkaian sosial yang
mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing
umat.
 Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan menghayati sifat
berdikari. Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu
diubah kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur
Islam.
 Umat perlu dijadikan masyarakat iqra dalam hasrat mahu
membina kemampuan bangsa dari segi peningkatan
penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran.
 Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam
semua bidang perlu dihayati.
 Penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan kemahiran
dan kepakaran merupakan sebahagian dari tuntutan Islam.
 Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang
membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib
diketahui oleh semua pelajar Islam.
 Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam
proses pengabdian manusia kepada Allah SWT dengan
menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah secara
sempurna, jujur, telus dan amanah.
 umat manusia itu harus diperlengkap dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran, supaya membolehkan manusia
menguasai dunia.
 Amatlah penting umat Islam dipimpin memahami dan
menghayati Islam sebagai sistem kehidupan menyeluruh
untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun.
 Kehidupan menyeluruh yang bijak mengimbangkan
tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab akhirat.
 Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi
tumpuan kepada akhirat semata-mata.
 Kerajaan juga tidak pernah bersifat sekularisme yang
menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia
semata-mata.
 Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan
kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi. Allah SWT
berfirman:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah
engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". (Surah
al-Qasas: Ayat 77)
PRINSIP ISLAM TERHADAP HUBUNGAN ETNIK
 Negara Islam pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW di Madinah
telah wujud kebebasan beragama, kebebasan mengemukakan
pandangan dan lain-lainnya jelas tertera dan didoktrinkan dalam
Perlembagaan Madinah (Sahifah Madaniyyah) sebagai peraturan dan
undang-undang yang wajib dihormati dan dipatuhi oleh semua rakyat
yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam Madinah.

 Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Wahai manusia sesungguhnya Kami cipta kamu daripada lelaki dan
wanita dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa, bersuku-suku dan
berpuak, supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain (beramah
mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi
amat mendalam pengetahuannya”
(al-Hujurat: 3)
Prinsip Sosial Islam Terhadap Hubungan Etnik
 Islam telah menyediakan asas yang utuh melalui tiga dasar
utamanya iaitu aqidah, syariah dan akhlak.
 Asas-asas tersebut ialah
(a) Berkenal-kenalan (al-Ta’ruf)
– Perkara pertama yang perlu wujud dalam perhubungan
sosial masyarakat yang digariskan oleh Islam ialah
“berkenal-kenalan”, kerana telah menjadi fitrah kepada
manusia yang menjalani kehidupan ini perlukan kepada
perhubungan dan kasih sayang antara satu sama lain.
(b) Saling Memahami (al-Tafahum)
Prinsip kedua dalam hubungan sosial Islam ialah saling
memahami iaitu saling memahami antara satu sama lain
samada dalam melakukan persetujuan atau permuafakatan.
Bagi kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai
etnik prinsip ini perlu ditekankan. Apabila bangsa-bangsa
yang wujud mampu untuk memahami cara hidup,
kepercayaan dan budaya sesuatu bangsa dan etnik yang lain
beerti akan wujud suasana hidup yang penuh dengan sifat
kasih sayang dan bertimbangrasa.
(c) Bekerjasama (ta’awwun)

 Prinsip sosial dalam perhubungan Islam yang seterusnya ialah


bekerjasama atau tolong menolong dan bantu membantu. Prinsip ini
dianjurkan oleh Islam bagi memastikan wujudnya kemantapan
kehidupan bermasyarakat sama ada di peringkat keluarga, jiran
tetangga atau masyarakat yang ada dalam komuniti tersebut.

 Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:


“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebaikan(kebajikan) dan takwa, janganlah kamu bertolong-tolongan
dalam melakukan maksiat dan pencerobohan dan bertakwalah kepada
Allah kerana sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi sesiapa
yang melanggar perintahnya)
(al-Maidah: 2)
(d) Persaudaraan (Ukhuwah)
 Menurut kamus Dewan (1997:1196), ukhuwah atau persaudaraan adalah
ditakrifkan sebagai perhubungan dan pertalian yang berkait rapat seolah-olah
seperti bersaudara.
 Islam menganjurkan hubungan berasaskan persaudaraan yang lebih bernilai
yang di dasari oleh iman dan takwa bukan Islam juga menegah umatnya
daripada membina persaudaraan yang berasaskan hanya semata-mata kepada
kebendaan, kesukuan, pertalian darah, pangkat dan bersifat keduniaan.
Pembinaan persaudaraan seperti ini juga boleh disifatkan sebagai perhubungan
persaudaraan yang didasari oleh hawa nafsu. Perhubungan ini tidak akan dapat
bertahan lama. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah


antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu
mendapat rahmat”
(al-hujurat: 10)
(e) Berkasih Sayang (Mahabbah)
 Setiap kaum mempunyai corak budaya, adat dan
pegangan yang tersendiri. Walaupun kita lihat setiap
kaum seolah-olah terpisah, namun mereka
sebenarnya boleh disatukan dengan mewujudkan
masyarakat penyayang dan budaya saling menyayangi
antara satu sama lain. Apa yang dimaksudkan di sini
adalah untuk mewujudkan satu sistem sosial yang
meletakkan keutamaan kepada kepentingan
masyarakat berbanding kepentingan sendiri
Prinsip Ekonomi Islam Terhadap Hubungan Etnik

 Individu Islam atau jemaah Islam tidak dilarang untuk


menjalankan aktiviti ekonomi dengan orang bukan Islam
seperti berjual beli dan sebagainya. Keadaan ini pernah
wujud pada zaman Rasulullah SAW sewaktu mana baginda
menjalankan kehidupan di Madinah dengan penuh
kedamaian di bawah pemerintahan Islam.
Prinsip Politik Islam Terhadap Hubungan Etnik

 Bagi sebuah negara Islam, orang bukan Islam merupakan


golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang
berlindung di bawah pemerintahan Islam (zimmi)
sepertimana yang telah dilaksanakan pada zaman Rasulullah
dan para Khulafa al-Rashidin dahulu dalam menjaga
keamanan masyarakat dan negara Islam. Berdasarkan
keadaan tersebut, ahli anggota masyarakat yang bukan Islam
di kenakan jizyah atau cukai kepala sebagai bayaran kepada
tugas yang dilaksanakan oleh pemerintah Islam untuk
menjaga dan melindungi hak-hak orang-orang bukan Islam
yang terangkum di dalamnya diri individu bukan Islam dan
harta benda mereka (Ahmad Rafizi, 2003: 311).
KESIMPULAN

 Islam adalah satu agama yang sempurna dan bersifat global. Islam
diturunkan oleh Allah SWT melalui Jibrail a.s dan disampaikan kepada
Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan ke seluruh pelusuk dunia
serta kepada semua umat manusia tanpa mengira bangsa, etnik, warna
kulit, rupa paras, iklim, geografi dan sebagainya.
 Islam dengan sifatnya yang global ini telah melahirkan prinsip-
prinsipnya selari dengan fitrah asal kejadian yang diciptakan oleh Allah.
Jelaslah pada kita bahawa Islam itu diturunkan kepada semua manusia
dan bukan untuk bangsa atau etnik tertentu
 Firman Allah yang bermaksud:
“Dan tidak kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk
memberi rahmat kepada seluruh manusia”
(al-Anbiya: 107)

Anda mungkin juga menyukai