Anda di halaman 1dari 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG,

PERSIARAN TUNKU KUDIN, 11700 GELUGOR,


PULAU PINANG

NAMA KURSUS : SEJARAH AWAL POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA ABAD KE-20
KOD KURSUS : SJHK 3013
NAMA : DHARRSHENI A/P ARUMUGAM
DHARRSYINI A/P SUBRAMANIAM
SHALINI SHESMA A/P JEYAKUMARAN
NAMA PENSYARAH : DR. ELANGKO MUNIANDY
HUBUNGAN ANTARABANGSA SEBAGAI
BIDANG KAJIAN

 KAEDAH MENGKAJI HUBUNGAN ANTARABANGSA

 TEORI-TEORI HUBUNGAN ANTARABANGSA


KAEDAH MENGKAJI HUBUNGAN
ANTARABANGSA
• Bidang hubungan antarabangsa dianggap sebagai salah satu daripada
cabang dalam ilmu sains politik.

• Oleh itu, para pengkaji telah melaksanakan kajian ke atas hubungan


antarabangsa dengan berfokuskan kepada pelbagai aspek termasuklah
kajian hubungan antarabangsa yang bermula dari peringkat individu, negara
dan antarabangsa seperti yang disarankan oleh Waltz & Genest.

• Berikut adalah merupakan kaedah mengkaji hubungan antarabangsa dalam


beberapa peringkat kajian:
Peringkat Kajian
Individu • Dalam peringkat ini, kajian berfokus kepada mengkaji peranan seseorang
individu dalam politik global.
• Oleh itu, kajian berfokus kepada menganalisis tindakan dan peranan
individu berdasarkan pandangan normatif ke atas kedudukan semula jadi
manusia dan moral politik.
• Contohnya, kajian sebegini akan menentukan beberapa topik tertentu
dalam mengklasifikasikan tindakan seseorang individu dalam hubungan
antarabangsa sama ada pemimpin gila dan agung.
• Contohnya, jika seseorang pengkaji cuba untuk mengkaji tindakan
seseorang individu yang mempengaruhi tindakan yang bersifat
antarabangsa.
Peringkat Kajian
Negara • Dalam peringkat kajian ini, kajian tertumpu pada mengkaji sifat semula
jadi dan peranan negara dalam sistem antarabangsa.
• Menurut Amstutz (1999:12), antara kajian penting mengenai negara
dalam hubungan antarabangsa termasuklah kajian mengenai analisis
ke atas sifat semula jadi, sumber-sumber, prosedur-prosedur
implementasi dan kesan dasar luar sesebuah negara.
• Perkara-perkara domestik dalam mengkaji hubungan antarabangsa
turut dititikberatkan termasuklah faktor tertentu seperti kuasa,
kekayaan, struktur politik, ideologi dan moral.
• Contohnya, para pengkaji boleh mengkaji peranan kepelbagaian kaum
di Malaysia dalam mempengaruhi dasar Malaysia yang menentang
Dasar Apharteid di Afrika Selatan.
Peringkat Kajian
Antarabangsa • Mengkaji dan menganalisis impak sistem antarabangsa ke atas
tingkah laku negara dan aktor-aktor lain seperti organisasi
antarabangsa.
• Kajian turut berfokus kepada mengkaji keadaan semula jadi,
peranan dan impak daripada undang-undang antarabangsa dan
organisasi antarabangsa.
• Contohnya, kajian di peringkat ini mengkaji kesan-kesan kuasa
yang dimiliki oleh Lembaga Perlesenan Atom Antarabangsa (IAEA)
dalam menyekat usaha Iran untuk melaksanakan pengayaan
uranium sebagai sumber tenaga di negara tersebut
TEORI-TEORI HUBUNGAN
ANTARABANGSA

Teori Realisme
Teori Liberalisme
Teori Konstruktivisme
TEORI REALISME
• Realisme merujuk kepada konsep kekuasaan atau power sesebuah
negara bangsa yang amat berkencenderungan menggunakan kuasa
pertahanan dan sememangnya sikap negara.

• Ini tertumpu untuk menjaga kepentingan atau dikenali sebagai national


interests.

• Selain itu, persepsi umum juga seringkali mengaitkan realisme dengan


keadaan atau kondisi 'anarki’ dimana tiadanya elemen pemusatan kuasa.
• Sebaliknya setiap negara bangsa bersaing antara satu sama lain,
terutamanya dari segi modenisasi ketententeraan.

• Dalam teori realisme, kepentingan keselamatan negara dan kuasa


diutamakan dalam melaksanakan sesebuah perhubungan di peringkat
antarabangsa.

• Antara tokoh yang mendukung teori realisme termasuklah tokoh-tokoh


seperti E.H.Carr, Daniel Bernhard dan Hans Morgenthau.

• Mereka berpendapat, negara-negara hanya menjaga kepentingan diri dan


merupakan watak rasional mencari kuasa yang ingin memaksimumkan
keselamatan diri serta peluang meneruskan kewujudan diri.
• Kerjasama antara negara disifatkan sebagai cara meningkatkan
keselamatan setiap negara.

• Oleh itu, negara-negara yang mengamalkan teori realisme dalam


hubungan mereka di peringkat antarabangsa akan sentiasa berhati-hati
dan akan melihat implikasi yang mungkin timbul sekiranya sesuatu
hubungan antarabangsa dijalankan.

• Keduanya, konsep ini adalah berkait dengan kuasa hegemoni.


• Konsep ini adalah mudah difahami kerana ianya merujuk kepada sifat
negara bangsa yang berkuasa dan cenderung meluaskan pengaruh atau
empayar melalui hegemoni.

• Kuasa hegemoni Amerika Syarikat merupakan contoh yang jelas dalam


mengaplikasi konsep tersebut.

• Pada masa ini, Amerika Syarikay telah membina 900 buah pengkalan
tentera di seluruh dunia melalui polisi 'Global Military', ini termasuklah
kewujudan pengkalan tentera Amerika Syarikat yang kontroversi di Guam.
• Namun, pendekatan realisme ini masih dilihat relevan dalam menjana
kestabilan tetapi ianya tetap bergantung kepada kebijaksanaan aktor,
terutamanya negara- negara yang dikategorikan dalam kuasa besar.
TEORI LIBERALISME
• Teori liberalisme wujud selepas Perang Dunia Pertama berikutan
ketidakmampuan negara-negara mengawal dan mengelakkan peperangan
dalam hubungan antarabangsa mereka.

• Teori liberalisme dalam hubungan antarabangsa dikaitkan dengan


peranan sesebuah hubungan antarabangsa dalam mengawal keamanan
dan keselamatan dunia termasuklah melalui undang-undang yang
diwujudkan bagi mengawal tingkah laku aktor-aktor di peringkat
antarabangsa.
• Pengertian liberalisme adalah faham yang menghendaki adanya kebebasan
kemerdekaan individu dalam bidang politik,ekonomi dan agama.

• Liberalisme adalah suatu ideologi dan pandangan falsafat serta tradisi politik
yang mendasar pada kebebasan dan kesamaan hak.

• Pada umumnya, liberalisme mencita-citakan suatu masyarakat untuk bebas


dengan kebebasan berfikir bagi setiap individu dengan menolak adanya
pembatasan bagi pemerintah dan agama.

• Dalam bidang agama, liberalisme menganggap masalah individu sebagai


masalah peribadi.
• Tiap-tiap individu harus memiliki kebebasan kemerdekaan beragama.

• Kebebasan kemerdekaan beragama menurut teori liberalism dapat


diertikan :

~ bebas merdeka memilih agama yang disukai

~ bebas merdeka menjalankan ibadah menurut agama yang dianutnya

• Dalam bidang politik pula setiap individu berhak mengatur menentukan


segala-galanya.

• Dengan kata lain kekuasaan tertinggi (kedaulatan) dalam suatu negara


berada di tangan rakyat (demokrasi).
• Kesimpulannya, prinsip keamanan bersama diperjuangkan dalam teori
liberalism kerana konflik yang melanda sesebuah negara akan
dikhuatiri turut merebak ke negara-negara sekitarnya.
• Justeru, keamanan sesebuah negara turut dipertanggungjawabkan ke
atas negara-negara lain bagi merealisasikan prinsip keamanan
bersama.
TEORI KONSTRUKTIVISME
• Konstruktivisme merupakan teori alternatif kepada liberalism dan realisme.

• Mengandaikan bahawa budaya yang kompleks membentuk kelakuan atau


perwatakan sesebuah negara berdasarkan keselamatan antarabangsa dan
kekuatan ketenteraan.

• Konstruktivis cuba untuk mengantikan realisme dengan tanggapan tentang


kepentingan negara dengan menekankan unsur budaya kompleks dan
model linguistik (bahasa).
• Konstruktivisme menekankan peranan sosial dalam dunia politik.
• Hal ini kerana konstruktivist cuba menghuraikan perilaku negara yang
dikatakan sama dengan sikap manusia yang ego, mementingkan diri,
dan sebagainya.
• Maka inilah diberi perhatian oleh konstruktivist dalam menyatakan
hubungan antarabangsa mengikut pemahaman konstruktivisme.
• Sekiranya menusia berubah mengikut apa yang ada di sekelilingnya
maka begitu jugalah yang berlaku kepada negara yang akan
mengubah dasar dan kepentingannya mengikut peredaran zaman.
• Konstruktivisme juga menekankan aspek budaya dalam mempengaruhi
hubungan antarabangsa.

• Hal ini kerana hubungan yang berlaku tidak hanya mengambil kira aspek
politik dan ideologi semata-mata tetapi juga aspek budaya.

• Sebagai contoh sekiranya terdapat persamaan budaya di antara aktor-


aktor akan lebih memudahkan kerjasama dan berkemungkinan besar
tiada akan berlaku konflik.

• Hal ini dapat dilihat melalui hubungan di antara Malaysia dan Indonesia
yang mempunyai budaya yang hampir sama iaitu budaya Melayu serta
persamaan agama iaitu Islam.
• Maka sebarang perselisihan faham mudah untuk diselesaikan tanpa
melibatkan pertelingkahan yang besar.

• Perbezaan agama kini juga menjadi faktor penting dalam hubungan


antarabangsa.

• Konstruktivisme juga mengatakan bahawa hubungan antarabangsa yang


berlaku di antara negara dan institusi-institusi antarabangsa yang lain
seperti NGO(Non-goverment organisation), TNC(Transnational
corporation), serta IGO(inter-goverment organistion).
• Ia mengatakan bahawa intitusi-intitusi ini penting di dalam mengatur
kepentingan negara-negara.
• Hal ini turut meliputi aspek undang-undang, regim serta diplomasi.
• Ini jelas menunjukkan sistem yang ada distruktur mengikut identiti
negara-negara.
KESIMPULAN
• Dalam mengkaji Hubungan Antarabangsa, perlunya teori bagi memahami
fenomena dunia dengan jelas.
• Teori amat penting dalam proses membuat polisi antarabangsa bagi
sesuatu negara.
• Antara pendekatan utama yang digunakan dalam bidang Hubungan
Antarabangsa ialah teori-teori realisme, liberalisme dan konstruktivisme.
• Teori ini mempunyai andaian dan konsep tersendiri dalam menterjemah
corak tingkah laku aktor-aktor peringkat antarabangsa.
• Kepelbagaian pendekatan ini menggambarkan sifat ilmu sains sosial yang
fleksibel dan akur kepada persepsi pemikiran yang tertentu.

• Berasaskan kunci yang dipegang oleh teori-teori di atas, membolehkan


kita menilai kelebihan dan kekurangan yang ada dalam pemikiran
masing-masing.