Anda di halaman 1dari 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG,

PERSIARAN TUNKU KUDIN, 11700 GELUGOR,


PULAU PINANG
NAMA KURSUS : MALAYSIA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
KOD KURSUS : SJHK 3023
NAMA : DHARRSHENI A/P ARUMUGAM
DHARRSYINI A/P SUBRAMANIAM
SHALINI SHESMA A/P JEYAKUMARAN
NAMA PENSYARAH : DR M. ELANGKO A/L MUNIANDY
PENGENALAN
 Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar yang bebas dan
berkecuali, menghormati negara lain, mengutamakan semangat setia kawan dan
berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi dengan syarat
negara-negara tersebut menghormati negara lain dan mengamalkan dasar yang
aman.

 Menurut Mardiana dan Hasnah (2000), hubungan Malaysia dengan negara luar
telah berlaku sejak zaman pra kemerdekaan di era Kesultanan Melayu Melaka
apabila Melaka telah mengamalkan dasar luar negara yang aktif dengan negara-
negara seperti India, Siam, China, Parsi, Arab, Jepun dan negara-negara di
sekitar Kepulauan Melayu.
 Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui empat
tahap serta pemimpin-pemimpin yasng berbeza.

 Semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957-1970),dasar luar Malaysia


lebih bercorak kepada pro-Barat dan anti-komunis.

 Ini menunjukkan negara baru sahaja mencapai kemerdekaan dan pada waktu
itu ancaman komunis masih kuat.

 Menurut Azmi Hassan (2016, Januari 14) pada zaman Tun Abdul Razak (1970-
1975) dasar luar Malaysia menitikberatkan pembangunan dan integrasi sosial
dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik dengan semua
negara tanpa mengira ideologi politik.
 Pada zaman kepimpinan Tun Hussein Onn (1975-1981), penekanan
dasar luar adalah berdasarkan kerjasama pertahanan dan
keselamatan negara.

 Semasa era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad, dasar luar


negara lebih mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan
dasar-dasar sebelumnya.

 Soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut


menjadi agenda penting.
Sejarah Perkembangan
Hubungan Malaysia dalam
Hubungan Serantau
Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA)

 Malaysia telah menyertai pertubuhan ASA kerana diancam hebat oleh pengaruh
Komunis .

 Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA.

 Pertubuhan ini diharap dapat melindungi negara anggota daripada ancaman


komunis.

 Selain itu, pertubuhan ini juga dapat menjalinkan kerjasama dalam bidang
ekonomi dan sosial.
 Matlamat ASA yang kedua adalah untuk memberikan dan menyediakan
kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di
kalangan negara anggota.

 Matlamat ASA yang terakhir ialah mengekalkan serta menjamin keselamatan dan
kestabilan politik negara-negara anggota. Malangnya ASA gagal mencapai
matlamatnya.

 ASA dianggap antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Ini disebabkan


Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain.

 Thailand dan Filipina pula mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika


Syarikat.

 Tahun 1963 ASA dibubarkan kerana Filipina membantah penubuhan persekutuan


Malaysia.
Gagasan MAPHILINDO

 MAPHILINDO terdiri daripada Malaysia, Filipina dan Indonesia.

 Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan perhubungan


persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan
Malaysia-Indonesia.

 Filipina dan Indonesia telah menentang cadangan pembentukan Malaysia.

 Presiden Soekarno Indonesia menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu


neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru.
 Filipina pula menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik kerajaan
Sulu dan Filipina.

 Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengadakan rundingan


dengan Filipina dan Indonesia.

 Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHLINDO. Majoriti rakyat di


Sabah dan Sarawak menyokong Pembentukan Malaysia tetapi Indonesia dan Filipina
terus menentang pembentukan Malaysia.

 Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak


berperanan lagi.
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN)
 Hasrat Malaysia mengadakan kerjasama dengan negara jiran tetap diteruskan walaupun
pertubuhan ASA dan MAPHILINDO gagal.

 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) akhirnya terbentuk dengan


termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 ogos 1967.

 Matlamat ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.


Selain itu, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan.

 ASEAN juga mahu meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang
pertanian, perdagangan dan perindustrian.
 Seterusnya ASEAN memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan
penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan dan
pertubuhan serantau dan antarabangsa.

 Pada awalnya ASEAN dianggotai oleh lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand,
Filipina dan Singapura. Keanggotaannya bertambah kepada 10 negara dengan
kemasukan Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea.

 Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini bersempadan
dengan Indonesia tetapi bukan di dalam Asia Tenggara.

 Kerjasama ASEAN bertambah kukuh dan perjalanannya bertambah lancar dengan


pembentukan struktur pentadbiran ASEAN.
Peta Buih
Penganjuran
Rombongan
Kebudayaan

Pertukaran
maklumat Program
dalam Pertukaran
bidang Peranan dan Tenaga
teknikal dan Sumbangan Pengajar
kepakaran kerajaan
Malaysia
dalam
pertubuhan
ASA

Kemudahan
Kegiatan
latihan dan
Pelancongan
penyelidikan

Sumber: Buku dan Internet


Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA)
 Malaysia telah memainkan peranan yang amat penting dan memberi banyak
sumbangan terhadap pertubuhan-pertubuhan serantau seperti ASA,
MAPHILINDO dan ASEAN.

 Antaranya ialah Malaysia telah menjalin hubungan kerjasama dengan ASA


melalui rombongan kebudayaan dalam kalangan negara anggota ASA iaitu
Flipina dan Thailand.

 Menurut Zaini Othman (2005), negara anggota ASA bekerjasama dalam bidang
pendidikan melalui pertukaran tenaga pengajar antara universiti.
 Contohnya, pada tahun 1963, tenaga pengajar Universiti Malaya bertukar
dengan tenaga pengajar Universiti Filipina.

 Pertukaran maklumat dalam bidang teknikal dan kepakaran juga merupakan


salah satu sumbangan Malaysia terhadap ASA.

 Malaysia juga telah berganding bahu denga ASA bagi menggalakan kegiatan
pelancongan.

 Namun demikian, usia ASA tidak panjang. Menurut Syed Ibrahim (2009),
akibat dari krisis politik antara Filipina dan Malaysia seta konfrontasi
Indonesia terhadap Malaysia maka ASA telah dibubarkan pada tahun 1963.
Gagasan MAPHILINDO
 Penubuhan MAPHILINDO adalah ekoran dari penentangan Indonesia dan
Filipina terhadap pembentukan negara baru Malaysia.

 Satu persidangan Menteri Luar ketiga-tiga buah negara iaitu Malaysia,


Indonesia dan Filipina telah diadakan di Manila pada tahun 1963.

 MAPHILINDO bermatlamat untuk menjaga dan mengekalkan keamanan


serantau, mewujudkan persefahaman dalam kalangan negara-negara anggota
dan mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi.
 Walaubagaimnapun, sebagai sebuah pakatan serantau, MAPHILINDO
gagal mencapai persefahaman dan kerjsama politik serta ekonomi dalam
kalangan negara anggotanya.

 Malaysia juga tidak dapat memberi sebarang sumbangan kepada


MAPHILINDO.

 Hal ini disebabkan tempoh penubuhannya singkat iaitu dari tahun 1963
sehingga 1966.
Peranan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN)
 Mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama politik,
ekonomi, sosial dan kebudayaan, pendidikan dengan negara-negara anggota
lain.

 Dari aspek keselamatan, ASEAN telah bersetuju untuk memperkenalkan zon


aman, bebas dan berkecuali atau singkatannya ZOFPAN di semua negara
ASEAN.

 Menurut Leong (2001), semua negara ASEAN juga bersetuju untuk


mengelakkan daripada menjadi tempat persaingan tenaga nuklear dan
menerima sebuah konsep iaitu Zon Bebas Senjata Nuklear atau dalam
bahasa inggeris South East Asia Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ).
 Kerjasama dalam bidang pendidikan bertujuan untuk berkongsi segala kepakaran
untuk dipelajari oleh semua penuntut-penuntut dari negara anggota.

 ASEAN juga memainkan peranan dalam menubuhkan persidangan menteri-


menteri pelajaran ASEAN iaitu Southeast Asian Ministers of Education
Organization (SEAMEO) dan diagihkan kepada beberapa buah negara ASEAN
seperti Regional Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM)
untuk melatih para guru sains dan matematik di negeri Pulau Pinang.

 Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC) ditubuhkan di Singapura untuk melatih


pegawai meningkatkan prestasi penguasaan bahasa inggeris.

 Penubuhan INOTEC di Filipina adalah untuk melahirkan penyelidikan pertanian


dan penubuhan TROMPED di negara Thailand adalah untuk menjalankan
penyelidikan kesihatan awam.
 ASEAN juga telah berkembang pesat dan mempunyai potensi dalam meraih
kejayaan yang lebih dalam lagi dalam bidang politik dan ekonomi.

 Contohnya, ASEAN juga berjaya meraih dividen besar iaitu mengekalkan


keamanan dan kestabilan rantau.

 Bagi Malaysia, ASEAN akan sentiasa menjadi tonggak utama dasar


hubungan luar Malaysia .
Sumbangan Malaysia kepada ASEAN
 Kerajaan Malaysia juga memperkenalkan konsep ZOPFAN untuk menjamin kestabilan

politik dan keamanan negara serantau.

 ZOPFAN telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.

 Menurut Jasiman (2000), konsep ZOPFAN mengiktiraf hak setiap negara, sama ada

besar atau kecil untuk wujud secara bebas tanpa sebarang campur tangan luar

terhadap urusan dalaman sesebuah negara.

 Sebarang campur tangan luar dilihat boleh menjejaskan kebebasan, kemerdekaan dan

keutuhan negara tersebut.


 Antara matlamat penubuhan ZOPFAN adalah, untuk mewujudkan persahabatan
dengan semua negara di dunia tanpa mengira fahaman ideologi politik untuk
memelihara keamanan dan kestabilan politik.

 Penubuhan ZOPFAN dapat membantu untuk menyelesaikan sebarang pertikaian


di Asia Tenggara secara aman tanpa melibatkan sebarang kekerasan.

 Konsep ZOPFAN dapat menghalang mana-mana negara atau kuasa-kuasa besar


daripada mencari alasan untuk campur tangan dalam hal ehwal Asia Tenggara.

 Kerajaan Malaysia memperkenalkan Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ)

 SEANWFZ dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN


bebas daripada ancaman senjata nuklear.
 Antara matlamat penubuhan Zon Bebas Senjata Nuklear adalah, untuk
mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik.

 Contohnya, pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus


berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib
negara mereka sendiri.

 Selain itu, tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan atau


kemudahan pelabuhan untuk mengangkut bahan nuklear.

 kerajaan Malaysia juga mengadakan pesta atau perayaan kebudayaan dan


kesenian.

 Contohnya, menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.

 Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara


negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dan lain-lain
lagi.
 Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan.

 Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui
semangat kesukanan

 Dalam bidang pelancongan pula, kerjasama dijalinkan dengan mengadakan


Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

 Malaysia sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian demi


mengekalkan kelangsungan hubungan antara negara ASEAN dan demi
mewujudkan kerjasama dan keamanan sejagat.

 Kerajaan Malaysia juga bekerjasama dalam projek perindustrian.

 Contohnya, Malaysia membantu dalam projek baja urea di Bintulu, Sarawak dan
Acheh, Indonesia melalui ASEAN.
 Malaysia mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya
dalam bidang automotif.

 Kerajaan Malaysia mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk


meningkatkan perdagangan antara negara anggota.

 Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang,


perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan
tarif dan perluasan tarif istimewa.

 Kerajaan Malaysia juga mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan.

 Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan


kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha
sama ASEAN.
 Seterusnya, kerajaan Malaysia juga menjalin kerjasama dalam bidang
komunikasi.

 Contohnya, pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota.

 Kerajaan Malaysia juga mengemukakan idea kerjasama ekonomi yang


melibatkan China.

 Idea ini dikemukakan oleh Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad dan dinamakan
EAEC.
KESIMPULAN
 Mengikut penghujahan yang dikemukakan di atas, ternyata dasar kerjasama
serantau yang dijalankan dalam kalangan negara anggota di Asia Tenggara
mempunyai matlamat, peranan dan sumbangan dalam sosial, politik dan
ekonomi.

 Masalah dalaman Asia Tenggara seperti Konfrontasi Indonesia terhadap


Malaysia, tuntutan Filipina terhadap Sabah dan isu Kampuchea juga
menyumbang kepada ketidakstabilan dan keamanan rantau Asia Tenggara.

 Bagi mengatasi masalah ini, negara-negara Asia Tenggara telah membentuk


kerjasama serantau dengan pertubuhan-pertubuhan seperti ASA,
MAPHILINDO dan ASEAN.
 Namun begitu, kerjasama serantau yang ditubuhkan sebelum pembentukan
Malaysia iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal mengatasi konflik dalaman Asia
Tenggara tetapi kerjasama serantau tersebut berjaya mengurangkan
ketidakstabilan rantau Asia Tenggara melalui dasar menyelesaikan masalah
dalaman tanpa melibatkan orang luar.

 Kejayaan ASEAN mengatasi konflik dan mewujudkan suasana aman damai


di Asia Tenggara adalah disebabkan dasar berkecuali iaitu tidak mencampuri
urusan negara lain yang dipegang oleh negara anggota ASEAN.
SEKIAN TERIMA
KASIH