Anda di halaman 1dari 91

BAHASA DAN LITERASI

kanak-kanak

Pn. Mastura Karimuddin


Konsep Pemerolehan Bahasa
Bahasa - anugerah istimewa yang ada pada setiap individu.

Bahasa - saluran yang membolehkan kanak–kanak menyusun


dan mengutarakan idea serta pengalamannya.

Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi


membolehkan kanak –kanak berhubung antara satu sama
lain.

Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraki.

Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan


perasaannya, memberi pendapat atau pendangannya.
Konsep Perkembangan Bahasa

Perkembangan bahasa

- Merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan


orang lain.
- Membolehkan kanak–kanak membina konsep
berkenaan alam di persekitarannya.
- Membolehkan kanak-kanak membina konsep
manusia di persekitarannya.
Bahasa
- sebagai suatu sistem lambang pertuturan yang terdiri daripada
leretan bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh oleh
ahli sesebuah masyarakat
-sebagai alat untuk berhubung dan bekerjasama.
- merupakan satu saluran yang membolehkan kanak-kanak
menyusun dan menyatakan idea atau pengalamannya.
-Perkembangan dan penggunaan bahasa adalah penting untuk
membolehkan manusia berhubung antara satu dengan lain
-Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosio-
emosi yang tenteram dan selamat kerana apabila bahasa
dikaitkan dengan pengalaman yang menggembirakan.
Asas Perkembangan Bahasa
Pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari
atau dipelajari secara langsung/ secara tidak formal. Bagaimana?

Proses pemerolehan bahasa berlaku secara aktif pada kanak-kanak dalam


lingkungan umur dua hingga enam tahun.

Kebanyakannya hasil penyeledikan bahasa mendapati bahawa jangka masa


pemerolehan bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak-kanak ialah antara umur
satu tahun hingga lima tahun. Sekiranya jangka masa ini terlangkau, maka
perkembangan bahasa akan terhalang.

Kebanyakan ahli psikolinguistik bersependapat bahawa kanak-kanak akan


mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa secara pemerolehan sesudah umur
13 tahun.

Sebaliknya kanak-kanak itu lebih cenderung menguasai bahasa melalui proses


pembelajaran yang berat. Selain itu mutu bahasa yang diperolehi kanak-kanak pada
masa itu bergantung kepada bahasa yang mula-mula didedahkan.
orang dewasa memperoleh bahasa pada kadar yang lebih perlahan berbanding
dengan kanak-kanak.
Teori-teori Pemerolehan Bahasa

Teori Behavioris (Skinner)


Teori Nativis (Noam Chomsky)
Teori Kognitif (Vygotsky)
Teori-teori Berkaitan
Model Behavioris
Pandangan Behavioris
- terdiri daripada ahli-ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir,
Fries dan Brooks.
-Sarjana-sarjana psikologi yang menyertainya ialah B. Watson,
Thorndike, Pavlov dan B.F. Skinner.
-Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu
lakuan terjadi melalui ulangan lakuan.. Menurut pandangan
teori ini, tidak ada struktur linguistik yang dibawa sejak lahir.
Kanak-kanak yang lahir dianggap kosong dari berbahasa.
Mereka berpendapat bahwa anak yang lahir tidak membawa
sebarang kapasiti atau potensi berbahasa.
……… teori-teori
….Model Behavioris
Brown (1980) dalam “Principles of Language Learning and
Teaching” - kanak-kanak lahir ke dunia ini ibarat seperti sehelai
kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya yang
akan membentuknya secara perlahan-lahan untuk
membentuknya membuat pengukuhan terhadap tingkah
lakunya.
Pengetahuan dan keterampilan berbahasanya akan diperolehi
melalui pengalaman dan proses pembelajaran. Dengan
demikian, bahasa yang didengari akan dipindahkan melalui
pewarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang belajar
memandu kenderaan.
……… teori-teori
….Model Behavioris
Menurut model behaviorist pembelajaran bahasa merupakan kepada proses
yang berdasarkan kepada peraturan pelaziman operan iaitu yang menjurus
kepada model rangsangan gerak balas.
Kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru bahasa itu dan
dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu.
Ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-kanak dengan adanya
tindak balas seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak
menggunakan perkataan khusus seperti ”mama” atau ”papa” dan perkataan
ini diulang berkali-kali dan dengan pengulangan ini kanak-kanak itu akan
dapat mengikut

Kesimpulan : Behavioris – pelaziman operan/ perlakuan melalui


pengulangan
Pembelajaran bahasa

 Pembelajaran bahasa merupakan


penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh
dengan mengulang-ulang aktiviti yang
hendak dikuasai
Teori Mentalis (nativis)

 Dipelopori oleh Noam Chomsky


 Tidak bersetuju dengan teori sebelumnya
 Memperkenalkan analisis bahasa
Transformasi generatif (Chomsky)
 Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit,
kegramatisan dan transformasi
 Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P
bahasa sebagai satu proses kognitif
Pandangan Chomsky

 Penutur pendengar mempunyai kamapuan dan prestasi


 Otak penutur mempunyai tatabahasa sejagat yang
diperolehi semula jadi. Setelah 5 tahun membentuk
tatabahasa generatif pada taraf kemampuannya
 Bahasa merupakan proses mental yang dapat
menghasilkan bahasa tanpa ransangan luar. Skim ini
dikenali S-O-R (stimulus-organism-response)
 Memperkenalkan Transformational Grammar (TG).
Kanak-kanak semulajadi mempunyai LAD (Language
Acquisition Device)
Ciri-ciri Teori Nativis
 Penguasaan bahasa mempunyai hubungan erat dengan
kebolehan mental
 Manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk
menguasai bahasa
 Competence dan performance mempunyai daya cipta untuk
menghasilkan dan menggunakan bahasa yang diketahui
 Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasi-genaratif
yang mengandungi struktur dalaman dan struktur luaran
 Kesalahan membentuk rumus tidak dianggap sebagai
kegagalan sebaliknya sebagai percubaan hipotesis.
Pendangan Nativis tentang teori ini kerap dinyatakan dengan
teori pemerolehan bahasa yang behavioristik.
Contoh pandangan teori ini, anak yang lahir ke dunia sudah
membawa kapasiti atau potensi bahasa. Kapasiti atau potensi
bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan
digunakan selanjutnya.
Untukitu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur
yang berada dipersekitarannya seperti keluarga, rakan dan
masyarakat disekelilingnya.
Ini bermakna persekitaran ini akan membantu serta
mempengaruhi kebolehan bahasa kanak-kanak.
Pandangan Nativis

Secara hipotesisnya kanak-kanak ini apabila dilahirkan telah mempunyai


struktur berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa
memasuki alam prasekolah.
Berdasarkan pandangan ini ianya mempercayai setiap manusia mula
mengenali dan memahami peraturan berbahasa dari segi tatabahasa dan erti
perktaan apabila ia dilahirkan secara umum sahaja.
Berdasarkan itu kanak-kanak itu akan diajar cara berkomunikasi yang baik
supaya ia menjadi lebih mudah untuk memberi arahan, menyoal dan
bertutur dengan lebih teratur.
Untuk itu kanak-kanak ini perlulah menambah lagi perbendaharaan kata dan
penguasaan tata bahasanya.
Model Kostruktivis
Model Konstruktivis ini terbahagi kepada
Interaksi sosial – Vygotsky
……Model Kostruktivis
a) Model Pembelajaran pembentukan kebiasaan

- bahasa sebagai satu kegiatan mekanis, iaitu sebagai aktiviti


fizikal semata-mata.
- faktor persekitaran menjadi rangsangan dan tindak tanduk
organisme pada rangsangan sebagai gerak balas.
- faktor luaran seperti ganjaran menguatkan gerak balas.

Contoh : Dalam konteks pembelajaran bahasa, model ini menegaskan


latihan dan latih tubi. Ini bertujuan untuk membentuk kebiasaan kepada
kanak-kanak.
……Model Kostruktivis
b) Model Pembelajaran Kod-Kognitif

Model ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses


pemikiran. Iaitu satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan manusia
secara semula jadi.
Model ini mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana pemahaman
memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa.
Pengetahuan tatabahasa juga dititik beratkan kerana ini membantu kanak-
kanak menguasai bahasa secara berkesan.

Model ini mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan


letsikal. Disamping itu peraturan tatabahasa juga perlu dihafal. Model ini
menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.
……Model Kostruktivis

Menurut model ini kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi


linguistik supaya mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam
bentukl-bentuk lingusitik yang jelas dan tepat.
Model ini berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi dan
ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu
kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan
betul. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat.

Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-
kanak menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan
seterusnya dapat menggunakannya dengan fasih dan lancar.
- Model ini menekankan :
* fungsi bahasa,
* fungsi makna dan
* tatabahasa yang bersistem
- Model ini juga percaya bahawa bahasa adalah satu sistem yang bermakna
ia juga beranggapan bahawa pembelajaran bahasa adalah mempelajari cara
memberi makna.
- Model ini menerangkan keperluan berkomunikasi kanak-kanak dan
kemudian mempamerkan caracara setiap komunikasi itu dilakukan.

*
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur.

Umur Perkembangan bahasa


Lahir Lebih suka kepada kepada suara
manusia.
Boleh membezakan fonem
Menangis
1-4 bulan Mendekut

6 bulan  Mericau (Ulangan bunyi vokal)


9-12 bulan  Lebih banyak ricauan.
Mula menunujukkan gerak tangan.
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur.

Umur Perkembangan bahasa


12-18 Meniru bunyi
bulan Menyebut perkataan (holoprasa)
Mula guna bahasa untuk
berkomunikasi
Faham > 50 patah perkataan

18 - 24  cetusan perbendaharaan kata


bulan
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur.

Umur Perkembangan bahasa


2 tahun  Menyebut gabungan dua perkataan
 boleh mencantum beberapa
perkataan mudah untuk menjadi ayat
pendek
Boleh menyebut dan mengenal
perkataan yang mudah dari objek atau
gambar menguasai hampir 30
perbendaharaan kata
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur.

Umur Perkembangan bahasa


3 tahun  Menggunakan perkataan untuk
mendapatkan sesuatu perkataan
nama dan perbuatan dalam
percakapan
Mengenalpasti perlakuan atau
pergerakan di dalam gambar
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur.

Umur Perkembangan bahasa


4 tahun  gemar bercakap
Boleh berbual dengan ayat yang lebih
panjang.
Boleh membaca pantun, rhymes dan
bercerita menggunakan perkataan untuk
menyebut warna, huruf dan bentuk.
Suka menyebut perkataan-perkataan
yang baru dan suka menyanyi.
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur.

Umur Perkembangan bahasa


5 tahun  Menghadapi masalah dalam
mengelaskan tentang sesuatu hal
atau keperluan.
Berbual di dalam ayat yang lebih
panjang.
Bercerita tentang pengalaman
seharian.
Suka kepada perkataan yang pelik-
pelik.
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur.

Umur Perkembangan bahasa


6 tahun  Mula bertanya pelbagai soalan
Boleh menjelaskan maksud
sesuatu perkataan/ ayat.
Boleh membina ayat yang lebih
panjang.
Mula membaca dengan sendiri.
Bercakap seperti orang dewasa.
Suka kepada perkataan baru.
• FAKTOR PERKEMBANGAN BHASA
KANAK-KANAK

RAKAN SEBAYA
KELUARGA
MASYARAKAT
BUDAYA
Faktor untuk menggalakkan
perkembangan bahasa

 Berinteraksi dengan kanak-kanak


 Pendidik perlu banyak berinteraksi secara lisan
dengan kerap.
 Persekitaran keluarga
 Membesar dalam lingkungan alam sekitar yang sihat
dan mendapat kemudahan.
 Interaksi dalam keluarga
 Saiz sesebuah keluarga mempengaruhi interaksi
kanak-kanak.
PERKEMBANGAN LITERASI KANAK-KANAK
Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab.

Apakah kaitan lagu ini dengan perkembangan literasi


kanak-kanak ?
Lagu ini memberikan dorongan untuk memupuk
minat membaca sejak dari kecil dalam diri kanak-
kanak.
Konsep Literasi

 Keupayaan menggunakan bahasa untuk


membaca, menulis, mendengar, dan bertutur.
 Mengikut Jackman (2005), literasi awal
bermaksud pembelajaran membaca dan
menulis bermula sejak bayi.
 Literasi melibatkan kebolehan mendengar,
bercakap, membaca, menulis.
Kepentingan Literasi

 Kanak-kanak mudah menyerap pembelajaran


daripada persekitarannya.
 Kanak-kanak perlu mendapat pendedahan
literasi seawal 0-6 tahun untuk mengelakkan
kesukaran belajar bahasa pada usia selanjutnya.
 Kesedaran memberi pengalaman literasi awal
kepada kanak-kanak secara tidak langsung dapt
mengatasi masalah buta huruf dan melahirkan
masyarakat yang minat membaca.
Perkembangan Tunas Literasi

 Bermula sebelum lahir lagi dan berkembang


dengan pesat pada tahap 3 tahun pertama.
 Berkait rapat dengan pengalaman awal pada
buku dan cerita.
 Perlakuan literasi awal dapat diperhati ketika
sebelum usia prasekolah.
Bagaimana kanak-kanak memperoleh
kemahiran literasi
 Diperoleh daripada persekitaran kanak-kanak.
 Berkembang sebelum kanak-kanak mula
bersekolah kerana terdedah kepada pelbagai
bahan seperti iklan di papan tanda, tulisan di
kaca televisyen, tulisan di kotak, dan logo
makanan seperti KFC.
 Kebolehan literasi berkembang pesat apabila
diberi peluang untuk melihat, berkongsi,
mengelas, membuat keputusan, membaca,
bercerita, bercakap, dan mendengar cerita.
Bermain memberi peluang kanak-kanak
memanipulasi bahan literasi serta
mengembangkan kemahiran literasi dan
meneroka idea berkaitan literasi.
Tahap perkembangan kanak-kanak dari
segi bahasa, komunikasi, dan literasi
awal.

0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+Tahun

Boleh Mengeluarka Menyebut Boleh Percakapan Mengendalik


menghasilkan n bunyi suku perkataan menyebut 5-6 lebih jelas. an buku-buku
bunyi seperti kata bila rasa pertama patah dengan
‘oooh’ dan gembira. walupun tidak perkataan berhati-hati.
‘aaah’ untuk jelas seperti seperti “letak
berkomunikas “mama”. barang
i mainan tu”,
“ambil biskut
ini.
0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+Tahun

Mengeluarka Faham bila Boleh Boleh Boleh Tahu buku


n bunyi huruf dikata “tak menyebut memahami mengambil mempunyai
seperti ‘m’, boleh”. perkataan sehingga 50 bahagian ciri-ciri kulit
‘b’. yang biasa patah dalam depan,
didengar. perkataan. perbualan belakang,
Contoh : dengan aktif. tajuk, penulis
“meow”, dan pelukis.
“cucu” (susu),
“acik” (nasi),
“bas”, “cat”,
“echer”
(teacher)
0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+Tahun
Menggabun Menjerit Kenal Faham dan Boleh Mengaitkan
gkan bunyi untuk orangnya mampu menjawab bentuk huruf
dan menarik apabila mematuhi soalan dengan
mencantum perhatian. penggilan/na arahan atau mudah. objek.
kan vowel ma orang itu peraturan
dan disebut. yang mudah.
konsonan
“ba-ba-ba”,
“da-da-da”.
Menggeleng Meniru bunyi Berminat Suka Bilangan
tanda yang dibuat untuk membelek perbendahar
“tidak”, dan oleh sesiapa berbual dan buku dan aan kata
menganggu sahaja di tahu membuat semakin
k tanda “ya”. sekelilingnya mengikuti cerita banyak.
. giliran tentang
bercakap gambar
dalam dalam buku.
perbualan.
0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+Tahun
Meniru bunyi Mula Faham Awal bacaan
yang meluahkan konsep
didengar. keinginan bahan
dengan bercetak
menggunaka (sight-word
n perkataan recognition)
tertentu dan smbol
bersama yang selalu
gerakan dilihat.
badan.
Suka Bila ditanya, Kenal dan Menamakan
mengulang ia boleh tahu huruf abjad.
bunyi yang menunjuk beberapa
didengar kepada abjad.
berkali-kali sesuatu yang
seperti “ma- biasa
ma-mam”, dengannya.
“ne-ne-nen”.
0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+Tahun

Menggunakan Fahami Mengaitkan


bahasa isyarat cerita bunyi abjad.
seperti dalam
menunjuk buku.
dengan jari,
atau menarik
sesuatu dengan
tujuan menarik
perhatian.
Mencuba untuk Faham Membunyikan
turut serta tujuan abjad dalam
menyanyi bila tulisan. huruf-huruf.
mendengar
lagu.
0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+Tahun

Suka Boleh meniru/ Suka meneroka


mendengar menulis bentuk perkataan baru.
cerita dan huruf dan
membelek buku perkataan.
seolah
membaca.
Boleh Mengaitkan
mengaitkan bunyi huruf
tulisan dengan dengan
perkataan lisan perkataan
(prinsip abjad). mudah.
Faham abjad Membaca suku
mempunyai kata, perkataan
bunyi (nilai mudah, frasa,
fonetik). ayat tunggal
yang mudah.
0-6 Bulan 6-12Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+Tahun
Meneroka Membaca ayat
penggunaan simbol, dengan intonasi
abjad, huruf, dan yang sesuai.
bunyi.
Meluahkan emosi Mula menyedari
jalan cerita
Boleh mempengaruhi Meramal akhir
tingkah laku orang. cerita
Mencuba untuk Awal Tulisan
menulis atau melukis
untuk bercita atau
kata-katanya
Boleh membezakan Boleh guna atau
di antara dua atau pegang alat tulis
lebih bahasa yang dengan cara yang
dipertuturkan betul.
0-6 Bulan 6-12 Bulan 1-2 Tahun 2-3 Tahun 3-4 Tahun 4+Tahun
Boleh tulis nama sendiri,
nama benda atau label.
Guna kemahiran fonik
untuk belajar menulis
huruf, suku kata,
perkataan.
Guna tanda bacaan
dalam tulisan.
Kemahiran berfikir.
Merekacipta cerita, lagu,
irama, muzik, dan puisi.
Boleh bertanya dan
berbincang mengenai
cerita yang dibaca.
Dapat beza emosi,
situasi melalui bahasa
verbal, dan non-verbal.
KEMAHIRAN LITERASI AWAL
 Kemahiran literasi awal mengandungi
 Kemahiran mendengar dan bertutur.
 Kemahiran awal bacaan.
 Kemahiran awal tulisan
Kemahiran mendengar &
kemahiran bertutur.
 Penting sebagai asas kepada kemahiran membaca
dan menulis.
 Sebagai medium kanak-kanak melahirkan fikiran
mereka dengan bahasa yang sesuai mengikut
kebolehan.
 Kepekaan ibu bapa,pendidik/pengasuh membina
hubungan mesra menggalakkan perkembangan
literasi kanak-kanak.
 Di taska,pendidik perlu menyediakan bahan aktiviti
yang sesuai supaya dapat menajamkan deria dengar
dan peluang bertutur mengenai pengalaman
dipersekitarannya.
 Pada peringkat awal kanak-kanak digalakkan
mendengar dan mengajuk bunyi disekeliling
selain memahami dunia persekitarannya.
 Elakkan daripada percakapan pelat dengan
kanak-kanak.
 Pendidik perlu menyediakan aktiviti
bertutur,berbual menggunakan bahan dan situasi
yan menarik minat kanak-kanak seperti gambar
atau objek konkrit.
 Kanak-kanak perlu dilatih untuk menyebut
dengan jelas dalam intonasi yang bersesuaian
dan menggunakan bahasa yang sopan.
Kemahiran Awal Bacaan

 Pendidik dan ibu bapa perlu melaksanakan aktiviti


shared reading dengan kanak-kanak secara berterusan
untuk mendorong minat mereka berdamping dengan
buku.
 Ini akan mendorong mereka belajar berkomunikasi.
 Mereka akan dikenalkan dengan nombor, huruf, warna,
bentuk dalam persekitaran dengan cara yang menarik
melalui buku yang dibaca.
 Shared reading boleh dilaksanakan secara individu,
dalam kumpulan kecil atau secara kelas.
 Kanak-kanak berpeluang untuk ketawa, bertanya,
bercerita, membuat gerak balas mimik muka, membuat
aksi, lakonan, dan sebagainya.
Awal Tulisan

 Tulisan ialah lambang bunyi bahasa yang


dipindahkan kedalam bentuk grafik untuk
melahirkan perasaan, fikiran, dan idea.
 Tulisan berperanan mendirikan asas yang kukuh
supaya kanak-kanak melahirkan idea.
 Latihan asas tulisan perlu diberi sebelum
mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan
betul merangkumi latihan otot tangan, jari,
serta koordinasi mata sejak dari awal.
Latihan pratulis melibatkan perkata berikut :
 Melakukan latihan pergerakan tangan supaya boleh
menulis dengan selesa dan sempurna.
 Melakukan latihan pergerakan mata mengikut arah
tulisan.
 Melakukan latihan koordinasi tangan dan mata untuk
menulis dengan betul.
Selepas kanak-kanak mempelajari peringkat
pratulis, tahu memegang pensel dengan betul
berulah mereka dilatih membentuk lambang
tulisan.
Tahap perkembangan lakaran dan
contengan kanak-kanak

Umur Peringkat Ciri


< 1 tahun Contengan awal Kanak-kanak
(Early Scribbling) menconteng bebas dan
tidak terkawal di atas
kertas.
Antara 3 – 6 tahun Contengan terkawal Kanak-kanak mula
(Controlled Scribbling) membuat lakaran
terkawal, berulang dan
bersistem seperti bentuk
bulat, garis titik,
menegak, dan segi
empat.
> 6 tahun Lakaran bernama Lakaran yang kanak-
(Name Scribbling) kanak boleh
menceritakan idea
mereka.
AKTIVITI LITERASI AWAL
Memperkenalkan Abjad

 Memperkenalkan huruf abjad kepada kanak-


kanak dengan kreatif.
 Beri kesedaran kepada kanak-kanak bahawa
nama objek disebut berdasarkan bunyi huruf
samaada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.
Contoh aktiviti kenal huruf :
 Mengenal huruf yang terdapat dalam nama.
 Melabel nama objek yang terdapat dalam kelas.
 Mengecam huruf pada tulisan yang terdapat dalam
persekitaran.
 Mengecam huruf dalam tajuk buku.
 Mendengar cerita ABC.
 Bermain denga huruf, puzzle huruf.
 Memadankan huruf yang sama.
 Menyanyi lagu bunyi fonik.
Aktiviti Pratulis

 Dimulakan dengan memberi kemahiran jari dan koordinasi


mata.
 Antaranya ialah :
 Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh untuk menguatkan
otot jari tangan.
 Mengoyak kertas untuk mengawal jari pelbagai arah.
 Menggunting kertas mengikut garisan untuk tumpuan mata mengikut
pergerakan.
 Menguntai manik untuk koordinasi mata-tangan dan arah tulisan.
 Menggantung barang menggunakan penyepit baju untuk kekuatan
jari memegang pensel.
 Memindahkan duit syiling/butang/manik dari satu bekas ke satu bekas
yang lain menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
 Melakar bentuk menggunakan jari telunjuk diatas permukaan
berlainan seperti di udara dan di pasir untuk permulaan kemahiran
melakar.
PEMILIHAN BUKU KANAK-KANAK
 Pendidik dan ibu bapa memainkan peranan
pemilihan jenis buku untuk kanak-kanak.
Buku Untuk Bayi

 Pada peringkat bayi, buku fabrik ialah buku yang sesuai


mengikut tahap umur atau kebolehan mereka dan
selamat untuk kanak-kanak.
 Mempunyai cermin dan tekstur fabrik yang berbeza
yangs angat sesuai dengan kumpulan umur, boleh
dilipat, pop-up, atau flaps untuk kejutan.
 Ada bentuk keras atau tebal untuk kanak-kanak
membukanya.
 Apabila bayi memegang buku, bacakan buku tersebut
kepadanya.
 Bayi akan memberikan respon apa yang terdapat dalam
buku.
Buku Kanak-kanak Tatih (1-2
Tahun)
 Kanak-kanak suka dibacakan dan mula mahu
membaca sendiri tetapi mengikut cara mereka.
 Buku yang sesuai pada peringkat ini ialah jenis
buku kulit tebal dan buku satu perkataan.
Buku Kanak-kanak 3-4 Tahun

 Buku yang banyak gambar tanpa perkataan.


 Digunakan untuk bercerita dari gambar.
 Pada peringkat ini, mereka sudah boleh
mengecam perkataan yang berulang untuk
memudahkan mereka memahami teks iaitu 8-
10 muka surat.
Buku Kanak-kanak Prasekolah 4-
6tahun
 Mereka diberi kemahiran membaca ayat
mudah.
 Buku yang disediakan masih memerlukan buku
bergambar, mempunyai perkataan berulang-
ulang.
 Peringkat ini juga mereka sudah boleh
membaca buku cerita dan menceritakan semula
cerita yang telah didengar.
Etika Mengendalikan Buku dan Cara
Menggunakan Buku
 Kanak-kanak perlu dilatih memegang buku
dengan cara yang betul.
 Tunjukkan kepada kanak-kanak halaman muka
hadapan, tajuk, dan penulis serta pelukis.
 Sebutkan juga nama penerbit buku yang dibaca
itu.
 Tunjuk satu per satu perkataan dan cara
membaca ayat dari kiri ke kanan.
Persekitaran Menggalakkan
Perkembangan Literasi
 Aspek yang mendorong perkembangan literasi kanak-
kanak :
 Menyediakan persekitaran yang memberi peluang kerap
bercerita kepada kanak-kanak.
 Memdedahkan kanak-kanak kepada fungsi literasi dan label.
 Peluang berbual tentang perkataan bercetak dalam buku.
 Memperkenalkan perkataan dan sebutan secara kreatif, lucu,
atau menyeronokkan.
 Memberi peluang kanak-kanak berinteraksi secara lisan.
 Berinteraksi dengan model berbahasa orang dewasa.
 Mereka diberi layanan, perhatian oleh orang dewasa yang
menunjukkan minat terhadap pertuturan kanak-kanak.
 Menggalakkan membuat simulasi atau lakonan.
 Menggalakkan kanak-kanak membuat aktiviti main
peranan.
 Memperkayakan perbendaharaan kata.
 Galakkan berbual dengan kanak-kanak.
 Memberi informasi apabila diminta.
 Bertanya dan mengulangi apa yang dituturkan oleh
kanak-kanak.
 Bercakap dengan kanak-kanak tentang huruf dan
perkataan yang mereka sebut.
 Bermain dengan bahasa.
Memupuk Minat Membaca

 Memberikan pendedahan awal kepada buku


dan bermain berkaitan dengan buku dalam
pengalaman seharian dapat mendorong minat
kanak-kanak dengan buku.
Ruang Membaca

 Penyediaan ruang membaca yang selesa dan


kondusif akan merangsang minat membaca dalam
kanak-kanak.
 Apa yang boleh yang boleh dan tidak boleh dengan
kanak-kanak :
 Peruntukan masa yang sesuai untuk mereka, bukan ibu
bapa.
 Bedtime story – cerita ada nilai murni dan selitkan zikir
atau doa.
 Jadikan buku dan bahan bacaan sebagai hadiah.
 Sediakan bahan bacaan yang banyak.
 Jangan paksa.
KAEDAH DAN TEKNIK MEMBACA
 Merupakan satu proses yang dinamik yang
memerlukan pendidik membimbing kaank-kanak
untuk mengembangkan idea, konsep, dan perasaan
melalui pergerakan dramatik.
 Matlamat utama bercerita ialah untuk menggalakkan
kanak-kanak meneroka alam imaginasi mereka
secara bebas tetapi terkawal, melalui disiplin
bercerita.
 Bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak
dalam proses penceritaan.
 Berkait rapat dengan terapi psikologi kanak-kanak.
 Melatih kanak-kanak menggunakan bahasa secara
bersahaja dan pragmatik bertepatan dengan situasi.
 Sesi bercerita menggalakkan perkembangan
literasi, kecerdasan pelbagai, kmahiran berfikir,
kecerdasan emosi, dan kemahiran komunikasi
kanak-kanak.
 Aktiviti bercerita selepas nature-walk dapat
menajamkan minda dan deria.
 Aktiviti yang boleh dilakukan semasa bercerita ialah
menyebut sambil membuat pergerakan, menyebut
perkataan sambil beraksi, permainan mendengar
dan melakukan arahan.
 Kanak-kanak boleh membuat ekspresi muka
mengikut perasaan.
Faedah Bercerita

 Memberi pengetahuan secara menyeronokkan


dan meningkatkan pemahaman mengenai
sesuatu.
 Kanak-kanak dapat meningkatkan
perbendaharaan, memupuk nilai-nilai murni
disamping peluang mendengar, berbual,
bercakap, bertanya dan menggunakan
imaginasi.
Perkara yang perlu dipertimbangkan
(sebelum bercerita)
Jangka masa bercerita tidak melebihi 10-15
minit.
Bilangan kanak bergantung pada peringkat
umur.
ABM yang digunakan : buku, buku besar, poster,
cakera padat, komputer, radio, televisyen,
boneka, dan sebagainya.
Waktu yang sesuai bercerita : pagi atau petang.
Cerita baru atau lama dan persediaan yang
berbeza.
Elakkan bercerita selepas aktiviti aktif.
Perkara yang perlu dipertimbangkan
(semasa bercerita)
 Memilih cerita yang sesuai mengikut peringkat
umur kanak-kanak.
 Tahu tentang isi cerita.
 Permudahkan cerita dengan keadaan atau tema.
 Guna bahan, alatan yang sesuai.
 Ulangi frasa dan ayat yang utama.
 Gambarkan atau bayangkan cerita dan aksikan.
 Gunakan unsur jenaka dalam cerita.
 Libatkan kanak-kanak dengan watak tertentu
dalam cerita.
 Akhiri sesi bercerita dengan aktiviti.
Perkara yang perlu dipertimbangkan
(selepas bercerita)

 Menyoal, semula tentang watak-watak dan


jalan cerita.
 Menceritakan semula.
 Membuatkan aktiviti lanjutan seperti melukis
dan menyanyi.
Aspek Penting Dalam Bercerita

 Suara yang jelas, bernada sesuai, berintonasi,


sesuai dengan watak yang berbeza dan
pencerita.
 Laras bahasa bercerita dan bahasa kanak-
kanak.
 Gerak badan yang sesuai.
 Mimik muka sesuai dengan watak dan situasi.
 Boleh mengawal mood bercerita.
 Props yang sesuai dengan cerita.
Kaedah-kaedah Lain Bercerita

 Bercerita menggunakan boneka.


 Bercerita tanpa alat.
 Bercerita berpandu.
 Bercerita berdasarkan gambar bersiri.
 Bercerita menggunakan bahan maujud.
 Teka-teki.
 Teater bercerita.
 Cerita menggunakan buku.
Bercerita Menggunakan Buku

 Dapat memberikan pengalaman secara


langsung.
 Mendorong kanak-kanak berdamping dengan
buku.
 Pendidik perlu memberi sokongan tanpa
memaksa atau menyekat minat kanak-kanak
untuk membaca buku kegemaran mereka.
 Salah satu kaedah bercerita menggunakan
kaedah shared reading.
Shared reading

Bercerita beerti membacakan cerita sahaja dari


memori.
Manakala shared reading membacakan cerita
dari buku kepada sekumpulan kanak-kanak
berulang kali.
Perkara penting yang perlu diingat ialah
keseronokan membaca.
PENUTUP
• Perkembangan literasi awal kanak-kanak dapat dipupuk
dengan menyediakan persekitaran, bahan, dan kaedah
pendekatan yang menarik dan sesuai dengan tahap
perkembangan dan minat kanak-kanak.
LAMPIRAN
Senarai Semak Perkembangan Bahasa, Komunikasi,
dan Literasi Awal.
Senarai semak perkembangan
kanak-kanak (0-3 bulan)
No. Ya
Perkara Catatan
Item (Bila/Tarikh)
1. Suka pada suara
Boleh didiamkan apabila
2.
mendengar suara
3. Menangis apabila tidak selesa
Menghasilakn tangisan yang
4. berbeza apabila lapar atau
sakit
5. Menghasilkan bunyi di tekak
6. Menghasilkan bunyi (ah,uh)
Meneran (grunt) dan
7.
mengeluh (sigh)
8. Menyembur
9. Berkukur (cooing-bunyi vokal)
Senarai semak perkembangan kanak-
kanak (3-6 bulan)
No. Ya
Perkara Catatan
Item (Bila/Tarikh)
Menoleh kepala atau mata ke arah
1.
objek atau suara yang biasa didengar
Bertindak balas ke atas suara (seperti
2.
memaling kepala ke arah suara)
Bertindak balas apabila mendengar
3. pelbagai bunyi (seperti bunyi telefon,
pintu diketuk dan sebagainya.
4. Boleh mengesan ke arah bunyi
5. Mendengar ke arah bunyi
6. Menoleh ke arah bunyi
7. Babbles – tahap yang lebih tinggi
Babbling meningkat – menggunakan
8.
pelbagai bunyi secara berulang
Senarai semak perkembangan kanak-
kanak (6-9 bulan)
No. Ya
Perkara Catatan
Item (Bila/Tarikh)
Bertindak balas kepada
1. perkataan “jangan” degan
menghentikan aktiviti
Bertindak balas apabila
2.
dipanggil namanya
3. Meniru bunyi
Membuat bunyi ma-ma atau
4.
da-da
5. Mengulang perkataan
Senarai semak perkembangan kanak-
kanak (9-12 bulan)
No. Ya
Perkara Catatan
Item (Bila/Tarikh)
1. Melambai “bye-bye”
Menghasilkan bunyi ma-ma
2.
atau da-da
Menghasilakn 2-3 perkataan
3.
selain ma-ma atau da-da
Bercakap dalam bahasa yang
4. tidak difahami oleh orang lain
(jabbering atau berleter)
Mengikut ayat mudah (ayat 2-
5. 3 perkataan) diikuti dengan
perkerakan badan
Memberikan permainan atas
6.
arahan
Senarai semak perkembangan kanak-
kanak (12-18 bulan)(1-1 ½ tahun)
No.
Perkara Ya(Bila/Tarikh) Catatan
Item
Menunjuk ke arah barang yang
1.
diinginkan
Sura tinggi dan rendah ketika
2.
bercakap
Bersuara balik kepada orang
3.
bercakap dengannya.
Menggunakan intonasi suara yang
4. berbeza seperti marah, meminta dan
sebagainya
Menunjukkan reaksi apabila nama
5.
mereka dipanggil
Bertindak balas dengan perkataan
6.
“jangan”
7. Menyebut 4-5 perkataan
Menconteng di atas kertas seperti
8.
Senarai semak perkembangan kanak-
kanak (18-24 bulan) (1 ½-2 tahun)
No. Ya
Perkara Catatan
Item (Bila/Tarikh)
Suka mendengar apabila
1.
dibacakan
Boleh menyelak muka surat
2.
buku (2-3 muka surat)
Menggunakan namanya untuk
3.
rujuk diri
Boleh menyebut lima hingga
4.
sepuluh perkataan
Membuat ayat mengandungi
5.
dua perkataan
No. Ya
Perkara Catatan
Item (Bila/Tarikh)
Minta benda dengan
6.
menyebut nama objek
Menyatakan nama objek
7.
apabila ditanya “ini apa?”
Mengikut arahan bila diminta
mengambil atau membuat
8. sesuatu yang mereka biasa
(berikan saya… ambilkan…
tunjukkan saya…)
Menconteng dan membuat
9.
tanda di atas kertas atau meja
Respon apabila ditunjukkan
10. objek seperti mainan, buku,
ahli keluarga dan sebagainya
Senarai semak perkembangan kanak-
kanak (2-3 tahun)
No. Ya
Perkara Catatan
Item (Bila/Tarikh)
Menyelak muka surat buku
1.
satu per satu.
Menunjuk dan menamakan
2.
objek dalam buku.
Menggunakan 2-3 perkataan
3. dalam ayat, contoh : Nak jus
lagi.
Menamakan sebahagian
4.
anggota badan.
Minta benda/objek dengan
5. menyebut nama objek
tersebut.
Menyebut sekurang-
6. kurangnya 50 perkataan
(senaraikan).
No. Ya
Perkara Catatan
Item (Bila/Tarikh)
Mengambil objek yang betul
7.
apabila di minta.
Memberitahu sesuatu dalam
8.
frasa yang membawa makna.
9. Boleh menconteng.
10. Meniru bulatan.
11. Meniru garisan melintang.
12. Meniru garisan menegak.
Senarai semak perkembangan kanak-
kanak (3-4 tahun)
No. Ya
Perkara Catatan
Item (Bila/Tarikh)
1. Tahu bahagian tubuh badan.
Faham dan boleh ikut ayat
yang mengandungi dua
2. arahan
(Ali ambil buku dan letak di
rak buku).
3. Menanamkan haiwan.
Menyanyikan rhymes and
4. melodi seperti dari tv dan
cerita.
Guna ayat tiga perkataan (nak
susu lagi)
5.
Tanya soalan (kakak makan
apa?)
Bercerita tentang hasil
Senarai semak perkembangan kanak-
kanak (4-5 tahun)
No. Ya
Perkara Catatan
Item (Bila/Tarikh)
Boleh tiru bulatan dan
1.
pangkah
Ulang ayat mengandungi 6
2.
perkataan
Menggunakan ayat yang
3. mengandungi 4 hingga 6
perkataan
Boleh menjawab soalan
seperti:
4. Siapa nama adik?
Kamu lelaki atau perempuan?
Berapa umur adik?
Bercerita tentang peristiwa
5.
yang berlaku padanya
Melukis dan melabel