Anda di halaman 1dari 50

FCE 3900

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
Kaedah Penyelidikan

• Kaedah Penyelidikan merupakan cara


penyelidik mendapatkan maklumat bagi
mencapai matlamat penyelidikan
pendidikan.
• Prinsip: Gunakan cara yang paling
berkesan untuk mendapatkan maklumat
dengan kos yang minimum
Kaedah-Kaedah
Penyelidikan Pendidikan
• Penyelidikan Sejarah
• Penyelidikan Deskriptif
• Penyelidikan Penerokaan
• Penyelidikan Eksperimen
• Penyelidikan Ex Post Facto
• Penyelidikan Penilaian
Penyelidikan Sejarah
Kaedah Penyelidikan
Sejarah
• Sejarah memberi kefahaman tentang asal usul sesuatu
kejadian pendidikan dan memberi perspektif tentang
situasi pendidikan masa ini.
• Sesuatu peristiwa sejarah berlaku hasil interaksi
pelbagai faktor atau pemboleh ubah.
• Kajian terhadap peristiwa, perkembangan atau
pengalaman pendidikan yang telah berlaku secara
objektif dan sistematik dengan tujuan untuk memberi
perspektif baru terhadap sesuatu peristiwa,
perkembangan atau pengalaman pendidikan.
Kaedah Penyelidikan
Sejarah..

• Penting bagi memberi perspektif terutama


dalam keadaan krisis yang tidak dapat
diselesaikan dengan kaedah lain.
• Penting bagi mengumpulkan serta
menentukan fakta dan bukti secara
sistematik dan objektif dan kesimpulan
tentang peristiwa tertentu dibuat
berdasarkan fakta dan bukti yang
dikumpulkan itu.
Kaedah Penyelidikan
Sejarah..
• Penyelidik tidak terlibat secara langsung dengan
peristiwa, perkembangan atau pengalaman
yang dikaji.
• Penyelidik hanya menentukan masalah, sumber
bukti, dan membuat kesimpulan tentang
peristiwa.
• Tidak ada masalah pengaruh di antara
penyelidik dengan subjek yang dikaji.
Batasan Penyelidikan
Sejarah

• Penyelidik tidak mempunyai kawalan ke atas


perlakuan dan persampelan peristiwa,
perkembangan atau pengalaman pendidikan.
• Peristiwa telah berlaku, objek dan individu
yang terlibat adalah khusus dan telah
ditentukan, dan penyelidik tidak mempunyai
peluang mengulangi peristiwa yang telah
berlaku.
Langkah Penyelidikan
Sejarah
1. Mengenalpasti masalah.
2. Mengumpul bukti.
3. Mengkritik bukti.
4. Membentuk “hipotesis”.
5. Mentafsir dan melapor.
1. Mengenal Pasti Masalah

• Penyelidikan bermula apabila timbul


persoalan tentang sesuatu peristiwa
pendidikan yang telah terjadi.
• Justeru itu, pengenalpastian masalah
mestilah mengambil kira faktor-faktor yang
berkait dengan sesuatu peristiwa
• Perlu mengenal pasti dengan tepat
masalah yang ingin dikaji.
2. Mengumpul Bukti
• Bahan rujukan sejarah:
- Bahan bercetak: rekod, laporan, surat, buku,
minit mesyuarat, surat pekeliling,
autobiografi, wasiat, akta, enakmen, rekod
kedatangan, kontrak, dll.
- Objek/benda: artifak, bangunan, peralatan,
pakaian, filem, gambar, duit syiling, dll.
- Manusia: individu tertentu seperti informan
yang pernah mengalami kejadian itu.
- Mengetahui di mana sumber berada.
Dua sumber utama bukti:
1. Sumber Asli/Primer/Pertama
• bukti yang berkait secara langsung
dengan peristiwa seperti kesan tinggalan,
artifak, saksi dan pemerhati yang menjadi
perantara antara peristiwa dengan
penyelidik.
• Menghasilkan maklumat asal tentang
sesuatu peristiwa yang dikaji.
2. Sumber Kedua/Sekunder
• merupakan bahan-bahan dan maklumat yang diperoleh
dari sumber asli seperti laporan akhbar, mesyuarat,
makalah jurnal, dan buku.
• Sumber sekunder ini menjadi perantara antara sumber
asli dengan penyelidik
• Sumber sekunder bertindak sebagai pihak ketiga antara
peristiwa dengan penyelidik
• Matlamat sumber sekunder adalah mendapatkan
maklumat daripada sumber asli.
• Kebanyakan penyelidikan sejarah menggunakan sumber
sekunder.
3. Kritikan Bukti
• Bukti dari sumber pertama dan kedua
perlu diperiksa kesahihan dan
kepentingannya dengan menilai
maklumat dari sumber.
• Kritikan luaran
- Dilakukan bagi memeriksa kesahihan dan
keaslian bukti.
- Teknik: pengesahan tulisan, tanda tangan,
analisis kimia.
600 manuskrip palsu
(Berita Harian, 24 Jun 1997, p. 21)

LONDON, Isnin – Perpustakaan British


mendapati lebih 600 daripada koleksi 15,000
manuskrip purba China miliknya adalah
dokumen palsu yang dibuat pada abad ke-20,
lapor Times, hari ini. Manuskrip palsu itu
dikesan menggunakan kaedah baru untuk
menguji keaslian, membolehkan pakar
menganalisis kertas, dakwat dan pencelup
tanpa merosakkan dokumen itu. Manuskrip asli
mempunyai cat kuning – AFP.
• Kritikan Dalaman
 dilakukan bagi menentukan tahap
kepentingan bukti yang asli sebagai
penghurai atau pendokong “hipotesis”
penyelidik.
 Contoh: menilai sama ada sesuatu
sumber itu merupakan sumber yang
terbaik untuk dirujuk oleh penyelidik.
4. Membentuk hipotesis

• Hipotesis dibuat selepas bukti dikumpul dan


dikritik kesahihan dan kepentingannya.
• Berasaskan bukti, penyelidik menjelaskan
peristiwa dengan merungkai kaitan-kaitan
tersembunyi, menghurai hubung jalin yang
wujud, mengupas prinsip yang ada dan
menerangkan mengapa dan bagaimana
peristiwa itu berlaku secara logik.
Membentuk hipotesis….

• “Hipotesis” yang dibina dijadikan asas


untuk mendapatkan lebih banyak bukti;
hipotesis penyelidik mungkin berubah
mengikut bukti yang dikumpul.
• Penyelidik harus memastikan hipotesis
yang dibentuk mempunyai liputan yang
menyeluruh tentang masalah kajian.
• Hipotesis biasanya berbentuk sebab-
musabab.
Membentuk hipotesis…

• Hipotesis juga bertujuan:


– Menjelaskan sesuatu peristiwa
– Menyemak pelbagai aspek masalah
yang dikaji
– Mengelaskan orang, benda, bidang,
kawasan, dan masa atau zaman.
5. Mentafsir Dan Melapor

• Selepas pengumpulan bahan dan


pembentukan hipotesis, penyelidik akan
menafsir maklumat daripada bahan.
• Memerlukan kreativiti dan kebolehan
untuk mengolah bahan.
• Penyelidik perlu memelihara ketepatan
tafsiran berdasarkan bukti yang ada di
samping menyampaikannya dalam bentuk
yang menarik dan menyakinkan.
Mentafsir Dan Melapor…

• Laporan harus dibuat secara menyeluruh


mengikut bentuk V (umum-khusus).
• Penafsiran dibuat secara sistematik, mengikut
kronologi atau topik atau gabungan kronologi
dan topik.
• Harus menjelaskan pendapat yang berbeza-
beza tentang peristiwa yang sama.
• Keupayaan penyelidik memberi prespektif
baru terhadap sesuatu peristiwa terserlah
apabila beliau berupaya mengupas dan
menjelaskan pertentangan yang wujud pada
kajian-kajian lepas terhadap peristiwa yang
sama.
• Dapatan perlu disebarkan bagi
memperkukuhkan teori, pemahaman dan
penghayatan terhadap sesuatu peristiwa.
Bacaan tambahan 1 Contoh 1
Bacaan tambahan 2
Contoh 2

Contoh 3
KAEDAH PENYELIDIKAN
DESKRIPTIF
Kaedah Deskriptif

• Bermatlamat menerangkan sesuatu


fenomena yang sedang berlaku.
• Sesuai untuk kajian penerokaan.
• Tiada olahan; penyelidik hanya mengandai
dan tidak menentukan faktor-faktor kajian
terlebih dahulu.
• Tidak bermatlamat menguji hipotesis.
Langkah-langkah Penyelidikan
Deskriptif
1. Menyatakan masalah dengan tepat dan
jelas.
2. Menentukan populasi dan pemboleh
ubah yang berkaitan dengan tepat dan
jelas.
3. Mengenal pasti maklumat yang perlu
digunakan untuk menyelesaikan
masalah.
4. Membentuk atau memilih alat bagi
mengumpul maklumat.
Langkah-langkah…

5. Mereka bentuk kaedah pengumpulan


maklumat yang paling berkesan bagi
mencapai objektif penyelidikan.
6. Mengumpul data penyelidikan
7. Menganalisis data dan maklumat serta
membuat pentadbiran atau inferens.
8. Melaporkan dapatan dan hasil kajian.
Bacaan tambahan 1

Bacaan tambahan 2

Bacaan tambahan 3

Bacaan tambahan 4

Bacaan tambahan 5
Jenis-jenis Penyelidikan
Deskriptif
1. Kajian Kes
2. Kajian Tinjauan (survey)
3. Kajian Perkembangan
4. Kajian Susulan
5. Kajian Korelasi
6. Analisis Dokumen
7. Analisis Kecenderungan
1. Kajian Kes

• Kajian intensif terhadap unit kecil sosial.


• Mengkaji pelbagai aspek berkaitan sesuatu
fenomena secara terperinci.
• Tujuan untuk menyelesaikan masalah.
• Penekanan: pemahaman tentang persoalan
mengapa unit sosial berkeadaan seperti sekarang,
dan bagaimana perubahan tingkah laku disebabkan
oleh pemboleh ubah berkaitan.
• Kelebihan: mendalamnya kajian.
• Kelemahan: pentakbiran mungkin pincang dan tidak
boleh dibuat inferens terhadap populasi secara
berkesan.
2. Kajian Tinjauan

• Mendapatkan maklumat umum dan


penerangan terperinci tentang fenomena yang
berlaku dengan tujuan menggunakan data
untuk membuktikan situasi dan amalan yang
wujud atau membuat perancangan yang lebih
baik.
• Bukan semata-mata untuk memastikan status
semasa tetapi juga menentukan kepadanan
status dengan membandingkan dengan status
piawai terpilih atau terkenal.
• Aspek Tinjauan:

 Aspek tinjauan nyata (fizikal)


 contoh: bilangan pelajar, guru,
sekolah, pendapatan keluarga dll.

 Aspek tinjauan tidak nyata (gagasan)


 contoh: minat, sikap, kecerdasan,
konsep P&P, dll.
• Teknik tinjauan

Bancian: maklumat dari seluruh ahli populasi.


(i) Bancian yang nyata:
 maklumat yang dihasilkan tepat dan boleh dipercayai.
(ii) Bancian tidak nyata:
 maklumat tentang gagasan atau konsep daripada seluruh
populasi
 lebih sukar dijalankan berbanding dengan bancian nyata
kerana: sukar untuk mengkaji semua populasi, pengukuran
gagasan atau konsep tidak boleh dilakukan secara langsung.
 Kajian bancian tidak nyata bergantung kepada sejauh mana
alat kajian sebenarnya mengukur pemboleh ubah atau
gagasan yang dikaji.
Tinjauan Sampel
 Tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian
populasi yang dikaji.
 Menggunakan teknik persampelan
 contoh: sampel rawak untuk mendapatkan sampel tentang
pemboleh ubah nyata seperti bilangan murid dll.
 Nilai maklumat bergantung kepada persampelan. Jika
persampelan rawak digunakan dengan berkesan,
maklumat dapat digunakan untuk membuat inferens
kepada populasi.
 Lebih bermasalah untuk mengukur pemboleh ubah
tidak nyata.
Bacaan tambahan 1

Bacaan tambahan 2

Bacaan tambahan 3

Bacaan tambahan 4
3. Kajian Perkembangan

• Dua jenis kajian perkembangan iaitu


longitudinal dan silang.
• Bertujuan mencerap dan mentafsir
perkembangan unit sosial
(perkembangan proses & sistem
pendidikan).
• Faktor penting ialah masa (semakin lama
semakin sahih bukti) dan kerjasama
semua pihak yang terlibat dalam kajian.
i. Kaedah Longitudinal

• Mengkaji unit yang sama untuk satu tempoh yang


lama
– contoh: kaji Tahun 1 hingga Tahun 6
• Kumpul data dan maklumat (tingkah laku) subjek yang
sama dari semasa ke semasa
• Oleh kerana subjek yang sama dikaji, faktor asal
semua subjek adalah serupa, oleh itu perubahan yang
berlaku adalah disebabkan oleh pemboleh ubah yang
dikaji
• Masalah utama: kerjasama dan mortaliti subjek
ii. Kaedah Silang

• Mengkaji pelbagai tahap unit sosial pada masa


yang sama dan menilai bagaimana proses /
sistem itu berkembang (KBSR: kaji Tahun 1
hingga Tahun 6 pada masa yang sama).
• Masalah pemboleh ubah luaran antara tahap
(wujud perbezaan yang disebabkan oleh faktor
asal yang ada pada subjek).
• Ciri yang tidak kekal dalam populasi atau
sampel.
• Pengaruh pemboleh ubah ekstranus.
4. Kajian Susulan

• Kaji susulan dilakukan terhadap


perkembangan unit sosial selepas sesuatu
olahan dikenakan ke atas subjek selepas
sesuatu olahan diberi untuk tempoh
tertentu.
• Bertujuan menilai keberkesanan program
atau olahan
– contoh: menilai keberkesanan KBSR selepas
lima tahun dilaksanakan
Kajian Susulan…

• Berbeza dengan kaedah longitudinal dari


segi masa menjalankan penyelidikan
• Mirip kajian perkembangan
• Menggunakan kaedah longitudinal atau
silang
• Mempunyai kelemahan seperti kajian
longitudinal
5. Analisis Dokumen

• Menjelaskan sesuatu fenomena yang sedang


berlaku berasaskan maklumat di dokumen yang
berkaitan.
– Contoh: analisis keperluan kewangan, kedatangan.
• Keberkesanan bergantung kepada kebolehan
memilih dan menganalisis dokumen yang sahih
dan sesuai.
• Mirip penyelidikan sejarah, oleh itu kelebihan
dan kelemahan kajian sejarah.
Analisis dokumen…

Perbezaan dengan penyelidikan sejarah:

• Kajian sejarah: tumpu kepada peristiwa


yang telah berlaku
• Analisis dokumen: analisis fenomena yang
sedang berlaku
Contoh: analisis keperluan kewangan dan
perbelanjaan sekolah berdasarkan dokumen
berkaitan.
6. Analisis Kecenderungan

• Bermatlamat menentukan kadar dan arah perubahan


fenomena (proses atau sistem pendidikan) bagi
menganggar dan menjangka tingkah laku atau
perubahan yang akan berlaku pada masa hadapan.
– Contoh; keperluan pendidikan tahun 2020.
• Semakin banyak data bagi tempoh yang lama, semakin
sahih atau mantap jangkaan. Anggaran tentang
fenomena (keperluan pendidikan).
• Proses mendapatkan data bagi tempoh yang berlainan
boleh dilakukan dengan menggunakan analisis siri
masa.
7. Kajian Korelasi

• Mengenalpasti kaitan dan kekuatan antara


P/U bagi menjelaskan sesuatu fenomena.
• Korelasi merujuk kepada sebarang jenis
hubungan antara fenomena.
• Penekanan: penentuan sejauh mana atau
darjah hubungan antara pemboleh ubah.
Kajian Korelasi…

• Membolehkan pengkaji menentukan variasi


yang berlaku antara satu pemboleh ubah dan
kaitannya dengan variasi yang berlaku pada
satu pemboleh ubah lain.
• Data dianalisis menggunakan indeks korelasi
(kaitan variasi antara pemboleh ubah ditentukan
oleh pekali korelasi).
• Tidak boleh digunakan untuk kajian sebab-
musabab.
Kajian Korelasi….

• Dua unsur pekali korelasi:


i. Pekali positif (r): +ve; -ve
• Menjelaskan arah hubungan
• +ve: perkadaran seiras atau selari antara variasi
dalam satu pemboleh ubah dengan satu lagi
pemboleh ubah.
• Contoh: korelasi +ve antara jumlah masa belajar
dengan markah ujian sejarah bermaksud sekiranya
jumlah masa belajar bertambah, markah ujian
sejarah juga meningkat dan sebaliknya.
Kajian Korelasi….

ii. Pekali negatif (r = –ve) menunjukkan


perkadaran songsang antara variasi pada
kedua-dua pemboleh ubah yang berkait.
contoh: r = -ve adalah antara jumlah masa
bermain dengan markah sejarah bermaksud jika
masa main bertambah, markah sejarah
mengurang.
Kajian Korelasi….

Nilai atau Saiz Pekali

 Melibatkan saiz/magnitud pekali.


 Menunjukkan keteguhan hubungan antara dua
pemboleh ubah.
• Nilai: antara sifar (0) dengan 1 (+/- ve)
• Nilai +1 : hubungan positif sempurna bagi variasi antara dua
P/U.
• Nilai ‘0’ : tiada hubungan linear antara satu pemboleh ubah
dengan satu pemboleh ubah yang lain.
• Hubungan dikatakan lemah apabila nilai pekali mendekati sifar
dan dikatakan teguh apabila nilai pekali mendekati 1.
Kajian Korelasi….

• Rules of Thumb:

Cohen (1988)

0.5 1.00 (kecil / lemah)


0.3 0.49 (sederhana)
0.1 0.29 (teguh / kukuh)
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai