Anda di halaman 1dari 9

Oleh:

Pn Faridah bt Abdul Rahman


IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani, Kedah
0194172268
faridah.gplm@gmail.com
 Antara pengasas teori HOKA dan HOKI adalah Roger
Sperry yang telah mengkaji tentang pemisahan otak.
 Ned Herrmann telah melanjutkan teori Sperry yang
membahagikan otak kepada empat bahagian iaitu
‘Quadrant Concept’.
 Hermann (1991) mengkaji perkembangan otak kanan
dan otak kiri di mana fungsi otak boleh dibahagikan
kepada 4 kuadran.
Hemisfear kiri bawah Hemisfear kiri atas

Rajah 1. Empat Kuadran fungsi otak

Hemisfear kanan bawah Hemisfear kanan atas


 Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat
berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia.
 Terdapat individu yang pemikirannya lebih cenderung
kepada otak kanan manakala terdapat juga individu
yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri.
 Gaya pemikiran otak kanan adalah lebih bebas dan
rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuitif, subjektif,
sintesis dan abstrak.
 Gaya pemikiran otak kiri pula lebih menjurus kepada
logik, rasional, analitik, objektif, urutan dan spesifik.
Otak Kanan Otak Kiri

Rasional Secara Menyeluruh

Analitikal Intuitif Dan Mendalam

Berurutan Non-Verbal
Vebal/Bahasa Menjana Idea

Mengkategori Imaginatif

Menerangkan Sebab Pertimbangan Nilai

Membuat Ramalan Pertimbangan Moral

Membandingbezakan Ritma / Rentak

Tersurat Tersirat
 Sistem pendidikan di dunia lebih menjurus kepada aliran
pemikiran otak kiri.
 Para pelajar dilatih untuk membuat keputusan dan
melakukan sesuatu tindakan berdasarkan logic dan
rasional.
 Gaya berfikir menggunakan otak kiri ini dikelaskan sebagai
gaya pemikiran vertikal.
 Gaya berfikir vertikal amat memerlukan sebab-sebab
rasional dan logik; segala keputusan mesti berdasarkan
sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman yang lalu dan
mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan
logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan. (KPM,
IPGK PM., 2014)
 Seni dapat membantu pemikiran rasional dan intuitif
seseorang individu.
 Seseorang pelajar adalah tidak sama dari segi gaya
pemikirannya.
 Sebagai contoh, ada pelajar yang menggunakan gaya
pemikiran otak kanan dapat menerima pelajaran
secara holistik manakala ada pula pelajar yang
menggunakan gaya pemikiran otak kiri menerima
pelajaran secara analitik.
 Pemahaman tentang cara pemikiran menggunakan
otak kanan dan otak kiri ini, maka SDP dapat
menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid
di sekolah menjadi lebih mudah difahami selari
dengan teori kecerdasan pelbagai.

Anda mungkin juga menyukai