Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengenalan 3
Hak Dan Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak
Contoh Pertama : Memberi Pendidikan Agama Kepada Anak 4
Contoh Kedua : Memberi Makan Minum dan Pakaian Yang Halal 5
Hak dan Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa Ketika Masih
Hidup
Contoh Pertama : Menyenang dan menjaga hati ibu bapa 6
Contoh Kedua : Memberi nafkah dan menyediakan tempat tinggal 7
Hak dan Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa Setelah Meninggal 8
Contoh Isu Semasa : “Anak Derhaka Dipenjara Lima Tahun” 9
Cadangan Penyelesaian
Cadangan Pertama : Peranan Ibu Bapa 10
Cadangan Kedua : Peranan Kerajaan 11
Cadangan Ketiga : Peranan Masyarakat 11
Penutup 12
PENGENALAN
• Keluarga adalah asas dan sendi masyarakat, jika aman dan bahagia
sesuatu keluarga, bererti seluruh masyarakat juga akan bahagia.
Kebahagiaan masyarakat ini penting dalam menjamin kegemilangan dan
keharmonian sesebuah negara.
3
HAK DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
TERHADAP ANAK - ANAK
1. Memberi pendidikan agama
kepada anak-anak
Menurut Azrina (2009), pendidikan yang sepatutnya diberikan oleh ibu bapa
kepada anak-anak mereka terdiri daripada pelbagai aspek. Antara salah satunya
ialah, memberikan pendidikan iman, rohani dan akhlak.
Menerusi pendidikan seperti ini, secara tidak langsung dapat membantu anak
membezakan pekara yang baik dan buruk sewaktu berhubung dengan ibu bapa
Selain itu, Ibu bapa juga hendaklah menyediakan pakaian yang sesuai untuk
anak-anak mereka dan tidak menyalahi peraturan syarak
Di dalam firman Allah S.W.T jelas menunjukkan antara faktor yang penting dalam
berbuat baik dengan ibu bapa ialah, seorang anak hendaklah sentiasa berhati-hati
dan waspada terhadap kata-kata dan perbuatannya supaya jangan sampai
mengasari dan menyakiti hati ibu bapanya. 6
ii) Memberi nafkah dan menyediakan tempat tinggal
Kedua, dari aspek menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa
yang hilang tempat tinggal atau tempat tinggalnya tidak sesuai untuk
didiami, Maka, ianya menjadi tanggungjawab seorang anak dalam
menyediakan tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk ibu
bapanya.
7
2. Hak dan Tanggungjawab Anak Kepada
Ibu Bapa Setelah Meninggal Dunia
Islam menyuruh kita untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan buat ibu dan bapa
kita agar mereka mampu memperoleh pengampunan dan rahmat yang besar
daripada Allah S.W.T. Menurut Mustafa (1999), amalan mendoakan kebaikan untuk
ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka telah pun meninggal dunia.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala
amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu
yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan
anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada
kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Menurut Saat (2006), seorang anak masih berupaya mengerjakan kebaikan dan
kewajibannya kepada orang tua meskipun kedua orang tuannya telah meninggal
dunia.
Carannya ialah dengan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibu bapa mereka di
alam kubur. Kedua, memuliakan sahabat dan teman arwah suatu ketika dahulu.
Dengan amalan ini, nescaya, pahala daripada amalan perbuatan baik yang dilakukan
akan sampai kepada mereka yang sudah meninggal dunia.
8
CONTOH ISU SEMASA : “ ANAK DERHAKA
DIPENJARA LIMA TAHUN”
Merujuk Sinar Online (2014), perbuatan derhaka seorang anak yang cuba
membunuh ibunya disebabkan keinginanya meminta RM 5 dari ibunya tidak
dipenuhi, telah mendapat balasan sementara di dunia apabila dia dijatuhkan
hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di Kota Bharu, Kelantan.
Pada pendapat saya, tindakan seorang anak yang membuat cubaan membunuh
kepada ibunya, wajar diberikan hukuman setimpal oleh pihak mahkamah. Hal ini
kerana, seperti yang kita sedia maklum, perbuatan menyergah atau bercakap
kasar kepada ibu bapa pun sudah menjadi larangan dalam agama Islam, inikan
pula tindakan seorang anak yang ingin membuat cubaan membunuh terhadap
ibu. Sudah tentu, tindakan ini sangat - sangatlah melampaui batas agama.
9
• Apabila dirujuk semula mengenai hak dan tanggungjawab
seorang anak kepada ibu bapa untuk dikaitkan dengan isu ini,
saya dapati sepatutnya anaklah yang bertanggungjawab
memberikan nafkah dari segi kewangan kepada ibu bapa
mereka, Sekirannya ibu bapa mereka telah uzur dan hilang
keupayaan dalam mencari rezeki.
CADANGAN PENYELESAIAN
Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan,
masyarakat dan ibu bapa bagi mengurangkan isu anak derhaka. Antarannya ialah
Antara cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak masyarakat ialah dengan
mengadakan kem motivasi yang boleh mendedahkan kepada anak muda cara
menjadi anak yang soleh atau taat kepada ibu bapa. Cadangan yang diutarakan
ini juga telah dijalankan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab dan di
antarannya ialah, Syarikat HBK Berkat Sdn. Bhd yang telah mengadakan “Kem
Anak Soleh” yang merupakan suatu kem yang mendedahkan cara menghormati
orang tua dan cara menjadi anak yang soleh.
11
PENUTUP
• Ibu bapa dan anak-anak memainkan peranan yang sangat
penting dalam memastikan hak dan tanggungjawab masing-
masing dapat dipikul dengan adil dan saksama.
12