Anda di halaman 1dari 13

Standard Prestasi Antarabangsa

• Malaysia telah menunjukkan pencapaian


tentang kemajuan yang memberangsangkan
dalam sistem pendidikan semenjak 50 tahun
yang lalu.
• Kadar literasi golongan dewasa di Malaysia
melebihi 92% .
• Malaysia telah berjaya mencapai kadar
penyertaan peringkat menengah yang
universal, serta kadar pertumbuhan
penyertaan peringkat menengah antara yang
tertinggi berbanding dengan negara-negara
membangun.
• Walau bagaimanapun, warga pendidik tidak
puas hati dengan pencapaian ini disebabkan
pencapaian pelajar Malaysia dalam keputusan
Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS) yang menunjukkan
penurunan berbanding dengan negara seperti
Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan.
• Maka, Malaysia menghadapi risiko ketinggalan
dalam pendidikan pada masa ini dan kurang
berdaya saing pada masa hadapan.
• Sehubungan itu, aspirasi negara adalah untuk
mempertingkatkan akses kepada pendidikan
berkualiti.
• Kecemerlangan pencapaian pelajar adalah
sangat penting dalam melahirkan lebih ra,ai
tenaga kerja yang kompetitif, seiring dengan
wawasan negara yang ingin mencapai status
negara maju menjelang 2020.
• Perluasan akses kepada pendidikan berkualiti
akan memberikan peluang kepada lebih ramai
rakyat Malaysia untuk meningkatkan taraf
hidup mereka.
• Berdasarkan pengalaman sistem persekolahan
yang terbaik di sekolah dunia, terdapat empat
perkara penting untuk meningkatkan
pencapaian pelajar :
a) Memastikan setiap kanak-kanak berjaya –
menetapkan tahap pencapaian tinggi bagi semua
pelajar
b) Menetapkan akauntabiliti kepada sekolah dalam
melaksanakan perubahan ke atas pencapaian
pelajar –memberikan autonomi kepada sekolah
sebagai ganjaran kepada peningkatan
pencapaian pelajar yang signifikan.
c) Membuat pelaburan dalam pemimpin terbaik di
setiap sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia
perlu membuat pelaburan yang besar ke atas
pemimpin sekolah yang berperanan sebagai pemacu
perubahan dengan kriteria pemilihan yang ketat,
latihan yang mantap dan pengurusan prestasi
berdasarkan pencapaian pelajar.
d) Meningkatkan daya tarikan keguruan dan
menghasilkan guru terbaik, iaitu menjadikan
profesion keguruan lebih menarik supaya dapat
merekrut individu berkebolehan , meningkatkan
kualiti latihan amali, serta mampu meningkatkan
prestasi perngurusan dan pembangunan profesional
secara berterusan.
e) Kajian tentang tokoh-tokoh barat dilaksanakan supaya
dapat membuat perbandingan antara tokoh-tokoh
Pendidik Timur dengan Islam. Oleh yang demikian, bakal
guru dapat menghayati sumbangan tokoh, membuat
perbandingan, berfikir dan menjadikan mereka sebagai
teladan.
Implikasi Terhadap Kurikulum
 Cara pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan
berubah. Hal ini kerana kerajaan menetapkan syarat
supaya setiap guru menyediakan modul pengajaran
yang sesuai di sekolah.
 Perubahan dari segi bahan kurikulum dan bahan
sokongan kurikulum. Dokumen standard bagi semua
mata pelajaran disediakan mengikut kewajaran masa
yang telah ditetapkan oleh kementerian.
 Permintaan prasarana dari pihak sekolah meningkat
dan bilangan prasarana akan mula bertambah di setiap
sekolah. Hal ini kerana, beberapa subjek yang ditambah
atau ditambah baik telah meningkatkan prasarana.
Kepelbagaian Potensi Murid
• Matlamat pendidikan adalah untuk membolehkan setiap
pelajar mencapai perkembangan menyeluruh berdasarkan
sifat-sifat tersendiri pelajar tersebut.
• Untuk mencapai tujuan ini, para pelajar perlu dibekalkan
bimbingan sewajar dengan keupayaan dan keperluan
pembelajaran mereka supaya potensi mereka boleh
dikembangkan sepenuhnya.
• Setiap pelajar mempunyai sifat unik dari segi
perkembangan afektif dan kognitif, kematangan sosial,
keupayaan, motivasi, aspirasi, gaya pembelajaran,
keperluan, minat dan potensi.
• Selain itu, terdapat lagi faktor-faktor yang menyebabkan
seorang pelajar berbeza dengan pelajar yang lain iaitu
kepelbagaian dari aspek kecerdasan, latar belakang sosial
dan ekonomi, kelainan dalam pengalaman pembelajaran
sebelum ini serta ketidaksamaan antara pelajar dengan
kurikulum yang tersedia.
Inisiatif Penggubal Dasar (Prasarana, Nisbah
Guru Murid)
Langkah-langkah yang akan diambil oleh
kementerian bagi memastikan semua sekolah
mempunyai persekitaran pembelajaran yang sesuai
untuk murid :
Memastikan semua sekolah mempunyai tahap
infrastruktur minimum yang boleh diterima,
disesuaikan dengan keperluan sekolah secara
berkesan kos
Melakukan penyelenggaraan segera bagi sekolah yang
mempunyai keperluan kritikal untuk pembaikan
Menaik taraf kemudahan dan peralatan di semua
sekolah bagi menyokong keperluan pembelajaran
murid yang akan berubah mengikut masa
Komitmen Sekolah, Guru, Ibu Bapa dan
Komuniti
• Komitmen ialah tindakan yang diambil untuk
menampung suatu pilihan tindakan tertentu
sehingga pilihan tindakan itu dapat dijalankan
dengan mantap dan sepenuh hati.
• Kementerian Pendidikan akan memastikan ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta turut
terlibat sebagai rakan dalam pendidikan.
• Tumpuan adalah untuk memanfaatkan
kelebihan saing pelbagai pihak bagi
menyampaikan pendidikan berkualiti secara
bersepadu, berkesan dan cekap.
• Langkah yang akan diambil termasuklah yang
berikut :
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa
dan komuniti tentang peranan mereka dalam
pendidikan anak-anak.
Menyediakan bimbingan kepada sekolah bagi
memacu proses penglibatan ibu bapa dan komuniti
Mengaitkan bantuan kewangan untuk murid miskin
dengan peningkatan penglibatan ibu bapa
Mengupayakan PIBG untuk memainkan peranan yang
lebih besar dalam menyokong penglibatan ibu bapa
dan komuniti
Meningkatkan jaringan Sekolah Amanah dan bidang
lain untuk penglibatan sektor swasta.

Anda mungkin juga menyukai