Anda di halaman 1dari 44

GWP 1092

TAJUK: BAB 9: KEMAHIRAN


MEMBUAT PELAPORAN
&
BAB 10: ULASAN, RESENSI DAN
KRITIKAN

Nama Pensyarah: Puan Norsiah binti Bahari


Nama Pembentang:
1. Nur Aqilah Binti Samsudin
2. Nor Hidayah Binti Mohammad Azhar
BAB 9 : KEMAHIRAN
MEMBUAT PELAPORAN
Apakah definisi pelaporan?
Laporan ialah suatu;
 wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan
atau gagasan dari seseorang kepada orang lain.
 disampaikan secara bertulis dan berisi serangkaian hasil
pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian,
pengamatan ataupun peninjauan
 atu bentuk penulisan ilmiah.
Apakah tujuan pelaporan?
Antara tujuan membuat laporan bertulis ialah;
1. Mengenal pasti masalah
2. Memberikan maklumat dan fakta
3. Mencadangkan penyelesaian
4. Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
5. Membuat kesimpulan
6. Menilai sesuatu penyelidikan
7. Membuat rekod sesuatu peristiwa
8. Menganalisis aktiviti yang telah dijalankan
9. Mensintesis sesuatu pelan tindakan
10. Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dan lain-lain.
Apakah ciri-ciri pelaporan berkualiti?
1. Nyatakan topik laporan dengan jelas kepada pembaca.
2. Apakah objektif penulisan anda? Ini perlu dinyatakan
dengan jelas supaya pembaca mendapat gambaran awal
tentang tujuan penulisan tersebut.
3. Kenal pasti bagaimanakah paparan atau susun atur seperti
format penulisan, struktur kandungan, penomboran dan
sebagainya hendak diadakan. Paparan ini perlu diambil kira
supaya penulisan anda menarik dan mudah dibaca dan
difahami.
4. Isi penulisan laporan hendaklah jelas dan tepat.
5. Nyatakan kesimpulan laporan anda pada akhir penulisan. Perkara ini
perlu kerana di bahagian inilah letaknya pendirian, pandangan, dan
dapatan anda tentang topik yang dibicarakan.
6.Berikan definisi yang jelas bagi setiap istilah atau konsep yang hendak
dibincangkan dalam penulisan anda. Sertakan contoh-contoh yang
sesuai untuk memperjelas apa yang anda maksudkan dengan
perkataan berkenaan.
10. Cadangkan saranan atau harapan anda jika ada pada bahagian
akhir penulisan. Saranan ini mungkin dapat ditujukan kepada pembaca,
masyarakat, pihak berkuasa dan sebagainya
11. Jika perlu, sediakan apendiks pada bahagian akhir penulisan.
Apendiks berfungsi sebagai maklumat atau data tambahan.
10. Cadangkan saranan atau harapan anda jika ada pada bahagian
akhir penulisan. Saranan ini mungkin dapat ditujukan kepada pembaca,
masyarakat, pihak berkuasa dan sebagainya
11. Jika perlu, sediakan apendiks pada bahagian akhir penulisan.
Apendiks berfungsi sebagai maklumat atau data tambahan.
Apakah kategori pelaporan?
Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis pelaporan;
1. Laporan pemerian atau penyelidikan
2. Laporan penyelesaian masalah
3. Laporan penilaian dan
4. Laporan analisis
1. Laporan pemerian / penyelidikan
a) Laporan pemerian memberikan gambaran tentang
sesuatu hal, objek atau seseorang dengan tujuan
supaya pembaca dapat menafsirkan sesuatu yang
digambarkan itu dengan jelas.
b) Laporan pemerian tidak bersifat khayalan atau rekaan
semata-mata. Inilah aspek yang membezakan laporan
dengan karangan naratif.
c) Laporan adalah berdasarkan pengkajian dan
penelitian rapi penulis.
2. Laporan penyelesaian masalah
a) Tujuan laporan jenis ini adalah untuk menyediakan
sesuatu rancangan yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh
pihak-pihak tertentu atau organisasi tertentu.
b) Laporan jenis ini memerlukan daya fikir yang kreatif,
kritis serta penaakulan yang mendalam. Ini kerana
tanpa ciri-ciri ini, masalah yang dihadapi itu tidak akan
dapat diselesaikan. Selalunya laporan jenis ini juga akan
menyediakan beberapa strategi untuk penyelesaian
masalah.
3. Laporan penilaian
a) Laporan penilaian berfungsi untuk menilai sesuatu.
Biasanya, laporan jenis ini digunakan untuk menilai
prestasi kerja seseorang atau sekumpulan orang atau
mungkin juga sesebuah organisasi.
b) Laporan jenis ini perlu dibuat dengan tepat dan bersifat
objektif. Sesuatu keputusan yang bakal dibuat adalah
bergantung pada laporan yang diberikan itu.
4. Laporan analisis
a) Laporan analisis bertujuan untuk menganalisa sesuatu
perkara sebelum sebarang keputusan diambil
tentangnya.
b) Laporan jenis ini juga memerlukan penelitian secara
terperinci terhadap sesuatu perkara.
Format menulis pelaporan
 NurainiYusoff et. al (2005) membahagikan format menulis
laporan kepada tiga (3) bahagian utama, iaitu
bahagian pengenalan sebelum laporan sebenar,
bahagian laporan sebenar dan bahagian sesudah
laporan sebenar.
 Ab. Rahman dan Yap Kim Fatt (1998) menyenaraikan
sembilan (9) perkara yang perlu ada semasa
menggunakan format laporan iaitu;
Judul
 Bahagian ini mengandungi nama, penulis, organisasi dan
rujukan, tajuk laporan, tarikh keluaran, nama atau
rujukan orang / organisasi yang menjadi sasaran.
Ringkasan
 Ringkasan diperlukan bagi laporan yang panjang isi
kandungannya.
 Tujuannya untuk memberikan gambaran tentang
keseluruhan kandungan laporan, ringkasan latar
belakang kajian, kerja penyelidikan, kesimpulan utama
dan cadangan.
Senarai kandungan
 Bahagian ini diperlukan untuk laporan yang agak
panjang.
 Ia termasuk tajuk perkara, muka surat, dan lampiran.
Pengenalan
 Mengandungi latar belakang yang terdiri daripada
proses penghasilan laporan, rujukan, ringkasan kaedah
penyelidikan dan penghargaan kepada sumber rujukan
yang memberikan maklumat.
 Ada tarikh, hari, masa, tempat
Hujah
 Hujahan disusun secara sistematik di bawah bahagian
tajuk dan pengenalan bagi memudahkan rujukan dan
pemahaman.
 Ada pelaku dan watak serta peristiwa.
Kesimpulan
 Kesimpulan boleh dinomborkan. Tajuk kesimpualan tidak
semestinya terletak pada bahagian akhir. Bahagian ini
amat penting kerana penulis akan menyatakan
cadangan/pandangan/ramalannya berdasarkan bukti-
bukti yang diperoleh.
 Kesimpulan yang ditulis perlu berkualiti dan mampu
memberi keyakinan tinggi kepada pembaca agar
pembaca dapat mengikut.
Cadangan
 Setiap cadangan perlu dihujahkan atau dihuraikan
dengan alasan (justifikasi) yang konkrit.
 Bahagian ini boleh disediakan dalam bentuk senarai dan
bernombor.
 Jika laporan yang ditulis panjang, penulis boleh
membahagikannya kepada beberapa bahagian
mengikut tema yang dibahaskan.
Lampiran
 Lampiran perlu disertakan sebagai bahan sokongan
terutama jika laporan berkenaan panjang.
 Penggunaan lampiran membantu penulis
meminimumkan penjelasan, bukti & hujah dalam laporan
bertulis tersebut.
 Dapat jimatkan masa, tenaga.
 Lampiran perlu mengandungi bukti yang kukuh dan
mantap.
Rujukan / Bibliografi
 Rujukan / bibliografi merupakan senarai himpunan
bahan-bahan rujukan yang menjadi sumber utama yang
dinyatakan dalam isi sesuatu laporan.
 Bibliografi pula merujuk kepada bilangan bacaan
lanjutan yang disenaraikan pada bahagian akhir.
TOPIK 10
ULASAN, RESENSI &
KRITIKAN
Perkara yang akan dibincangkan
1. Mengulas pelbagai genre penulisan

2. Menulis kritikan terhadap sesuatu isu

3. Menulis resensi buku akademik & bukan akademik

4. Menulis resensi karya kreatif


1.0 mengulas pelbagai genre penulisan
 Mengulas bermaksud memberi tafsiran atau penerangan lanjut, pendapat
dan sebagainya berkaitan sesuatu, ,membuat komentar, mengupas dan
mentafsir (Kamus Dewan, 1996)

 Genre merupakan kategori atau jenis karya

 Penulisan didefinisikan sebagai perihal atau kegiatan menulis,mengarang

 Oleh itu mengulas pelbagai genre penulisan adalah


 satu aktiviti memberi tafsiran atau membuat komentar mengenai
penulisan pelbagai kategori karya
5 jenis genre
penulisan
http://www.essayhelpers.co.uk/blog/
5-basic-types-of-genres-in-writing/
1. Expository Writing (penulisan
ekspositori)
 Penulisan ekspositori merupakan satu bentuk penulisan
yang biasa. Anda dapat melihat penulisan sebegini di
penulisan penyelidikan, penulisan ilmiah dan penulisan
tesis. Tujuan utama penulisan jenis ini adalah untuk
menerangkan kepada khalayak tentang suatu topik yang
tertentu. Biografi, pengkisahan, artikel, surat perniagaan
dan surat-surat persendirian merupakan contoh penulisan
ekspositori.
2. Writing to Communicate (penulisan
untuk komunikasi)

 Penulisan untuk berkomunikasi merupakan bentuk


penulisan awal sejak wujudnya manusia. Ia menjadi cara
biasa untuk berkomunikasi sebelum wujudnya internet
dan emel. Contoh penulisan kurang formal ini
termasuklah genre emel, penulian surat, chatting di
internet, penulisan artikel dan pesanan ringkas sms, ia
berfokus kepada keperluan individu dan matlamat untuk
menulis dan bukannya membincangkan sesuatu topik.
Berbeza daripada bentuk penulisan biasa ia ditulis
dengan menggunakan ganti nama diri.
3. Narrative Writing (penulisan naratif)

 Penulisan naratif merupakan salah satu penulisan biasa.


Penulisan ini berasaskan fakta kehidupan seseorang. Bentuk
penulisan ini boleh ditemui pada era prasejarah lagi. Manusia
menggunakan metod penulisan untuk mengisahkan
keseluruhan kehidupan mereka. lukisan gua dan hieroglyphics
(lukisan symbol) adalah contoh penulisan jenis ini. Penulisan
naratif memfokuskan kepada sesuatu peristiwa tertentu dan
pengalaman serta pemikiran penulisnya dicerminkan melalui
penulisan ini. Cerita pendek biografi dan pernulisan sejarah
adalah contoh penulisan naratif.
4.Persuasive Writing (penulisan memujuk)
 Penulisan untuk menyakinkan merupakan satu genre
penulisan yang menggunakan teknik untuk
meyakinkan orang lain. Ia mengandungi pandangan
utama untuk menyakinkan pembaca. Ada banyak
jenis sub genre untuk meyakinkan pembaca, namun
matlamat penulisannya adalah sama. Contohnya
untuk meyakinkan pembaca mempromosi dan iklan
propaganda, filem atau ulasan buku dan surat
kepada editor.
5. Creative Writing (penulisan kreatif)

 Penulisanjuga adalah satu bentuk ekspresi perasaan. Ia


dapat membentuk emosi tertentu, menunjukkan perasan
gembira dan sedih serta keseronokan. Penulisan kreatif
boleh memberi pelbagai makna dan interpretasi kepada
kumpulan manusia yang berbeza. Penulisan fiksyen
termasuklah puisi, prosa dan drama tergolong dalam
penulisan genre ini. Ada juga genre lain yang termasuk
dalam genre ini tetapi tidak sepenuhnya seperti penulisan
pesanan ringkas yang berbaur emosi.
10.2 Menulis kritikan terhadap sesuatu isu
 Tujuan ulasan kritikal
 Ulasan kritikal merupakan penulisan yang meminta anda meringkaskan
dan menilai sesuatu penulisan. Penulisan kritikal boleh dibuat terhadap
sebuah buku, satu bab, atau artikel jurnal. Penulisan ulasan kritikan
memerlukan anda membaca teks secara terperinci dan membaca teks lain
yang berkaitan agar anda boleh membuat penilaian yang adil dan
saksama.

 Apa yang dimaksudkan dengan kritikal?


 Di universiti, menjadi pengkritik bukan bermakna mengkritik secara negatif.
Adalah lebih baik bertanya soalan untuk mendapatkan informasi dan
pendapat di dalam teks dan nyatakan penilaian dan penghakiman terhadap
teks. Adalah lebih baik anda memahami topik berkenaan dari perspektif
berbeza contohnya membaca teks lain yang berkaitan dan mengaitkannya
denga teori, pendekatan dan rangka kerja dalam tugasan anda.
Apa yang dimaksudkan dengan menilai
atau menghakimi?
 Disini anda melihat dan menilai kekuatan dan kelemahan
yang ada pada teks. Hal ini boleh dilihat kepada kriteria yang
spesifik. Penilain yang dilakukan bukan sahaja melihat isi
kandungan teks tersebut tetapi tujuan teks itu ditulis kepada
khalayak tertentu dan kenapa teks berkenaan distrukturkan
sedemikian rupa.
Apa makna menganalisis?
 Menganalisis memerlukan membahagikan kandungan dan
konsep teks kepada bahagian-bahagian tertentu dan
memahami bagaimana ianya dikaitkan, dihubungkan dan
mempengaruhi antara satu sama lain.
Struktur penulisan ulasan kritikal

 Ulasan kritikal sama ada pendek (1 muka surat) atau panjang


(4 muka surat) sebenarnya mempunyai struktur yang sama.
Semak garis panduan membuat ulasan anda format dan
struktur penulisannya yang tertentu. Tajuk kecil seringnya tidak
perlu ditulis namun amat memudahkan pembaca jika ada.
Introduction (pengenalan)

 Panjang pengenalan adalah satu perenggan untuk ulasan


artikel jurnal dan 2-3 perenggan bagi ulasan buku. Hal ini
termasuklah beberapa perkara yang pengenalan untuk
menyatakan siapa pengarang, tajuk dan secara ringkas
menerangkan topik teks tersebut. Nyatakan matlamat
penulisan teks dan ringkaskan dapatan utama atau perkara
asas pemasalahan. Buat kesimpulan pengenalan dengan satu
pernyataan ringkas penilaian anda terhadap teks. Sama ada
penilaian negatif atau positif atau kedua-duanya.
Summary ( ringkasan)

 Nyatakan ringkasan kepada kata kunci penting dengan


contoh-contoh yang tertentu. Anda boleh menerangkan secara
ringkas tujuan pengarang dan apa yang menjadi perkara
utama keseluruhan teks dan anda boleh menerangkan
bagaimana teks itu distrukturkan. Ringkasan ini perlu 1/3
daripada ulasan kritikal.
Critique (mengkritik)
 Kritik itu perlu diperbincangan secara seimbang dan dinilai
kekuatan, kelemahan dan tarikan dalam teks berkenaan. Adalah
dingatkan untuk membincangkan teks berkenaan berdasarkan
kriteria yang tertentu. Ulasan yang baik perlu memasukkan sumber
lain untuk menyokong penilaian anda (perlu buat rujukan)
 Ada boleh memilih bagaimana untuk menyusun kritikan anda.
Contohnya:
 Dari yang paling penting kepada kesimpulan yang kurang penting
berkenaan teks tersebut.
 Jika kritikan anda banyak yang positif utarakan ulasan-ulasan
negatif dahulu dan kemudian baharulah ulasan yang positif.
 Jika teks tersebut banyak ulasan yang negatif maka utarakan ulasan
positif dahulu, kemudian barulah yang negatif.
Critique (kritikan)
 Jika anda melihat kekuatan dan kelemahan adalah sama banyak,
maka anda perlu memilih apakah pandangan keseluruhan anda
sama ada lebih komen positif atau komen negatif. Anda boleh
memulakan ulasan dengan idea yang positif dan kemudian
menyatakan kelemahan-kelemahan yang ada. Jika anda menilai
positif dan negatif dalam teks tersebut sama banyak maka adalah
lebih negatif dari positif.
 Dalam ulasan yang panjang, anda boleh menyatakan tiap kriteria
yang anda pilihan dalam beberapa perenggan, termasuklah sama
ada negatif atau positif, Bagi ulasan kritikal yang pendek (1 muka
surat) di mana komen adalah lebih ringkas, masukkan sahaja dalam
1 perenggan perkara positif dan negatif.
 Anda juga boleh menyatakan cadangan bagaimana teks tersebut
boleh diperbaiki samada idea, pendekatan penyelidikan, teori atau
rangka kajian yang digunakan dalam bahagian penulisan kritikan.
Conclusion ( kesimpulan )

 Biasanya dalam perenggan yang pendek.


 Nyatakan pandangankeseluruhan anda tentang teks.
 Nyatakan cadangan anda secara ringkas.
 Jika perlu, kualiti atau penerangan kepada penilaian teks perlu
dimasukkan. Hal ini boleh membantu supaya kritikan tersebut
kelihatan adil dan boleh dipercayai.
10.3 Menulis resensi buku akademik dan
bukan akademik
 Pertimbangan atau perbicaraan mengenai buku dan lain-lain (ulasan
buku)
 Resensi buku adalah rencana yang diterbitkan dalam surat khabar,
atau majalah berkala yang mengumumkan penerbitan buku baru,
menerangkan isi buku baru itu dan menilainya. Nilai resensi buku
bergantung kepada pengetahuan dan kemampuan orang yang
membuat resensi dan keadilannya dalam membuat penilaian
terhadap buku tersebut. Oleh itu pembuat resensi harus ada
pengetahuan yang luas tentang subjek buku yang diperkatakan itu,
kebolehan menganalisis karya, dan standard kritikan yang tinggi

 Resensi adalah ulasan. Resensi digunakan oleh Bahasa Indonesia


dari kata Bahasa Inggeris recency. Makna yang diutarakan sama
dengan ulasan kritikan.
Sekian, terima kasih.
ULASAN BUKU AKADEMIK

 Tajuk: Action Research in Teaching and Learning: A practical


guide to conducting pedagogical action research
 Penulis: Lin s. Norton
 Penerbit: Routledge Taylor & Francis Group
 Tahun terbitan: 2009
 http://www.scribd.com/doc/16300707/ULASAN-BUKU
ULASAN BUKU BUKAN AKADEMIK
 https://www.academia.edu/2579500/Ulasan_Buku_Barry_
Wain_Mahathir_Mohamad_Malaysian_Maverick
Contoh ulasan novel
 http://contohtugasan.blogspot.com/2010/09/contoh-
ulasan-novel-andai-itu-takdirnya.html