Anda di halaman 1dari 40

Prinsip Teknologi

Pengajaran
HBEF 3103
(01 Ogos 2005)

ABDUL JASHEER ABDULLAH


jasheerj@yahoo.com
Reka Bentuk Pengajaran
• Konsep Reka Bentuk Pengajaran
• Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran
• Model ASSURE
– Analisis pelajar
– Nyatakan objektif
– Pilih kaedah, media & bahan
– Gunakan media dan bahan
– Libatkan pelajar
– Nilai dan semak
– Menilai kaedah dan media
Sepintas Lalu
• Apa itu teknologi?
• Apa itu pengajaran?
• Apa itu teknologi pengajaran?
• Apa itu teknologi pendidikan?
• Apa itu reka bentuk pengajaran?
Konsep teknologi
• The systematic application of scientific knowledge and
other organized knowledge to practical tasks
(Galbraith, 1967)
• Kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik) secara
sistematik sehingga terbit satu amalan yang prkatikal
bagi melaksanakan sesuatu tugas.
• Bukan semata-mata alat dan mesin sahaja
• Technology is not a tool- it is an art or science of how to
use a tool for a purpose
(Evan & Nation , 2000)
Konsep Pengajaran
• Penyampaian maklumat
• Pemindahan maklumat
• Mendorong pembelajaran
• Membina manusi yang lebih baik
(Wan Zah Wan Ali, 2000)
• Proses bekerja bersama pelajar untuk
membantu mereka berkebolehan dan
berkemungkinan untuk belajar, memastikan
perubahan kefahaman yang menggalakkan
pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran
(Ramsden, 1993 et al)
Teknologi Pengajaran
• Satu proses yang kompleks dan
bersepadu yang melibatkan manusia,
prosedur, idea, peralatan dan organisasi
untuk menganalisis masalah-masalah
serta mereka bentuk, menilai dan
menguruskan penyelesaian kepada
masalah-masalah dalam keadaan di mana
proses pembelajaran itu adalah
bermatlamat dan terkawal
(Yusuf Hashim, 1998)
Teknologi Pendidikan
• Aplikasi media, sistem, pendekatan dan
teknik-teknik ke arah pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan
(BTP, 1991)
Apa Rasional?
• Mempertingkatkan kualiti pengajaran yang kita
laksanakan semata-mata untuk
mengoptimumkan pembelajaran pelajar
• Penggunaan alat/media menimbulkan beberapa
implikasi:
– Melicinkan proses P&P
– Menjimatkan masa & tenaga
– Mengelakkan kebosanan pelajar
– Mengelakkan berlakunya salah tafsir
– Membetulkan kekeliruan
– Menghiburkan pelajar
Reka bentuk Pengajaran
• Fokus hari ini!
• Konsep Reka Bentuk Pengajaran
(Instructional design)
• Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran
• Model ASSURE
• Media Pengajaran
Konsep Reka Bentuk Pengajaran
• Satu proses yang bersistematik untuk
mereka bentuk, membangun, melaksana
dan menilai pengajaran
(Dick & Reiser, 1989)
• Mencipta spesifikasi pengajaran dengan
terperinci untuk pengembangan, penilaian
dan penyelenggaraan suatu keadaan yang
boleh memudahkan pembelajaran sesuatu
unit pelajaran
(Richey, 1986)
…Samb

• Reka bentuk pengajaran ialah satu


pendekatan sistematik bagi seluruh proses
pengajaran yang melibatkan:
– Mereka bentuk (deisgn)
– Membina
– Menilai dan
– Menggunakannya
(Gustafson, 1991)
Elemen Asas RP
• Terdapat 6 elemen asas (Richey, 1986):
– Menentukan keperluan pelajar
– Menentukan matlamat dan objektif
– Membina prosedur penilaian
– Mereka bentuk & memilih strategi
penyampaian
– Mencuba sistem pengajaran
– Menilai keseluruhan sistem
Model RP
• RP terbahagi kepada tiga komponen:
– Berorientasikan bilik darjah
• Berskala kecil, bertumpu bagi satu masa
pembelajaran- cth model ASSURE
– Berorientasikan produk- cth Reigeluth (1990)
– Berorientasikan sistem
• Berskala besar dan melibatkan perancangan
jangka panjang- cth Dick & Carey (1979)
(Gustafon, 1991)
Kegunaan RP
• Selain mewujudkan pengajar yang kompeten,
tumpuan utama RP ialah untuk menghasilkan
pengajaran yang berkesan.
• Pengajaran yang berkesan membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan
dan sikap yang diharapkan.
• Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan
lengkap membantu mewujudkan keyakinan,
kepercayaan dan perasaan hormat pelajar
terhadap pengajar sekaligus membantu
pembinaan disiplin yang positif.
Model ASSURE
• Teori dan model
• Teori-teori
– behaviorism,
• Pavlov – makanan, anjing dan loceng
– Cognitivism-
• Skema – struktur pengetahuan dalaman
• Model pemprosesan maklumat (STM & LTM)
– Constructivsm
• Pembinaan ilmu bukannya pemindahan ilmu
• CAI
Model ASSURE
• Model yang dibangunkan oleh Heinich dan
rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk
menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media.
…Samb

• Model ASSURE mengandungi 6 langkah:


– A : Analyse learner (analisis pelajar)
– S : State objective (nyatakan objektif)
– S : Select method, media & materials (pilih
kaedah, media dan bahan)
– U : Utilise media & materials ( gunakan media
dan bahan)
– R : Require learner participation (dorong
penglibatan pelajar)
– E : Evaluate and revise (nilai dan semak)
Analisis Pelajar
• Penggunaan bahan atau media perlulah
bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar,
kandungan pelajaran, kaedah, media dan
bahan pembelajaran itu sendiri.
• 3 perkara penting perlu dilakukan untuk
menganalisis:
– Ciri-ciri umum
– Kompetensi khusus peringkat masuk
– Stail pembelajaran
…Samb

• Ciri-ciri umum:
– Deskripsi tentang umur, tahap/tingkatan, latar
belakang sosio ekonomi
– Ini menjadi asas untuk pemilihan media
• Kompetensi khusus peringkat masuk:
– Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar
tentang tajuk
• Stail pembelajaran:
– Berkaitan stail – verbal, logikal, visual, muzik,
kinestatik, interpersonal, intrapersonal
Nyatakan Objektif
• Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara
ringkas untuk memaklumkan apakah yang
sepatutnya dipelajari.
• Pelajar bersedia untuk mengalami
perubahan pengetahuan , sikap dan
kemahiran
Pilih kaedah, media & bahan
• Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:
– Menentukan kaedah yang sesuai dengan
topik pembelajaran
– Memilih media yang sesuai untuk
melaksanakan kaedah yang dipilih
– Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk
media yang telah ditentukan
…Samb

• Memilih kaedah:
– Kepelbagaian kaedah pengajaran (simulasi,
demonstrasi, latihan)
– Perlu berkait rapat dengan objektif,
kandungan pelajaran dan sasaran pelajar
…Samb

• Memilih media perlulah bedasarkan


aspek:
– Sepadan dengan kurikulum
– Maklumat yang jelas dan tepat
– Menarik minat dan mencetuskan motivasi
– Menggalakkan penglibatan pelajar
– Kualiti yang baik
– Tidak bias
– Mempunyai panduan penggunaan
…Samb

• Mereka bentuk media:


– Jika kita gagal untuk memilih media yang sesuai,
adalah penting untuk mengubahsuai media yang
sedia ada berdasarkan:
• Objektif
• Pelajar
• Kos
• Kepakaran teknikal
• Peralatan
• Fasiliti
• masa
Gunakan Media
• Terdapat lima langkah bagi penggunaan
media secara baik:
– Pribiu (preview) bahan
– Sediakan bahan
– Sediakan persekitaran
– Sediakan pelajar
– Sediakan pengalaman pembelajaran
Libatkan Pelajar
• Untuk memastikan bahawa proses
pembelajaran berlaku, pelajar perlu
dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran
seperti membuat latihan, perbincangan,
latih tubi, kuiz, projek dsb.
• Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan
serta merta, diberi selepas memberi tindak
balas yang betul
Nilai & Semak
• Penilaian ialah proses membuat
pertimbangan nilai tentang sesuatu
perkara.
• Keputusan penilaian akan mempengaruhi
keputusan yang diambil terhadap perkara
yang dinilai.
• Berlaku sepanjang proses pengajaran,
iaitu sebelum, semasa dan selepas
pengajaran
…Samb
• Penilaian melibatkan aspek:
– Pencapaian pelajar
– Pembelajaran yang dihasilkan
– Menilai media dan kaedah
– Kualiti media
– Penggunaan guru dan
– Penggunaan pelajar
• Secara umumnya, pencapaian pelajar
dibahagikan kepada;
– Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria
– Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran
– Sikap pelajar
Menilai Kaedah & Media
• Ciri-ciri yang ditetapkan dalam aspek ini
ialah:
– Adakah media berkesan?
– Bolehkah dipertingkatkan?
– Adakah ia berguna?
– Adakah ia membantu pelajar mencapai
objektif?
– Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
– Adakah ia melibatkan pelajar secara aktif?
…Samb

• Selain daripada itu penggunaan senarai semak


dan soal selidik boleh dilakukan melalui:
– Perbincangan dengan kelas
– Temubual dengan setiap individu
– Pemerhatian
• Semua penilaian di atas melibatkan 2 peringkat:
– Penilaian formatif
– Penilaian sumatif
Media Pengajaran
• Konsep media dan media pengajaran
– Media atau medium bermakna saluran
komunikasi/perantara
– Cth media: filem, televisyen, radio, rakaman
audio, gambar foto, bahan bercetak,
komputer dsb.
– Media digunakan untuk membantu proses
komunikasi
…Samb

• Percival & Elington (1984) membahagi media


kepada dua:
– Pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan: bercetak,
filem, pita, piring hitam.
– Pelbagai saluran komunikasi Massa
• Surat khabar, radio dan TV
• Reiser & Gagne (1983) pula mendifinisikan
media sebagai sebarang cara fizikal yang
membolehkan mesej pengajaran
disampaikan.(guru, bahan bercetak, bahan
elektronik dsb)
…Samb

• Menurut Torkelson (1972) media


dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.

Saluran mesej

Bentuk mesej

Mesej

Konsep media menurut Torkelson


…Samb

• Mesej: isi kandungan dalam media itu sama ada


mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan
semangat dan lain-lain adalah dikira sebagai
mesej
• Bentuk mesej: berkaitan bagaimana mesej itu
disimpan. Mesej boleh disimpan dalam bentuk
perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dll.
• Saluran mesej: peralatan fizikal dalam bentuk
elektrikal atau mekanikal yang membolehkan
mesej dipersembahkan kepada pelajar
Media Pengajaran
• Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu
membawa mesej tentang pengajaran, maka
digelar sebagai media pengajaran
• Kemp dan Smellie (1994) pula mendefinisikan
media pengajaran sebagai audio visual dan
bahan-bahan yang berkaitan dengannya
• Media pengajaran adalah sesuatu yang dapat
digunakan untuk menyalurkan pesanan
daripada pengirim kepada penerima sehingga
dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian,
minat serta perhatian pelajar dan seterusnya
terjadinya proses pembelajaran
Fungsi Media Pengajaran
• Memperjelaskan mesej :
– memastikan bahawa mesej yang dihantar sudah
diterima oleh penerima
• Mengatasi batasan ruang, waktu dan
pancaindera
– Objek besar atau mikro boleh digantikan dengan
model, gambar, filem atau video
– Kejadian masa lalu
– Bahagian dalam sesebuah objek (cth mesin)
– Kosep yang terlalu luas atau abstrak
…Samb

• Penggunaan media secara betul dan


bervariasi
• Pengalaman dan persepsi yang sama
Fungsi Media Pengajaran dalam
Pengajaran
• Pengajaran bersama pengajar
• Pengajaran tanpa bergantung kepada
pengajar (pembelajaran kendiri)
• Folio bermedia
• Pengajaran tematik
• Pendidikan jarak jauh
• Pendidikan bagi pelajar istimewa
Perbincangan Tutorial
2. Dengan ringkas nyatakan kelebihan
menggunakan media dalam pengajaran
dengan beberapa contoh mengikut
situasi dan kaedah pengajaran yang
sesuai
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai