Anda di halaman 1dari 11

MPU 3092

Pendidikan Islam
PISMP AMBILAN JUN 2016
KEUDUDUKAN PERKARA FURUK DALAM ISLAM

PENSYARAH : USTAZAH SITI FATIMAH BINTI AHMAD


NAMA : AMINUDDIN BIN KASSIM
Konsep

 Definisi Furu’
- Hukum tentang kewajipan agama yang tidak berpokok dari hukum dasar
; hukum tambahan.

- Singkatan daripada Furu’Uddin, iaitu ajaran Islam yang sangat penting


namun tidak ada prinsip dan tidak ada dasar sehingga umat Islam boleh
mempunyai perbezaan dalam Furu’ asalkan ada dalil yang boleh
dikaitkan secara Syar’i.
Kepentingan kedudukan Furu’ dalam
Islam

 Mempunyai garis panduan atau ketetepan tentang suatu amalan yang


dilakukan mengikut mazhab masing-masing

 Menjadikan agama Islam suatu yang dinamik, di mana ianya sesuai


dalam apa jua keadaan dan juga masa

 Mengelakkan daripada perselisihan faham antara dua atau lebih pihak


tentang suatu percanggahan kepercayaan tentang sesuatu amalan
Dalil al-Quran tentang aqidah

 al-Kahfi 18:110 yang bermaksud


- Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang
manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu
hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap
akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang
soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya
kepada Tuhannya".
 Az-Zumar 39:65
-Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan
kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika
engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain
dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap
menjadi dari orang-orang yang rugi.
Usul 20 Imam Hassan al- Banna yang
ke-7

 “Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam


mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut kepada
pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok
lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha
yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah
menerima segala petunjuk yang diserta dengan dalil, ketika diyakini
kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu
kepadanya. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu
yang ada pada dirinya sekiranya dia di kalangan ahli ilmu sehinggalah
dia sampai kepada peringkat Al-Nazar (ijtihad hukum).”
Contoh perkara Furu’

 MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK KETIKA BERTASYAHHUD

-Terdapat pihak yang mendakwa yang sunat hanyalah menggerakkan jari


telunjuk ketika bertasyahhud secara berterusan sehingga salam dan selesai
solatnya. Manakala tidak menggerakkan sedemikian adalah tidak sunat
kata mereka. Pendapat ini adalah pendapat yang kurang teliti mengenai
hukum.
 Dari Ibn Zubair berkata :
- Sesungguhnya Rasullulah S.A.W mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.
Baginda tikda menggerakkannya dan tidak melampaui pandangan
baginda atas syaratnya.

- Dari Ibn Umar :


“Adalah Rasullullah s.a.w apabili duduk dalam tasyahhud, Baginda s.a.w
meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dan menyimpulkan
(menggenggam jari jemarinya seperti nombor) lima puluh tiga,
mengisyaratkan (mengangkat) dengan jari telunjuknya”.
 Hadith tersebut menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan
“menggerakkan jari” ialah dengan “mengisyaratkan jari tanpa berterusan
menggerakkannya”.

 Menurut mazhab Syafi’e, sunat mengangkat jari telunjuk ketika


mengucap kalimah “illallah”, dan terus diangkat tanpa menggerak-
gerakkan sehingga berdiri (untuk tahiyyat awal) dan sehingga
mengucapkan salam dalam tahiyyat akhir dengan membengkokkan
sedikit jari telunjuk. Jumhur ulama Syafie menyatakan makruh menggerak-
gerakkan telunjuk waktu tasyahhud.
 Menurut mazhab Hanbali pula, jari telunjuk diangkat setiap kali
mengucapkan lafaz Jalalah (iaitu lafaz Allah), dan tidak
menggerakkannya.

 Syeikh ulama mazhab Hanbali, Ibn Qudamah menyebut di dalam al-


Mughni :

-“Dan hendaklah dia mengisyaratkan dengan jari telunjuk, mengangkatnya


ketika menyebut Allah dalam tasyahhudnya seperti apa yang diriwayatkan
oleh Abdullah bin Zubair
Penutup

 Di dalam aqidah, perkara furu’ sekiranya salah dilakukan makan tidak


mengkafirkan, berbeza dengan perkara yang usul.

 Namun begitu, sekiranya dilakukan berkali-kali tanpa mengendahkan


pembelajaran dan juga ilmu yang betul, boleh menjadikan seseorang itu
fasiq.

 Oleh sebab itu, sebagai umat Islam, kita mestilah terus mempelajari ilmu
di muka bumi supaya tidak terpesong daripada jalan yang telah Allah
S.W.T sediakan kepada kita