di bilik darjah
Definisi Sosiobudaya
• Maksud sosiobudaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan
peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan
kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang
hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup
masyarakat itu.
• Di dalam sebuah kelas terdapat murid-murid yang berbeza budaya.
Setiap murid akan membawa budaya tersendiri di dalam kelas.
Perkembangan sosiobudaya
• Menurut Vygotsky perkembangan kanak-kanak bergantung kepada
interaksi kanak-kanak dengan orang ada di sekitarnya yang menjadi
alat penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina
pandangan tentang sekeliling
• Budaya ini yang dibawa oleh murid dalam bilik darjah akan
mempengaruhi iklim dan suasana dalam bilik darjah. Oleh itu, guru
perlu memainkan peranan penting untuk membimbing pembudayaan
di dalam bilik darjah dibentuk dengan sejahtera untuk mewujudkan
suasana PdP yang berkesan.
Peranan Guru
• Menerima dan melayan semua murid dengan adil
Guru perlu melayan murid dengan mengikut keperluan murid bukannya
melayan murid sebagai satu kelompok individu,kelompok kelas sosial
atau kelompok kaum etnik. Contohnya seorang guru yang berbangsa
Cina seharusnya melayan murid-murid yang berbangsa Melayu,
Kadazan, Iban dan Cina mengikut keperluan mereka walaupun
terdapat perasaan ingin memajukan bangsa sendiri terlebih dahulu.
• Memilih bahan sumber yang sesuai dengan sosiobudaya di kelas
Guru perlu memilih sumber yang tidak mempunyai unsur negatif dan
sensitive terhadap mana-mana etnik yang ada di dalam kelas. Bentuk
bahasa dan isitilah bahan sumber mestilah dapat diterima oleh semua
murid. Guru perlu bijak mengunakan nama-nama watak,tempat, dan
makanan yang melibatkan kaum etnik yang pelbagai bukan menjurus
kepada kaum yang dominan sahaja untuk mengelakkan rasa terabai
kaum yang minoriti.
• Guru tidak seharusnya melabel murid berdasarkan latar belakang
keluarga taraf ekonomi tinggi,sederhana dan rendah.
Guru perlu mengubah sikap dan pandangan terhadap perlajar dan
mengelakkan amalan diskriminasi. Tugas guru adalah membantu
semua murid yang diajarnya untuk berjaya di dalam hidup tidak kira
siapapun murid tersebut. Guru tidak boleh melabel murid dengan
labelan yang tidak baik berdasarkan latar belakang budaya mereka
kerana murid akan bertindak sebagaimana label yang disangkut
kepadanya.
• Menggunakan strategi pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif amat sesuai untuk dilakukan dalam kelas yang
mempunyai perlbagai sosiobudaya. Melalui strategi ini pelajar dari
pelbagai kaum dapat belajar bersama-sama,berkerja-sama, bantu-
membantu dan berinteraksi secara sihat. Secara tidak langsung mereka
dapat mengenali latar belakang budaya masing-masing. Hal ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim sesame murid. Seterusnya dapat
mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.
• Guru bertindak sebagai pereka persekitaran fizikal.
Tugas guru bukan untuk mengajar konsep sesuatu mata pelajaran
semata-mata. Guru perlu menanam sikap,nilai dan sahsiah yang
sempurna yang mematuhi peraturan masyarakat. Oleh itu, guru mesti
peka dengan perbezaan budaya,agama dan kepercayaan murid. Guru
perlu berhati-hati menyertakan nilai didalam sesuatu pengajaran. Nilai
tersebut mestilah dapat diterima oleh semua murid yang berbeza
budaya,agama dan kepercayaan.