Anda di halaman 1dari 23

JENIS DAN DEMOGRAFI

KELOMPOK
KONSEP KELOMPOK
Definisi : dua individu atau lebih yang saling bergantung
dan bergabung untuk mencapai sasaran tertentu.

SIFAT KELOMPOK
1.Kelompok formal
- kelompok yang ditetapkan oleh struktur organisasi,
segala tugas yang dibuat adalah untuk kepentingan
organisasi.
-Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat
diklasifikasikan kepada :
a.Kelompok tugas
-menyelesaikan tugas secara bersama
b.Kelompok kepentingan
-bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus
c.Kelompok Persahabatan
-dikelompokkan bersama kerana memiliki sifat yang
sama

Tujuan Kelompok
a.Keamanan/ keselamatan
b.Status
c.Harga diri
d.Afiliasi-memenuhi keperluan sosial
e.Kekuatan
f. Membantu mencapai tujuan
CIRI KELOMPOK
1. Sub etnik

Minang BUGIS Jawa

Melayu

2. Kelompok ras
HOMO SAPIEN

Jenis-jenis Ras

Caucasoid
CaucasoidC American
Mongoloid
Indian
Negroid Austroloid
Ciri-ciri fizikal masyarakat
1. Caucasoid
-orang-orang Eropah putih
-bibir nipis, kulit putih, mata besar, rambut lurus,
tinggi, hidung mancung.
2.Negroid
-orang-orang Negro hitam
-kaki kurus, rambut kerinting, mata besar, bibir tebal,
kulit hitam, tinggi
3.Mongoloid
-orang-orang Asia Kuning
-hidung kurang mancung,kulit berwarna,rambut lurus
atau kerinting,badan dan mata kecil
4. American Indian
-Red Indian
-kulit merah, rambut lurus, hidung sederhana, bentuk
muka bersegi, mata besar.
5.Austroloid
-Orang asli Australia ‘kelabu’
-kulit kelabu,rambut kerinting, hidung besar, mata besar.

Permasalahan Dalam Membentuk Ras


1.Perbezaan capaian 5, monopoli
2.Jurang sosial 6. budaya
3. Pengekalan identiti 7. prasangka
4.Ethnocentrisme 8.stereotaip
DEMOGRAFI
Pengelompokan masyarakat mempunyai kaitan
dengan demografi.

Definisi Demografi
Tulisan tentang penduduk di sesebuah lokasi

Demografi kelompok
a.Merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan
komposisi penduduk di sesuatu lokasi.
b. Meliputi soal fertiliti (kelahiran), mortaliti
(kematian)perkahwinan serta migrasi dan
perubahan komponen ini mengikut masa serta
pengaruhnya ke atas saiz dan taburan
kependudukan manusia.
JENIS-JENIS KELOMPOK DAN DEMOGRAFINYA
1. Aggregate
-kumpulan individu yang melakukan sesuatu dalam
suatu ruang tanpa mempunyai perhubungan antara
satu sama lain.
-contoh : penumpang bas, penonton wayang, orang
miskin

2. Kategori sosial
-individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi
tidak mempunyai hubungan yang nyata
-contoh orang tua-tua, perempuan dan kelas

3. Kelompok sosial
-Individu yang mempunyai ciri yang sama iaitu ada
hubungan tertentu, mempunyai perasaan kekitaan,
kepentingan atau minat dan aktiviti yang sama
cth: Keluarga dan pelanggan restoran.
- Individu yang mempunyai ciri-ciri perhubungan
tertentu, ada kepentingan bersama tanpa punyai
perasaan kekitaan dianggap sebagai kategori sosial
dan kelompok sosial atau digelar kelompok ‘quasi’.

- Kelompok quasi boleh berubah menjadi kelompok


sosial apabila mereka mempunyai perasaan kekitaan
dan bertindak sebagai suatu kuasa.
TUJUAN DEMOGRAFI KELOMPOK
1.Pembangunan ekonomi penduduk
-mengutamakan aspek pendidikan
-dikaitkan dengan 3 konsep penting iaitu
a.keterbatasan sumber daya,
b.pilihan
c. pengambilan keputusan ekonomi

2.Meningkatkan kesejahteraan rakyat


TABURAN DEMOGRAFI KELOMPOK DI MALAYSIA
KUMPULAN ETNIK 2000 2006
Melayu 11 680 400 13 475 100
Bumiputera lain 2 567 800 2 931 400
Cina 5 691 900 6 219 600
India 1 680 100 1 858 900
Lain-lain 269 700 318 900
JUMLAH 21 889 900 24 803 500
DEMOGRAFI KELOMPOK DI
MALAYSIA
 Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan
agama.
 Kaum Melayu merupakan etnik terbesar
 Golongan bumiputera yang merupakan kaum asal Malaysia
pula terdiri daripada pelbagai kaum seperti Dayak, Melayu,
Iban, Kadazan dll di Sabah dan Sarawak.
 Kelompok orang Melayu adalah penduduk asal di
alam Melayu.
 Kelompok-kelompok kecil seperti Minang, Krian, Kerinci
berusaha memperteguhkan identiti masing-masing dan
usaha ini bagaikan menenggelamkan identiti kelompok
Melayu
KONSEP MELAYU
 Terdiri daripada pelbagai kelompok sosial yang
menyatakan identiti masing-masing sebagai sub
budaya bagi budaya Melayu yang lebih luas.
 Konsep Melayu sebagai penduduk asal di alam Melayu
dikaitkan dengan sejarah peradaban Melayu itu.
 Di Malaysia, pengertian Melayu dinyatakan dengan
khusus dalam perlembagaan Malaysia yang
mempunyai kepentingan sosial dan politik.Pengertian
itu berasaskan kepada prinsip bahasa, budaya dan
Islam.
 Pelbagai kelompok sosial yang merupakan penduduk
asal seperti orang asli yang tidak beragama Islam tidak
dapat mencakupi pengertian perlembagaan itu.
 Sejarah peradaban melayu yang berasaskan
perkembangan budaya Melayu di alam Melayu
merupakan fenomena penting dalam pembinaan
identiti Melayu.
 Etnik Melayu sebenarnya terdiri daripada orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang berasal
dari keturunan mereka yang mendiami Nusantara.
 Penduduk asal alam Melayu telah membina asas
peradaban yang mantap sebelum bertembung dengan
peradaban India dan kemudiannya Islam dan melalui
proses difusi budaya.
 Identiti budaya Melayu tidak hilang walaupun telah
bercampur dengan budaya lain.
ORANG CINA
 Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka tetapi penghijrahan
secara besar-besaran hanya berlaku sejak kedatangan
British terutamanya setelah penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu.
 Faktor penghijrahan orang Cina berpunca daripada a.faktor
penolak - kesukaran hidup di negara asal
seperti ketidakstabilan politik, kebuluran dll.
b.faktor penarik – peluang pekerjaan dan
kemakmuran Tanah Melayu serta galakan oleh
British
• Orang Cina kemudiannya menguasai ekonomi Tanah
Melayu berbanding kaum lain
• Keperluan untuk berpolitik menyebabkan tertubuhnya
parti MCA, Parti Progresif Rakyat dan Parti Tindakan
Rakyat.
ORANG INDIA
 Kedatangan orang India ke Tanah Melayu bermula
lama sebelum penjajahan British kerana wujudnya
hubungan perdagangan antara India dengan Tanah
Melayu
 Pembukaan Pulau Pinang (1786) dan seterusnya
penubuhan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu menggalakkan penghijrahan besar-
besaran masyarakat India ke Tanah Melayu untuk
bekerja di sektor perladangan.
 MIC merupakan parti yang memperjuangkan nasib
bangsa India di Malaysia.
PENDUDUK PRIBUMI SABAH DAN SARAWAK
 Terdapat pelbagai etnik yang mendiami Sabah dan
Sarawak.

 Etnik-etnik ini dapat dibezakan dari segi kawasan


kediaman, ekonomi, sosial dan budaya.

 Terdapat 23 suku kaum di Sabah dengan etnik yang


terbesar terdiri daripada Kadazan, Bajau,, Murut,
Suluk dan orang Brunei.

 Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau,


Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit.
ORANG ASLI
 Orang asli boleh dibahagikan kepada tiga rumpun bangsa
iaitu :
a. Senoi
b. Negrito
c. Melayu asli
• Terdapat 18 jenis suku kaum di dalam kesemua rumpun
bangsa ini
• Bancian pada tahun 2006 mendapati terdapat 141 230 orang
asli di Malaysia.
• Ekonomi orang asli berasaskan pertanian dan bersifat sara
diri
• Kepercayaan mereka berasaskan animisme
• Pencapaian mereka dalam pelbagai bidang masih jauh
ketinggalan contohnya dlam bidang pendidikan
PERTEMBUNGAN BUDAYA
 Usaha berterusan perlu dijalankan untuk membentuk
masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain
terutamanya apabila berlaku pertembungan budaya.
• Usaha membentuk masyarakat yang bersatu padu melibatkan
beberapa proses :
a. proses integrasi-penyatuan kelompok yang berbeza
latar belakang dan menjadi satu entiti yang terikat
oleh norma dan nilai serta kepentingan bersam
-bertujuan menyatupadukan pelbagai kelompok
masyarakat dengan menghilangkan perbezaan
identiti.
-perbezaan budaya, bangsa, agama dll menjadi
penghalang kepada proses perpaduan, penyatuan dan
pembinaan bangsa Malaysia.
b. Proses segresi
-pemisahan antara etnik dalam sesebuah negara dari
sudut tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.

c. Proses akomodasi
- satu keadaan apabila satu kelompok yang berkonflik
bersetuju untuk mengelakkan konflik dengan
adanya interaksi secara aman
-Hal ini berlaku apabila pelbagai etnik mahu
mempertahankan budaya masing-masing tetapi
dalam masa yang sama memberi ruang kepada
budaya lain untuk wujud.
- dalam aspek tertentu seperti ekonomi dan pendidikan
mereka saling bergantungan antara satu sama lain.
d. Proses akulturasi / asmilasi budaya
Satu proses yang terjadi apabila kumpulan minoriti
menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku dan
budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur
budaya asal.
e. Asimilasi
-proses percantuman dan penyatuan
antara kelompok dan individu yang berlainan
kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok
yang mempunyai persamaan identiti.
f. Proses Amalgamasi budaya
Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercantum/
bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya
dan ras yang baru.
FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG INTEGRASI

 Kejahilan tentang kumpulan etnik lain


 Proses pemasyarakatan yang terbatas
 Politik perkauman
 Perbezaan sosio-ekonomi
 Perbezaan kebudayaan
 Segregasi / Pemisahan fizikal
USAHA KE ARAH PERPADUAN
 Usaha politik
-Penggubalan undang-undang
-Penubuhan agensi tertentu seperti Jabatan
Perpaduan

 Usaha ekonomi
-Penubuhan agensi pembangunan, dasar kerajaan

 Usaha sosial dan kebudayaan


-kebudayaan nasional
-sistem pendidikan kebangsaan

Anda mungkin juga menyukai