Anda di halaman 1dari 19

THARANY A/P THARMARAJA

NARVEENA A/P VADIVALU


• Budaya melepak ialah berkumpul tanpa arah
tujuan,matlamat,objektif,hala tuju,misi dan visi,biasanya oleh
golongan remaja.
• Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di
situ,kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok
• Mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan keadaan
yang tidak menentu.
• Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan
jenayah.
• Tingkah laku ini dilakukan oleh golongan terbesar penduduk
negara dan biasanya berlaku di bandar-bandar yang sedang
pesat membangun
Sikap ibu bapa Pengaruh rakan Persekitaraan
sebaya sosial

Pendidikan tidak
Keadaan di kesampaian atau Tekanan hidup
rumah keciciran lebih
awal
• Remaja memilih melepak sebagai satu escapism atau cara untuk
lari daripada tekanan hidup seharian.
• Antara golongan remaja yang melepak terdiri daripada
kalangan remaja yang sedang belajar atau sudah bekerja.
• Mereka menghadapi tekanan semasa belajar dan tekanan di
tempat kerja kerana terpaksa menanggung bebanan pelajaran
dan pekerjaan yang teralu banyak.
• Justeru itu, bagi meghilangkan tekanan hidup, mereka mencari
tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai, menyeronokkan
dan selesa serta banyak kemudahan sebagai tempat lepak.
• Remaja mudah terpengaruh dengan hasutan dan ajakan rakan-
rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.
• Pada awalnya mereka menjadikan melepak sebagai perkara
suka-suka untuk memenuhi kemahuan rakan tetapi apabila
mereka merasakan keseronokan, lama-kelamaan ia menjadi
satu tabiat yang sukar untuk dikikis.
• Remaja yang tinggal di bandar lebih ramai melepak
berbanding dengan remaja yang tinggal di luar bandar.
• Fenomena ini disebabkan di bandar tersedia pusat membeli-
belah, video game atau snuker dan sebagainya yang menjadi
pemangkin penting dalam perkembangan remaja melepak.
• kurangnya kawalan, pengawasan dan perhatian ibu bapa terhadap
anak-anak mereka.
• Ibu bapa mungkin terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehingga
tidak sempat untuk meluangkan masa melayan dan bermesra dengan
anak- anak mereka.
• Keadaan ini mengakibatkan anak-anak terasa diri mereka
diabaikan.
• Oleh sebab itu, mereka keluar untuk melepak dengan rakan-rakan
sebaya kerana ingin mendapatkan perhatian orang ramai.
• Ada juga ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka
dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil
perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak.
• Selain faktor kecuaian ibu bapa, golongan remaja juga
didapati suka melepak kerana berasa bosan tinggal di rumah
tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk
memenuhi masa mereka secara yang lebih berfaedah.
• Mereka juga mungkin berasa bosan kerana tiada suasana
yang harmoni di rumah mereka kerana setiap ahli keluarga
sibuk dengan hal masing-masing dan sering berlaku
pertengkaran di rumah.
• Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak berasa tertekan
lalu keluar untuk mencari hiburan dan melepak untuk memenuhi
masa lapang mereka.
• Pendidikan tidak kesampaian atau keciciran lebih awal akan
meyebabkan pelajar tidak berminat untuk ke sekolah.
• Oleh itu,Pelajar akan mendapati bahawa dirinya jauh ketinggalan
dari rakan-rakan sekelas dan ini akan menyebabkan mereka berasa
rendah diri dan berputus asa untuk belajar kerana tidak mampu
bersaing.
• Guru pula biasanya akan mengabaikan segelintir pelajar yang
tercicir ini kerana komitmen yang terhad.
• Jadi, biasanya sekelompok pelajar ini akan mendapati bahawa
sekolah bukanlah sebuah tempat yang selesa untuk mereka. Ini
bertepatan degan kajian yang dijalankan oleh Corno dan
Mandinach dalam Razali (2004).
• Beliau , menyatakan bahawa pelajar akan mendapati sesuatu
pengajaran dan pembelajaran (P&P)yang menarik dan tidak berasa
bosan ke sekolah sekiranya mereka dapat mengawal emosi dengan
baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
• Pengawalan emosi yang baik ini berkait rapat dengan perasan
selamat dan selesa dengan diri sendiri, persekitaran, guru dan
rakan sebaya.
• Sekiranya pelajar tidak berasa selesa dengan diri sendiri
kerana merasakan diri mereka tercicir dari segi akademik
maka sudah pastilah keseronokan untuk belajar dan pergi ke
sekolah itu tidak dapat dicapai malahan sekolah dianggap
tempat yang membosankan.
• Maka tidak hairanlah kelompok pelajar ini lebih gemar untuk
ponteng sekolah dan mengisi masa yang terluang dengan
aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak.
• Pencemaran imej negara kerana para pelancong yang datang ke
negara ini akan mendapat gambaran yang buruk tentang
masyarakat di negara kita dan akan menceritakan keadaan ini
apabila mereka pulang ke negara mereka.
• Selain itu, para pelancong akan berasa terganggu dengan suasana
yang amat tidak menyenangkan ini.
• Mereka pasti akan membuat tanggapan bahawa negara kita sudah
hilang budaya ketimuran dan kini sedang menuju ke era keruntuhan
moral.
• Tabiat melepak juga boleh menyebabkan seseorang itu terdorong
untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk seperti mengambil dadah,
meminum minuman keras, mengikuti perlumbaan motosikal secara
haram, dan sebagainya.
• Apabila remaja cenderung untuk melepak bersama rakan-
rakan, tahap konsentrasi mereka terhadap akademik akan
menurun ekoran tindakan mereka yang ponteng sekolah.
• Akibat dari tekanan yang dialami, remaja mungkin
menunjukkan sikap yang agresif, mudah memberontak, marah
yang tidak dapat dikawal, kemurungan dan terlibat dengan
masalah sosial bagi melepaskan rasa tertekan.
KELUARGA

MASYARAKAT

MEDIA MASSA

PIHAK KERAJAAN
• Keluarga juga boleh memainkan peranan dalam mengatasi
perbuatan melepak.
• Contohnya, ibu bapa mesti menasihati anak-anak mereka agar
menjauhi perbuatan melepak dan menerangkan kesan negatif
perbuatan melepak.
• Ibu bapa juga mesti memberikan kasih sayang dan perhatian
yang secukupnya kepada anak-anak agar anak-anak berasa
dihargai dan disayangi selalu.
• Ibu bapa juga mesti memantau pergerakan anak-anak pada
setiap masa agar mereka tidak melakukan perbuatan yang
tidak berfaedah seperti melepak.
• Masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam mengatasi
perbuatan melepak.
• Contohnya, masyarakat setempat mesti menegur dengan baik
perbuatan melepak di kalangan remaja.
• Jika para remaja masih terus melepak, bantuan daripada
ketua masyarakat perlu diminta.
• Bantuan juga boleh diminta daripada pihak polis kerana
perbuatan melepak ini kadangkala boleh menyebabkan
masalah sosial yang lain seperti mencuri dan mengganggu
ketenteraman awam.
• Media massa juga boleh memainkan peranan dalam mengatasi
perbuatan melepak.
• Keupayaan media massa dalam mempengaruhi remaja
memang tidak dapat dinafikan.
• Contohnya, media massa seperti televisyen boleh menyiarkan
kempen menjauhi perbuatan melepak. Surat khabar juga boleh
menyiarkan rencana tentang keburukan melepak agar dapat
menyedarkan golongan remaja.
• Kerajaan boleh juga memainkan peranan dalam mengatasi
perbuatan melepak.
• Hal ini kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi
membuat program kesedaran tentang perbuatan melepak.
• Tindakan kerajaan melaksanakan Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) adalah langkah yang baik.
• Pihak kerajaan juga boleh meminta Kementerian Bella dan
Sukan membuat pelbagai program yang berfaedah untuk
remaja mengisi masa lapang mereka.