Anda di halaman 1dari 155

MENGGARAP KECEMERLANGAN

PdP TEKNIK
BERKESAN PENYOALAN

PENTAKSIRAN:
PETA 1 PEPERIKSAAN
PEMIKIRAN PUSAT.
2 PENTAKSIRAN
PUSAT.
APA ITU PENTAKSIRAN ?

SATU PROSES MENDAPATKAN MAKLUMAT & SETERUSNYA


MEMBUAT PENGHAKIMAN TENTANG PRODUK SESUATU
PROSES PENDIDIKAN

PROSES – Langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk


mendapatkan hasil yang dikehendaki.

MAKLUMAT – Evidens (bukti) tentang prestasi pelajar dalam


sesuatu perkara yang ditaksir.

PENGHAKIMAN – Merupakan proses pertimbangan tentang


pencapaian pendidikan pelajar } (menilai).

PRODUK – Pengetahuan, kemahiran & nilai yang diperolehi


pelajar setelah melalui proses pendidikan.

DENGAN LAIN PERKATAAN PENTAKSIRAN IALAH


SATU PROSES MENDAPATKAN GAMBARAN TENTANG
PRESTASI SESEORANG DALAM PEMBELAJARAN
PEMBINAAN SOALAN & SOALAN
BERUNSUR KBAT MEMERLUKAN

Guru perlu merancang soalan,


tugasan dan aktiviti yang
menuntut murid berfikir, berlatih
berfikir secara berterusan dan
menilai pemikiran mereka dan
pemikiran individu lain.
SOALAN YANG BERKESAN IALAH
• Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu)

• Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang


dimaksudkan)

• Ringkas (dinyatakan dengan beberapa perkataan yang


mungkin)

• Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan


tindak balas)

• Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang


membimbing dan terperinci)

• Skop terbuka &terhad (soalan yang bercapah akan


mengelirukan)

• Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)


Menghasilkan modal insan yang cerdas,
kreatif dan inovatif bagi memenuhi
cabaran abad ke-21 agar negara mampu
bersaing di persada dunia.
• Berubah ke arah lebih daripada
kefahaman asas.
• Meningkatkan tahap kefahaman
• Meningkatkan kemampuan
menjustifikasikan penyelesaian dan
dapatan.
• Meningkatkan keupayaan murid dalam
menyiasat dan meneroka idea sesuatu
perkara yang dipelajari.
Konsep KBAT
KBAT dilihat sebagai proses kitaran daripada
pemikiran aras rendah (KBAR) ke pemikiran aras
tinggi (KBAT).

Konsep KBAT telah memasukkan ciri-ciri berfikir


secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif.

Dengan menggunakan KBAT, murid mampu


memberi penjelasan, membuat keputusan,
menyelesai masalah, menginovasi, mencipta dan
menunjukkan hasil dapatan mengikut konteks
yang diperlukan.
DOMAIN KBAT

Aplikasi
Analisis
Menilai
Merekacipta
KBAT berfokus kepada pemikiran aras
tinggi dengan memberi tumpuan kepada:

• Mengaplikasi
Kebolehan menggunakan pengetahuan
untuk menghasilkan sesuatu yang baharu
seperti menjalankan eksperimen dan
membuat binaan.

• Menganalisis
Mencerakinkan atau menstrukturkan
maklumat ke dalam bahagian yang lebih
kecil, menentukan bagaimana bahagian
struktur keseluruhan atau matlamat
berkaitan antara satu sama lain.
• Menilai
Membuat pertimbangan
berdasarkan kriteria dan standard
melalui memeriksa dan mengkritik.

• Mencipta
Menyatukan elemen untuk
membentuk sesuatu; menyusun,
menjana, merancang atau
menghasilkan semula elemen ke
dalam corak atau struktur yang
baharu.
DEFINISI K B A T
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI IALAH KEUPAYAAN
UNTUK MENGAPLIKASIKAN
PENGETAHUAN, KEMAHIRAN
DAN NILAI DALAM MEMBUAT
PENAAKULAN DAN REFLEKSI
BAGI MENYELESAIKAN
MASALAH, MEMBUAT
KEPUTUSAN, BERINOVASI DAN
BERUPAYA MENCIPTA
SESUATU.
MENGAPLIKASIKAN PENGETAHUAN,
KEMAHIRAN DAN NILAI -
MELAKSANAKAN ATAU MENGGUNAKAN
KEMAHIRAN DAN NILAI YANG ADA.

PENAAKULAN -
MEMBUAT PERTIMBANGAN & PENILAIAN
DENGAN LOGIK.

REFLEKSI - BAYANGAN ATAU


GAMBARAN TENTANG SESUATU
PERKARA YANG ADA DALAM FIKIRAN.

BERINOVASI – KAEDAH BAHARU


CIRI-CIRI KBAT

SKOP YANG Pengetahuan asas sebagai


LUAS keperluan

- Tidak spesifik & merentasi


FAKTA mata pelajaran.
- Kandungan bebas/hubung kait.

- Situasi baharu.
- Bukan lazim bagi murid.
BERMAKNA - Memberi maklumat secukupnya
kepada calon.
- Kepelbagaian
RESPONS - Boleh terdiri lebih daripada
MURID satu jawapan.
BENTUK SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN
PENTAKSIRAN 2016 :

FORMAT PEPERIKSAAN - ???


DUA KERTAS – PEMAHAMAN DAN PENULISAN

JENIS INSTRUMEN : JENIS ITEM :


a. OBJEKTIF/ a. ANEKA PILIHAN
b. SUBJEKTIF b. RESPONS TERHAD
- STRUKTUR c. RESPONS TERBUKA
c. ESEI

BENTUK ITEM : c. ESEI


a. OBJEKTIF (BERAPA SOALAN …???) - MENYAMPAIKAN
b. RESPONS TERHAD MAKLUMAT
- SOALAN TERSURAT (1M) - ULASAN/RUMUSAN
- SOALAN TERSIRAT (2M) - PENULISAN
- SOALAN MENAAKUL (3M) KREATIF

16
CARA PEMARKAHAN :
PEMAHAMAN - DIKOTUMUS
- ANALITIKAL
PENULISAN - HOLISTIK

PEMARKAHAN SOALAN RESPONS TERHAD


a. RESPONS TERHAD - SOALAN TERSURAT (1M)
- SOALAN TERSIRAT (2M)
- SOALAN MENAAKUL (3M)

BAHAN RANGSANGAN BERGANTUNG KEPADA


KESESUAIAN :

1. DALAM BENTUK GRAFIK, ATAU


2. TEKS ATAU
3. GRAFIK & TEKS
(GABUNGAN KEDUA-DUANYA SEKALI)

17
KONSEP SOALAN-SOALAN UPSR YANG ADA
BERKISAR KEPADA;-

KELUARGA &
MASYARAKAT

SEKOLAH UPSR - LITERASI BAHASA


PT3 - PENGETAHUAN BAHASA
SPM - ILMU BAHASA

DIRI LITERASI - KEBOLEHAN MENULIS


DAN MEMBACA
- CELIK HURUF
SECARA BERPERINGKAT,
SOALAN JUGA AKAN MENGAMBIL KIRA
BACAAN LUAS MURID-MURID…
(DALAM PENGETAHUAN DAN DALAM KOTAK
PEMIKIRAN MURID SERTA BERKAITAN
DENGAN DSKP)

YANG MELIBATKAN SOALAN


KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI (KBAT)
SECARA UMUMNYA, SOALAN FORMAT
BAHARU MELIBATKAN SOALAN KBAT.

SOALAN KBAT,
BUKANNYA SOALAN YANG SUSAH TETAPI
SOALAN YANG MERANGSANG PEMIKIRAN
MURID.
SETIAP SOALAN YANG DIBACA PERLU DIFIKIRKAN
DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.
FIKIR DAHULU SEBELUM JAWAB. TINGKATKAN ARAS
BERFIKIR.

MURID PERLU MELAKUKAN BEBERAPA PROSES ATAU


TINGKAT PEMIKIRAN DARIPADA PEMAHAMAN DAN
PENGETAHUAN KEPADA MENGAPLIKASI,
MENGANALISIS, MENILAI DAN MENJANA IDEA SEBELUM
MENJAWAB SOALAN YANG DIBERI.
SIFAT ATAU CIRI KHUSUS YANG PERLU ADA DALAM
SOALAN KBAT

1. KESEDIAAN UNTUK MENGGUNAKAN PESPEKTIF


BARU DALAM RUTIN.

2. BERSIKAP TERBUKA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN


DAN MELAKSANAKAN SESUATU KERJA DENGAN CARA
YANG LAIN.

3. FOKUS KEPADA KAEDAH YANG AKAN DIDAPATI


DARIPADA IDEA YANG BARU DAN BERTINDAK
BERPANDUKAN IDEA TERSEBUT.

4. BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN IDEA YANG ADA


DAPAT MENGHASILKAN FAEDAH.

5. TERBUKA KEPADA PANDANGAN ORANG LAIN.

6. MENYOKONG DAN MENGHORMATI IDEA ORANG LAIN.


ASPEK PENGAJARAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENTAKSIRAN;

- KOSA KATA
- KATA (IMBUHAN/PENGGANDAAN/
PEMAJMUKAN)
- IDEA UPSR
- AYAT
- TANDA BACA/EJAAN
- PENGOLAHAN

- PEMERENGGANAN
- PENGGUNAAN UNGKAPAN PT3/SPM
- WACANA
KERTAS PEMAHAMAN
BAHAGIAN A

BILANGAN SOALAN YANG DIUJI

20 SOALAN.
20 MARKAH.
BERPANDUKAN JSU YANG ADA.
(MORFOLOGI & SINTAKSIS)

SOALAN PENGETAHUAN BAHASA


(TATABAHASA)
RESPONS TERHAD SOALAN BERPANDUKAN
- SOALAN TERSURAT (1M/)
BAHAN RANGSANGAN.
- SOALAN TERSIRAT (2M)
- SOALAN MENAAKUL (3M)
TELITI BAHAN & BACA
PETIKAN. SOALAN ADA
PILIHAN MARKAH HANYA KAITAN DENGAN BAHAN
1, 2 DAN 3 SAHAJA RANSANGAN…..

BAHAGIAN B
STRUKTUR
5 SOALAN / 30 MARKAH

BAHAN RANGSANGAN BERGANTUNG


KEPADA KESESUAIAN :
1. DALAM BENTUK GRAFIK,
CARA PEMARKAHAN : 2. TEKS
- DIKOTUMUS 3. GRAFIK & TEKS
- ANALITIKAL (GABUNGAN KEDUA-DUANYA
SEKALI)
PENYEDIAAN JSU
• MESTILAH BERDASARKAN SUKATAN
PELAJARAN ATAU HURAIAN SUKATAN
PELAJARAN ATAU BUKU TEKS
• ASPEK YANG DIBERI FOKUS:
- SKOP DAN CAKUPAN,
- PENDEKATAN,
- ARAS KEMAHIRAN YANG DIUJI,
- BILANGAN ITEM UNTUK SETIAP TAJUK,
- MASA DIPERUNTUKKAN DAN CARA
PENSKORAN
LANGKAH PENYEDIAAN JSU

1. MENGKAJI 2. MENENTUKAN
SUKATAN JENIS SOALAN
PELAJARAN

3. MENENTUKAN 4. MENGANALISIS
BILANGAN OBJEKTIF
SOALAN PENGAJARAN
JSU BAHASA MELAYU
KERTAS 1
TERDIRI DARIPADA

1. MORFOLOGI
- PEMBENTUKAN KATA
( JENIS KATA )

2. SINTAKSIS
- JENIS AYAT
(SUSUNAN KATA DALAM AYAT)
CIRI ITEM YANG DIBINA
ITEM YANG DIBINA HARUSLAH BERKUALITI
DAN MEMPUNYAI CIRI-CIRI BERIKUT :-

1. KEAKURAN

2. KETEPATAN & KEJELASAN

3. KESESUAIAN
AKUR – diakui, setuju,
diterima
1. KEAKURAN (AKUR)

a. Akur Kurikulum
- Perkara yang ditaksir/dinilai (konstruk) mestilah
sebahagian daripada kurikulum. Item yang dibuat
mestilah yang terdapat dan terkandung dalam DSKP.
Ia mestilah akur dengan objektif dan kandungan
DSKP.

b. Akur Spesifikasi
- Konstruk yang dibuat mestilah akur dengan spesifikasi
ujian. Masa dan bilangan item mestilah sesuai
serta selari dengan kebolehan murid. Item yang
dibuat mestilah melibatkan JSU dari yang mudah,
sederhana dan tinggi. Ikut spesifikasi yang sesuai.
Kalau uji imbuhan jangan libatkan spesifikasi yang lain,
seperti tanda baca, struktur ayat dan sebagainya.
c. Akur Peluang
- Murid yang diuji mestilah diberi peluang yang
sama serta mencukupi dalam mempelajari
perkara yang ditaksir.
Semua murid berpeluang untuk mempelajari
perkara yang sama baik dari segi kemudahan,
kelengkapan, tenaga pengajar dan kepakaran
dalam menyampaikan ilmu. Item yang dibina
mestilah ada kaitan dengan pengalaman serta
pengetahuan harian murid.

Contoh :- Bila membina soalan tentang LRT,


adakah pelajar yang duduk di pedalaman
dapat membayangkannya atau tahu
tentang LRT ?
2. KETEPATAN DAN KEJELASAN

a. Tepat Konstruk (apa / perkara yang ditaksir)


- Item yang ditulis mestilah menepati konstruk yang
ditaksir. Istilah, ayat, petunjuk dalam item mestilah
tepat dan dapat menjana pemikiran murid dalam
mengemukakan evidens yang relevan.(jawapan)
Item yang dibina tidak mengelirukan murid dari segi
istilah. Istilah mesti yang telah dipelajari.

b. Tepat Tajuk / Konteks


- Item yang ditulis mestilah menepati tajuk/konteks
apa yang ditaksir. Murid mesti biasa dengan perkara
atau idea yang dikemukakan. Jangan biarkan murid
tidak dapat menjawab kerana belum belajar perkara
yang di taksir, tetapi disebabkan mereka tidak
menguasai item yang diberi. Bina item berdasarkan
tajuk yang telah dipelajari.
c. Jelas
- Item yang dibina biarlah jelas dari segi tugasan
yang diberi, arahan dapat difahami dan
rangsangan (stimulus) yang ada sesuai dengan
kehendak items. Bila membaca item yang
diberi, murid dapat memberikan isyarat tentang
apa yang harus dilakukan serta dapat
mengemukakan respons yang dikehendaki.
Selain itu, respons yang ada juga tidak boleh
dipertikai dan murid tidak dapat meneka
dengan mudah respons yang diberi.

Contoh - Soalan Penulisan.


3. KESESUAIAN

a. Aras Kesukaran
- Items yang dibina mestilah menepati aras
kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada
aras kesukaran rendah (R), sederhana (S), atau
tinggi (T).
. Item aras R boleh dijawab oleh sebahagian
besar murid.
. Item aras S boleh dijawab oleh murid yang
berprestasi sederhana dan cemerlang
. Item aras T boleh dijawab oleh murid
berprestasi cemerlang sahaja

Aras kesukaran tidak menguntungkan sebelah


pihak sahaja. Ketiga-tiga aras mesti sesuai dan
seimbang bilangannya.
b. Kepentingan
- Oleh sebab item yang dikemukakan itu
merupakan perwakilan bagi beberapa konstruk/
tajuk, maka adalah penting untuk memastikan
bahawa idea, isi, kandungan atau perkara yang
dikemukakan dalam item adalah perkara yang
penting dalam pembelajaran murid.
Setiap tajuk dan perkara mesti diajar dan
dipelajari. Item mesti berpandukan DSKP dan
buku teks.

c. Adil
- Item yang dikemukakan mestilah tidak
memberikan faedah secara sistematik/automatik
kepada golongan/kelompok tertentu dalam
masyarakat sama ada mengikut ras, jantina,
tempat tinggal atau status ekonomi.
Item yang dibina mestilah tidak merugikan
pihak yang lain.
ASPEK BAHASA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM
(MORFOLOGI) & ARAS JUM
KONTEKS R S T
1. Kata ganti nama
2. Kata kerja a. K/Kerja Transitif
b. K/K Tak Transitif
a. Sifat/keadaan
b. Ukuran
c. Bentuk
3. Kata adjektif
d. Pancaindera
e. Waktu
f. Cara
g. Perasaan
h. Jarak
KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM &
(MORFOLOGI) ARAS JUM
KONTEKS R S T
a. Kata hubung
b. Kata tanya
c. Kata perintah
d. Kata seru
4. Kata e. Kata bantu
Tugas f. Kata nafi (dalam ayat)

g. Kata pemeri (dalam ayat)

h. Kata sendi nama


i. Kata bilangan
j. Kata arah
k. Penanda wacana
KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM
(MORFOLOGI) & ARAS JUM
KONTEKS R S T

5. Kata terbitan a. Imbuhan awalan


b. Imbuhan akhiran
c. Imbuhan apitan
6. Kata majmuk
7. Kata ganda a. penuh
b. separa
c. berentak
8. Ketepatan kata
9. Kata banyak
makna
10. Kata seerti
KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM
(MORFOLOGI) & ARAS JUM
KONTEKS R S T
11. Kata berlawan
12. Penjodoh bilangan
13. Simpulan bahasa
KONSTRUK : SUSUNAN KATA DALAM
AYAT (SINTAKSIS)
14. Ayat penyata
15. Ayat tanya (dlm ayat)
16. Ayat perintah
17. Ayat seruan
18. Jawapan bagi soalan
19. Soalan bagi jawapan
KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM
(MORFOLOGI) & ARAS JUM
KONTEKS R S T

20. Bentuk ayat a. Ayat tunggal


b. Ayat majmuk
c. Ayat majmuk
pancangan
d. Ayat majmuk
gabungan
21. Ayat sama a. Cakap ajuk/pindah
maksud
b. Ayat aktif
c. Ayat pasif
KONSTRUK : MEMBACA & MEMAHAMI NO. ITEM
(PETIKAN) & ARAS JUM
KONTEKS R S T

22. Petikan a. Teks


b.
c.
d.
e. Maksud frasa
JUMLAH
AGIHAN SOALAN OBJEKTIF
MENGIKUT ARAS ( 5:3:2 )
Rendah 10 soalan

Sederhana 6 soalan

Tinggi 4 soalan

Jumlah 20 soalan
JSU BAHASA MELAYU
KERTAS 2
TERDIRI DARIPADA

1. MEMBINA AYAT

2. MENULIS ULASAN

3. MENULIS KARANGAN
BAHAGIAN A – MEMBINA AYAT (10 MARKAH)

BIL. JENIS TEMA PILIHAN


1 GAMBAR TUNGGAL
2 GAMBAR BERSIRI
3 CARTA
4 JADUAL
5 GRAF
6 PETA
7 PELAN
BAHAGIAN B – MENULIS ULASAN
( 15 MARKAH )
BIL JENIS TEMA PILIHAN
1 RENCANA
2 CERITA
3 PUISI
4 CATATAN
5 SURAT
6 LAPORAN
7 PETA PEMIKIRAN
8 JADUAL
9 PETA
10 GRAF
BAHAGIAN C – MENULIS KARANGAN (25 MARKAH)

BIL BENTUK JENIS TEMA PILIHAN


1 CERITA
2 MELENGKAP CERITA
3 TIDAK FAKTA
BERFORMAT
4 KEPERIHALAN
5 AUTOBIOGRAFI
6 BIOGRAFI
1 SURAT RASMI
2 SURAT TIDAK RASMI
3 SYARAHAN
4 DIALOG
BERFORMAT
5 LAPORAN
6 BERITA
7 UCAPAN
8 CATATAN HARIAN
PERSEDIAAN PEMBINA ITEM
Mengetahui dan memiliki dokumen rasmi
seperti:
- SP / HSP
- Pekeliling yang berkuat kuasa
- Format kertas peperiksaan yang lalu
- Buku teks / rujukan
- JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
- Kamus Dewan/Kamus Pelajar
- Tatabahasa Dewan
- Daftar kata
- Tesaurus
PRINSIP PEMBINAAN ITEM SECARA AM

1. TENTUKAN KONSTRUK ATAU PERKARA YANG


HENDAK DITAKSIR/DIUJI ITU AKUR KURIKULUM DAN
AKUR SPESIFIKASI.

2. PASTIKAN DI MANA PERKARA ITU AKAN DITAKSIR


AKUR KURIKULUM DAN AKUR SPESIFIKASI.

3. PASTIKAN PELAJAR BERPELUANG MEMPELAJARINYA.

4. PASTIKAN ITEM ITU TEPAT KONSTRUK.

5. PASTIKAN ITEM ITU TEPAT KONTEKS.

6. PASTIKAN ARAS KESUKARAN YANG DITETAPKAN


BERDASARKAN PERTIMBANGAN PROFESIONAL.
7. PASTIKAN PERKARA YANG DIKEMUKAKAN
BERDASARKAN ASPEK PENTING DALAM KURIKULUM.

8. PRIHATIN DENGAN KEADILAN SUPAYA TIADA


GOLONGAN YANG MENDAPAT FAEDAH SECARA
SISTEMATIK.

9. PASTIKAN KOMPONEN ITEM JELAS.


- STIMULUS BERKAIT RAPAT DENGAN TUGASAN DAN
ARAHAN ITEM
- SETIAP ITEM PERLU PENDEK DAN PADAT DI SAMPING
MENGUTAMAKAN KEJELASAN ITEM.
- ARAS KESUKARAN DALAM ITEM PERLU PADA TAHAP
YANG BERSESUAIAN DENGAN PELAJAR.
- ELAKKAN PENGGUNAAN ISTILAH YANG KABUR.

10. ELAKKAN RANGKAI KATA ATAU AYAT DARIPADA BUKU


TEKS SECARA LANGSUNG.
11. ELAKKAN ITEM YANG BERKAITAN ANTARA
SATU SAMA LAIN.
JAWAPAN BAGI SESUATU ITEM ITU HENDAKLAH
BERDASARKAN KEPADA MAKLUMAT DARIPADA
STIMULUS ITEM DAN BUKAN DARIPADA
KEBOLEHAN MENJAWAB ITEM LAIN.

12. PASTIKAN PERKARA YANG DIUJI ADALAH


YANG TERKINI DAN TELAH DIPELAJARI SERTA
TERKANDUNG DALAM SUKATAN DAN HURAIAN
SUKATAN.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN ITEM
BAHASA MELAYU

1. Nama yang digunakan dalam kertas Bahasa Melayu


mestilah nama yang bercirikan kemelayuan dan
tidak terlalu glamour atau yang bersifat muhibah dan
melambangkan kepelbagaian kaum.

Contoh ;-

a. Erra mengilhamkan ciptaan itu dengan menggunakan


bahan-bahan asli dari laut.

b. Mike dan Jamil akan bertanding dalam pertandingan


badminton tidak lama lagi.

2. Untuk SJK nama mestilah melambangkan muhibah.


3. Ayat mestilah progresif – jangan tunjukkan
kelemahan orang melayu atau sesuatu bangsa.

Contoh :-

a. Pak Ali terpaksa bekerja sebagai jaga


pada waktu malam untuk keluarganya.

A. menyara
B. mencari
C. membimbing
D. memikat

b. Gerak-geri Husin sentiasa diperhatikan,


lagi dia bekas banduan.

A. mula-mula
B. ragu-ragu
C. lebih-lebih
D. agak-agak
4. Elakkan unsur-unsur negatif dalam membina item

Contoh :-

a. Saedah menghasut Mei Ling supaya tidak


berkawan dengan Salmah. Dia memang
.

A. banyak mulut
B. batu loncatan
C. batu api
D. mulut murai

b. Pengemis yang berpakaian itu selalu


tidur di tepi gerai Pak Ali.

A. calar-balar C. warna-warni
B. kusut-masai D. compang-camping
Perkataan berlawan

c. Perpaduan yang erat dapat menjadikan negara


kita aman damai.

A. padu …….kacau
B. longgar …… huru hara
C. kental …… hangar
D. lemah …… miskin

d. Kita mestilah taat kepada kedua ibu bapa kita.

A. benci C. derhaka
B. geram D. marah
5. Jangan sentuh-sentuh perkara yang boleh menyentuh
perasaan calon seperti kematian, kemalangan,
kebakaran dan yang seumpamanya.

6. Tiada lagi soalan yang bercirikan hukum-hukum linguistik


Contoh, kata ganda berulang, kata ganda menunjukkan
banyak, kata ganda tunggal dan sebagainya.

7. Soalan-soalan yang bercirikan matematik, sejarah,


pengetahuan am mestilah dielakkan.

Contoh :-

a. Malaysia telah berjaya mengeluarkan motosikal


pertama negara iaitu…

A. Jaguh C. Kancil
B. Kris D. Tiara
b. terletak di negeri

A. Gunung Tahan …… Singapura


b
.
B. Gunung Ledang ….. Sarawak
C. Gunung Everest …… Malaysia
D. Gunung Kinabalu ….. Sabah

8. Soalan yang baik mengandungi nilai-nilai murni


dan unsur-unsur pengetahuan serta dalam
lingkungan pengetahuan murid.

9. Elakkan daripada mengiklan jenama-jenama


yang sedia ada di pasaran.

10. Tiada mempunyai unsur politik.

11. Aras soalan S dan T.

12. Aras Taksonomi Bloom/Anderson


13. Keempat-empat penganggu (distraktor) mestilah
mestilah berfungsi dan homogen.

Contoh :-

a. Mereka terpegun apabila melihat air laut yang


itu.

A. kebiru-biruan C. kehijau-hijauan
B. kemerah-merahan D. kekuning-kuningan

b. Adat resam yang telah kita amalkan sejak


hendaklah dikekalkan.(kata ganda)

A. anak-beranak
B. lama-kelamaan
C. dahulu lagi
D. asal-usul
c. Dia amat melihat penderitaan hidup
jirannya.(imbuhan)

A. terasa C. sedih
B. terpegun D. terkilan

d. Terimalah daripada kami yang tidak


sepertinya ini. (simpulan bahasa)

A. Buah hati C. Buah tangan


B. Buah fikiran d. Bekas tangan

e. Sultan Kedah Encik Idris pingat Ahli


Mangku Negara pada hari keputeraan baginda
baru- baru ini.(imbuhan)

A. anugerah C. memperanugerahi
B. menganugerahi D. menganugerahkan
e. telah ditabalkan menjadi Sultan Selangor.
(kata ganti nama)

A. Beta C. Patik
B. Saya D. Baginda

f. Nenek rindu cucu-cucunya di


Kuala Lumpur. (kata sendi)

A. pada C. kepada
B. akan D. Terhadap

g. Bola sepak berbentuk

A. bulat C. lonjong
B. bujur D. segiempat
h. Penggunaan kata banyak makna.

i. Ibu gemar membeli kain berwarna terang


ii. Pemuda itu sedang terang perkara sebenar
kepada pegawai polis
iii. Rohaya bangkit daripada tidur ketika hari
sudah terang
iv. Ladang yang terbiar itu sudah terang
setelah diusahakan semula oleh penduduk

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv
14. Bagi soalan petikan pemahaman setiap
pilihan jawapan sama ada jawapan atau
pengganggu perlu ada DALAM petikan,
kecuali soalan SAMA MAKSUD.

TAIPING – 65 KM

Papan tanda yang menunjukkan arah dan


jarak perjalanan ke kampungku baru saja
kulalui. Perjalanan menuju ke kampungku
sudah separuh jalan kutempuhi. Sudah
lama aku tidak pulang ke Taiping.
Kedinginan malam yang disertai dengan
hujan renyai menggigit tubuhku. Deruman
enjin motosikalku memecah kesunyian
malam.
Kegelapan malam menutupi kehijauan hutan yang
terdapat di kiri kanan jalan. Aku bekerja di Klang. Sudah
menjadi kebiasaan bagi diriku, pulang ke kampung pada
waktu malam dan sudah menjadi kebiasaan juga bagi
diriku melewati kawasan yang sunyi sepi ini setiap kali
pulang ke kampung. Kedinginan malam menyebabkan
perjalanan yang memakan masa tiga jam tidak terasa
lamanya.

Apabila tiba di satu selekoh, motorsikal yang baru saja


kubeli tiga hari yang lalu tiba-tiba mati enjinnya. ”Ah,
masalahni!” bisik hati kecilku. Kuperhatikan jam di tangan
kananku sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.
”Minyak motosikal baru saja diisi di Setiawan tadi, takkan
dah habis., Mustahillah kalau tangki minyaknya pula
bocor,’ kataku dalam hati sambil membuka tangki minyak
motorsikalku. ”Banyak lagi minyaknya, tak habis. Apa pula
masalahnya. Mungkin palam pencucuhnya rosak,” kata
hati kecilku.
Akupun mengeluarkan lampu picit yang terdapat di
dalam beg sandang yang kubawa. Aku pun menyuluh
sekitar palam pencucuh tersebut. Tiba-tiba, lampu picit
yang kupegang terpadam dengan tiba-tiba. Puas kuketuk
dan goncang, namun lampu picit tersebut tidak juga mahu
menyala. Suasana gelap dan kesunyian malam
menyebabkan degupan jantungku berdegup kencang. Bulu
romaku tiba-tiba meremang. Cuping telingaku menangkap
bunyi jeritan dari atas pokok berhampiran tempat aku
berdiri. Aku panik dan menjerit ketakutan. Aku berlari
sepenuh tenaga. Aku kepenatan dan berhenti sebentar
sambil memandang ke belakang. Tiba-tiba di hadapan aku
berdiri lembaga putih tanpa kepala. Aku terpegun
seketika. Aku mengawal diriku. Aku menenangkan diriku
dan berfikir apa yang perlu kulakukan.

Peluh dingin membasahi diriku. Lembaga putih tadi


menghilang diri sepantas angin bertiup apabila aku berjaya
menenangkan diriku. Aku teringatkan kata kawan-kawanku,
berhati-hatilah ketika melalui kawasan Bruas. Kini barulah aku
faham akan maksud dan ingatan kawan-kawanku tersebut.
1 Di manakah kampung penulis?

A Setiawan
B Taiping
C Klang
D Bruas

2. Mengapakah Penulis berasa panik dan menjerit


ketakutan?

A Teringatkan kata kawan-kawannya.


B Suasana malam yang gelap dan sunyi
sepi.
C Terdengar jeritan dari atas pokok
berhampiran tempat penulis berdiri. /
D Berdiri lembaga putih tanpa kepala di
hadapan penulis.
3. Apakah yang terjadi kepada motosikal
penulis di pertengahan jalan?

A Kehabisan minyak.
B Enjin motosikalnya tiba-tiba mati. /
C Palam pencucuhnya motosikalnya
rosak
D Tangki minyak motornya bocor.
15. Kata tugas dan arahan mestilah
sama dengan format LPM.

16. Perkataan yang diuji mestilah terdapat


dalam;
I. Senarai kata HSP/SP
II. Daftar Kata Buku Teks
III. Senarai Peribahasa & Simpulan Bahasa
IV. Tesaurus Kata.

17. Tatabahasa haruslah berdasarkan


Tatabahasa Dewan

18. Item mestilah adil dan tidak berpihak kepada


sesuatu kaum, budaya, agama dan adat.
CIRI – CIRI ITEM BAHASA MELAYU UPSR.

1. Saiz font - 12
2. Jenis font - Times New Roman
3. Arahan umum - Italic
4. Jarak antara perenggan - 1.5 lines spacing
5. Jarak antara soalan - double lines spacing
6. Kedudukan petikan mesti berada di bahagian kiri
muka surat dan diikuti oleh soalan pada muka
surat sebelah kanan.
7. Panjang petikan antara 150 - 180 pp.
8. Jumlah perkataan untuk pernyataan soalan
seeloknya 9 - 14 pp kecuali dialog.
9. Jawapan seeloknya sama panjang bilangan pp.
10. Pernyataan item tidak terlalu panjang.
NAMA KEDUDUKAN UMUR STATUS

AIN ANAK PERTAMA 25 JURUAUDIT

ADHWA ANAK KEDUA 23 MAHASISWI

AQILAH ANAK KETIGA 20 MAHASISWI

ALWANI ANAK KEEMPAT 16 TINGKATAN EMPAT

AMALIAH ANAK KELIMA 13 TINGKATAN DUA

ALLISYA ANAK KEENAM 10 TAHUN EMPAT

1. Berdasarkan jadual di atas, siapakah yang telah bekerja?


2. Siapakah anak sulung dan anak bongsu dalam jadual di atas?

3. Berdasarkan jadual di atas, siapakah yang menuntut di Institiut


Pengajian Tinggi/Menara Tinggi?
4. Berapa orangkah yang masih belajar di sekolah rendah?
Warna bola Bilangan
Biru 10

Hijau 5

Merah 20

Kuning 5

Jumlah bola yang terdapat


ialah 40 biji bola dan daripadanya
berwarna Merah.

A keseluruhan … separuh
B berbagai-bagai … sebilangan
C setiap … sekalian
D setengah-setengah … semua
Sofia ialah anak yang paling tua daripada
empat orang adik-beradik.
Dia merupakan dalam
keluarganya.

A anak sulung
B anak tunggal
C anak bongsu
D anak alang
Hubungan Maria dan Anita tetap erat walaupun
mereka berdua tinggal berjauhan kerana mereka
selalu .

A tegur-menegur
B usik-mengusik
C kunjung-mengunjungi
D pandang-memandang
Gadis yang
pakaian baju kurung moden dalam
iklan televisyen itu ialah rakan
sekelas saya.

A ayu ... memperagakan


B kacak ... mempersembahkan
C tampan ... menganjurkan
D jelita ... menyampaikan
Anting-anting yang dipakai oleh Salmi di telinga
kirinya telah hilang semasa dia bermain.
Penjodoh bilangan yang sesuai bagi anting-
anting tersebut ialah

I sepasang
II seutas
III sebentuk
IV sebiji

A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D I dan IV
4

Singgah bersuka di Kota Melaka,


Berteduh sebentar di pohon jejawi
Andai berjaya pada hari muka,
Berbakti kepada agama, bangsa dan ibu pertiwi.

Perkataan seerti bagi ibu pertiwi ialah

A tanah air
B bangsa
C ibu bapa
D masyarakat
Ahmad seorang ketua pengawas di
sekolahnya. ……………………… seorang
pelajar yang bijak dan rajin.

A Dia
B Kamu
C Beliau
D Mereka
Kamu dan rakan-rakan kamu berbual-bual tentang
peraturan sekolah yang perlu dipatuhi.
Tuliskan karangan tentang peraturan sekolah
yang perlu dipatuhi tersebut.

Sekolah kamu telah menjadi tuan rumah dalam


satu pertandingan yang telah diadakan bagi
peringkat daerah.
Tuliskan perbualan kamu tentang persediaan
yang guru-guru sekolah kamu lakukan bagi
pertandingan tersebut.

Tulis karangan dan akhiri karangan kamu dengan


pernyataan di bawah.
…Itulah antara sebab mengapa saya meminati mata
pelajaran tersebut. Mudah-mudahan mata pelajaran
tersebut akan terus menjadi pendorong kejayaan saya
pada masa akan datang.
PENULISAN
KREATIF

AKHIRI KARANGAN KAMU BERDASARKAN


GAMBAR YANG DIBERI.
TULIS KARANGAN KAMU SELENGKAPNYA.
MENYAMPAIKAN MAKLUMAT

KAMU TELAH MENYERTAI AKTIVITI GOTONG-ROYONG


YANG DIADAKAN DI TEMPAT KAMU.
KAMU TELAH DIKEHENDAKI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
TENTANG PENTINGNYA MENJAGA KEBERSIHAN KEPADA
RAKAN SEKELAS KAMU.
TULIS KARANGAN KAMU SELENGKAPNYA.
83
MORFOLOGI
(JENIS KATA)
CONTOH ITEM
BAHAGIAN A : Objektif (Aneka Pilihan)

1. Bumbung kereta itu ___________ akibat ditimpa


oleh sebiji buah kelapa.

A kecut
B ranap
C hancur
D kemik
BAHAGIAN A: Objektif (Aneka Pilihan Kompleks)
12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris
dengan betul.
I Dia menyelam sampai asal sungai untuk mencari
tiram.
II Dia berjaya dalam pelajaran asal usahanya yang gigih.
III Kami tidak tahu dari mana asal budak itu.
IV Bentuk asal masjid itu tetap dikekalkan.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
BAHAGIAN A: Objektif (Aneka Pilihan Petikan)

Kemudian, Puteri Li Po datang ke Melaka bersama-sama


500 orang pengiring perempuan. Selepas memeluk Islam,
Puteri Li Po berkahwin dengan Sultan Mansor Syah.
Sultan Mansor Syah telah membina sebuah istana untuk
Puteri Li Po manakala pengiring-pengiringnya diberikan
tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina.

17 Siapakah yang bersama-sama Puteri Li Po ke Melaka?

A Maharaja Yongle
B PadukaTun Mamat
C Pengiring-pengiringnya
D Pegawai-pegawai Sultan
Cikgu Suriyati berjalan ke bilik
guru sambil buku.

A membimbit
B mengelek
C memegang
D menjinjing
“ Kawan-kawan…………………….. letakkan buku yang telah
dibaca di tempat asal,” kata Nabilah.

A Sila
B Tolong
C Jangan
D Usah
KATA PERINTAH
KBAT

Hubungan Maria dan Anita tetap erat walaupun


mereka berdua tinggal berjauhan kerana mereka
selalu .

A tegur-menegur
B usik-mengusik
C kunjung-mengunjungi
D pandang-memandang
KBAT

Sofia ialah anak yang paling tua daripada


empat orang adik-beradik.
Dia merupakan dalam
keluarganya.

A anak sulung
B anak tunggal
C anak bongsu
D anak alang
Gadis yang
pakaian baju kurung moden dalam
iklan televisyen itu ialah rakan
sekelas saya.

A ayu ... memperagakan


B kacak ... mempersembahkan
C tampan ... menganjurkan
D jelita ... menyampaikan
4

Singgah bersuka di Kota Melaka,


Berteduh sebentar di pohon jejawi
Andai berjaya pada hari muka,
Berbakti kepada agama, bangsa dan ibu pertiwi.

Perkataan seerti bagi ibu pertiwi ialah

A tanah air
B bangsa
C ibu bapa
D masyarakat
KBAT

Pilih peribahasa yang sesuai bagi pernyataan


di bawah.

Bunga Mawar tumbuh melata


Buat hiasan dalam jambangan
Tolong-menolong sesama manusia
Hidup muafakat erat hubungan

A Bagai aur dengan tebing


B Bagai isi dengan kuku
C Bagai bulan dipagari bintang
D Bagai menatang minyak yang penuh
Warna bola Bilangan KBAT

Biru 10

Hijau 5

Merah 20

Kuning 5

Jumlah bola yang terdapat


ialah 40 biji bola dan daripadanya
berwarna Merah.

A keseluruhan … separuh
B berbagai-bagai … sebilangan
C semua … setiap
D setengah-setengah … semua
KBAT

Adik sedang makan roti


bagi mengalas perutnya.

A sekeping
B sebuku
C sepotong
D sebuah
KATA GANTI NAMA DIRI – BAHASA ISTANA KBAT

Pilih pernyataan yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

Laksamana
Sultan Muzaffar Shah
Hang Tuah
Siapkan segala kelengkapan untuk Patik menjunjung
A
beta pergi berburu. perintah tuanku.
Pastikan segala persiapan untuk patik Hamba menjunjung
B
pergi berburu telah disediakan. perintah tuanku.
Bagaimana dengan persiapan untuk Segala-galanya telah
C
tuan hamba berburu pada petang ini.? beta uruskan.
Persiapan berburu pada petang ini Segala-galanya telah
D
akan hamba uruskan. baginda uruskan.
Anting-anting yang dipakai oleh Salmi di telinga
kirinya telah hilang semasa dia bermain.
Penjodoh bilangan yang sesuai bagi anting-
anting tersebut ialah

I sepasang
II sebentuk
III seutas
IV sebiji

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
1 Kami berasa seronok sekali apabila
ramai pelajar mendapat 5A dalam peperiksaan
UPSR yang lepas.

I amat
II paling
III nian
IV sangat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
SINTAKSIS
(JENIS AYAT)
CONTOH ITEM
Pilih ayat yang betul.

28. A Berbagai barang keperluan harian dijual


di kedai yang berhampiran.

B Sarina amat sayang akan ketiga ekor anak


kucing hadiah daripada ibunya.

C Para-para hadirin sekalian dipersilakan ke


dewan makan untuk menjamu selera.

D Dia akan menonton televisyen berjam-jam


lamanya jika berada di rumah.
Pilih ayat yang betul.

I Malam tadi kami makan di Safuan Restoran.


II Di dalam beg itu terdapat pengasah pensel.
III Adik mengeluarkan tembikar pasu dari almari itu.
IV Cantik sungguh rumah contoh di tepi jalan itu.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV
AYAT TANYA

1. Doktor menasihati pasakitnya supaya mengamalkan


gaya hidup sihat.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

A Mengapakah doktor menasihati pesakitnya?


B Apakah nasihat doktor kepada pesakitnya?
C Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat?
D Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat?
Ayat sama maksud

Pengorbanan ibu bapa tidak dapat


B
dibalas walau dengan segunung intan.

A Segunung intan balasan pengorbanan


ibu bapa kepada kita.
B Walau dengan segunung intan
sekalipun, pengorbanan ibu bapa
tidak dapat dibalas.
C Nilai pengorbanan tidak dapat
dibalas walau dengan segunung
intan sekalipun.
D Walau segunung intan pengorbanan
ibu bapa tidak dapat dibalas .
Penggunaan ayat – betul / salah

I Dia tidak dapat penuh janjinya


II Kedai kain itu penuh sesak oleh orang ramai
III Perasaannya penuh ketika mendeklamasikan
sajak itu.
IV Sekiranya saya mengambil cuti, tentu gaji saya
tidak penuh.

A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D I dan IV
Kesalahan umum tatabahasa

1 Rumahnya terletak di antara sekolah dengan


pejabat pos.
11 Laporan itu diserahkan ke pihak polis.
111 Ikan segar itu dijual dimanakah?
1V Dalam perbincangan tadi, Hasrul dilantik
sebagai Ketua Murid.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Beliau berkata, tarikan utama pesta kali ini ialah pertunjukan
layang-layang moden yang direka secara kreatif, unik dan
berwarna-warni oleh peserta tempatan dan luar negara.
Seramai 15 000 orang pengunjung dijangka menyaksikan pesta
yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Perkataan pengiktirafan dalam petikan bermaksud


A pengesahan
B persetujuan
C penyertaan
D penghargaan
Bakat semula jadinya sebagai penulis terserlah apabila
novel pertamanya yang bertajuk Gerhana memenangi
hadiah sagu hati Peraduan Mengarang Novel DBP
pada tahun 1958.

Bilakah bakat awal Pak Samad sebagai penulis mula dikenali?


A Setelah memenangi peraduan mengarang novel pada tahun
1958
B Setelah menjejak kakinya ke sekolah
C Setelah menulis novel remaja dan kanak-kanak
D Setelah lulus peperiksaan School Certificate
Perhatikan gambar dan baca petikan di bawah. Kemudian
jawab soalan-soalan yang disediakan.

Banyak peristiwa penting berlaku sejak negara kita


Malaysia mencapai kemerdekaannya.
Negara kita telah mendapat kemerdekaannya pada 31
Ogos 1957. Ketika itu negara kita dikenali sebagai
Persekutuan Tanah Melayu. Pada 24 Julai 1960, Bunga
Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu. Pada 16 September 1963,
Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan sebagai
Malaysia sempena penyertaan bersama Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Singapura.
Alangkah bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia
kerana dapat hidup di bumi yang tercinta ini. Negara kita
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Masyarakat pelbagai kaum ini ataupun
masyarakat majmuk di negara ini saling menghormati dan
bertoleransi kerana masing-masing sayang akan
kemerdekaan yang sudah dikecap selama ini. Untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat, prinsip Rukun Negara telah
diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka
Baginda Tuanku Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin
pada 31 OGOS 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan
ke-13.

Pada tanggal 31 Ogos 1997 sempena kemerdekaan ke-


40, bendera Malaysia pula telah diisytiharkan sebagai
Jalur Gemilang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia ketika itu.
Pada tarikh 31 Ogos 2015 ini merupakan ke-58 negara
kita menyambut kemerdekaannya. Sebagai warganegara
yang bertanggungjawab kita haruslah bersepakat serta
bersatu hati untuk mengekalkan sikap hormat -
menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain. Hal
ini secara tidak langsung dapat meneguhkan hubungan
antara rakyat di negara ini.

Masyarakat majmuk dalam petikan di atas ialah


masyarakat yang ...

A terdiri daripada pelbagai kaum


B saling menghormati dan bertoleransi
C mengekalkan sikap hormat menghormati
D bersepakat dan bersatu hati
Bilakah negara kita Malaysia mencapai
kemerdekaan?

A 31 OGOS 1957
B 24 Julai 1960
C 16 September 1963
D 31 Ogos 2015

Apakah nilai yang boleh di dapati daripada


gambar dan petikan di atas?

A Hormat-menghormati dan bertoleransi


B Berwawasan dan bertanggungjawab
C Menghargai jasa dan bersepakat
D Berbaik sangka dan berbudi bahasa
BAHAGIAN B

ITEM
PELBAGAI BENTUK
A
RESPONS TERHAD SOALAN BERPANDUKAN
- SOALAN TERSURAT (1M/)
BAHAN RANGSANGAN.
- SOALAN TERSIRAT (2M)
- SOALAN MENAAKUL (3M)
TELITI BAHAN & BACA
PETIKAN. SOALAN ADA
PILIHAN MARKAH HANYA KAITAN DENGAN BAHAN
1, 2 DAN 3 SAHAJA RANSANGAN…..

STRUKTUR
(30 markah)
BAHAN RANGSANGAN BERGANTUNG
KEPADA KESESUAIAN :
1. DALAM BENTUK GRAFIK,
CARA PEMARKAHAN : 2. TEKS
- DIKOTUMUS 3. GRAFIK & TEKS
- ANALITIKAL (GABUNGAN KEDUA-DUANYA
SEKALI)
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk

ANTARA JENIS ITEM

- Item betul / salah, ya / tidak,


- Item padanan
- Item isi tempat kosong
- Item lengkapkan ayat
- Item bulatkan / lorek / garisi jawapan
dan lain-lain
JENIS-JENIS
ITEM
BAHAGIAN B
BAHAGIAN B

ISI
TEMPAT KOSONG
A
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Isi tempat kosong)

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong
dalam petikan yang diberi.

dan di atau untuk

yang tetapi pada kerana

Semua murid dikehendaki supaya melibatkan diri dalam aktiviti


kokurikulum. Satu daripada aktiviti kokurikulum yang mesti disertai
ialah sukan dan permainan. Terdapat pelbagai jenis sukan
____________ boleh dipilih oleh murid. Antaranya, mereka boleh
memilih sama ada hendak menyertai sukan hoki, bola sepak, bola
jaring _____________ badminton. Aktiviti kokurikulum penting
_____________ dapat membantu perkembangan mental, fizikal
____________ sahsiah murid-murid.
[4 markah]
CONTOH SOALAN 1 MARKAH
DIKOTUMUS

PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (1 MARKAH)

PENSKORAN KRITERIA

i. Jawapan yang tepat berdasarkan soalan tanpa


1 markah sebarang kesalahan.

Nota :
Jawapan yang terdapat kesalahan ejaan dan tanda
baca, dikira salah dan tiada markah.
Objektif Pelbagai Bentuk (Isi tempat kosong)
Teliti gambar dan pilih kata kerja yang paling sesuai untuk diisi
pada tempat kosong.

tertelentang memandu tersemban mengemudi

menebas mendaki memanjat menyabit

Kapten kapal itu sedang ……………..kapal lautnya


menuju ke Pelabuhan Klang.

Ahmad jatuh ………………..kerana tersadung batu.


Objektif Pelbagai Bentuk (Isi tempat kosong)

Lelaki itu sedang ……………..lalang di belakang


rumahnya.

Pak Cik Ismail ………………..pokok kelapa itu


untuk mengambil buah kelapa muda.

[4 markah]
BAHAGIAN B

GARISI JAWAPAN
A
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Garis jawapan)

Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para


pemenang.

2. Angkasawan itu mendarat di bulan dengan selamatnya.

[2 markah]
Garisi kata ganti nama diri yang betul dalam ayat di bawah.

1. Abang dan adik pergi ke kedai. Dia / Mereka menaiki


basikal.

2. Menteri Pendidikan akan merasmikan sekolah ini.


Dia / Beliau akan tiba sebentar lagi.

Garisi kata bantu dalam ayat di bawah.

1. Mesyuarat Agung PIBG sekolah itu masih lagi berjalan.

2. Sebarang perubahan tarikh lawatan itu akan


dimaklumkan pada kemudian hari.
BAHAGIAN B

BETUL / SALAH
A
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Salah /betul)

Tandakan (  ) atau (  ) pada ayat yang betul.

1. Pereka busana muslim itulah yang paling terkenal di


rantau ini. ( )

2. Hulu keris yang diperbuat daripada gading gajah


merupakan artifak yang paling unik sekali dalam
pameran itu. ( )

[2 markah]
Norihan berumur 12 tahun. Dia bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Sri Kapar. Ayahnya bertugas sebagai seorang
guru di Sekolah Kebangsaan Serdang Jaya. Ibunya pula
merupakan seorang suri rumah.

Norihan ada seorang abang yang bernama Rahman dan


seorang adik perempuan yang bernama Noraini. Norihan
mempunyai seorang kawan baik yang bernama Selvi. Mereka
selalu pergi sekolah bersama-sama dan sering kali mengulang
kaji pelajaran bersama-sama

Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada


pernyataan yang salah.

1 Noraini berusia 12 tahun ( )

2 Norihan merupakan anak kedua daripada tiga orang


adik beradik. ( )
BAHAGIAN B

PADANAN
Baca ayat di bawah. Padankannya dengan gambar yang betul.

1 Kakak sedang memegang sekeping


poskad.

2 Puan Alinah sedang menghiris


bawang,

3 Abang sedang menyiapkan kerja


sekolahnya.

4 Samsul dan abangnya sedang


menikmati durian di kebun datuknya,
BAHAGIAN B
BINA AYAT YANG
LENGKAP
A
Tulis ayat berdasarkan gambar dan perkataan yang diberi.

memadam - rumah
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
( 2 markah )

berehat - radio
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

( 2 markah )
BAHAGIAN B
RESPON TERHAD
A

PENGETAHUAN
MENAAKUL
MENGANALISIS
BAHAGIAN B: Respons Terhad (Pengetahuan)

Soalan 24
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Kepada sahabatku yang berada di Kota Kinabalu. Apa khabar?


Semoga saudari sekeluarga sihat sejahtera. Bersama-sama ini saya
sertakan maklumat tentang pantang larang masyarakat Melayu
untuk dijadikan bahan buku skrap Bahasa Melayu seperti yang
kehendaki oleh guru saudari.

a. Perkataan masyarakat dalam petikan boleh juga digantikan


dengan perkataan __________.

[1 markah]
KBAT

BAHAGIAN B: Respons Terhad (Menaakul)

Soalan 24
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Untuk pengetahuan saudari, generasi dahulu lebih suka


menggunakan kiasan daripada berterus terang kerana mereka tidak mahu
golongan muda dan anak-anak ini berkecil hati. Tujuannya adalah untuk
mendidik mereka agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Perkara yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi kita perlu memahami
mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diturunkan
secara lisan oleh nenek moyang kita.

b. Mengapakah orang-orang tua dahulu lebih suka menegur anak-anak


muda dengan menggunakan bahasa kiasan
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

[2 markah]
KBAT

BAHAGIAN B: Respons Terhad (Menganalisis)

Soalan 24
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

d. Adakah anda percaya akan pantang larang tersebut?


Mengapa?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

[3 markah]
Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya memberi
tumpuan ketika belajar. Jangan bermain atau bercakap-
cakap ketika guru mengajar. Hormati guru kita dan
ucapkan salam jika kita bertemu dengan mereka. Banyak
perkara yang boleh kita lakukan sekiranya guru tiada di
dalam kelas. Satu daripadanya ialah, kita boleh menyiapkan
kerja-kerja sekolah yang ada. Kita juga boleh membuat
aktiviti perbincangan bersama-sama rakan sekelas kita.

1 Sebagai seorang murid, kita haruslah ………………………..ketika


belajar.
( 1 markah )
KBAT

2 Berdasarkan petikan, bagaimanakah cara-cara untuk guru?

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

( 3 markah )

3 Tuliskan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas.

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________
( 2 markah )
Soalan 21

Lengkapkan dialog di bawah dengan mengisi tempat


kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

Hafiz : Helo, selamat pagi, Latifah.


Latifah : Selamat pagi, Hafiz.
Hafiz : apa khabar?
( Kamu, Kita, Kami )
Latifah : sihat. ( Saya, Kami, Awak )
Hafiz : Mengapakah tidak hadir ke
sekolah semalam? ( kami, saya, awak)
Latifah : Saya tidak hadir kerana mengikut ayah dan ibu
saya menghantar abang saya mendaftar di
Institiut Pengajian Tinggi.
sekeluarga berada di sana hingga lewat petang.
( Kami, Kamu, Kita)

[ 4 markah ]
Soalan 22. KBAT

Soalan berikut berdasarkan puisi di bawah.

Bunga Mawar tumbuh melata


Buat hiasan dalam jambangan
Tolong-menolong sesama manusia
Hidup muafakat erat hubungan

Apakah peribahasa yang sesuai berdasarkan puisi di


atas?

[2 markah]
Tulis dialog yang sesuai bagi pernyataan di bawah.

Ibu : Berhati-hati Yasmin. Jangan terpijak buku-


buku yang bertaburan itu. Tolong ibu
kemaskan buku-buku itu ya.

Yasmin :

[2 markah]
a. Padankan peribahasa yang sesuai dengan maksud yang
diberi.

Mendapat sesuatu
yang tidak
disangka-sangka

Bagai sikudung Beroleh keuntungan


mendapat yang tidak dapat
cincin dinikmati

Melakukan pekerjaan
yang sia-sia dan
mendatangkan
kerugian

[2 markah]
Soalan 23.

Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan disediakan.

NAMA KEDUDUKAN UMUR STATUS


AIN ANAK PERTAMA 26 JURUAUDIT

ADHWA ANAK KEDUA 24 PENGANALISA


MAKLUMAT
AQILAH ANAK KETIGA 21 MAHASISWI

ALWANI ANAK KEEMPAT 17 TINGKATAN LIMA

AMALIAH ANAK KELIMA 15 TINGKATAN TIGA

ALLISYA ANAK KEENAM 12 TAHUN ENAM

a. Perkataan berlawan bagi mahasiswi ialah .


[1 markah]
b. Siapakah anak bongsu dalam jadual di atas?

KBAT

[2 markah]

c. Siapakah yang telah bekerja dalam jadual di atas?

[2 markah]

d. Berdasarkan jadual di atas, siapakah yang menuntut di menara


gading?

KBAT

[3 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.
Norihan berumur 12 tahun. Dia bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Sri Kapar. Ayahnya bertugas sebagai seorang guru
di Sekolah KebangsaanSerdang Jaya. Ibunya pula merupa kan
seorang suri rumah.

Norihan ada seorang abang yang bernama Rahman dan


seorang adik perempuan yang bernama Noraini. Norihan
mempunyai seorang kawan baik yang bernama Selvi. Mereka
selalu pergi sekolah bersama-sama dan sering kali mengulang
kaji pelajaran bersama-sama

a. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada


pernyataan yang salah.

1 Noraini berusia 12 tahun ( )

2 Norihan merupakan anak kedua daripada


tiga orang adik beradik. ( )
[2 markah]
b. Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan petikan.

MAKLUMAT DIRI
Nama Norihan

Sekolah

Pekerjaan bapa

Pekerjaan ibu

Bilangan adik -
beradik

[4 markah]
b. Baca ayat-ayat di bawah dan bulatkan dua jawapan
yang tepat dan betul.

A Berbagai barang keperluan harian ada dijual di kedai


runcit tersebut.

B Pada waktu cuti dia akan menonton televisyen


berjam-jam lamanya di rumah.

C Sarina amat sayang akan ketiga ekor anak kucing


hadiah daripada ibunya.

D Para hadirin sekalian dipersilakan ke dewan makan


untuk menjamu selera.

[ 2 markah ]
KBAT
Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Apakah simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar


di atas?

[2 markah]
Lihat gambar di bawah. Kemudian jawab soalan yang disediakan.

a. Tuliskan ayat yang lengkap berdasarkan gambar di atas?

[2 markah]

b. Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan gambar dan ayat


yang dibina.

Kata kerja
sampan jala
Penjodoh bilangan

[4 markah]
RUBRIK PENSKORAN KERTAS
BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN -
BAHAGIAN B
PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (3 MARKAH)
PENSKORAN KRITERIA
i. Jawapan yang tepat dan jelas berdasarkan soalan.
ii. Penggunaan ayat yang gramatis.
3 markah iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai
dengan soalan.
i. Jawapan yang tepat berdasarkan soalan.
ii. Penggunaan ayat yang gramatis
2 markah iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta
sesuai dengan soalan.

i. Jawapan masih tepat berdasarkan soalan.


ii. Penggunaan ayat yang mudah dan ringkas atau tidak
1 markah gramatis.
ii. Penggunaan kata dan kosa kata terhad tetapi sesuai
dengan jawapan.

0 markah i. Jawapan tidak tepat.


PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (2 MARKAH)
PENSKORAN KRITERIA CATATAN
i. Jawapan yang tepat dan jelas Nota;
berdasarkan soalan. Bagi Item
2 markah ii. Penggunaan ayat yang gramatis. Salah atau
iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang Betul
meluas serta sesuai dengan soalan.
iv. Penggunan ejaan dan tanda baca yang • 1 betul –
betul. 0 markah
i. Jawapan masih tepat berdasarkan
soalan. • 2 betul –
1 markah ii. Penggunaan ayat yang mudah dan 1 markah
ringkas atau tidak gramatis.
iii. Penggunaan kata dan kosa kata terhad • 3 betul –
tetapi sesuai dengan jawapan. 2 markah
iv. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan
tanda baca dalam ayat.

0 markah i. Jawapan tidak tepat.


PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (1 MARKAH)

PENSKORAN KRITERIA

i. Jawapan yang tepat berdasarkan soalan tanpa


1 markah sebarang kesalahan.

Nota :
Jawapan yang terdapat kesalahan ejaan dan tanda
baca, dikira salah dan tiada markah.
KALAU ADA JARUM YANG PATAH,
JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI;
KALAU ADA SILAP DAN SALAH,
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI.