Anda di halaman 1dari 5

KESAHAN

KONSTRUK
KESAHAN KONSTRUK
• Sejauh mana sesuatu ujian • Kualiti psikologikal yang
dapat mengukur apa yang menerangkan beberapa aspek
sepatutya diukur. tingkah laku.
• (Hanna & Dettmer, 2004) • Cth: kreativiti, kecerdasan,
membaca, keresahan……

Kesahan konstruk adalah perkara yang melihat sejauh mana


sesuatu ujian dapat mengukur konstruk hipotetikal berkenaan
dengan sifat semula jadi dan tingkah laku manusia.
• Kesahan konstruk tidak boleh diperhatikan secara langsung tetapi kesahan ini
boleh dibuat berdasarkan telahan kesan tingkah laku (kemahiran) yang boleh
diperhatikan daripada seseorang.

• Kesahan konstruk boleh dilihat dengan mengadakan satu ujian kepada


pelajar yang merangkumi julat pencapaian yang luas. Dengan ujian ini, jika
keputusan ujian dapat membezakan antara pelajar yang pencapaiannya tinggi
dengan pelajar yang mendapat pencapaian yang rendah, maka ujian tersebut
dianggap mengukur kebolehan konstruk.
• Sebagai contoh, ujian kepantasan berlari dilakukan ke atas pelari
yang mewakili pasukan sekolah dengan pelari yang tidak mewakili
pasukan sekolah. Oleh kerana pelari yang mewakili pasukan sekolah
lebih pantas, maka kesahan konstruk dapat ditunjukkan bila skor
min kepantasan pelari pasukan sekolah adalah
lebih tinggi dan berbeza secara signifikan
berbanding dengan pelari yang tidak mewakili
pasukan sekolah.
PERSOALAN UTAMA DALAM KESAHAN KONSTRUK

1. Pentaksiran dapat mewakili konstruk yang diingini dengan


secukupnya ataupun tidak.

2. Prestasi dipengaruhi oleh faktor yang tidak relevan kepada


konstruk tersebut.