Anda di halaman 1dari 12

JUR 101 ETIKA PROFESIONAL

BAB 5:
OBLIGASI KEPADA PELANGGAN/KLIEN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Memahami prinsip asas hubungan profesional-klien

Mengenal pasti model-model hubungan profesional klien

Membincangkan ciri-ciri model hubungan agensi, kontrak persahabatan ,


paternalism dan fiduciari

Memahami hubungan antara sikap amanah dengan obligasi

Mengenal pasti jenis-jenis sikap amanah sebagai obligasi utama profesional


terhadap klien

Membincangkan sikap jujur,kecekapan, ketekunan, kesetiaan dan kerahsiaan.


MODEL HUBUNGAN PROFESIONAL / PELANGGAN

Model Agensi
Menekankan bahawa autoriti membuat keputusan adalah di tangan
klien.
 Profesional memberi perkhidmatan untuk mencapai matlamat
yang dihajati oleh pelanggan.
 Sesuai untuk profesion guaman tetapi kurang sesuai untuk
akauntan (manipulasi akaun).
Kelemahan model ini ialah menganggap klien mempunyai cukup
pengetahuan untuk memberi arahan kepada profesional.
Menggalakkan profesional tidak menghiraukan kepentingan pihak
lain (pihak ke-3).
Model Kontrak
 Autoriti dikongsi bersama profesional dan klien.
 Kontrak berdasarkan persetujuan atau kuasa tawar menawar
secara bersama.
 Selari dengan nilai kebebasan dan persamaan peluang.
 terdapat ketaksamaan yang ketara antara profesional dan klien
seperti:
• Profesional - golongan berkemahiran dan berpengetahuan tinggi
berbanding klien.
• Tumpuan klien lebih kepada nilai asas seperti kesihatan tetapi
profesional tidak.
• Profesional ada kebebasan sama ada menjalinkan atau tidak hubungan
kerana mereka mudah mendapat klien berbanding klien untuk mendapat
profesional.
MODEL PERSAHABATAN
 Profesional dan klien ada hubungan yang rapat berasaskan prinsip
kepercayaan dan kerjasama.
 hubungan seperti sahabat kurang tepat kerana:
• Hubungan tersebut satu arah sahaja iaitu tumpuan profesional
ialah kepada kepentingan klien dan bukannya klien.
• Tiada persamaan antara profesional dan klien kecuali mereka
adalah manusia.
• Tidak terdapat komitmen perasaan kerana profesional
menerima klien kerana bayaran.
Model Paternalisme
i. Tanggungjawab membuat keputusan diserahkan kepada
profesional.
ii. menafikan kebebasan klien menentukan pilihan atas alasan:
• Profesional ada pengetahuan dan kemahiran tinggi.
• Dalam keadaan tertentu, klien tidak mampu memberi
persetujuan sebenar.
• Andaian suatu hari nanti, klien akan setuju dengan
keputusan oleh profesional.
Model Fiduciari
i. Autoriti dan tanggungjawab yang lebih kepada klien untuk
membuat keputusan.
ii. Persetujuan dan penilaian diperlukan untuk membolehkan klien
mengambil bahagian sama dalam membuat keputusan.
iii. Klien bergantung kepada kebolehan profesional.
iv. Profesional ada tanggungjawab lebih untuk merumus,
merancang, menunjukkan kebaikan, keburukan dan akhirnya
mengemukakan cadangan.
v. Model ini sesuai diaplikasikan kepada semua peringkat klien.
vi. Persetujuan klien tidak diperlukan jika melibatkan soal teknikal
dan kesan yang tidak signifikan kepada klien tersebut.
Obligasi Untuk Bersikap Amanah

• Ada 6 sikap amanah yang perlu ada pada profesional iaitu:


 Kejujuran
• Ada kalanya profesional jujur kepada klien tetapi tidak
kepada pihak lain.
• Tanggungjawab utama jujur ialah tidak mengambil
sesuatu dari klien tanpa izin.
ii. Berterus terang

• Ada kala seseorang berterus terang tetapi tidak jujur.

• Sikap berterus terang melibatkan kejujuran dan pendedahan


sepenuhnya.

• Ada pendapat dalam keadaan tertentu dibolehkan berbohong


tetapi pendapat ini sukar dipertahankan.
iii. Kompetensi
• Profesional mesti kompeten (cekap) melaksanakan
tugasnya.
• Masalah tidak kompeten timbul apabila profesional
tidak mengkhususkan dalam sesuatu bidang.
• Persoalannya ialah siapa yang harus bayar kos
latihan profesional yang tidak cekap.
iv. Ketekunan
• Ketekunan mengelakkan kecuaian yang menyebabkan hasil
kerja tidak memuaskan.
• Biasanya faktor masa menjadi penghalang sikap tekun di
kalangan profesional.
• Kecuaian akan menyebabkan masalah kepada klien
Kesetiaan
• Klien mengharapkan profesional boleh jaga kepentingan mereka.
• Kesetiaan ini penting kepada klien tetapi ia bukan bermaksud kesetiaan
melulu.

 Menyimpan rahsia
• Melibatkan fakta dan maklumat daripada klien.
• Simpan rahsia menjadi asas hubungan profesional-klien.
• menjadi keistimewaan kepada profesional dan dilindungi oleh undang-
undang.
• Maklumat rahsia boleh didedahkan jika ada persetujuan daripada klien

Anda mungkin juga menyukai