Anda di halaman 1dari 160

Pendidikan Kerohanian dalam Pendidikan

Awal Kanak-kanak
 1. Pengenalan aspek kerohanian dalam pendidikan awal
 kanak-kanak(PAKK)

 Definisi dan Konsep kerohanian


 Kepentingan nilai kerohanian
 Aspek-aspek Kerohanian
 Keyakinan kepada tuhan
 Kepercayaan kepada agama
 Kemantapan jiwa
Definisi Kerohanian

 Menurut Kamus Dewan (1998) rohani bermaksud batin yang berkaitan dengan
roh, rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan sesuatu yang berlawanan dengan
jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak dapat dilihat
dengan mata kasar kepada sifat dalaman yang melibatkan semangat
seseorang. Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang
lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala
jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan
dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik.
 rohani yang sempurna selalu dikaitkan dengan aktiviti beragama, individu
yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu.
Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai
rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum
mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total.
Kepentingan nilai kerohanian

Pendidikan Kerohanian dan Moral prasekolah amat penting bagi pemupukan


nilai Islam dan nilai-nilai murni masyarakat berbilang kaum.

Bertujuan melahirkan rakyat yang berakhlak mulia, mampu membezakan


baik dan buruk serta mampu menjadi benteng dari terjebak dengan perkara-
perkara negatif
Pendidikan seumpama ini perlu diterap sejak dari kecil kerana ia akan
menjadi asas apabila sudah dewasa seperti kata pepatah ´melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
Oleh kerana pendidikan ini penting,maka ia perlu dirangka dengan sebaiknya
bagi menjamin keberkesanan dalam bpelaksanaannya kelak.
2. Fokus pendidikan kerohanian
dalam kurikulum semasa
 Kurikulum PERMATA Negara
 Bidang pembelajaran kerohanian dan sahsiah
 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)/Tunjang kerohanian,
sikap dan nilai
 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)/ Pendidikan Islam
3 Pemantapan aspek kerohanian
dalam PAKK
 Fokus dalam pembentukan kerohanian dalam pendidikan islam dan moral
dalam pakk
 Nilai-nila kerohanian yang perlu dipupuk
- Adap, Tertib, Sopan, Santun, Maruah, Jujur ,Ikhlas, Lurus, Benar, Bersyukur,
Amanah
Nilai-nilai kerohanian yang perlu
dipupuk

 Adap
 Tertib
 Sopan
 Santun
 Maruah
 Jujur
 Ikhlas
 Lurus
 Benar
 Bersyukur
 Amanah dan lain-lain
4. Pembentukan perkembangan kerohanian

 Peringkat Taska
 Peringkat Prasekolah
 Tahun 1 dan 2
 Penekanan aspek kerohanian
 Teknik pengajaran
 Pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
5. Kaedah dan Teknik Pengajaran
Kerohanian dalam PAKK
 Kaedah dan Teknik Pengajaran
 - Penyelesaian Masalah
 - Perbincangan/Dialog
 - Tunjuk Cara
 - Penerangan
 - Soaljawab
 - Bercerita
 - Didik hibur
 - Lakonan
 - Sumbangsaran
 - Simulasi/ Main Peranan
 Aplikasi pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dalam kerohanian
 - Koperatif dan kolaboratif
 - Kontruktivisme
 - Kontekstualisme
 - Pembelajaran masteri
 - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
o Penggunaan alat berfikir peta pemikiran
 (i-Think)
 - Filipped classroom
6. Isu dan trenda pendidikan kerohanian

 KBAT
 Pembelajaran abad ke-21
 Penilaian dan pentaksiran
 Sarana ibu bapa dan permuafakatan komuniti
 Kepelbagaian budaya
HASIL PEMBELAJARAN

 1. Menjelaskan definisi, konsep,kepentingan nilai dan aspek kerohanian dan


moral dalam pendidikan awal kanak-kanak
 2. Membincangkan focus pendidikan kerohanian dan moral dalam kurikulum
pendidikan awal kanak-kanak
 3. Menbanding beza aspek kerohanian dan moral mengikut perkembangan
peringkat umur
 4. Mempersembahkan kaedah simulasi dan teknik pengajaran dan
pembelajaran kerohanian dan moral yang kreatif dan inovatif secara
berpasukan
 5. Menganalisis isu dan trenda semasa bagi pendidikan kerohanian dan moral
dengan merujuk daripada pelbagai sumber
Pendidikan Awal Kanak-kanak

 Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-
kanak dari lepas lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National
Association for The Education of Young Children (NAEYC, 2011)
 Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, Pendidikan awal
kanak-kanak (early childhood education) merujuk kepada segala program
pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-
kanak sejak lahir hingga ke umur lapan tahun.
 Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia merujuk kepada program-program
yang disediakan untuk kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehingga lapan
tahun termasuk jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau
sekolah rendah.
 Morrison (2011), mentakrifkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai program
yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari usia sejak lahir
hingga ke usia lapan tahun sama ada program secara separuh atau sepenuh
masa di pusat, rumah, institusi, tadika dan sekolah rendah.
 Pendidikan Awal Kanak-kanak pada masa kini, memberi penekanan kepada
kepelbagaian kanak-kanak, amalan bersesuaian perkembangan, perhatian
kepada kanak-kanak bekeperluan khas di samping keperluan memenuhi
standard pencapaian seperti yang digariskan oleh NAEYC.
 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan menggariskan
matlamat dan objektif pendidikan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral secara khusus menerusi Tunjang Kerohanian, sikap dan
nilai. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam
seminggu manakala Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua
jam seminggu. Pelaksanaan KSPK adalah ke atas murid-murid prasekolah
dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun
 Kurikulum Perkembangan Kerohanian yang terkandung dalam Modul PERMATA
yang mengkhususkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan umur empat
tahun ke bawah
 Bidang Pembelajaran Perekembangan Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian
PAKK3313
Kerohanian dan Pendidikan Moral dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Spiritual And Moral Education in Early Childhood Education
1. Pengenalan aspek kerohanian dalam pendidikan awal kanak-
kanak(PAKK)

Definisi dan Konsep kerohanian


Kepentingan nilai kerohanian
Aspek-aspek Kerohanian
• Keyakinan kepada tuhan
• Kepercayaan kepada agama
• Kemantapan jiwa
Definisi dan konsep kerohanian

 Menurut Kamus Dewan (1998) rohani bermaksud batin yang berkaitan dengan
roh, rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan sesuatu yang berlawanan dengan
jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak dapat dilihat
dengan mata kasar kepada sifat dalaman yang melibatkan semangat
seseorang. Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang
lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala
jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan
dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik.
 rohani yang sempurna selalu dikaitkan dengan aktiviti beragama, individu
yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu.
Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai
rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum
mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total.
Sambungan

 Menurut sarjana Islam Al Ghazali (1058-1111) rohani sebagai perkara yang


terdiri daripada akal, hati, jiwa dan roh. Menurut al Ghazali (1058-1111) lagi
potensi ilmu ada di dalam roh insan dan melalui pendidikan potensi itu akan
dapat diserlahkan. Seterusnya Hasan Ali (1999) menambah bahawa kerohanian
berkait rapat dengan kejiwaan iaitu kecenderungan. Menakala menurut
Wahiduddin Khan, maksud kerohanian adalah keinginan makhluk untuk
berhubung dengan Penciptanya.
 Mendidik kanak-kanak dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan rohani
merupakan suatu kewajipan ibu bapa dan para guru yang telah diamanahkan.
Ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud ”wahai orang –orang
yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka” (Surah at
Tahrim ayat 6).
Sambungan

 Menurut Islam, kanak-kanak dilahirkan suci dengan membawa fitrah


beragama. Maka kedua orang tuanya yang bakal mencorakkan anak-anaknya
samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Hadis riwayat Imam Bukhari
dari Abu Hurairah).
 Sayyidina Umar r.a berpesan ” ajarlah anak-anakmu dengan ilmu semasa,
kerana sesungguhnya mereka dicipta untuk suatu zaman yang bukan lagi
zamanmu”.
 Imam al Ghazali (450-505 H) mensyaratkan kanak-kanak mesti dididik sejak
lahir oleh wanita-wanita yang kuat beragama dan mulia tingkah laku.
 Seterusnya, kanak-kanak perlu dididik dengan pelajaran agama, adab sopan,
adab makan dan minum, mencuci badan dan cara berwudhu’ yang betul serta
bersolat (Hamid 1990).
Sambungan

 Di dalam agama Kristian pula ajarannya berpusat kepada empat tema iaitu
kemuliaan tuhan, imej Christ, rohaniah tuhan dan kehidupan abadi.
Sambungan

 Dalam agama Buddha, ajarannya pula menggalakkan para penganutnya


melatih diri sendiri supaya mendapat kesedaran untuk melihat bukan sahaja
sesuatu kejadian alam seperti yang berlaku pada diri sendiri, malah keadaan
yang berhubung dengan sesuatu kejadian itu.
 mengikut fahaman mereka yang melakukan meditasi, maksud kerohanian
adalah menjauhkan diri dari perkara yang dianggap keduniaan.
Sambungan

 Agama Hindu pula, menjurus kepada kepercayaan dengan kitaran kelahiran,


kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung
dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan
kehidupan seterusnya di alam yang lain.
 Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah
Kepentingan Nilai Kerohanian

 Pendidikan Kerohanian dan Moral prasekolah amat penting bagi pemupukan


nilai Islam dan nilai-nilai murni masyarakat berbilang kaum.
 Bertujuan melahirkan rakyat yang berakhlak mulia,
 mampu membezakan baik dan buruk
 mampu menjadi benteng dari terjebak dengan perkara-perkara negatif
 Membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada agama
 Tidak menyeleweng dari norma-norma sosial
 Membentuk insan yang seimbang
 Dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala negatif
Aspek-aspek Kerohanian

 Keyakinan kepada tuhan


 Kepercayaan kepada agama
 Kemantapan jiwa
Sambungan

 Matlamat Pendidikan Negara melahirkan insan yang baik dan berusaha


mencapai kesempurnaan supaya menjadi warganegara Malaysia yang
cemerlang dalam aspek dunia dan akhirat
 Pembangunan modal insan seharusnya bermula daripada peringkat akar umbi
lagi
Fokus pendidikan kerohanian dalam
pendidikan semasa
 1.Kurikulum PERMATA NEGARA – bidang pembelajaran kerohanian dan sahsiah
 2. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan- Dokumen Standard dan
Pentaksiran- Tunjang Kerohanian,sikap dan nilai
 3.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – Dokumen Standard
danPentaksiran – Pendidikan Islam
Bidang pembelajaran perkembangan
sahsiah, emosi dan kerohanian
 Matlamatnya untuk
1. membina rasa selamat, tenteram, keyakinan diri , kebolehan mengawal
perasaan, mematuhi arahan, menghayati nilai-nilai murni, memupuk
kesedaran, mensyukuri kebesaran Tuhan dan hubungan akrab antara kanak-
kanak dengan pendidik, rakan dan orang dewasa
Sambungan

 Asuhan dan didikan awal kanak-kanak perlu bermula dari peringkat awal
 Aspek kerohanian , nilai-nilai murni dan kefahaman antara budaya adalah
amat penting dibina dari peringkat awal
 Supaya kanak-kanak membesar dengan kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan
 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
 Dapat hidup bertoleransi dalam suasana masyarakat berbilang kaum
Nilai-nilai murni Kurikulum Permata
Negara
 Kepercayaan kepada Tuhan- keyakianan wujudnya Tuhan sebagai pencipta
alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan Prinsip Rukun Negara
 Keyakinan Diri- kanak-kanak digalakkan melakukan sendiri sesuatu tugas
tanpa bergantung kepada orang dewasa
 Baik hati – kanak-kanak digalakkan mengmbil berat terhadap perasaan orang
lain dan boleh memaafkan orang lain
 Berani- kanak-kanak melakukan perkara yang mencabar seperti mencuba
aktiviti baru, meneroka persekitaran baru, bertemu dengan orang baru dan
menghadapi situasi yang biasanya menakutkan kanak-kanak ( tempat gelap,
bunyi guruh, masuk ke tandas sendiri ) dll
 Rajin- kanak-kanak digalakkan tekun dan boleh menumpukan perhatian
melaksanakan aktiviti yang dirancang serta berusaha melakukan sesuatu
perkara secara berterusan
Sambungan

 Hormat -kanak-kanak diasuh supaya hormat pada ibu bapa , guru, orang
dewasa, rakan-rakan, adik beradik dan sesiapa sahaja ; juga rasa hormat pada
bendera, lagu kebangsaan, peraturan dan undang-undang
 Kasih sayang- kanak-kanak diasuh supaya sayangkan Tuhan , diri sendiri, ibu
bapa, ahli keluarga, kawan-kawan, pendidik, tumbuh-tumbuhan , haiwan,
harta benda awam dan cinta akan negara
 Berbudi bahasa – kanak-kanak dididik supaya mengucapkan terima kasih,
menjawab ucapan salam, meminta izin, bercakap dengan lemah lembut tanpa
menjerit atau menyampuk , bercakap ikut giliran dan sebagainya
 Jujur – kanak-kanak dididik supaya bercakap benar dan bersikap jujur
Sambungan

 Daya tahan diri- kanak-kanak digalakkan untuk sentiasa mencuba, cekal dan
tidak mudah berputus asa
 Bertanggungjawab – kanak-kanak dipupuk rasa tanggung jawab terhadap diri,
keluarga, rakan-rakan, barang kepunyaan dan alat mainan
 Nilai –nilai murni boleh diterapkan melalui aktiviti bermain, rutin harian
kanak-kanak dan aktiviti PERMATA
Kepentingan bidang perkembangan
sahsiah
 Membina sahsiah kanak-kanak supaya mereka membesar menjadi insan yang
memilih jalan kehidupan yang sihat dan mulia
 Membentuk kanak-kanak agar mereka hidup sebagai manusia yang beriman
berpandu kearah kebaikan dan amalan yang bersih, jujur dan amanah
 Melahirkan modal insan yang bermodal tinggi
 Produktif dan sayang kepada bangsa dan negara
 Membina kehidupan yang mensia-siakan menepis pengaruh gejala sosial,dan
elemen-elemen tidak sihat yang boleh meruntuhkan akhlak manusia
Panduan kepada pendidik permata bagi
membantu kanak-kanak
 Layan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang dan perhatian
 Hormati idea dan perasaan kanak-kanak
 Sentiasa memberi galakan dan dorongan dan pujian bagi membina keyakinan
diri dan harga diri
 Beri peluang kanak-kanak meluahkan perasaan , memberi cadangan,
membuat pilihan dalam pelbagai aktiviti dan program supaya mereka berasa
dihargai dan berharga
 Bina hubungan baik dengan ibu bapa/keluarga/komuniti
 Hormati budaya dan kanak-kanak
Tahap perkembangan sahsiah, sosio
emosi dan kerohanian
 0-6 bulan
 Mengamati wajah dalam jarak dekat
 Eye contact
 Memberi reaksi bila melihat, mendengar suara atau merasai kehadiran orang
yang rapat
 Mencari suara ibu dan suka dipegang oleh orang yang rapat
 Mengenali dan mengecam orang yang rapat
 Ketawa bila gembira atau diagah
Sambungan

 Senyum bila melihat ke arah suara yang dikenali


 Menzahirkan mood melalui ekspresi wajah
 Senyum bila diagah
 Membuat bunyi apabila gembira
 Menangis bila marah
 Suka bila dipuji
 Menunjukkan kegembiraan melalui pergerakan dan ekspresi muka
 Membina persepsi mengenai anggota badan sendiri seperti jari, tangan dan
kaki sendiri
Sambungan

 6-12 bulan
 Memberi tindak balas yang positif terhadap kata-kata yang lembut
 Pandang orang bila bercakap
 Dapat bezakan antara ibu dengan orang lain
 Takut berhadapan dengan orang yang tidak dikenali
 Suka bila dapat perhatian
 Memberi reaksi apabila mendengar bunyi
 Suka apabila dinyanyikan
 Mula membina imej kendiri dan mampu melakukan perkara untuk diri sendiri
seperti bertepuk tangan
Sambungan

 Melihat diri sendiri di dalam cermin, tahu nama sendiri dan respon bila
dipanggil
 Mula meniru pelakuan orang dewasa
 Suka meniru perbuatan orang lain
 Memahami maksud perkatan jangan
 Faham dan boleh ikut arahan
1-2 tahun

 Kurang rasa takut pada orang yang baru dikenali


 Suka diberi perhatian dan mengambil tahu kehadiran seseorang
 Suka dipeluk dan dibacakan buku
 Pandai memeluk dan memberi ciuman
 Mula menunjukkan ragam bila ada sesuatu yang tidak menyenangkan
 Gembira melakukan sesuatu aktiviti untuk diri sendiri
 Bermain sendirian dalam masa yang singkat
 Menunjukkan rasa cemburu
 Mengenali diri sendiri melalui cermin
 Mula menunjukkan sikap mempertahankan kehendaknya
 Sikap Ingin Berdikari
Sambungan

 Mula belajar kemahiran sosial


 Meniru tingkah laku orang dewasa
 Mula menyedari perasaan orang di sekeliling
 Suka ditemanai kanak-kanak lainsemasa bermain
 Suka bantu kutip dan simpan permainan
 Boleh membezakan keadaan bahaya
 Berminat untuk meneroka apa sahaja tanpa menghiraukan keselamatan
 Mempunyai perasaan ingin tahu yang amat mendalam
2-3 tahun

 Menyedari kebimbangan/ketakutan orang terhadap mereka


 Suka dipuji
 Menunjukkan ragam yaang agak ketara
 Tidak sabar/cepat marah( giliran bermain)
 Sering melawan ( tak nak)
 Mula menunjukkan rasa empati/memujuk
 Tidak putus asa
 Sukar membuat pilihan
 Boleh menangani emosi takut, kecewa, marah, cemburu
 Menyayangi barang kepunyaan sendiri
Sambungan

 Memerhati dan meniru cara kanak-kanka lain bermain


 Gembira dapat membantu melakukan kerja-kerja rumah
 Mula membina persahabatan dengan rakan
 Mempunyai kawan rapat
 Mula mengikut kata, mendengar atau mematuhi peraturan
 Suka meneroka objek untuk mempelajari sesuatu
 Mempunyai minat yang mendalam untuk mendapat pengalaman baru di luar
 Boleh menjangka kesan dari perbuatan
3-4 tahun

 Menunjukkan perasaan kasih sayang dengan kata-kata


 Mudah menunjukkan perasaan malu
 Mula mempelajari mengawal diri mula memahami ada kuasa yang lebih besar
(Tuhan)
 Mula menunjukkan sikap bertanggung jawab
 Mempamerkan sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatau
 Boleh menyesuaikan diri dala situasi baru
 Mempercayai orang dewasa
 Mengenali perasaan sndiri dan dapat mengawal perasaan
 Mempunyai sifat berani dan yakin diri
 Menghormati dan menjaga harta benda
Sambungan

 Boleh berfikir dalam menyelesaikan konflik dengan rakann


 Mampu menangguhkan kehendak diri untuk orang lain
 Tahu menyesuai diri
 Mula membina hubungan positif dengan orang lain
 Boleh bekerjasama semasa bermain
 Boleh mengikut peraturan
 Mula mempengaruhi rakan sebaya
 Boleh memahami terdapat kepelbagaian budaya
 Boleh memahami perasaan orang lain
 Mempunyai daya tumpuan lebih lama
Sambungan

 Bertanya soalan
 Menunjukan minat tentang kehidupan binatang dan tumbuh-tumbuhan
 Berkongsi dan hormat hak orang lain
 Mempelajari cara meneroka sesuatu pengalaman
Objektif pembelajaran mengikut
peringkat umur 0- 6 bulan
1. Memupuk rasa selamat, tenteram dan yakin
2. Membina kemahiran asas berinteraksi dengan orang lain
3. Membina kesedaran mengenali diri sendiri dan percaya pada diri sendiri
4. Menanam rasa kesyukuran
6-12 bulan

1. Meningkatkan rasa selamat, berani mencuba dan membina keyakinan diri


2. Meningkatkan kemahiran asas berinteraksi dengan orang lain
3. Membezakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
4. Menanam rasa kesyukuran
1-2 tahun

1. Meningkatkan kemahiran mengenal diri dan berdikari


2. Meningkatkan kemahiran asas berinteraksi dengan orang lain dan membina
kesedaran mengenai perasaaan orang lain
3. Memupuk kebolehan menikmati alam semulajadi
4. Menanam rasa kesyukuran dan mengagumi kebesaran tuhan
2-3 tahun

1. Meningkatkan keyakinana diri, kebolehan mengawal diri, mematuhi arahan


dan menanam nilai-nila murni
2. Membina kebolehan mengenal emosi takut, kecewa, marah, cemburu dan
lain-laian
3. Membentuk kemahiran bergaul dengan rakan sebaya dan kesedaran mengenai
perasaan orang lain
4. Memupuk kebolehan cintakan alam semulajadi
5. Mengagumi kebesaran Tuahn dan menanam rasa kesyukuran
3-4 tahun

1. Menerapkan nilai-nilai murni


2. Meningkatkan perasaan persahabatan dan menghormati perasaan orang lain
3. Memupuk kebolehan cintakan alam semulajadi
4. Menanam rasa kesyukuran dan mengagumi kebesaran tuhan
Tugasan

 Bincangkan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan untuk mencapai setiap


objektif pembelajaran bagi setiap tahap umur
Pend Islam KSPK

 Pendidikan islam memberi penekanan terhadap penguasaan asas al-Quran dan


jawi, pembentukan akidah, pemupukan asas ibadah, penyuburan adab dan
akhlak dan pengenalan kepada sirah

 Kenal huruf hijaiyah, hafaz surah pendek dan bahasa arab mudah
 Memahami asas beriman dan beribadah kepada Allah
 Mengenali sirah dan peribadi rasulullah serta berusaha mencontohinya
 Mengamalkan adab dan akhlak mulia dalam kehidupan
 Membaca suku kata dan menulis jawi dengan betul
Standard Kandungan

1. Al-Quran
2. Akidah
3. Ibadah
4. Sirah
5. Akhlak
6. jawi
Al-Quran

1. Mengetahui huruf hijaiyah (sebut huruf tunggal/kenal pasti dan sebut huruf
berbaris atas, bawah dan hadapan)
2. Menghafaz beberapa surah dari juzuk Amma (al-fatihah, an-nas, al-ikhlas)
3. Mengetahui bahasa Arab mudah ( menyebut, mengecam nombor 1-10 /
perkataan mudah )
Akidah

1. Mengamalkan kalimah syahadah sebagai asas keimanan kepada Allah(


sebut/nyatakan maksud/amalkan kalimah)
2. Memahami asas beriman kepada Allah (mengenali diri sebagai
makhluk/mengenal Allah sebagai pencipta/tanda-tanda kebesaran
Allah/memuji Allah dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar)
3. Memahami maksud nama Allah/Asma’ul Husna (sebut nama Allah dan jelaskan
dengan contoh)
4. Memahami Rukun Iman ( sebut rukun iman/terang rukun iman)
5. Memahami Rukun Islam ( sebut rukun islam/cerita amalan rukun islam)
Ibadah

1. Menunjukkan cara bersuci dengan betul (nyatakan cara bersuci dari


najis/demonstrasi bersuci/nyatakan kepentingan bersuci )
2. Melakukan wuduk (kenal anggota wuduk/had/lafaz niat dan makna/sebut
rukun wuduk/ wuduk dengan tertib)
3. Mengetahui solat fardu ( sebut nama solat/waktu/bilangan rekaat)
4. Melakukan simulasi solat (had aurat solat, pelakuan solat,
takbiratulihram,niat, bacaan, pergerakan)
5. Memahami ibadah puasa (maksud
puasa/ramadan/sahur/berbuka/kebaikan/niat/amalan2 sunat)
Sirah

1. Mengetahui nabi Muhammad SAW dan keluarga nabi ( bercerita tentang


nabi/ahli keluarga nabi)
2. Memahami peristiwa kelahiran nabi Muhammad SAW ( cerita peristiwa
bergajah/ peristiwa kelahiran nabi/pengajaran peristiwa kelahiran nabi
3. Mengamalkan akhlak dan sifat nabi Muhammad SAW (sebut akhlak nabi/ sifat
nabi/amalkan akhlak nabi
Akhlak

1. Mengaplikasikan adab dalam kehidupan


- Lafaz basmallah.hamdallah
- Adab makan/minum
- Adab terhadap ibu bapa/ahli keluarga/guru/rakan sebaya/tempat ibadah
- Doa-doa harian
- Adab masuk dan keluar tandas
- Membezakan makanan halal dan haram
- Menyatakan makanan sunnah
- Membincangkan kepentingan mengamalkan adab dalam kehidupan
Jawi

1. Mengetahui huruf-huruf jawi(sebut/kenal pasti bentuk)


2. Membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata terbuka(
membatangkan huruf jawi + vokal alif/wau/ya/baca suku kata
terbuka/perkataan dua suku kata terbuka
3. Menulis huruf jawi( koordinasi mata dan tangan melalui lakaran
berbentuk/corak dan garisan mengikut arah dari kanan ke kiri/tulis huruf jawi
tunggal/salin perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka
Pendidikan Moral KSPK

 Pendidikan moral memfokuskan pembentukan insan berakhlak mulia dengan


berteraskan tiga domain iaitu:
1. Penaakulan Moral – keupayaan mental untuk mengenal pasti pelakuan baik atau
benar dan pelakuan jahat atau salah
2. Emosi Moral – Kesedaran perasaan moral melahirkan kesedaran untuk berkelakuan
baik dan betul yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu
yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul. Perasaan
moral melahirkan motivasi moral dan niat untuk bertindak berdasarkan empati dan
simpati terhadap diri dan orang lain
3. Pelakuan moral
- Tindakan moral yang ada kaitan antara penaakulan moral dan emosi moral secara
rela hati dengan rasa tanggungjawab, akauntabiliti dan intergriti
-
Objektif

1. Mengetahui dan memahami amalan nilai masyarakat Malaysia


2. Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan seharian
3. Mengeratkan hubungan dengan anggota masyarakat ke arah mengukuhkan
perpaduan
Standard kandungan/standard
pembelajaran/KSPK
 PM 1.0 Kepercayaan kepada Tuhan
 Mengetahui kewujudan tuhan- menyatakan/bercerita ciptaan Tuhan/tunjuk
rasa syukur
 Mengetahui agama/kepercayaan kaum di Malaysia- menyatakan agama dan
kepercayaan diri/bercerita tentang agama/kepercayaan kaum di Malaysia
Sambungan

 PM 2.0 Baik hati


 Mengamalkan sikap membantu orang lain – beri bantuan kepada rakan, guru,
menyatakan kebaikan membantu, bercerita pengalaman membantu
 PM 3.0 Bertanggungjawab
 Melaksanakan tanggungjawab diri – bercerita/mengamalkan tanggungjawab
diri/menyatakan tanggungjawab di rumah/melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawab di kelas
 PM 4.0 Berterima kasih
 Menunjukkan sikap berterima kasih atas pemberian, bantuan dan jasa yang
diterima – mengucapkan terima kasih secara lisan dan tulisan,menunjukkan
pelbagai cara menyatakan penghargaan atas jasa, bantuan, pemberian yang
diterima
Sambungan

 PM 5.0 Hemah Tinggi


 Mengmalkan sikap sopan dalam pertuturan dan tingkah laku – mencontohi
pertuturan dan tingkah laku yang sopan.
 Bersopan dalam pertuturan dan tingkah laku dengan orang lain
 PM 6.0 Hormat
 Mengamalkan sikap hormat – mencontohi sikap hormati orang lain,
menyatakan cara menunujukkan sikap hormat dalam pelbagai situasi,
menunujukkan sikap hormat kepada orang lain
Sambungan

 PM 7.0 Kasih sayang


 Menyayangi diri sendiri, orang lain dan haiwan – bercerita/menunujukkan
kasih sayang terhadap diri sendidri, orang lain dan haiwan
 PM 8.0 Keadilan
 Mengamalkan sikap adil dalam pergaulan – menyatakan contoh perbuatan
adil, mengenal pasti kelakuan adil dalam sesuatu tindakan, menunjukkan
sikap adil dalam sesuatu tindakan
 PM 9.0 Keberanian
 Bersikap berani dalam kehidupan harian- menunjukkan sikap berani untuk
berinteraksi dengan orang lain, mencuba sesuatu yang baru
Sambungan

 PM 10.0 Kejujuran
 Menunjukkan sikap jujur dalam kehidupan – memberi contoh pelakuan jujur,
menyatakan kebaikan sifat jujur, mengenal pasti sikap jujur dalam pelbagai
situasi, bercakap benar dalam pertuturan dengan orang lain
 PM 11.0 Kerajinan
 Bersikap rajin dlam kehidupan harian – memberi contoh sikap rajin dalam
pelbagai situasi, mengamalkan sikap rajin dalam melaksanakan tugasan
 PM 12.0 Kerjasama
 Bekerjasama semasa melaksanakan tugas – menunjukkan sikap bekerjasama
dalam melaksanakan tugas, menyatakan faedah bekerjasama, mengamalkan
kerjasama dengan rakan dalam melaksanakan sesuatu tugasan
Sambungan

 PM 13.0 Kesederhanaan
 Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan – menyatakan cara
berjimat cermat dalam menggunakan alatan dan sumber
 Berbincang faedah/menunujukkan sikap jimat cermat menggunakan alatan
dan sumber
 PM 14.0 Toleransi
 Mengamalkan sikap bertoleransi dalam pergaulan – menyatakan contoh sikap
bertoleransi dalam pergaulan dengan rakan, menunujukkan sikap bertoleransi
dengan rakan
Standard kandungan PAI/PM KSSR

 DSK Pendidikan Moral Thn 2.pdf


 Pendidikan Moral KSSR Tahun 1.pdf
 Dokumen Standard Pendidikan Islam Tahun 2 (1).pdf
 PENDIDIKAN ISLAM KSSR Tahun 1.pdf
Objektif KSSR Pend Islam Sekolah rendah

 1. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan


bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan harian;
 2. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk mengamalkan
hafazannya dalam solat dan ibadat harian;
 3. Memahami sejarah penurunan al-Quran dan maksud beberapa surah terpilih
untuk dihayati dan dihayati pengajarannya secara berterusan;
 4. Membaca al-Quran menggunakan hukum tajwid dengan betul secara
berterusan;
 5. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih dan mengamalkan tuntutan
hadis serta menghayati kepentingannya dalam kehidupan harian;
Sambungan

 6. Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai


pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta asas dalam tindakan;
 7. Mengamalkan konsep asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain
dan fardu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah dalam kehidupan harian;
8. Mengaplikasikan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam
rasa kecintaan kepada baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan
harian;
 9. Menghayati dan mengamalkan konsep adab dan nilai-nilai akhlak dalam
kehidupan harian serta sebagai asas dalam tindakan;
 10. Membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi dan
khat serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
Fokus

 1. Bidang al-Quran: murid dibekalkan dengan kemahiran mempelajari al-


Quran sehingga mereka dapat membaca dan menghafaz al-Quran dengan
betul dan bertajwid, serta boleh merumuskan pengajaran serta istiqamah
mengamalkannya dalam kehidupan harian;
 2. Bidang Hadis: murid dibekalkan dengan disiplin mempelajari ilmu Hadis
sehingga mereka dapat mengamalkan tuntutan Hadis tertentu serta
menghayati kepentingannya dalam kehidupan harian.
 3. Bidang akidah: murid dibekalkan dengan konsep asas akidah sehingga
mereka boleh menjadikan ilmu aqidah sebagai asas dalam tindakan dan
benteng dalam kehidupan.
 4. Bidang ibadah: murid dibekalkan dengan konsep asas ibadah sehingga
mereka dapat mengamalkan konsep ibadah secara istiqamah dalam kehidupan
harian.
Sambungan

 5. Bidang Sirah: murid dibekalkan dengan fakta sirah yang sahih sehingga
mereka boleh merumuskan peristiwa sirah Rasulullah SAW dan
mengaplikasikan iktibarnya dalam kehidupan harian sebagai bukti kecintaan
kepada baginda melalui amalan sunnahnya.
 6. Bidang Adab: murid dibekalkan dengan konsep asas Adab Islamiyah
sehingga murid dapat mengamalkan adab secara istiqamah dalam kehidupan
harian.
 7. Bidang Jawi: murid dibekalkan dengan kemahiran menyebut, membaca
dan menulis huruf-huruf jawi, suku kata, perkataan dan teks jawi sehingga
murid boleh membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan
jawi.
KSSR Pendidikan Moral

 MATLAMAT
 Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia
dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip
moral dan menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta
masyarakat global.
Objektif

 1. Mengetahui dan memahami nilai-nilai universal;


 2. Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam
kehidupan seharian;
 3. Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan
kesejahteraan diri, keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara;
 4. Mengembangkan kemahiran penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan
moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang berpegang kepada
peraturan masyarakat dan nilai universal yang berasaskan prinsip moral;
 5. Mengeratkan hubungan yang baik dengan masyarakat ke arah
memperkukuhkan perpaduan negara; dan
 6. Bertindak dengan integriti terhadap diri, keluarga, sekolah, jiran,
masyarakat, negara dan masyarakat global.
Nilai Universal KSSR

1. Kepercayaan kepada tuhan


2. Baik hati
3. Bertanggung jawab
4. Berterima kasih
5. Hemah tinggi
6. Hormat
7. Kasih sayang
8. Keadilan
9. Keberanian
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Toleransi
3 Pemantapan aspek kerohanian
dalam PAKK
 Fokus dalam pembentukan kerohanian dalam pendidikan islam dan moral
 Nilai-nilai murni yang perlu dipupuk
- Adab , Tertib, Sopan, Santun, Maruah, Jujur, Ikhlas, Lurus.
Benar,Bersyukur,,Amanah
Tugasan

 Berdasarkan nilai-nilai murni yang tersenarai di atas. Rancang satu situasi


yang boleh diaplikasi dalam memupuk nilai-nilai tersebut dalam kalangan
anak-anak didik dalam PAKK
 Bagaimana nilai-nilai murni tersebut dapat di aplikasikan dalam kurikulum
PAKK
4. Pembentukan perkembangan
kerohanian
 Peringkat Taska
 Peringkat Prasekolah
 Tahun 1 dan 2 - Penekanan aspek kerohanian –
 Teknik pengajaran
 - Pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Teori dalam perkembangan moral

 Teori Psaikoanalisis :
 Freud menekankan soal afektif moral yang sering diperolehi apabila kanak-
kanak berumur 5-6 tahun
 Menurut freud kanak-kanak akan bertingkah laku mengikut motif kendiri ,
juteru, peranan ibu bapa penting dalam mengawal mereka
 Teori Kognitif : penaakulan berlaku dalam tahap invariant yang bermaksud
tiap satu tahap bergantung kepada pemerolehan pada tahap yang sebelumnya
 Proses pemikiran akan menentukan sesuatu itu sama ada betul atau salah

Teori Kognitif Piaget bahagikan perkembangan kepada 2 tahap :


A. Moraliti Heteronomus (6-10 tahun)
1. Kanak-kanak percaya bahawa undang-undang datang dari ibu bapa atau orang
yang berautoriti sahaja
2. Tahap egosentrik yang tinggi
3. Mereka hanya melihat peraturan dari satu perspektif sahaja
 B. Moraliti Autonomus /Kerjasama (10-11 tahun ) :
 Tahap ini dicirikan oleh fleksibiliti dan kelenturan moral
 Tahap ini egosentrik kanak-kanak semakin berkurang
 Mereka mula melihat peraturan sebagai persetujuan antara individu
 Peraturan dilihat boleh berubah mengikut indidvidu
 Autoriti orang dewasa semakin kurang
 Pengaruh rakan sebaya
 Teori Kognitif Kohlberg :
 Berkembang mengikut 3 tahap
 A. tahap awal kanak-kanak- Tahap awal 7 tahun pertama patuh kepada arahan
kerana tidak mahu didenda
 B. tahap kanak-kanak - Tahap kedua – patuh arahan untuk mendapat ganjaran
atau perkongsian untuk mendapat balasan
 C. tahap remaja
Pengelolaan pengajaran

 Mengenalpasti peralatan yang sesuai


 Menyusu atur bilik yang bersesuaian
 Menyediakan persekitaran yang bersesuaian
 Mengenal pasti pengelolaan p d p yang sesuai
Pendidikan Islam Prasekolah

 Memberi kemahiran asas islam kepada murid serta membimbing mereka


melakukan ibadah, berakhlak mulia serta gembira melakukan amal soleh dan
mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan mungkar
 Topik umum PI boleh disepadukan tetapi topik khusus tidak boleh disepadukan
 Pengelolaan pembelajaran melalui kaedah dan teknik yang sesuai
 Peralatan yang sesuai seperti perabot, sejadah dan sumber lain
 Bahan yang selamat, tidak bertoksid, menarik
 Persekitaran yang selamat dari sudut fizikal dan psaikologi
 Pengelolaan P d p
 - penyediaan bahan dan pusat pembelajaran
 - Suara guru jelas dan mudah difahami
 - Kedudukan guru dan murid
5. Kaedah dan Teknik Pengajaran
Kerohanian dalam PAKK
 Kaedah dan Teknik Pengajaran
 - Penyelesaian Masalah
 - Perbincangan/Dialog
 - Tunjuk Cara
 - Penerangan
 - Soaljawab
 - Bercerita
 - Didik hibur
 - Lakonan
 - Sumbangsaran
 - Simulasi/ Main Peranan
Aplikasi pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21 dalam kerohnian
 Ciri-ciri guru abad ke-21
1. Menguasai subjek/kandungan kurikulum
2. Mahir dan berketerampilan dalam bidang pedagogi
3. Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka
4. Memahami psaikologi pembelajaran
5. Memiliki kemahiran kaunseling
6. Menggunakan teknologi terkini
Ciri-ciri pembelajaran kelas abad ke-21

 Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
 3. Pembelajaran aktif
- penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan,
atau pun penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd
projektor
 6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi
memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai
pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
 8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka
mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat
dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam
pembelajaran
Pembelajaran koperatif

 Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu


pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau
mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi
kandungan mata pelajaran
 Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia
mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan
peluang yang sama untuk berjaya
Pembelajaran Kolaberatif

 Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid – cth
maklumat hasil carian internet dikongsi bersama.
 Perkongsian kuasa antara guru dan murid – empowerment kepada murid
menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh guru,
 menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti menggunakan
pengurusan grafik dll
 Guru sebagai mediators bantu murid mengaitkan maklumat baru yang
diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan kepada
situasi baru.
 Kewujudan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat
sesama rakan sebaya dan guru.
Perbezaan

Pembelajaran koperatif Pembelajaran kolaboratif


• Satu strategi pembelajaran • Berasaskan kepada idea bahawa
berteraskan pasukan kecil . Setiap pembelajaran adalah satu tingkah
murid bertanggungjawab terhadap laku sosial. Pembelajaran berlaku
pencapaian diri sendiri dan melalui perbincangan atau
membantu ahli kumpulan komunikasi fizikal atau virtual
• Pergantungan positif setiap ahli • Tiada kontrak atau pergantungan
dalam menentukan kejayaan dalam kolaborasi bersama
pasukan • Tidak memerlukan pemantauan guru
• Peranan guru sebagai fasilitator dan berstruktur
dalam menstrukturkan dan • Hasil secara individu
memantau aktiviti pasukan
mencapai objektif
• Hasil secara kumpulan
Konstruktivisme

 Teori Konstruktivisme didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat


generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari
 Pembelajaran secara Hand-on
 Dimulakan dengan keseluruhan pembelajaran dan kemudia dibahagi kepada
bahagian-bahagian tertentu
Sambungan

 Menurut teori ini, guru tidak hanya memberikan pengetahuan kepada pelajar,
namun pelajar juga harus berperanan aktif membangun sendiri pengetahuan
 memberi kesempatan kepada pelajar untuk menerapkan idea mereka sendiri,
menggunakan strategi mereka sendiri untuk belajar
 Pelajar akan lebih faham dengan tugasan yang dilaksanakan
Sambungan

 Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada.


 Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri
pengetahuan mereka.
 Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui
proses saling memengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran terbaru.
 Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan
dirinya secara aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan
pemahamannya yang sudah ada.
Pembelajaran kontekstualisme

 Pembelajaran mengikut konteks atau dalam konteks


 Konteks = keadaan/situasi/kejadian
 Pebelajaran yang relevaen, ada kaitan dan bermakna
Pembelajaran kontekstual
Sambungan
Sambungan
Ciri-ciri pembelajaran kontekstual
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Pembelajaran masteri
Sambunagan
Sambungan
Langkah pembelajaran masteri
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Jenis peta i-think
PETA i-THINK
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
ISU DAN TREND PENDIDIKAN
KEROHANIAN
 KBAT
 Pembelajaran abad ke-21
 Penilaian dan pentaksiran
 Sarana ibu bapa dan permuafakatan komuniti
 Kepelbagaian budaya
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Sambungan
Flipped classroom

 Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang


mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar
kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan
pengukuhan kepada pelajar secara individu.

Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas.
Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah
kan?
Penilaian dan pentaksiran

 1. pelaksanaan
 - pemerhatian
 Hasil kerja
 Amali
 Hafazan surah/doa
 Senarai semak

 2. pelaporan
Pemerhatian

 Pemerhatian secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan dan


pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak
 Pemerhatian dari aspek fizikal, bahasa, emosi , kreativiti, kognitif dsb
 Pemerhatian direkodkan tanpa disedari oleh kanak-kanak
Objektif pemerhatian

 Mengesan kebolehan, keperluan dan minat kanak-kanak


 Menentukan kelemahan dan kekuatan kanak-kanak
 Membuat perancangan berasaskan keperluan individu
 Memantau kemajuan secara berterusan
 Memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai perumbuhan kanak-
kanak
 Membuat rujukan kepada ibu bapa dan pakar mengenai kesihatan, pertuturan
dan mental
 Menyimpan rekod kemajuan kanak-kanak bagi bimbingan penempatan yang
akan datang
 Merancang persekitaran pembelajaran yang sesuai dan berkesan