Anda di halaman 1dari 21

Bincangkan cabaran dalam 1

pemupukan integrasi
nasional
HONG AN NI

LEE YEN ZHEN

YEW SZE WEI


Integrasi Nasional❓ 2

 Shamsul Amri (2007) memberikan maksud integrasi sebagai satu


proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik.
 Noriati A.Rashid (2010) menyatakan integrasi nasional merupakan
satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari
segi latar belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk
entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan
kehidupan bersama.
3
Sosial

Globalisasi Ekonomi

Cabaran

Agama Politik
Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Sosial 4

 Aspek sosial ini dapat lihat melalui beberapa paradigma


yang berlainan:

1. pemisahan fizikal

2. sistem pendidikan yang berasingan


pemisahan fizikal
5
 Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang
timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh
British sejurus menjajah Malaysia.
 Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi
tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza.

 Keadaan ini menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau
berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka
khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku
akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan
Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.
pemisahan fizikal
6
 Hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza
merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan
etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan
atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang
melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan
sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan
kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap
golongan etnik yang lain.
pemisahan fizikal
7
Contoh:
 Kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup
masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya,
keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku
jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri
sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara
yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan
terasing dari arus pemodenan negara.
sistem pendidikan yang berasingan
8
 Pelajar melayu menuntut di sekolah melayu dan menggunakan bahasa
perantaraan bahasa melayu
 Pelajar cina menuntut di sekolah cina dan juga menggunakan bahasa
mandarin sebagai bahasa perantaraan,
 Pelajar india menuntut di sekolah tamil dan menggunakan bahasa tamil

 Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan


perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk
integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan
menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama
sahaja.
sistem pendidikan yang berasingan
9

 Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah


mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak
yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak
pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang
menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk
mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran
mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia
tidak akan berada dalam keadaan yang aman.
Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomj 10

 Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap


etnik.

 Majoriti kaum Melayu: sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga


sumber manusia dan berteknologi rendah.

 Bagi kaum Cina: sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan
menggunakan teknologi moden

 Kaum India: banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa
sawit.
11
 Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu
terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam
ekonomi negara Malaysia.

 Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu,
implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi
kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang
sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang
sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa
sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga
meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku.
12
 Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam
perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi,
mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan
banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu.
 Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.
Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik 13

 Dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan


perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman
jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh
semua pihak.

 Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama,


kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik,
pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu.
14
 Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk
mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa
dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka
juga mendapatkan hak yang sama rata.
 Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak
wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin
menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara
Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik
hanya mementingkan hak etnik masing-masing.
Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Agama 15

 Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang


menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan
lebih ketara dalam masyarakat majmuk.

 Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan


kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila
setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri.
16
 Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota
daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan.
Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang
sukar untuk diubah.

 Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama


dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu
masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan
tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk
berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik.
17

 Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka


melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan
oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk
menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa
perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam
kehidupan seharian mereka.
Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Globalisasi 18

 Cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta


pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat
merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada
masa kini.

 Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita
dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang
tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia
menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini.
19

 Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai


unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau
budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja
yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana
budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak
memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam
kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan
yang melampaui batas.
20

 Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja
terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah
remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam
sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan
mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat.

 Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia


semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara.
Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang
ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.
21

Terima Kasih ❤