Anda di halaman 1dari 8

FALSAFAH

PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan
untuk semua aktiviti pendidikan di Malaysia.

TUJUAN

• memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh


dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

• Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu


pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Huraian FPK
Elemen penting yang terkandung dalam FPK:
1.Pendidikan suatu usaha berterusan
■ Manusia perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan
■ Pendidikan yang terancang dari pelbagai peringkat hidup berlaku untuk
mereka menyesuaikan diri kepada pelbagai perubahan.
■ Oleh itu, seseorang perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran terkini untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

2.Memperkembang Potensi Individu


■ Perkara yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan
seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek
dan juga sosial.
■ Tujuan membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk
melahirkan insan yang sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga manusia
yang serba boleh.
3. Memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersatu padu
■ Perkembangan potensi individu tidak sempurna jika dilakukan secara
berasingan.
■ Potensi yang ada pada diri individu harus dikembangkan ke peringkat optimum
dengan mengintegrasi bakat dan kebolehan yang saling berkait rapat.

4. Insan yang seimbang dan harmonis.


■ Maksud seimbang dan harmonis di sini ialah insan yang berilmu pengetahuan,
mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa
dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi
dan sosialnya.
■ Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan
intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu.
■ Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang
bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri
yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang
dan cepat.
5.Unsur rohani
■ merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan
penciptanya.
■ Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan.

6.Unsur intelek
■ berkaitan daya berfikir.
■ Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat
diselesaikan dengan tepat.
■ Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan
menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
7. Unsur emosi
■ Perasaan jiwa yang meliputi ciri-ciri seperti:
 Perasaan tenang dan tingkah laku terkawal
 Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang
 Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan
 Menghargai dan menilai keindahan dan kesenian

8. Unsur jasmani
■ Tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat dengan
 menjaga kesihatan badan
 Melakukan riadah
 Mengembangkan baka dan kemahiran teknikal dan manipulative
 Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari
 Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat
 Berusaha meningkatkan daya pengeluaran
9. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
■ Pendidikan merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat.
■ menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama dalam mendidik
masyarakat kerana ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu kelak.

10.Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan


■ Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan
kepada Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi
bagi setiap manusia.
■ Di Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Di samping itu, agama-agama
lain bebas dianuti oleh penganut-penganut agama lain.
■ Dengan ini, setiap individu lebih menyedari bahawa tindakan yang dilakukan
sama ada baik atau buruk.
11. Rakyat Malaysia yang berketerampilan
■ Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai
dengan tugas serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya.
■ Hal ini adalah untuk memastikan individu tersebut dapat melaksanakan tugas
dengan cekap dan sempurna.
■ Perkara ini secara tidak langsung akan mematangkan individu tersebut dan
menjadikannya seorang yang berketerampilan.

12. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia


■ FPK juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak
mulia akan memastikan individu tersebut menghayati nilai
kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan.
■ Dengan berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan nilai-nilai
murni yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan
sehariannya.

Anda mungkin juga menyukai