Anda di halaman 1dari 60

ISLAM SEBAGAI

AD-DEEN
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

 Pendahuluan
 Takrif Islam
 Islam Menurut al-Quran dan al-Sunnah
 Ciri-ciri kesyumulan Islam
 Asas-asas Islam
TAKRIF ISLAM
Bahasa - asal perkataan ‘salam’ ,
Mengandungi 3 makna:
i). Tidak tercela @ cacat zahir & batin.
ii). Damai, aman dan sejahtera.
iii). Taat, penyerahan diri, tunduk, patuh.

Salima (‫ = )سلم‬Selamat
Salmi (‫ = )سلم‬Damai
Istaslama (‫ = )استسلم‬Tunduk dan patuh
serta taat
TAKRIF ISLAM

Istilah – menyerah diri sepenuhnya


kepada Allah dengan
mentauhidkanNya, taat, tunduk dan
patuh, keikhlasan yang lahir dalam diri
secara menyeluruh serta beriman
kepada ajaranNya yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW.
Mengenal Allah
•Siapa
•Dimana
•Bagaimana
ISLAM DALAM AL-QURAN

Maksudnya:
“Hari ini Aku telah sempurnakan agama
kamu dan telah sempurnakan kepadamu
nikmatKu dan Aku telah redha Islam itu
menjadi agama untuk kamu”
(al-Maidah:3)
ISLAM DALAM AL-QURAN

Maksudnya:
“Sesungguhnya agama di
sisi Allah adalah Islam..”
(al-Imran:19)
ISLAM DALAM AL-QURAN

Maksudnya:
“Barangsiapa yang memilih agama selain
Islam, Allah tidak sekali-kali menerimanya dan
di akhirat mereka termasuk orang-orang yang
rugi”
(al-Imran:85)
ISLAM DALAM AL-HADITH

‫األسالم أن تشهد أن ال اله اال هللا وأن محمدا رسول هللا‬....


‫وتقيم الصالة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت‬
.....‫من استطعت اليه سبيال‬

….Islam itu ialah kamu bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan
kamu bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan
solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan
mengerjakan haji di Baitullah bagi yang mampu….
CIRI-CIRI
KESYUMULAN
ISLAM
a. Ciptaan Allah
s.w.t

- penamaan daripada
Allah
- sesuai dengan
nama dan sifatnya
b. Berasaskan
wahyu
- sumber utama iaitu
al-Quran dan al-Hadith
c. Lengkap dan
menyeluruh
- mengandungi asas-asas Islam
seperti akidah, syariah, akhlak
- mempunyai undang-undang dan
peraturan lengkap seperti
ibadah, muamalah, jenayah,
munakahat, faraid
-merangkumi urusan dunia dan
akhirat
d. Bersifat universal

- Tidak terhad kepada


bangsa, keturunan,
warna kulit,
kedudukan,iklim,
geografi
- Mementingkan
keadilan di mana Islam
untuk semua.
e. Sesuai sepanjang
zaman

- ajarannya tidak
terhad kepada had
masa tertentu.
- sesuai sehingga hari
kiamat
f. Mendidik jiwa
manusia

- ajarannya mendidik
manusia menjadi insan
kamil, taat, bertaqwa,
menerapkan sifat
mahmudah, menghindari
sifat mazmumah
g.Memperuntukkan
ganjaran

- setiap amalan dalam


Islam dikira ibadah
berasaskan syarat
ibadah
- memperuntukkan
pahala dan dosa, syurga
dan neraka
h. Tetap dan tidak
berubah

- ajaran dalam Islam


sejak zaman Nabi
Muhammad s.a.w
sehinggalah hari kiamat
- ajarannya terpelihara
tidak boleh diubah
i. Memudahkan dan
tidak membebankan
- kemudahan kepada
mereka yang musafir, sakit,
uzur melakukan ibadah.
Contoh solat, puasa, haji
- memberi peluang tempoh
masa yang panjang dalam
melakukan ibadah
j.Dilaksanakan secara
beransur-ansur @ berperingkat-
peringkat

kewajipan dan larangan pada


peringkat awal dibuat secara
sedikit demi sedikit, tidak secara
paksaan.
ASAS-ASAS ISLAM

ASAS-ASAS ISLAM

AKIDAH SYARIAH AKHLAK


AKIDAH

 Pengertian:
 Bahasa: Ikatan, simpulan, kepercayaan,
keyakinan.
 Istilah: kepercayaan yang tersimpul kukuh dan
teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan
terhurai atau terputus walau oleh apa jua
keadaan dan suasana. (Mohd. Sulaiman Hj.
Yasin: 1988)
TAUHID
 Akidah Islam diasaskan kepada konsep Tauhid.

 Pengertian:
 Bahasa: Diambil dari perkataan “wahhada” (‫ )وحد‬yang
bermaksud Esa.
 Istilah : MengEsakan Allah tanpa melakukan syirik.
 Mengiktikad keEsaan Allah SWT pada zat, sifat dan
perbuatanNya berdasarkan dalil-dalil yang benar.
TAUHID
 Ilmu Tauhid : memperkatakan tentang
keEsaan Allah SWT, serta membahaskan soal-
soal yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah
SWT.
 Ilmu Usuluddin: memperkatakan pokok-pokok
agama (usul agama), terutama mengenai
ketuhanan.
 Ilmu Kalam : memperdebatkan tentang
kalam Allah SWT (al-Quran). Contoh: al-Quran
itu qadim (lama) atau hadis (baharu).
PERKARA YANG
MEROSAKKAN
AKIDAH
 Mengingkari Allah sebagai Pencipta.
 Mendakwa alam ini bukan makhluk.
 Mendakwa alam ini bukan di bawah
pentadbiran Allah.
 Mendakwa diri berkuasa.
 Menyembah dan melakukan ibadah
bukan kerana Allah.
 Memohon perlindungan bukan dengan
Allah.
 Mencintai makhluk lebih daripada
mencintai Allah.
 Mempermain atau mempersendakan
hukum Allah.
 Menolak hukum Allah.
 Menyamakan sifat Allah dengan sifat
makhluk.
 Membayang atau membentuk zat Allah.
 Menyandarkan sifat Allah dengan sifat
makhluk.
KEISTIMEWAAN
AKIDAH
 Menyeluruh
 Kekal dan tidak berubah
 Sesuai sepanjang zaman
 Pembentuk akhlak
 Praktikal
 Penyelamat umat Islam
 Positif dan produktif
 Penyusun nilai hidup manusia
RUKUN IMAN
RUKUN IMAN

 Iman dari sudut bahasa diambil dari


perkataan amana bermaksud aman,
tenteram.
 Iman dari sudut istilah ialah membenar
dan meyakini sesuatu di dalam hati,
menyatakan dengan lidah dan
mengamalkan dengan perbuatan
kesemua rukun-rukun iman.
RUKUN IMAN

 Rukun iman ialah kepercayaan (iktikad)


dan keyakinan yang membenar dan
menyakini sesuatu di dalam hati,
menyatakan dengan lidah dan
mengamalkan dengan perbuatan.
HURAIAN RUKUN
IMAN
BAHAGIAN IMAN
i. Iman sebenar yang mampu mengemukakan
dalil-dalil yang boleh dipercayai samada dalil
naqli atau aqli.
Hakikat
ii. Iman sebenar yang bebas
Hak daripada hawa nafsu

iii. Beriman semata-mata kerana berilmu,


berasaskan fikiran dan sampai ke dalam A’yan
hati.
iv. Beriman semata-mata kerana
Ilmu berilmu dan berasaskan fikiran tetapi
tidak sampai ke dalam hati.
v. Beriman ikut-ikutan tanpa
penilaian dan penelitian Taqlid

“IMAN MANUSIA BERTAMBAH DAN BERKURANG


KESAN
PENGHAYATAN
RUKUN IMAN
SYARIAH
Pengertian:
 Bahasa - jalan yang lurus.
 Istilah - setiap yang diperundangkan oleh Allah dalam urusan
keagamaan melalui wahyuNya sama ada al-Quran atau al-
Sunnah.
 Asas atau matlamat manusia dijadikan adalah untuk beribadah
kepada Allah.
 (al-Zariat: 56)
 Syariah Islam merupakan sistem yang mengatur cara hidup Islam
(the way of life).
 - Syariah Islam bersifat lengkap dalam mengatur segala urusan
kehidupan manusia
 - Ia merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah ibadah,
muamalat, munakahat, jenayah, faraid, akhlak, politik, pentadbiran
dan sebagainya.
KONSEP IBADAH
Pengertian:
 Bahasa: tunduk, patuh, merendah diri, taat.
 Istilah : mengandungi makna yang luas;
perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai
bakti kerana Allah SWT, menunaikan suruhan
agama. (Kamus Dewan: 2001)
 : melakukan sesuatu perkara dengan
penuh ketaatan dan kepatuhan kepada Allah
SWT sehingga lahir rasa cinta kepadaNya.
(Dr. Yusoff al-Qardhawi :
1993)
PEMBAHAGIAN IBADAH

IBADAH

KHUSUS UMUM
SYARAT AMALAN DIKIRA
IBADAH
1. Niat yang baik kerana Allah SWT.
2. Amalan itu hendaklah diakui dan bersesuaian
dengan Islam(matlamat tidak menghalalkan cara).
3. Tidak bercanggah dengan hukum-hukum
syarak.(tidak bercampur antara halal dan haram).
4. Dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Maksud sabda Rasulullah SAW:


“Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu
membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan
kerjanya”
Riwayat Muslim

…SYARAT AMALAN
DIKIRA IBADAH
5. Sentiasa menurut hukum-hukum syarak dan
ketentuan batasnya.(contoh peraturan solat,
puasa, zakat, haji dll).
6. Tidak lalai dan cuai dalam menjalankan
ibadah khusus terutamanya ibadah solat.
Maksud firman Allah SWT:
“Lelaki-lelaki yang tidak melalaikan mereka oleh
perniagaan atau jualbeli dari mengingati Allah,
mendirikan sembahyang dan mengeluarkan
zakat.
Al-Nur: 37
KESAN IBADAH
DALAM KEHIDUPAN
Kesan ibadah dalam
kehidupan..
a).Meningkatkan kualiti hidup
sebagai satu tuntutan agama.
b). Mendorong dan memotivasi
diri dalam melakukan amalan.
c). Meningkatkan prestasi
amalan harian secara kreatif
dan proaktif.
…Kesan ibadah dalam
kehidupan
d). Membentuk akhlak yang tinggi.
e). Menjauhkan diri daripada
amalan yang sia-sia.
f). Mengurus masa secara bijak.
g). Membina budaya kerja secara
bersama dalam satu pasukan.
HURAIAN RUKUN
ISLAM
Rukun Islam

 Mengucap dua kalimah syahada


 Mendirikan solat lima waktu
 Menunaikan zakat
 Berpuasa di bulan Ramadhan
 Menunaikan haji di Baitullah
KESAN
PENGHAYATAN
RUKUN ISLAM
AKHLAK
PENGERTIAN AKHLAK
Bahasa: berasal dari kalimah Arab “Khuluq”
bererti budi pekerti, perangai, tingkahlaku dan
tabiat. (Kamus Dewan)

Istilah : suatu keadaan yang tertanam di dalam


jiwa yang menampilkan perbuatan atau
tingkahlaku secara mudah tanpa memerlukan
pemikiran dan penelitian. (Imam al-Ghazali)
PENGERTIAN AKHLAK

: akhlak ialah keadaan jiwa yang mendorong ke


arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran
dan penelitian. (Ibnu Miskawah)
: akhlak dalam Islam ialah suatu sifat atau sikap
keperibadian yang melahirkan tingkahlaku
perbuatan manusia dalam usaha membentuk
kehidupan yang sempurna berdasarkan
kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan
oleh Allah s.w.t
Maksud Firman Allah SWT:
“Dan Sesungguhnya engkau (Muhammad)
mempunyai akhlak yang amat mulia”.
al-Qalam: 4

“Sesungguhnya adalah bagi kamu dalam


diri Rasulullah itu contoh teladan yang
baik”.
PEMBAHAGIAN AKHLAK

al-Ghazali membahagikan akhlak kepada dua:

 akhlak mulia - apabila perbuatan yang


dilakukan baik dan terpuji menurut syarak
dan akal.
 akhlak buruk - apabila perbuatan yang
dilakukan buruk menurut syarak dan akal.
PENGHAYATAN
AKHLAK DALAM
KEHIDUPAN
HUBUNGAN
AKHLAK DENGAN
IHSAN
IHSAN

 Hadith Nabi SAW yang bermaksud:


 “....Jibril bertanya Nabi s.a.w, beritahu
aku tentang ihsan? Nabi s.a.w
menjawab: Ihsan itu ialah kamu
menyembah Allah seolah-olah kamu
melihatNya, jika sekiranya kamu tidak
dapat melihatNya maka sesungguhnya
Dia melihat kamu....”
Pengertian Ihsan :

 Ihsan dari asal perkataan ahsanu iaitu


membuat baik, perbuatan baik.
 Dari sudut bahasa iaitu memberi nikmat
dan kelebihan.
 Manakala dari sudut istilah iaitu
melakukan sesuatu secara ikhlas,
bersungguh-sungguh, istiqamah dan
cemerlang (excellent)
 Firman Allah dalam surah Al-Qasas, ayat 77 :
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan
Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat,
dan jangan kamu melupakan bahagianmu dari
kenikmatan dunia dan berbuat baiklah kepada
orang lain sebagaimana Allah telah berbuat
baik kepadamu, dan jangan kamu berbuat
kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang-orang yang berbuat
kerosakan”
 Suatu konsep yang mendidik jiwa untuk
melahirkan budaya kerja (amalan) secara
berterusan (istiqamah), bersungguh-
sungguh (itqan) untuk mencapai
kecemerlangan (al-falah) di dunia dan
akhirat.
Penghayatan Ihsan dalam
kehidupan:
 Ihsan dalam Ibadat
 Iaitu melakukan ibadat dengan ikhlas,
bersungguh-sungguh, istiqamah,
khusyuk, tawaduk dan yang terbaik.
 Ihsan dalam pekerjaan
 Iaitu melakukan pekerjaan dengan ikhlas,
bersungguh-sungguh, jujur, amanah,
tekun, sabar, cekal, sempurna,
responsibilti dan berkualiti.
Penghayatan Ihsan dalam
kehidupan:
 Ihsan terhadap diri sendiri
 Iaitu menyempurnakan hak diri dengan perkara yang
membawa kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan
akhirat.
 Tidak menzalimi diri dengan mendedahkannya
kepada segala punca dan bentuk kebinasaan.

 Ihsan terhadap keluarga, masyarakat dan negara
 Iaitu sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran, memberikan khidmat bakti, hormat-
menghormati, tolong-menolong, bersikap adil, belas
kasihan dan berperikemanusiaan.
Penghayatan Ihsan dalam
kehidupan:
 Ihsan terhadap haiwan
 Iaitu memelihara dengan baik atau
melepaskannya hidup bebas.
 Sekiranya melakukan sembelihan hendaklah
dengan cara yang terbaik.
 Ihsan terhadap alam sekitar
 Iaitu memelihara dan memulihara alam sekitar
supaya bersih dari segala bentuk pencemaran
dan kerosakan.
 Berusaha menjadikan alam tempat yang selesa
dan indah untuk dinikmati dan didiami.

Anda mungkin juga menyukai