Anda di halaman 1dari 15

Di sediakan oleh:

HEMANANTHINI A/P KRISHNAN


( 940902-08-5884 )
UNIT BM ( PISMP SEMESTER 6)
AMBILAN JAN 2014.
TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

• Teori perkamusan bermaksud kecenderungan penggunaan ilmu linguistik, semantik, dan


pragmatik yang serba lengkap dalam sesebuah kamus.
• Kamus berperanan untuk menjelaskan makna atau definisi kepada kata dan maklumat ini turut
menggunakan kata-kata.
• Ini bermakna dalam perkamusan kita perlu mencari maksud kepada sesuatu lambang dengan
menggunakan lambang itu sendiri.
• Lambang tersebut adalah lambang linguistik. Justeru, kamus- kamus yang disusun perlulah
memberi keutamaan kepada prinsip kesarjanaan sebagai asas atau panduan dalam penyusunan
kamus.
Prinsip – prinsip penyusunan kamus.

A) Keaslian  kamus perlu mengandungi bahasa yang mempunyai bukti bahawa bentuk tersebut benar-
benar diaplikasikan oleh penutur jati.

B) Keperwakilan  kamus perlu mengandungi bahan yang benar-benar mewakili ruang lingkup khalayak
misalnya bahasa untuk kanak-kanak.

C) Kelayakan  Penyusun kamus perlu memastikan bahawa hasil kerjanya adalah sesuai dengan objektif
pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa adalah berlainan dengan kamus dwibahasa.
Dalam pada itu, kelayakan sosial juga hendaklah diberi penekanan seperti bahasa, agama, dan
adat istiadat pengguna kamus.
D) Sumber  Sumber bagi kata masukan atau entri hendaklah berdasarkan kepada sumber yang layak
digunakan berpandukan kepada penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber
sekunder dengan rujukan kepustakaan.
KATA ENTRI / KATA MASUKAN
• perkataan yang dimasukkan atau terangkum dalam sesebuah kamus. Kata entri adalah entri yang
disusun menurut susunan abjad yang diikuti dengan takrif dan maklumat lain seperti kelas kata,
etimologi dan sebagainya.
• Asmah Hj. Omar (1969) menyatakan bahawa bagi sesuatu masukan kata adalah untuk disertakan
dengan terbitannya sekali, setiap entri tidak diterangkan maklumat sebutannya. Pengecualian diberikan
kepada beberapa entri tertentu yang mempunyai masalah dari segi cara sebutannya.

Contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat:


• Entri yang melibatkan penggunaan e-taling. (bearis)
• Entri yang mengekalkan ejaan dan sebutan bahasa asal (lasagna – lezaniye)

• Entri nama Allah yang dalam tulisan Arab bermula dengan Alif Lam Syamsiah.
KATA STANDARD DAN VARIASI

• Kata standard ditakrifkan sebagai sesuatu perkataan dengan ejaan yang mempunyai
pengiktirafan sebagai betul.
• Perkataan yang diturunkan di akhir takrif struktur standard ini, atau sebagai muatan rujuk
silang, adalah variasi kepada bentuk standard dan merupakan variasi kata, dan dalam hal-
hal tertentu sahaja variasi ejaan.
• – contoh perkataan seperti, ”khanduri” yang bentuk standardnya adalah kenduri; lafal
(lafaz), petenah (fitnah) dan sebagainya.
• Variasi ejaan pula merujuk kepada perkataan-perkataan tertentu diperturunkan sebagai
rujuk silang dengan tanda anak panah yang merujuk kepada bentuk dan ejaan yang
standard semata-mata untuk kemudahan pengguna yang mungkin masih mempunyai
keraguan atau tidak pasti tentang bentuk atau ejaan yang standard.
SEBUTAN
DAN
ETIMOLOGI
Sebutan ialah cara melafazkan
perkataan secara standard.
Menurut Nik Safiah Karim,
Bahasa Melayu standard ialah
variasi yang digunakan apabila
orang daripada pelbagai dialek
dalam negara ini menggugurkan
ciri-ciri kedaerahan masing-
masing dan menggunakan variasi
berasaskan bahasa Melayu
Johor-Riau.
Sebutan baku dalam bahasa Melayu adalah
berdasarkan huruf demi huruf iaitu nilai bunyi
dalam bahasa kita bukannya loghat ataupun
bahasa Inggeris (Datuk Hassan Ahmad, 1988).

Justeru kamus Dewan Edisi Ketiga memuatkan


cara-cara sebutan bahasa Melayu yang betul
dengan menggunakan simbol diakritik (transkripsi
fonetik).

Cara sebutan ini dimuatkan dalam kurungan


selepas entri utama kata diletakkan.
Contohnya seperti perkataan yang mengandungi
e taling diberikan dengan simbol [ é ].

Namun demikian penggunaan simbol diakritik


dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tidak
menyeluruh. Huruf e pepet [ͽ ] tidak ditandakan
dengan simbol diakritik menyebabkan pengguna
keliru dalam membunyikan perkataan “semak”
yang mempunyai makna homograf iaitu “lalang”
dan “meneliti”.
ETIMOLOGI (ASAL-USUL KATA)

Perkataan “etimologi” berasal daripada bahasa


Belanda “etymologie” yang kata akarnya
berasal daripada bahasa Yunani “étymos” yang
membawa maksud “ilmu sebuah kata”.

 Justeru etimologi diertikan sebagai ilmu yang


mempelajari tentang perubahan dan perkembangan
bentuk kata.

 Etimologi yang pada asalnya digunakan dalam Kamus


Oxford English Dictionary (1928) : merupakan cabang
ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan
perkembangan sesuatu kata.
ETIMOLOGI (ASAL-USUL KATA)

Sifat-sifat perkataan dan asal usulnya ditunjukkan


dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dengan
menggunakan pelbagai kata kependekan.

Hal ini demikian untuk menyatakan bahasa sumber


sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam
perbendaharaan bahasa Melayu yang sifat-sifat
keasingannya dapat menjadi titik permulaan pengkajian
terhadap kata-kata pinjaman.
ETIMOLOGI (ASAL-USUL KATA)

Contoh rujukan etimologi ini seperti kata “Ar” bagi


perkataan Arab, singkatan “Mn” bagi perkataan
Minangkabau, singkatan “Ml” bagi perkataan Melaka
dan pelbagai lagi.

Contohnya pada perkataan “abuya” dalam Kamus


Dewan mengandungi etimologi “Ar” iaitu daripada
bahasa Arab yang bermaksud “panggilan hormat kepada
ayah”.
SEKIA TERIMA KASIH