Anda di halaman 1dari 29

PENGENALAN

MATA
TELINGA
HATI
SIAPA PENGAWAS?

 Pengawas sekolah adalah kumpulan murid yang


terpilih yang diberi tanggungjawab untuk membantu
pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan
pencapaian disiplin ke tahap yang lebih baik.

 Pengawas dianggap mata dan telinga sekolah


SIAPA PENGAWAS?

 Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan


keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh
dedikasi dan berketrampilan.

 Ringkasnya, anda adalah pemimpin pelajar di


peringkat sekolah.
PEMIMPIN MESTILAH……

 Memiliki sahsiah yang cemerlang seperti amanah,


adil, dipercayai, sabar, ikhlas dan bertanggungjawab.
BIDANG TUGAS PENGAWAS
PENGAWAS ITU…..

 Bangga dengan tugasnya.


 Sentiasa tahu dan mahu bertugas.
 Bekerja tanpa disuruh, berusaha bersungguh-
sungguh.
 Petah tutur katanya, bijak tegurannya.
 Bijak dalam tindakan, cantik dalam penampilan.
TANGGUNGJAWAB ANDA…..

 Melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang


diamanahkan oleh pihak sekolah.

 Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan


selamat menerusi penguatkuasaan peraturan-
peraturan sekolah.

 Menjadi pemimpin dan contoh teladan kepada


murid-murid yang lain.
BIDANG TUGAS UMUM

 Melaksanakan segala arahan daripada Ketua


Pengawas sekolah.

 Membantu pihak sekolah dalam menguatkuasakan


peraturan dan disiplin sekolah.

 Mencatatkan kesalahan murid dan melaporkan


sebarang salahlaku disiplin murid kepada guru.
BIDANG TUGAS UMUM

 Mengawasi kelas ketika ketiadaan guru.


 Mengendalikan kemasukan murid dan rasmi pintu
pagar / laluan masuk sekolah.
 Mengendalikan perhimpunan rasmi, bacaan doa
pagi dan majlis-majlis yang ditentukan pihak
sekolah.
 Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang
selamat dan bersih.
BIDANG TUGAS UMUM

 Melaksanakan tugas mengawal murid pada waktu


rehat di kantin.
 Menjadi model / contoh teladan kepada murid yang
lain.
 Melaksanakan tugas seperti yang telah ditentukan di
dalam jadual tugasan.
BIDANG TUGAS UMUM

 Berucap dan mengendalikan program yang


ditentukan oleh pihak sekolah.
 Mengenalpasti masalah murid / murid yang
bermasalah dan memaklumkan kepada guru.
 Membantu guru melaksanakan spot check ke atas
murid.
IKUTANKAH BILA……

 Tidak berpakaian kemas.


 Tidak mematuhi peraturan sekolah.
 Membuat bising dan bermain di dalam kelas.
 Malas menyiapkan tugasan / kerja sekolah.
IKUTANKAH BILA…..

 Sentiasa datang lewat .


 Ponteng sekolah.
 Berlagak dan sombong.
 Tidak menghormati guru.
 Gagal dalam peperiksaan.
TATACARA BERTUGAS
PERHIMPUNAN RASMI

 Pengacara majlis
- Hadir awal, mendapatkan teks ucapan
daripada guru bertugas dan bersedia
untuk memulakan majlis.

-Memastikan perhimpunan berjalan


dengan lancar dan teratur.
PERHIMPUNAN RASMI

 Pengawas Kelas
-Hadir awal dan bergerak ke kelas yang
ditugaskan.
-Meluruskan barisan murid.
-Memastikan murid berada dalam keadaan
senyap sepanjang perhimpunan.
PERHIMPUNAN RASMI

 Pengawas Kelas

-Mengiringi murid ke kelas dalam keadaan


teratur dan senyap.

-Mengawal kelas ketika ketiadaan guru.


BACAAN DOA PAGI

 Hadir awal ke sekolah.

 Pengawas lain memastikan murid berbaris dan


membaca doa dengan sempurna.
PINTU MASUK SEKOLAH

 Hadir awal ke sekolah.


 Membawa buku nota kecil / buku catatan, bergerak
ke pintu masuk sekolah dan tunggu di pintu masuk
sehingga loceng dibunyikan.
 Mencatatkan nama murid yang datang lewat .
 Murid yang telah memasuki kawasan sekolah tidak
boleh keluar kembali.
WAKTU REHAT / KANTIN

 Pengawas yang bertugas hendak makan terlebih


dahulu sebelum melaksanakan tugas.
 Memastikan murid beratur ketika membeli /
mengambil makanan di kaunter.
 Mencatat nama murid yang melakukan kesalahan /
tidak memberikan kerjasama dan melaporkannya
kepada guru.
PENUTUP

 Para pengawas harus menyedari dan mengetahui


akan bidang tugas dan tanggungjawab anda.

 Tugas ini merupakan amanah yang wajib dan mesti


anda laksanakan selagi anda menyarung blazer dan
uniform pengawas.

 Sebagai pengawas, tiada istilah tidak boleh dan tidak


tahu.
PENUTUP

 INGATLAH, ANDA MERUPAKAN PEMIMPIN


KECIL YANG SEDANG DILATIH UNTUK
MENJADI PEMIMPIN BERJIWA BESAR, TEGAS
DAN BERANI.

 ANDA HARUS BERASA BANGGA KERANA


DALAM RATUSAN MURID , ANDA YANG DIPILIH.
SEKIAN