Anda di halaman 1dari 6

LANGKAH-LANGKAH

PEMBINAAN JSU
1. MENGKAJI SUKATAN
PELAJARAN

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh


maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan
sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik
kandungannya.
MENGANALISIS OBJEKTIF
PENGAJARAN

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif


pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan
kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk
menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji.
3. MENENTUKAN BILANGAN
SOALAN

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran
yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan
yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya
membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan
murid.
4. MENENTUKAN JENIS SOALAN

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan


soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak
diukur.
RUMUSAN

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan


sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya
tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik
untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang
merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian,
JSU mempunyai peranan yang penting.

Anda mungkin juga menyukai