Anda di halaman 1dari 8

SAJAK : SANG GEMBALA KUDA

KBAT

CIKGU SHAMSUL BIN PONIJAN


SMK SEG HWA (CF)
SEGAMAT, JOHOR.
SAJAK : SANG GEMBALA KUDA

Objektif:
Dapat menjawab
soalan KBAT Sajak Sang
Gembala Kuda
SAJAK : SANG GEMBALA KUDA
SOALAN 1

Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang


mungkin dihadapi oleh seorang penjaga kuda dalam
pekerjaannya? (3 markah)
JAWAPAN

Pada pendapat saya, cabaran-cabaran yang mungkin


dihadapi oleh seorang penjaga kuda dalam pekerjaannya
ialah cabaran meyediakan makanan yang mencukupi,
tempat tinggal yang selesa, cabaran daripada pencuri
kuda dan juga masalah kesihatan kuda.
SAJAK : SANG GEMBALA KUDA
SOALAN 2

Pada pendapat anda, mengapakah seorang pemimpin


perlu memiliki sifat berani? ( 3 markah)
JAWAPAN

Pada pendapat saya, seorang pemimpin perlu memiliki sifat


berani supaya tugas dapat dilaksanakan dengan penuh
keyakinan, selain itu dapat menonjolkan kehebatan
pemimpin dan para pengikut akan mempercayai beliau.
SAJAK : SANG GEMBALA KUDA
SOALAN 3

Apakah tindakan patut dikenakan kepada pihak


yang melakukan penganiayaan terhadap binatang.
JAWAPAN

1. Mengenakan hukuman berat seperti denda


dan penjara.
2. Melarang mereka memelihara haiwan.
3. Haiwan tersebut dirampas dan dihantar ke
pusat jagaan yang bertuliah seperti zoo.
SAJAK : SANG GEMBALA KUDA
SOALAN 4

Cara-cara agar pemimpin dihormati bukan ditakuti.


JAWAPAN

1. Pemimpin bersikap adil dan tidak pilih kasih.


2. Seorang yang rajin dan bertanggungjawab.
3. Amanah dan berkata benar.
4. Sentiasa mengotakan janji.
5. Sentiasa prihatin masalah orang bawahan.
6. Memilik sifat ramah dan mesra dengan pekerja.
SAJAK : SANG GEMBALA KUDA
SOALAN 5

Mengapakah seseorang memilih kerjaya yang


berisiko tinggi atau merbahaya
JAWAPAN

1. Kepuasan diri.
2. Sukakan cabaran.
3. Upah yang lumayan.
4. Mudah mendapat pekerjaan.
5. Dikenali sebagai seorang yang hebat (macho)
6. Tidak suka akan kerja dalam pejabat
SAJAK : SANG GEMBALA KUDA
SOALAN 6

Pada pendapat anda, apakah kelebihan


memelihara binatang peliharaan di rumah.
JAWAPAN

1. Melatih diri menjadi seorang yang penyayang


terhadap haiwan.
2. Dapat berbakti dan berjasa kepada haiwan.
3. Dapat mewujudkan hubungan yang baik antara
manuisa dengan haiwan.
4. Dapat memupuk diri mempunyai sikap
bertanggungjawab.