Anda di halaman 1dari 15

ISU PENDIDIKAN

DILEMA PELAJAR SEKOLAH VOKASIONAL :


SIJIL KEMAHIRAN ATAU IJAZAH SARJANA MUDA,
MANA LEBIH BAIK ?
• Baru-baru ini timbul kebimbangan dalam kalangan pelajar sekolah
vokasional, terutamanya kebimbangan ibu bapa mereka tentang masa
depan pendidikan anak-anak mereka yang bersekolah di Kolej Vokasional.
Kebimbangan tersebut timbul, ekoran berita yang dikeluarkan oleh
beberapa akhbar tempatan yang menyatakan, pelajar Kolej Vokasional
tidak layak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi walaupun
memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Ini kerana, pelajar KV tidak
memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka mereka perlu mengambil
kursus peralihan atau pra-ijazah selama satu atau dua semester sebelum
layak melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.
• Sekolah vokasional atau kolej vokasional merujuk kepada
sekolah-sekolah yang menawarkan latihan kemahiran
berbanding pendidikan akademik. Di Malaysia, pendidikan jenis
ini lebih ditumpukan kepada pelajar berpencapaian rendah.
Walau bagaimanapun, dasar baru kerajaan telah mengangkat
pendidikan vokasional ke tahap yang lebih tinggi dan tidak lagi
dianggap sebagai pendidikan kelas kedua.
Peringkat rendah
• Pusat pendidikan vokasional peringkat rendah dipanggil sekolah menengah vokasional atau
sekolah menengah teknik. Ia merupakan pusat pengajian menengah tinggi yang disertai
pelajar bagi merancang perjalanan kerjaya mereka dengan lebih awal. Pelajar-pelajar sekolah
menengah tingkatan tiga akan membuat permohonan di atas talian bagi kursus yang mereka
minati. Laman permohonan ini kebiasaannya dibuka selepas pelajar-pelajar menerima
keputusan peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah. Pusat latihan vokasional
peringkat rendah terbahagi kepada dua jenis.
Sekolah menengah Teknik
• Sekolah teknik kebiasaannya memerlukan pencapaian akademik yang lebih baik. Mata
pelajaran yang diajar di sekolah menengah teknik adalah lebih menjurus kepada teori
berbanding praktikal. Pelajar-pelajar sekolah menengah jenis ini dibentuk supaya menjadi
seorang jurutera atau memegang peranan besar dalam bidang mereka. Walau bagaimanapun,
ada graduan sekolah menengah teknik yang menjadi mekanik misalnya, walaupun mereka
mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal. Antara subjek yang dimuatkan dalam silibus ialah
fizik, kimia, biologi dan lukisan kejuruteraan. Subjek-subjek ini boleh berubah mengikut kursus.
Sekolah menengah vokasional

• Pada awalnya, sekolah vokasional menyediakan latihan kemahiran selama dua tahun.
Kandungan pelajarannya terdiri daripada ilmu dasar (teori) dan amali. Pelajar-pelajar
sekolah vokasional akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
pada penghujung penggal akhir berbanding murid-murid sekolah teknik yang akan
mengambil SPM seperti murid-murid sekolah menengah lain (kebangsaan, sukan, agama,
asrama penuh). Sekolah vokasional juga ada menawarkan satu lagi aliran iaitu kemahiran.
Aliran kemahiran disediakan untuk keperluan pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah.
Berbanding pelajar aliran vokasional yang berpencapaian sederhana dalam PMR, pelajar
aliran kemahiran diajar secara amali atau kerja tangan sepenuhnya. Mereka akan turut
mempelajari beberapa mata pelajaran tapak seperti bahasa Melayu, matematik asas,
bahasa Inggeris komunikasi asas dan pendidikan Islam. Pada penghujung penggal terakhir
setelah dua tahun menjalani latihan, pelajar aliran kemahiran akan mengambil peperiksaan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1.
Peringkat tinggi
• Bagi graduan SPM yang tidak menyertai pusat latihan vokasional selepas PMR, mereka
boleh memohon ke institusi kemahiran selepas SPM. Untuk peringkat tinggi, ada
beberapa institusi yang menawarkan pendidikan kemahiran seperti politeknik, Institut
Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan (CIAST),
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan lain-lain.
Pusat seperti politeknik menawarkan diploma tetapi kebanyakan institusi kemahiran
selepas SPM hanya menawarkan peringkat sijil. Selain itu, ada banyak kolej swasta yang
menawarkan latihan kemahiran peringkat sijil (Sijil Kemahiran Malaysia ataupun Sijil
Modular Kebangsaan). Walau bagaimanapun, kebanyakannya hanya menawarkan
sehingga SKM Tahap 2 berbanding institusi kerajaan yang menyediakan sehingga sijil
lanjutan (sijil penuh) SKM Tahap 3.
• Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) , Kementerian
Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan
oleh Penyedia Latihan samaada awam/swasta . Setiap
peringkat /tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan
kebolehupayaan serta tahap pengetahuan seseorang dalam
sesuatu program.
1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
-Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi
bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
2. Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
-Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu
(kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
-Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki
untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran
yang dilantik JPK.
3. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
-Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang
dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
Kebaikan
• Pilihan terbaik untuk yang tidak berminat dengan akademik, 30% Teori dan 70% praktikal.
• Belajar sesuatu kemahiran yang berharga dan tak ramai orang lain boleh buat.
• Boleh digunakan serta sesuai untuk memulakan peniagaan Peluang menjadi usahawan
Kebanyakan pusat latihan memberikan elaun bulanan Dapat belajar sambil bekerja.
• Senang dapat kerja kerana sudah mempunyai pengalaman ( bukan pegawai, tidak memilih kerja )
Tahap 4 adalah sama dengan Diploma
• . Sesetengah Institusi pengajian menawarkan pekerjaan 100% kepada yang layak

Kelemahan
• Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan.
( tidak semua ) Kebanyakannya peringkat sijil dan perlu sambung ke peringkat seterusnya
• Ijazah merujuk kepada mana-mana dalam selingkungan besar tahap darjat yang
dikurniakan oleh institusi pengajian tinggi, seperti universiti, secara amnya sebagai
ganjaran bagi kejayaan menyiapkan satu program pengajian. Perkataan ‘Ijazah’ berasal
daripada bahasa Arab yang diambil dari kata dasar ‘ajaza’. Ibn Manzur mengungkapkan
di dalam kitabnya Lisan al – ‘Arab dengan merujuk kepada ilmu etimologi , ia bermaksud
bersandar di atas sesuatu sepertimana bersandar di atas kusyen. Al – Fayruzabadi di
dalam al – Qamus al – Muhit menyatakan ia bermakna untuk memberi kebenaran, lesen
atau kuasa / hak.
• Peringkat ini merupakan peringkat professional dan tempoh pengajian lebih kurang 3-5
tahun bergantung pada program yang diambil. Jika pelajar dari Diploma menyambung
Degree dalam program yang sama, tempoh pengajian mereka akan berkurang dari 4
tahun jadi 3 tahun sahaja.
• Ramai diantara pelajar tidak tahu tentang kelas-kelas bagi program ijazah
sarjana muda yang sedang pelajar ikuti. Hal ini perlu diketahui kerana setiap
kelas mempunyai implikasi tertentu.

• Ijazah Sarjana Muda terbahagi kepada 4 kelas:


• Kelas Pertama (CGPA 3.50 - 4.00)
• Kelas Kedua Atas (CGPA 3.00 - 3.49)
• Kelas Kedua Bawah (CGPA 2.20 - 2.99)
• Kelas Ketiga (CGPA 2.00 - 2.19)
Kelas Pertama
• Mudah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan PhD
• Antara syarat khas untuk biasiswa PhD ke luar negara
• Menjadi perhatian syarikat-syarikat (tetapi tidak semua) untuk diterima bekerja.
• Tidak perlu bayar PTPTN (pinjaman bertukar kepada biasiswa)

Kelas Kedua Atas


• Antara syarat minima untuk biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM
• Syarat wajib untuk memohon meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana (Master)
• Ada sesetengah syarikat-syarikat besar menetapkan syarat ini untuk dibenarkan buat latihan praktik.

Kelas Kedua Bawah dan Kelas Ketiga


• Anda boleh berjaya dalam hidup, tapi usaha perlu ditingkatkan, kerana peluang untuk mendapat pekerjaan
bagi kelas ini bukan mudah. Graduan bagi kelas ini dicadangkan untuk menceburi bidang perniagaan.
Kemahiran Ijazah Sarjana Muda
• Pelajar yang menjalani latihan • Ijazah atau Degree adalah kesinambungan atau
pensijilan/kemahiran berkemungkinan lanjutan dari program diploma dan mempunyai
sudah mempunyai diploma atau ijazah, 3 peringkat – sarjana muda, sarjana dan
doktor. Kebanyakan syarikat di
program pensijilan adalah untuk mereka
Malaysia menyenaraikan ijazah sarjana muda
yang bertujuan untuk mendapatkan
sebagai keperluan minimum untuk jawatan
kebolehan baru atau “skill set” baru dalam eksekutif, manakala ijazah sarjana amat
bidang kemahiran atau industri tertentu. berharga bagi mereka yang mencari jawatan
Kursus Sijil selalunya di ambil dalam masa pengurusan dan lebih senior. Calon-calon bagi
setahun, dan memberi tumpuan lebih ijazah doktor falsafah sering mendapatkan
kepada latihan praktikal. Program sijil kerjaya sebagai profesor dan penyelidik.
mungkin dalam masa 6 bulan atau • Ijazah sarjana muda sepenuh masa mengambil
setahun. masa empat tahun untuk disiapkan dan
bertindak sebagai syarat kemasukan bagi ijazah
sarjana. Ijazah sarjana biasanya mengambil
masa dua tahun untuk disiapkan, sepenuh masa
dan merupakan salah satu syarat kemasukan
ijazah doktor falsafah. Sarjana dan ijazah doktor
falsafah juga dikenali sebagai “PHD”
• Sebenarnya, antara Sijil Kemahiran dan Ijazah Sarjana Muda, kedua-
duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing bagi
pelajar vokasional.
• Untuk pelajar yang menginginkan atau menggemari pekerjaan
bidang eksekutif, bolehlah mengambil Ijazah Sarjana Muda.
• Manakala, bagi pelajar yang lebih minat kepada kemahiran,
bolehlah mengambil Sijil Kemahiran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai