Anda di halaman 1dari 22

Praktik Kaedah Pengajaran

dan Pembelajaran Sejarah.


 Kaedah Sokratik (Socratik) dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
NAMA : CHING WEI ZHEN
CHNG WOON KEE
KELAS : P4E
PENSYARAH : HASHIMA SULAIMAN
Pengenalan Kaedah Sokratik
• Kaedah sokratik
diperkenalkan oleh
Socrates iaitu ahli falsafah
Yunani sekitar tahun 470
- 300 S.M yangterkenal
dengan cara
pemikirannya melalui
pertanyaandan sentiasa
memberikan hujah pada
setiap jawapannya
Konsep Kaedah Sokratik
• Konsep utama dalam pembelajaran Kaedah
Sokratik adalah guru mengutarakan pelbagai
soalan kerana melalui soalan tersebut, pelajar
akan terdorong untuk berfikir bagi menjawab
soalan soalan tersebut.
• Kaedah ini juga boleh dimaksudkan sebagai
kaedah penyoalan guru kepada pelajar-pelajar.
• Kaedah ini adalah guru mengemukakan
berbagai soalan kepada murid supaya mereka
berfikir, menyusun dan menyedari pengalaman
yang telah ada pada mereka, menjawab soalan
dan seterusnya membuat kesimpulan.
• Kaedah ini menekankan kepada perkembangan
kemahiran bersoal jawab yang memerlukan
kemahiran pemikiran yang lebih mendalam.
(Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini
Md.Yusoff, 2009)
• Kaedah Sokratik bukanlah satu kaedah
memberi soalan dan seterusnya jawapan oleh
guru, sebaliknya ia adalah satu kaedah yang
memerlukan penelitian pembacaan , pemikiran
dan memberi hujah yang dapat menjurus
kepada jawapan untuk soalan yang diberikan.
• Tujuan guru menggunakan kaedah ini adalah
untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar
untuk membolehkan mereka berfikir secara
logik dari pengetahuan yang belum diketahui
kepada yang diketahui.
• Menurut Peterson juga, ada beberapa peranan
penting guru apabila menjalankan kaedah
pembelajaran Sokratik di antaranya ialah :

Meminta pelajar memberikan jawapan dengan


memberikan contoh-contoh yang relevan.

Mendapatkan sokongan atau persetujuandaripada ahli


kumpulan dengan sesebuah pendapat atau jawapan pelajar.

Mencadangkan contoh yang hampir serupadengan situasi


sebenar.
Memberikan satu analogi dalam menerangkan sebuah
konsep.
6 Jenis Soalan Sokratik
Soalan memperjelaskan konsep

Soalan menyangkal andaian dan salah faham

Soalan Rasional (memberi sebab dan bukti)

Soalan pandangan alternatif

Soalan akibat, implikasi dan analisis

Soalan menyoal soalan terdahulu


Soalan memperjelaskan konsep
• Contoh soalan
 Apakah yang anda maksudkan?
 Bolehkah anda menjelaskan jawapan dengan lebih
terperinci?
 Apakah ciri konsep ...?
Contoh Soalan :
• Tahun 4 – Unit 8 TOKOH TERBILANG
Apakah yang dimaksudkan dengan tokoh terbilang ?
• Tahun 5 – Unit 2 WARISAN ISLAM DI MALAYSIA
Apakah ciri-ciri kesenian Islam yang terdapat pada
sesebuah bangunan ?
Soalan menyangkal andaian dan
salah faham
• Contoh Soalan
 Apa yang akan berlaku jika ... ?
 Adakah anda bersetuju atau tidak ... ?
 Boleh jelaskan kenapa dan bagaimana ?
Contoh Soalan :
• Tahun 4 – Unit 5 ZAMAN AIR BATU
Apakah yang berlaku sekiranya alam sekitar tidak
dijaga ?
• Tahun 6 – Unit 6 PERAYAAN DI MALAYSIA
 Nyatakan kemungkinan yang akan berlaku jika kita
mengetepikan warisan perayaan ini.
Soalan Rasional
(memberi sebab dan bukti)
• Contoh soalan
 Apa yang berlaku?
 Kenapa ia berlaku?
 Apakah bukti atau sebab untuk menyokong hujahan?
Contoh Soalan :
• Tahun 5 - Unit 2 WARISAN ISLAM DI MALAYSIA
 Berikan bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
• Tahun 6 – Unit 4 RAKYAT MALAYSIA
 Mengapakah sebelum merdeka berlaku pengasingan petempatan yang
mengikut kaum ?
 Buktikan yang masyarakat kita kreatif dalam menghasilkan dan
memainkan alat.
• Tahun 6 – Unit 5 AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
 Apakah bukti agama lain diamalkan di negara ini ?
Soalan pandangan alternatif
• Contoh Soalan
 Boleh cadangkan contoh yang lain?
 Kenapa…………….diperlukan?
 Apa perbezaan antara ... dan……...?
 Kenapa ini lebih baik daripada……..?
Contoh Soalan :
• Tahun 4 – Unit 6 ZAMAN PRASEJARAH
 MBandingkan peralatan pada Zaman Mesolitik dan Zaman Paleolitik.
• Tahun 5 – Unit 1 INSTITUSI RAJA TONGGAK KEDAULATAN NEGARA
 engapakah kita perlu mempertahankan institusi raja ?
 Berikan contoh lain yang melambangkan kesetiaan kepada Sultan.
• Tahun 6 – Unit 8 KEGIATAN EKONOMI NEGARA
 Cadangkan sumber alternatif lain yang dapat menggantikan
petroleum.
Soalan akibat, implikasi dan analisis
• Contoh Soalan
 Apakah implikasi…………..?
 Bagaimana…..boleh digunakan untuk……?
 Kenapa……..penting?
• Contoh Soalan :
• Tahun 4 – Unit 7 KERAJAAN MELAYU AWAL
 Mengapakah Kerajaan-kerajaan Melayu Awal ini
penting?
• Tahun 5 – Unit 4 TERGUGATNYA KEDAULATAN
NRGARA
 Apakah kesan yang timbul apabila Syarikat Borneo
Utara British memperkenalkan peraturan baharu ?
Soalan menyoal soalan terdahulu
• Contoh Soalan
Kenapa saya bertanya anda soalan itu?
Apakah kepentingan soalan itu ?
Adakah apa yang saya tanya boleh diterima
akal? Kenapa tidak?
Langkah-langkah membina soalan sokratik
LANGKAH CONTOH SOALAN
1. Soalan utama yang menjaditumpuan Apa itu sejarah?
perbincangan

2. Kemudian, timbulkan soalanyang pengaja Apakah yang ditulis oleh ahlisejarah?


r perlu jawab
sebelum pengajar boleh
menjawab soalan yang pertama.

3. Kemudian, teruskan,mengikut prosedur Apakah yang dimaksudkan


yang sama dengan peristiwa masa lampau?
untuk setiap soalan baru dalam
senarai soal siasatan

4. Kemudian, teruskan,mengikut prosedur Adakah mungkin untuk memerihalkan


yang sama semua masa lampau dalam buku sejarah ?
untuk setiap soalan baru dalam
senarai soal siatan.
Langkah – langkah
pelaksaan Kaedah Sokratik

Guru akan melontarkan pertanyaan kepada


pelajar berkaitan sesuatu topik pengajaran

Persoalan akan mengaitkan dengan objektif


pengajaran supaya soalan tidak menyeleweng dan
jawapan yang diterima juga berkaitan dengan
objektif dan bukannya terlalu umum ataupun
khusus yang tidak bertepatan dengan objektif
pengajaran sesuatu topik.
Pelajar akan diberikan masa untuk berfikir kerana selain
daripada mendapat jawapan daripada pelajar, kaedah ini juga
bertujuan bagi mengasah pemikiran pelajar dan memberi
mereka peluang bagi menghayati sesuatu isu dengan lebih
kritis dan kreatif.
• Menurut buku
Teknik Mengajar
Sejarah (Hazri
Jamil, 2006), telah
menujukkan
langkah mengajar
Sejarah.
• Menurut buku Kaedah •Menurut buku
Mengajar & Kemahiran tersebut juga telah
Interpersonal Guru yang menyatakan kaedah
ditulis oleh Tengku Sarina ini sesuai dengan
Aini Tengku Kasim dan semua peringkat
Yusmini Md.Yusoff telah murid.
menyatakan kaedah ini •Dalam kaedah ini
dapat digunakan bagi semua boleh menggunakan
topik khususnya topik yang pelbagai BBM untuk
memerlukan kepada membantu dalam
penghayatan yang lebih. cara menyoal soalan
kepada pelajar.
Teknik Menguruskan Kaedah Sokratik
• Buat senarai soalan, tumpu kepada idea pusat yang
pengajar ingin pelajar kuasai.
• Tekankan pelajar perlu beri fokus dengan
memberi komen mengenai konsep / prinsip, tidak
boleh memberi naratif peribadi.
• Tugas pelajar - menjawab soalan yang dikemukakan .
• Pengajar harus berusaha untkuk mendapatkan
keterlibatan ramai pelajar ke dalam perbincangan dan
biarkan pelajar sendiri menimba pengetahuan melalui
soalan rangsangan yang ditimbulkan pengajar.
• Sebaik saja pelajar menjawab, fikir sejenak.
Jangan tergesa-gesa untuk menanya soalan
selanjutnya.
• Setiap soalan mesti berdasarkan pada setiap
jawapan yang di beri pelajar bagi
menjawabsoalan sebelumnya.
• Pengajar tidak digalakkan memberi jawapan
tetapi boleh bertanyasoalan tambahan atau
lanjutan.
Kesimpulan
• Kaedah ini adalah satu Kaedah penyoalan guru
kepada pelajar-pelajar.
• Kaedah ini terdapat 6 jenis soalan.
• Kaedah ini sesuai digunakan untuk semua
peringkat murid.
• Kaedah ini boleh dibantu oleh pelbagai alatan
(BBM).
• Kaedah ini boleh meningkatkan taraf
pemikiran pelajar serta meningkat KBAT.
RUJUKAN
BUKU
• Hazri Jamil . (2006). Teknik Mengajar Sejarah. Pahang Darul
Makmur. Kampus PTS
• Omardin Haji Ashaari & Yunus Muhamad. (1996). Kaedah
Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur. Utusan Publications.
• Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2009).
Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal
Guru.Selangor. PTS publications&Distributors Sdn.Bhd.
Artikle
• Salihuddin Md. Suhadi. (2014). Potensi Teknologi Dalam Talian
Menggunakan KaedahSokratik Bagi Meningkatkan Kognitif
Pelajar : Meta Analisis. Diakses pada 12 Jan 2018. daripada
https://www.scribd.com/document/358509474/kaedahsokratik

Anda mungkin juga menyukai