Anda di halaman 1dari 36

CTU 101

(PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM)


Bab 2 :

DISEDIAKAN OLEH :
SITI AISHAH BINTI SOKHIBUL FADIL
2.1 Pendahuluan
2.2 Pengertian Akidah
2.3 Perkara yang wajib bagi setiap
Mukallaf menyakininya
2.4 Asas-asas Akidah
2.5 Pembinaan dan Pengukuhan
Akidah
2.6 Unsur-unsur yang merosakkan
akidah
2.7 Peranan akidah dalam
pembangunan ummah
2.8 Kesimpulan
PENDAHULUAN
• Iman dan akidah - kefahaman yang tidak dapat dirasa
melalui pancaindera tetapi dapat merasai kemanisan
iman atau akidah yang dipegangkan.
• Kita hendaklah mensyukuri, memelihara keimanan
dan mempertingkatkan keimanan kepada Allah SWT
• Iman & Islam - nikmat yang paling besar kepada
seseorang Muslim.
• Hati - pusat utama segala aktiviti dan amalan
manusia. Rasulullah S.A.W telah bersabda seperti
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang
bermaksud :
“ Sesungguhnya dalam satu jasad itu ada seketul
daging,apabila elok daging itu, maka eloknya seluruh
jasad, sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya
ketahuilah ia adalah hati”
BACK
PENGERTIAN
 Akidah dari bhs : berasal drpd kalimah bhs arab. Berpunca dr
akar kata “aqada” yang membawa erti ikatan atau simpulan”
 Ilmu Akidah – ilmu tauhid – ilmu Usuluddin – ilmu Kalam
 Akidah Ahli Sunnah wa Jamaah – Allah wujud tanpa
bertempat - Allah Exists Without A Place
 Menurut al-Imam Abu Ja’far At-Tohawi (Ulama kurun ke-3
Hijrah) dalam kitab akidahnya (ASWJ):

“Maha Suci Allah daripada mempunyai saiz/ukuran dan batas-


batas akhir dan sisi-sisi dan anggota badan yang besar dan
anggota badan yang kecil. Dan Allah tidak diliputi oleh arah yang
enam sebagaimana makhluk ciptaanNya”
NEXT
PENGERTIAN (samb…)
 Ilmu Tauhid menurut Imam Junaid al-Baghdadiy :
“Menyucikan Allah ( Al-Qadim – Tuhan yang tiada mula bg
wujudnya) dari menyerupai makhluk (al-Muhdath –
perkara yang baharu” “
 Iman spt sabda nabi Muhammad s.a.w :
“Beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat
dan takdir Allah sama ada baik atau buruk”
 Iman menurut Imam Abu Hanifah R.A :
“Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari
kebangkitan selepas kematian, dan takdir baik sama ada
baik dan buruk”

BACK \
PERKARA YANG WAJIB BAGI SETIAP
MUKALLAF MEYAKININYA
Dua Kalimah Syahadah

“Aku bersaksi bahawasanya tiada yang layak disembah


melainkan Allah”
• Maksudnya : “Aku tahu, percaya dalam hati dan ucap
dengan lidah bahawa tiada yang layak disembah
melainkan Allah”
• Maksud menyembah di sini ialah merendahkan diri dan
hati setinggi-tinggi rasa kerendahan hanya semata-mata
kepada Allah Taala.
• Maka wajib ke atas kita menyembah Allah yang Maha
Esa yang tiada sekutu bagiNya. NEXT
PERKARA YANG WAJIB BAGI SETIAP
MUKALLAF MEYAKININYA (samb…)
Dua Kalimah Syahadah

“Aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”


• Maksudnya : “Kita tahu, percaya dalam hati dan ucap
dengan lidah bahawa Muhammad s.a.w iaitu anak
kepada ‘Abdullah anak kepada ‘Abdul Muttalib, anak
kepada Hashim, anak kepada ‘Abdul Manaf daripada
Bani Quraisy adalah hamba Allah yang telah diutuskan
untuk sekalian manusia dan jin dan kepada semua
bangsa Arab atau pun tidak.

NEXT
PERKARA YANG WAJIB BAGI SETIAP
MUKALLAF MEYAKININYA (samb…)
Dua Kalimah Syahadah

“Aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

• Dan wajib beriman bahawa Nabi Muhammad s.a.w


adalah seorang yang benar dalam semua apa yang
dibawa olehnya dari Allah Taala. Dan Nabi Muhammad
dilahirkan di Mekah kemudian diturunkan kepadanya
wahyu untuk berhijrah ke Madinah dengan perintah Allah
dan baginda wafat di Madinah dan dikebumikan di sana.

BACK
6) Beriman
Kepada
Qada’ dan
Qadar

1) Beriman 5) Beriman
Kepada Kepada Hari
Allah SWT Akhirat

Asas-Asas
Akidah

2) Beriman 4) Beriman
Kepada Kepada
Malaikat Rasul

3) Beriman
Kepada
Kitab
1) Beriman kepada Allah S.W.T
 Yakin bahawa Allah wujud dan tidak menyerupai
makhluk-makhluk ciptaanNya yang mana Allah bersifat
dengan sifat yang sempurna
 Menurut Imam Abu Hanifah r.a :
 Allah SWT yang Maha Esa (bukan dari sudut bilangan)
tetapi bermaksud tiada sekutu bagiNya,
 Tiada anak dan anak kepada yang lain,
 Tiada bagiNya sebanding/sekufu,
 Tidak menyerupai sesuatu dan Allah tidak ada serupa
dengan makhlukNya (yg baharu)
 Tidak ada permulaan dan tidak ada akhir bagiNya.
1) Beriman kepada Allah S.W.T (samb…)

 Mafhumnya : “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai dan Dia


Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (As-Syura : 11)

 Maksudnya : Sesungguhnya Allah wujud sejak azali dan tidak ada


sesuatu pun yang selainNya.

 Maksudnya : Allah wujud sebelum Dia menciptakan tempat dan


Allah wujud tanpa bertempat. Selepas diciptakan tempat Allah tidak
berubah.
1) Beriman kepada Allah S.W.T (samb…)

 Maksudnya : apapun yang terlintas dalam benak fikiran,


Allah tidak seperti itu.
1) Beriman kepada Allah S.W.T (samb…)
 Allah mempunyai nama-nama yang baik (Asma’ul Husna)
iaitu yang menunjukkan kesempurnaanNya.
 Sifat-sifat Allah :
Sifatullah Makna Sifatullah
‫ﻭﺟﻮﺩ‬ Allah ada tanpa tempat, Allah juga ada tanpa permulaan
Ada dan penghujung. Allah Ta’ala telah ada sebelum setiap
(Surah Ibrahim : 10) makhluk dicipta. Allah Ta’ala tidak berubah

‫ﻗﺪﻡ‬ Hanya Allah ada tiada permulaan


Tiada Permulaan
(Surah al-Hadid : 3)
‫ﺑﻘﺎﺀ‬ Allah wujud tanpa penghujung. Dia tidak akan binasa
Kekal
(Surah Al-Rahman : 27)
‫ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ‬ Allah tidak sama langsung dengan makhluk ciptaanNYa
Tidak sama dengan makhluk sama ada dari segi atau semua segi.
ciptaanNya
(Surah Syura : 11)
‫ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ‬ Allah tidak memerlukan kepada apa-apa, Allah ciptakan
Tidak memerlukan kepada yang lain langit, jin, malaikat dan semua makhluk tetapi Allah tidak
(Ali Imran : 97) berhajat kepada mereka kerana Allah Maha Kaya.
Sifat-sifat Allah (samb…):
Sifatullah Makna Sifatullah
‫ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ‬ Allah tidak mempunyai pasangan dan tiada selainnya yang layak
Esa disembah melainkan Allah. Satu di sini bukan beerti nombor kerana
(Surah Al-Anbiya’ : 22) nombor adalah makhluk

‫ﻗﺪﺭﺓ‬ Allah berkuasa di atas setiap sesuatu dan tiada satu kuasa pun yang
Berkuasa dapat melemahkan Allah Taala
(Surah Al-Maidah : 120)
‫ﺇﺭﺍﺩﺓ‬ Setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah sama ada baik
Berkehendak atau buruk
(Surah At-Taqwir : 29)
‫ﻋﻠﻢ‬ Allah mengetahui segala sesuatu. Ilmu Allah tidak ada permulaan dan
Mengetahui tidak berubah sama ada tidak bertambah atau tidak berkurang
( Surah al-Taalaq : 12)
‫ﺣﻴﺎﺓ‬ Allah Maha hidup, ALLAH hidup tidak menyerupai makhluk, tanpa
Hidup memerlukan roh, darah, daging atau pun jantung. Allah hidup dan tidak
(Surah Al-Baqarah : 255) mati

‫ﺳﻤﻊ‬ Allah Mendengar tanpa telinga atau pun alat-alat bantuan


Mendengar pendengaran yang lain
(Surah Al-Syura : 11)
Sifat-sifat Allah (samb…):
Sifatullah Makna Sifatullah
‫ﺑﺼﺮ‬ Allah melihat tanpa anak mata atau alat-alat bantuan lain
Melihat
(Surah Al-Syura : 11)
‫ﻛﻼ ﻡ‬ Allah berfirman tanpa lidah atau bibir. KalamNya bukan dalam bahasa
Berfirman Arab atau bahasa-bahasa yang lain. KalamNya tidak menyamai
(An-Nisa’ : 164) percakapan kita.
2) Beriman kepada Malaikat
 Yakin bahawa malaikat berjisim latheef, diciptakan
daripada cahaya, tempat tinggal mereka di langit dan
bilangan mereka sangat banyak, malaikat tidak
makan dan minum, tidak tidur, tidak berkahwin, dan
mereka tidak ingkar apa yang diperintahkan oleh
Allah dan mematuhi segala perintahNya.
 Antara nama-nama malaikat ialah :
1) Jibril – Menyampaikan wahyu
2) Mikail – Menurunkan hujan
3) Israfil – Meniup sangka kala
4) Izrail – Mengambil Nyawa
5) Munkar – Menyoal orang mati dalam kubur
6) Nakir – Menyoal orang mati dalam kubur
2) Beriman kepada Malaikat (samb…)
7) Roqib – Mencatat amalan kebaikan
8) ‘Atid – Mencatat amalan keburukan
9) Malik – Menjaga pintu neraka
10)Ridhwan – Menjaga pintu syurga
3) Beriman kepada Kitab-kitab
 Allah SWT menurunkan kitab-kitab kepada para
nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan
yang benar.
 Bilangan kitab-kitab ialah 104 buah
 Kitab2 yang masyhur ada empat iaitu :
 Taurat - Nabi Musa AS
 Zabur - Nabi Daud AS
 Injil - Nabi Isa AS
 Al-Quran - Nabi Muhammad S.A.W
4) Beriman kepada Para Rasul
 Setiap mukmin wajib mempercayai semua Rasul
tanpa membeza-bezakan mereka.
 Wajib beriman kepada para rasul kerana Allah telah
mengutuskan para rasul kepada ciptaanNya yang
lain.
 Semua Nabi tidak melakukan kufur dan maksum
 Semua para nabi suci daripada dosa besar dan
kecil yang boleh menunjukkan kerendahan dan
kekufuran.
 Rasul yang pertama diutuskan ialah Nabi Adam dan
yang terakhir adalah Nabi Muhammad.
4) Beriman kepada Para Rasul (samb…)
 Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah menyembah
berhala dan berlaku syirik.
 124000 orang nabi
 313 orang rasul
 25 Rasul yang terdapat dalam al-Quran
 5 daripadanya Rasul ‘Ulul ‘Azmi
 Antara peranan Rasul ialah :
 Menyeru dan mengajak umatnya beribadat, menyembah Allah
dan mentauhidkanNya (asas dakwah kerasulan mereka sbg
utusan Allah untuk menegakkan agamaNya.
 Menyuruh umat Islam menyembah Allah dan
mentauhidkanNya.
 Perutusan rasul2 ke alam dunia dengan tugas-tugasnya yang
berat mengandungi tujuan-tujuan berikut :
• Pembawa berita gembira kepada orang2 beriman dan berita
yang menakutkan kepada orang2 kafir.
• Menyampaikan wahyu-wahyu Allah dan menerangkan kepada
manusia yang mereka perselisihkan dan juga memberi petunjuk
dan rahmat kepada orang2 yang beriman.
• Membersihkan amalan-amalan syirik dan maksiat. Mengajar
kandungan kitab suci al-Quran dan ilmu-ilmu yang belum
diketahui.
• Membawa kebenaran dari Allah (al-Quran) dan mengeluarkan
manusia daripada kekufuran kepada keimanan
5) Beriman kepada Hari Akhirat
• Mempercayai dengan kepercayaan yang jazam (pasti
& tetap) bahawa hidup manusia di dunia ini bukan
hidup untuk selama-lamanya.
• Wajib beriman kepada hari kiamat iaitu hari di mana
semua manusia akan dihisab atas segala amalan-
amalan mereka di dunia.
• Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 177 yang
bermaksud :
“ Bukanlah perkara kebajikan itu hanya menghadapkan muka
ke pihak timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah berimannya
seseorang kepada Allah dan hari akhirat”
6) Beriman kepada Qadar yang baik dan buruk
 Qada’ = Penciptaan (Surah Fussilat : 21)
Allah mencipta segala sesuatu berdasarkan apa yang
Dia kehendaki. Dia mengeluarkannya daripada tidak ada
kepada ada.
Juga membawa makna perintah/arahan (surah al-Isra’:
23)
 Qadar = Mengadakan setiap sesuatu ke atas apa yang
dikehendaki oleh Allah SWT secara azali di bawah
pengetahuan Allah.
 Wajib beriman bahawa sesuatu yang terjadi di alam ini
ialah dengan takdir Allah dan ciptaanNya sama ada
kebaikan atau keburukan. Setiap yang terjadi pada
kehidupan adalah ciptaan Allah. Allah adalah pencipta
manusia dan perbuatan-perbuatan manusia
BACK
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
• Kekuatan akidah dpt mencorakkan cita rasa dan
kemahuan seseorang Muslim.
• Kekuatan akidah menjadi nadi bagi perlaksanaan
tanggungjwb manusia sbg insan ciptaan Allah.
• Terdapat berbagai cara untuk umat Islam membina
dan mengukuhkan akidah mereka iaitu melalui :
a) Ilmu
b) Mengelakkan diri dari suasana dosa dan jahiliyyah
c) Iltizam meninggalkan yang haram
d) Iltizam melakukan ibadah
e) Mujahadah al-Nafs dan muhasabah diri
f) Taubat
g) Doa
BACK
UNSUR YANG
MEROSAKKAN AKIDAH
Percakapan
 Sesuatu perkataan yang dilafazkan oleh seseorang
Muslim boleh menyebabkan terbatalnya akidah.
 Antara contoh yang boleh membatalkan akidah
seperti :
• Apabila sesorang Muslim menuduh seorang Muslim lain
sebagai kafir sedangkan orang yang dituduh adalah tidak
layak dengan gelaran itu.
• Memperolok-olokkan salah satu dari nama-nama Allah
yang mulia, janji Allah, peringatan atau amaran dari Allah.
• Perkataan yang memperkecil2kan Allah atau melahirkan
keangkuhan.
Perbuatan
• Perbuatan yang boleh membatalkan akidah seperti
Sujud kepada berhala atau makhluk yang lain.

Keyakinan dan iktikad


• Contoh keyakinan yang boleh membatalkan akidah
seperti :
– Syak atau ragu tentang Allah S.W.T dan rukun iman yang
lain.
– Beriktikad tentang ketiadaan sifat-sifat yang wajib bagi
Allah S.W.T.

BACK
PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
1) Melahirkan ummah yang tunduk
kepada ajaran Allah dan RasulNya
• Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T untuk
mengabdikan dirinya kepada Allah.
• Akidah yang benar dapat menjaga umat Islam
sentiasa patuh kepada Allah dan meninggikan syiar
Islam di muka bumi.
• Kecintaan kepada Allah dan RasulNya lebih
daripada segala sesuatu yang ada - perlu dibuktikan
dalam setiap ucapan, perbuatan dan segala gerak
lakunya dalam pergaulan dan ketika bersendirian.
• Membentuk suatu kesatuan umat Islam demi
mencapai satu matlamat iaitu keredhaan Allah dan
meninggikan syiar Islam.
2) Melahirkan ummah yang mempunyai
halatuju dan matlamat hidup yang jelas
• Beberapa kesan jiwa yang beriman iaitu :
– Adanya peningkatan iman - memiliki ketakwaan yang
kental kepada Allah dan saling menghormati sesama
makhluk.
– Melahirkan ketulenan akidah yang akan mencetuskan
sifat2 mahmudah dan menjauhi sifat2 mazmumah.
– Jiwa sentiasa diliputi ketenangan, bebas dan merdeka.
– Mampu mengangkat martabat manusia.
– Akan memungkinkan memahami realiti Pencipta, diri
individu itu sendiri dan persekitarannya.
– Bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan
kepada mereka iaitu menjadi hamba dan khalifah Allah
S.W.T.
3) Melahirkan ummah yang memiliki
keperibadian unggul
• Dapat membentuk masyarakat yang saling bantu
membantu untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T
iaitu menyuruh kepada perkara yang baik serta
bersatu padu membasmi segala kemungkaran
sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah
ayat 2 yang bermaksud :
“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-
tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan…”
• Dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmoni
dan bertamadun.
4) Melahirkan ummah yang berfikiran
kritis, progresif dan dinamis
• Disebabkan dapat mengaplikasi asas ajaran Islam
iaitu akidah, syariah dan akhlak dalam segala aspek
kehidupan.
• Sejarah telah membuktikan bahawa hasil didikan
dan asuhan Rasulullah s.a.w melalui akidah telah
muncul individu2 yang kritis, progresif dan dinamis
dalam seluruh aspek kehidupan.
• Contoh sahabat Rasulullah yang berjaya
menegakkan syiar Islam seperti Abu Bakar As-
Siddiq dalam bidang siasah dan kepakarannya
dalam bidang politik.
5) Membangun ekonomi ummah
secara komprehensif
• Disebabkan meletakkan ekonomi sebagai salah satu
nilai yang ingin dicapai.
• Islam sering mengatur tatacara kehidupan miskin-
kaya dengan bermaruah dan jaminan iaitu dengan
prinsip harta orang kaya adalah sebahagiannya
milikan orang miskin.
• Prinsip ini dapat direalisasikan apabila :
– Golongan berada tidak disekat dari meneruskan aktiviti
pengumpulan harta kekayaan.
– Zakat dikenakan bagi mengagih2kan kekayaan dan
menjanakan ekonomi dan silaturrahim antara yang kaya dan
miskin.
– Bersedekah
– Membayar upah
– Sifat amanah
– Menjaga kualiti.

• Nilai moral dan etika amat penting dalam aktiviti


ekonomi kerana nilai2 inilah yang bakal menjamin
kesinambungan pembangunan yang berterusan
tanpa digugat oleh unsur ketidakadilan,
pengekploitasian, diskriminasi dan sebagainya.
6) Menegakkan sistem
pemerintahan yang stabil
• Islam mengaplikasikan sistem pentadbiran dan
pengurusan secara berorganisasi di mana salah
daripada mereka perlu dilantik sebagai pemimpin
tertinggi.
• Tujuannya ialah untuk menyelaraskan kerja-kerja
pegawai bawahan dengan saksama.
• Negara madinah adalah satu-satunya negara model
cara perlaksanaan sistem pentadbiran dan
pengurusan berkualiti yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w.
• Baginda telah memegang dua bentuk kekuasaan
iaitu ketua agama dan ketua pemerintah.
• Model yang ditunjukkan oleh baginda s.a.w adalah
untuk kejayaan umat sejagat khususnya umat Islam
itu sendiri.
• Berjaya atau tidak sesuatu pentadbiran dan
pengurusan yang baik adalah bergantung kepada
sejauh mana sikap yang tanggungjwb mereka yang
terlibat.
• Pemimpin hendaklah menjadikan akidah sebagai
teras ke arah menegakkan pemerintahan yang
stabil.

BACK
KESIMPULAN
• Iman dan akidah adalah pusat segala aktiviti
manusia yang menentukan setiap kelakuan dan
perkataan keluar hasil bisikan perasaan seseorang.
• Sayid Sabiq (1978) telah menjelaskan 7 kekuatan
untuk membina peradaban Islam iaitu :
– Kekuatan jihad
– Kekuatan akidah
– Kekuatan ilmu
– Kekuatan budi pekerti
– Kekuatan ekonomi
– Kekuatan ikatan masyarakat
– Kekuatan susunan perdamaian