|
|
|
|
Bagi menyatakan kebenaran ajaran yang
dibawa, seorang Rasul itu akan dianugerahkan
dengan mukjizat.
Mukjizat itu mestilah juga dari jenis perkara
yang terkenal di kalangan kaum seseorang
Rasul itu dan keahlian mereka dalam lapangan
tersebut.
Hal ini kerana mukjizat itu sendiri bertujuan
menghancurkan kepercayaan kaumnya yang
bertuhankan selain kepada Allah
Al-Quran diturunkan sebagai mukjizat terbesar
Nabi Muhammad yang lengkap dengan
sastera, kerana masyarakat Arab waktu itu
pakar dalam bidang puisi, prosa dan
kesusasteraan.
Penurunan al-Quran telah membuka mata
sasterawan Arab contohnya kata Abu al-Walid:
Aku tidak pernah mendengar kata-kata
seindah ini sebelum ini, ia bukan syair, bukan
ucapan ahli sihir bukan ucapan ahli sastera
dan bukan ucapan manusia.
v |
mari penerangan sebelum ini apakah yang dapat
dikupaskan berkenaan mukjizat ini?
Ya, mukjizat ini sendiri bermaksud melemahkan
(a͛jaza/ë G.
Menurut istilah, mukjizat bermaksud sesuatu luar
biasa yang dapat melemahkan manusia dan di luar
kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh
mana-mana manusia pun sepertinya.
Samalah dengan istilah yang dipelajari semasa
tingkatan Empat. Sesuatu perkara luar biasa yang
berlaku pada para Rasul untuk membuktikan
kebenaran ajaran yang dibawa dengan izin Allah.
|