Anda di halaman 1dari 12

BAB 6 :

SUMBER-SUMBER
UTAMA
Sumber terbahagi kepada tiga, iaitu sumber alam, sumber
manusia, dan sumber budaya. Sumber ialah sebarang
punca atau bahan yang boleh digunakan dan diubah suai
untuk memenuhi keperluan manusia, Sumber
merupakan anugerah Tuhan kepada manusia. Kita patut
bersyukur kerana negara kita ialah mineral, hutan, air,
tanih, dan tenaga suria.
Sumber Semula Jadi

Sumber boleh Sumber tidak boleh


diperbaharui diperbaharui

Hutan Suria Petroleum Gas

Tanih Air Batu granit Pasir


Sumber Boleh Diperbaharui

Sumber alam terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu


sumber yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.
Sumber yang boleh diperbaharui dapat digunakan secara berterusan
seperti hutan, binatang liar, air, tenaga suria, dan tanih. Sumber jenis
ini dapat digunakan terus menerus dan tidak habis kerana sumber ini
boleh diperbaharui melalui penanaman semula, pembiakan, dan kitar
semula.

Sumber TidakBoleh Diperbaharui

Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber semula


jadi yang akan kehabisan apabila digunakan secara berterusan,
misalnya petroleum, gas, bijih timah, bauksit, dan emas. Setelah
dikeluarkan dari bumi, sumber-sumber jenis ini tidak boleh diganti
dengan yang baru.
JENIS-JENIS SUMBER UTAMA

Sumber Mineral:
Mineral ialah bahan galian yang dikeluarkan dari kerak
bumi yang telah wujud di situ berjuta-juta tahun lalu. Terdapat
beberapa jenis mineral utama berasaskan penggunaannya.
Mineral ialah sumber yang tidak boleh diperbaharui, kerana
setelah kehabisan, sumber ini tidak kedapatan lagi.

Sumber Mineral::--
•Kaolin digunakan sebagai bahan membuat pasu
•Arang batu dijadikan bahan bakar
•Bauksit digunakan sebagai bahan asas untuk industri aluminium
•Berlian, zamrud dan delima dijadikan perhiasan berharga
•Granit dan batu kapur diguna sebagai bahan binaan
•Pasir dan silika diguna untuk bahan membuat kaca
•Petroleum dan gas dijadikan bahan bakar
•Kuprum digunakan sebagai bahan asas untuk membuat tembaga
•Emas digunakan sebagai barang perhiasan.
Sumber Hutan:
Hutan ialah sejenis sumber yang boleh diperbaharui. Hutan
kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar. Kawasan hutan
yang telah ditebang boleh diperbaharui dengan menanam semula
pokok tersebut, manakala haiwan liar boleh dibiakkan bagi
mengelakkan berlakunya kepupusan.
Sumber Hutan

Tumbuh-tumbuhan Haiwan

Mamalia

Kayu bakau Rotan digunakan untuk


diproses menjadi membuat perabot
arang

Reptilia

Kayu keras digunakan untuk membuat Unggas


bangunan dan barangan pengguna
Sumber Air

Air ialah sumber yang boleh diperbaharui dan wujud dalam kuantiti yang
banyak di permukaan dan di dalam bumi.

Paya Sungai Tasik

Sungai diempang
Paya merupakan Sungai penting
menjadi tasik untuk
sumber air untuk kegunaan
menghasilkan
tawar harian
tenaga hidroelektrik
Sumber Tanih

Tanih ialah lapisan atas permukaan bumi yang terbentuk dari bahan
organan dan bukan organan.

Bahan Organan : Berasal daripada tumbuhan reput dan sisa haiwan


mati.

Bahan Bukan Organan : berasal daripada batuan yang hancur dan


terurai melalui proses luluhawa.

Semua bahan ini membentuk nutrien tanih dalam bentuk humus dan
garam mineral.Bahan-bahan ini juga menentukan kesuburan tanih
dan kesesuaiannya untuk tumbuhan.
Tanih ialah sejenis sumber yang boleh diperbaharui. Tanih
wujud dalam kuantit yang banyak. Oleh itu, penggunaannya tidak
menyabab kan sumber ini habis. Tanih yang tercemar boleh dirawat
untuk duguna semula.
Sumber Tanih
Bahan Mentah Pertanian

Kaolin digunakan Tanih aluvium sesuai Tanih laterit sesuai


sebagai bahan asas untuk tanaman padi untuk tanaman getah
membuat polisterin

Tanah liat juga digunakan Tanih berpasir sesuai Tanih gambut sesuai
sebagai bahan asas untuk tanaman kelapa untuk tanaman nanas
membuat batu bata
Sumber Tenaga Suria

Tenaga suria diperoleh daripada sinaran cahaya matahari, iaitu


sejenis sumber yang menghasilkan tenaga haba dan boleh ditukar
menjadi tenaga elektrik.
Tenaga suria ialah sejenis tenaga yang boleh diperbaharui.
Jumlah bahang suria yang sampai ke bumi sangat banyak dan boleh
digunakan sepanjang masa secara percuma. Tenaga suria tidak akan
habis walau sebanyak mana pun manusia menggunakaknnya.

Anda mungkin juga menyukai