Anda di halaman 1dari 21

Nursyafiqah Binti Harris

PISMP PJ Sem 1 Tahun 1


Perkembangan Sosio Emosi
(Teori Erikson)
I. Menekankan kepentingan hubungan sosial

II. Personaliti dibentuk hasil daripada perkembangan


psikososial ( 8 peringkat)

III. Individu perlu berhadapan dengan kriteria


perkembangan dalam setiap peringkat kerana setiap
mempunyai matlamat untuk dicapai
Prinsip Teori Psikososial Erikson
I. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
II. Perkembangan individu bergantung kepada tindak
balasnya terhadap keperluan asasnya.
III. Perkembangan manusia mengikut tahap tertentu
IV. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini
mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi
dengan baik dalam tahap berikutnya.
V. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap
akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya
Lapan Peringkat Perkembangan
1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan(lahir-
1 tahun)
2. Autonomi lawan keraguan (1-3 tahun)
3. Inisiatif lawan rasa bersalah (4-5 tahun)
4. Industri lawan rasa rendah diri (6-11 tahun)
5. Identiti lawan kekeliruan identiti (12-18 tahun)
6. Keintiman lawan keasingan (18-35 tahun)
7. Generativiti lawan kekakuan (35-65 tahun)
8. Integriti lawan kekecewaan (65 tahun keatas)
Peringkat Pertama (Lahir-1 Tahun)
Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan

Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat,


mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada
penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan akan
timbul.
Peringkat Kedua (1-3 Tahun)
Autonomi lawan keraguan

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu


kepada perkembangan fizikal. Sekirannya berjaya dan
menerima sokongan menimbulkan rasa percaya
kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula
ragu-ragu terhadap keupayaan diri.
Peringkat Ketiga (4-5 Tahun)
Inisiatif lawan rasa bersalah

Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk


melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh rasa
bersalah
Peringkat Keempat (6-11 Tahun)
Industri lawan rasa rendah diri

Kanak-kanak perlu menguasaikemahiran-kemahiran


tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan
membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan
Peringkat Kelima(12 – 18 tahun)
Identiti lawan kekeliruan identiti

Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam


perkerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.
Peringkat Keenam (18-35 Tahun)
Keintiman lawan keasingan

Mula membentuk keintiman dalam hubungan,


menuju ke arah perkhawinan dan membina kerjaya.
Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan
tersisih
Peringkat Ketujuh (35-65 Tahun)
Generativiti lawan kekakuan

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik.


Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan
diri sendiri
Peringkat Kelapan (65 Tahun)
Integriti lawan kekecewaan

Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan kerjaya.


Kegagalan membawa kepada kesedihan dan
kekecewaan.
Teori Lawrence Kohlberg (moral)
 Perlakuan moral berkait dengan perkembangan
kognitif individu walaupun kadang-kadang tahap
pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada
peningkatan dalam tahap moral seseorang.

 Terdapat 3 tahap perkembangan moral


Tahap 1: Pra- Konvensional
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi

Tahap 2: Konvensional
Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik
Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika
peraturan

Tahap 3: Pos- Konvensional


Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu
Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat
Tahap 1 Pra-Konvensional
Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang
akan diterima akibat perlakuan tersebut.

Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman

Pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan


egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Mereka lebih
mementingkan kesan fizikal.

Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi

Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk


mendapatkan balasan
Tahap 2 (Konvensional)
Individu mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu
yang telah ditetapkan.

Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik

Kanak-kanak atau remaja mula mengaplikasikan ukuran


moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau
orang di persekitaran. Mereka menghargai nilai
kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang
ditetapkan.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

. Individu percaya terhadap keutuhan undang-undang.


Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk
menjaga kesejahteraan komuniti.
Tahap 3 (Pos-Konvensional)
Indiviu mula meneroka pilihan dalam penaakulan moral. Mereka
mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri.

Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu


Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha
untuk mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah
dipersetujui dalam sesebuah masyarakat. Mereka melihat undang-
undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan mempunyai alternatif.
Undang-undang dipatuhi sekiranya ia menepati hak-hak individu.

Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat


Peringkat tertinggi dan melibatkan falsafah tentang moral seseorang.
Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod moral dan
etika yang tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat.
Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan
menghormati maruah dan prinsip individu lain.
Implikasi Terhadap P&P
1. Memberi banyak faedah kepada ibu bapa dan guru dalam
membuat keputusan mengenai pembelajaran yang perlu
ditegaskan.
2. Guru sensitif dengan perbezaan individu
3. Guru boleh merancang aktiviti berkumpulan untuk
membantu perkembangan murid
4. guru akan memahami kelakuan murid dan membantu
membina persekitaran pembelajaran yang akan
menolong murid tersebut menguasai ciri-ciri
perkembangan dalam peringkat tugasan itu.
5. Isi pelajaran disusun supaya mudah difahami.
Implikasi Pada Sudut Jasmani
1. guru menguruskan pengajaran dan permainan serta kerja
amali mengikut perkembangan fizikal murid-murid.

2. Guru akan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan


kematangan murid-murid.
Objektif P&P
1. guru akan menyediakan objektif, isi pelajaran, bahan
dan aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan
dan pertumbuhan murid-mirid bagi tujuan menarik
minat mereka di samping persekitaran pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan.

2. Guru boleh merancang aktiviti berkumpulan untuk


membantu perkembangan murid.
Bahan Bantu Mengajar
1. penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan
pelbagai dapat membentuk konsep yang tepat serta
dapat menarik minat murid-murid dan dapat
menjana perkebangan kognitif dalam kalangan
murid-murid.

2. Guru boleh mengaturkan aktiviti berkumpulan


supaya murid dapat berkerjasama menyelesaikan
masalah pembelajaran bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai