Anda di halaman 1dari 20

Disediakan oleh:-

Nurhakimi Binti Aziz


 Corak perubahan melalui pertambahan masa yang berterusan sepanjang hayat.
 Berlaku dalam pelbagai domain:-
 Biologi
 Sosial
 Emosi
 Kognitif
 Perkembangan berlaku sepanjang hayat
 tiada anggapan perkembangan akan mencapai tahap puncak atau kemerosotan
semasa alam dewasa.
 Perkembangan mungkin tidak berlaku di awal kelahiran tetapi menonjol
sepanjang hayat
 Multidimensi –tidak boleh digambarkan dengan suatu kriteria seperti menaik atau
menurun dari segi personaliti
multidireksi-tiada jalan mudah dan singkat untuk mendorong perkembangan
 Perkembangan adalah plastik.
 Perkembangan terletak dalam konteks dan sejarah silam.
 multidisiplinari.
 setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai.
Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa
kebahagiaan kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas
tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan
berikutnya(persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat.)
 Setiap kategori tugasan yang timbul adalah akibat daripada kematangan fizikal,
perkembangan peribadi dan keperluan masyarakat. Kematangan fizikal merujuk
kepada aksi-aksi berjalan, bercakap, akil baligh, tarikan seks dan kesan-kesan
monopos. Perkembangan fizikal pula merujuk kepada perkembangan
keperibadian, nilai-nilai, pembinaan konsep kendiri, harga diri serta kemahiran
untuk berjaya dalam kerjaya. Keperluan masyarakat merujuk kepada proses
membina tanggungjawab kepada masyarakat.
 Peringkat pertama ialah peringkat bayi hingga awal zaman kanak-kanak, iaitu dari
kelahiran hingga berumur 5 tahun. Berdasarkan teori, pada peringkat ini bayi mula
menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapanya. Pada tahap ini, kanak-kanak mencapai
kecerdasan deria dan memahami sifat objek. Sebagai contoh, mereka ketawa kerana
gembira. Melalui pemerhatian, kanak-kanak mula belajar makan makanan pejal
dengan sendiri dan berhubung melalui isyarat, simbol atau tanda. Daripada
pengalaman dan penerokaan yang dialami, kanak-kanak ini juga mula memahami
tindakan-tindakan yang betul dan yang salah.

 Peringkat kedua ialah peringkat pertengahan zaman kanak-kanak, iaitu berumur 6


hingga 12 tahun. Pada peringkat ini mereka mula belajar kemahiran-kemahiran fizikal
untuk bermain. Contohnya, belajar membaling atau menyambut bola dengan betul.
Mereka mula bersosial dengan kanak-kanak yang sebaya dan mula memahami
peranan bermasyarakat. Mereka lebih berdikari dan membentuk konsep diri yang
positif. Bagi kanak-kanak yang sudah masuk ke alam persekolahan, mereka mula
membina kemahiran-kemahiran membaca, menulis dan mengira.
 Peringkat ketiga ialah peringkat remaja, iaitu berumur 13 hingga 18 tahun. Pada
peringkat ini, persahabatan yang lebih matang dibina dengan rakan-rakan yang
dipercayai. Mereka ingin mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan
orang dewasa. Walau bagaimanapun, ibu bapa haruslah memberi lebih perhatian
supaya mereka tidak terlalu bebas tanpa pengawasan. Mereka juga mula ingin
mengurus kewangan sendiri dan membina ideologi sendiri.

 Peringkat keempat ialah peringkat awal dewasa. Pada umur 19 hingga 29 tahun,
mereka mula membuat pilihan-pilihan kerjaya yang bernas di samping
memulakan perhubungan intim. Mereka lebih bersedia untuk berkahwin dan
memulakan kehidupan rumah tangga. Pertambahan ahli dalam keluarga
mengakibatkan mereka mula membentuk kumpulan sosial sendiri.
 Peringkat kelima ialah pertengahan dewasa, iaitu dalam lingkungan umur 30
hingga 60 tahun, mereka mula membantu kanak-kanak dan membenarkan kanak-
kanak membuat keputusan. Pada peringkat ini juga mereka berada dalam fasa
pengukuhan kerjaya atau mula berkerja sendiri.

 Peringkat keenam ialah pada peringkat kematangan lewat, iaitu berumur 60 tahun
dan ke atas. Pada peringkat ini mereka lebih mementingkan kesihatan diri, gaya
hidup yang positif dan pecapaian kerohanian. Mereka sering menggunakan
kebijaksanaan dan sering menjadi tumpuan orang lain.
 Bermula daripada kepala dan beransur ke kaki
 Saiz kepala bayi berkembang diikuti perkembangan badan, kaki dan tangan.
 Bayi dapat mengawal pergerakan kepala diikuti pergerakan lengan dan seterusnya kaki
 Bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan

 Tengah badan dan berterusan ke luar


 Bermula daripada tulang belakang dan menuju ke luar badan
 Bayi akan mencuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat otot
tangan
 Bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk memegang objek
 Bayi boleh memegang objek dengan satu tangan
Terbahagi kepada tiga fasa:-
 Fasa pembenihan
 Fasa embrio
 Fasa fetal
Dua sel gamet
saluran falopian melalui serviks
sperma ovum
persenyawaan

zigot

 Berlaku proses persenyawaan


 Zigot melekat pada dinding Rahim
 Kromosom-kromosom ibu bapa akan berpasangan dan setiap pasang akan
mempunyai gen ciri baka
 Zigot mengalami proses pembahagian sel
 Sel-sel baharu akan menerima salinan gen ibu bapa yang mengandungi DNA
 Minggu ketiga-minggu kelapan
 Perkembangan otak bermula,mata, telinga,mulut,hidung dan organ lain mula
terbentuk
 Embrio mempunyai sistem organ yang asas, rupa muka,jari tangan dan kaki
 Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat
Selepas beberapa bulan kemudian

Jika kepala bayi Jika bayi dapat


Jika kepala bayi terhantuk, dia akan menguasai bahasa,
terhantuk, dia akan menangis dan dia akan
menangis menunjuk ke tempat memberitahu
sakit kepalanya sakit
 Organ utama bertambah saiz, otot dan sistem saraf sudah mula terbentuk
 Pergerakan bayi dapat dirasakan oleh ibu
 Deria pengelihatan dan pendengaran bayi sudah semula berfungsi
 2 tahun pertama, pertumbuhan dan perkembangan bayi pesat
 Saiz dan kompleksiti otak bertambah
 6-8 bulan gigi susu bayi bertambah dipengaruhi oleh baka dan khasiat
 Bayi tunjukkan pergerakan seperti pusingkan badan, merangkak dan bertatih hasil
psikomotor
 Memberi banyak faedah kepada ibu bapa dan guru dalam membuat
keputusan mengenai pembelajaran yang perlu ditegaskan.
 Guru sensitif dengan perbezaan individu
 Guru boleh merancang aktiviti berkumpulan untuk membantu
perkembangan murid
 guru akan memahami kelakuan murid dan membantu membina
persekitaran pembelajaran yang akan menolong murid tersebut
menguasai ciri-ciri perkembangan dalam peringkat tugasan itu.
 Isi pelajaran disusun supaya mudah difahami.
 Guru akan menyediakan pelajaran bermula daripada senang
kepada yang lebih susah, umum kepada khusus dan konkrit kepada
abstrak serta memberikan tugasan yang sesuai dengan tahap
pencapaian murid.
 guru menguruskan pengajaran dan permainan serta kerja
amali mengikut perkembangan fizikal murid-murid.

 Guru akan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan


kematangan murid-murid.
 memupuk emosi yang sihat sesuai dengan peringkat perkembangan dan
keperluan murid.
 Guru dapat mengawal atau mencegah tingkah laku yang negatif atau emosi yang
tidak diingini.
 Guru akan bersifat lebih penyayang dan membantu murid-murid mengawal emosi
dalam situasi-situasi tertentu.
 Guru yang memahami peringkat perkembangan emosi murid-murid dan
membimbing mereka menghadapi atau menyelesaikan masalah dengan cara yang
betul.
 guru akan menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menggalakkan
interaksi dan sosialisasi.

 Aktiviti projek, perbincangan, permainan secara kumpulan akan merangsang


perkembangan sosial murid-murid.
 guru akan menyediakan objektif, isi pelajaran, bahan dan aktiviti yang sesuai
dengan tahap perkembangan dan pertumbuhan murid-mirid bagi tujuan menarik
minat mereka di samping persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan.

 Guru boleh merancang aktiviti berkumpulan untuk membantu perkembangan


murid.

 Aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat membantu tumbesaran dan


perkembangan yang berlainan.
 penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai dapat membentuk
konsep yang tepat serta dapat menarik minat murid-murid dan dapat menjana
perkebangan kognitif dalam kalangan murid-murid.

 Guru boleh mengaturkan aktiviti berkumpulan supaya murid dapat berkerjasama


menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai