Anda di halaman 1dari 14

MPU3092

Pendidikan Islam

SISTEM KEHIDUPAN
DALAM AGAMA ISLAM :
Sistem Pendidikan

Nur Asyikeen binti Ishak


Saqifah binti Abdul Razak
Siti Nur Husna binti Mohd Ezani
PENGENALAN
Kemajuan sesebuah bangsa
banyak bergantung pada
kemajuan ilmu dan
pendidikan.

Islam adalah satu-satunya


agama yang amat
menitikberatkan kemajuan
ilmu dan pendidikan.
DEFINISI
• Pendidikan ialah proses menyerapkan ilmu
pengetahuan dalam bentuk teori serta
melakukan latihan bagi membentuk peribadi dan
watak serta mencungkil bakat yang terpendam.
DEFINISI
Dari sudut istilah:
Pendidikan Islam adalah satu proses
pembentukan keperibadian manusia
menjadi khalifah Allah yang
beriman, bertaqwa dan beramal
soleh bersumberkan al-Quran dan
Sunnah.

Dalam bahasa Arab:


-`ta’dib’(addaba)
-takrif ini menjelaskan hubungan
rapat antara pendidikan dan
adab.
PENDIDIKAN MENURUT AL-QURAN
Menurut
al-Quran

KAEDAH PENDIDIKAN YANG PERTAMA :


Perletakan dasar belajar iaitu penanaman keesaan Allah, kelurusan
aqidah, beserta keagungan dan kesempurnaan-Nya.

Kalimat tauhid adalah fokus utama pendidikannya.


Luqman menegaskan hal itu kepada puteranya dengan berkata, “Hai
anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi,
dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya
Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah
Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”
Menurut
al-Quran
KAEDAH PENDIDIKAN YANG KEDUA :
Tiang-tiang pendidikan

Ia memerintahkan anaknya untuk solat,


memikul tanggungjawab amar ma’ruf nahi
munkar, serta menanamkan sifat sabar.
Solat adalah cahaya yang menerangi
kehidupan seorang muslim.
KAEDAH PENDIDIKAN YANG KETIGA :
Etika sosial

Luqman menggambarkan hal itu untuk puteranya


dengan larangan melakukan kemungkaran dan tak
tahu terima kasih, serta perintah untuk tidak terlalu
cepat dan tidak pula terlalu lambat dalam berjalan,
dan merendahkan suara. Seorang muslim perlu
diingatkan untuk tidak boleh menghina dan angkuh.
• Surat al-Baqarah ayat 129

Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari


kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka
ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-
Kitab (Al-Qur’an) dan hikmah serta mensucikan mereka.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
Surat al-Baqarah ayat 151

Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat


Kami kepadamu), Kami telah mengutus kepadamu Rasul
diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami
kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan
kepadamu al-Kitab dan hikmah, serta mengajarkan
kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.
PENDIDIKAN MENURUT SUNNAH

Hadis Nabi Muhammad s.a.w bermaksud:


“Tuhan telah mendidikku dan menjadikan
pendidikanku yang terbaik.” Menurut
Sunnah

• Pendidikan dalam Islam merujuk kepada pendidikan nabi


dan rasul (adab).
• Tujuan adab adalah untuk mendidik manusia yang pelupa
(an-nisyan) mengenal Allah dan menghindar manusia
menjadi zalim dan jahil.
PENDIDIKAN KANAK-KANAK
• Pendidikan Islam yang bersesuaian untuk
kanak-kanak terhadap pertumbuhan minda
sebagai garis panduan dalam kehidupan
seharian muslim.
• Kanak-kanak di peringkat awal umur mereka
tidak dapat membezakan yang baik dan yang
buruk.
PENDIDIKAN KANAK-KANAK
• Barat dan Islam mempunyai pemikiran yang
sama tentang pendidikan iaitu perlu dibentuk
sejak dari kecil lagi.
• Tetapi yang membezakannya ialah
'' Islam lebih menekankan pemantapan akidah
atau akhlak seiring dengan penerapan iman di
dalam roh dan jiwa dan bukan hanya dari
tahap pertumbuhan fizikal dan pembangunan
diri sahaja.''
KESIMPULAN
• Pendidikan dalam Islam menekankan:

a) pendidikan seumur b) pembangunan seluruh


hidup potensi manusia

d) memakmurkan seluruh
c) menyampaikan 2 fungsi: alam:
-sebagai hamba Allah -kesepaduan dan
-sebagai khalifah Allah kesempurnaan iman
-ilmu dan amal soleh

Anda mungkin juga menyukai