Anda di halaman 1dari 18

PAKK 3253

SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK
Nama : Leong Siew Yieng
Ling Ngei Jing
Wee Vii Vian
Wee Zhen Yong
Unit : P3
Pensyarah : Pn. Wan Ziraiza Wan Ismail
Tajuk 1:
Pendekatan IBSE
(Inquiry Based Science Education)
Pengenalan Pendekatan IBSE

• Diperkenalkan sejak 1960an


• Ditakrifkan sebagai proses mendapat tahu yang
melibatkan
• pertanyaan soalan
• mengkaji atau menyiasat sesuatu fenomena dengan
menggunakan deria dan kognitif kita
Konsep Pendekatan IBSE
• Mementingkan pembelajaran melalui pengalaman.

• Secara amnya, inkuiri bermaksud mencari


maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu
fenomena yang berlaku di sekeliling.

• Pembelajaran secara penemuan inkuiri berlaku


apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui
oleh murid sendiri.
• Murid melalui aktiviti seperti membuat eksperimen akan
menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan
sendiri.

• Guru membimbing murid untuk memahami konsep sains


melalui hasil inkuiri tersebut.

• Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan


semasa proses inkuiri ini.
Namun demikian, pendekatan inkuiri tidak sesuai
digunakan dalam semua situasi PdP. Beberapa konsep
dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh
guru atau melalui inkuiri terbimbing.
Ciri Utama Pendekatan IBSE
Teroka (Explore) – murid akan akrab (familiar) dengan fenomena yang
dipelajari

Menyiasat (Investigate) – murid merancang dan menjalankan penyiasatan

Membuat/Membina kesimpulan (Draw final conclusions) –


murid mensintesiskan apa yang mereka telah dipelajari dan dapat
membentuk kesimpulan.

Berkomunikasi (Communicate) – murid dapat berkongsi kefahaman


mereka kepada orang lain.
Jenis Inkuiri
Inkuiri Terbuka Inkuiri Terbimbing
(Open Inquiry) (Guided Inquiry)

Inkuiri Pengesahan
Inkuiri Berstruktur
(Confirmation
(Strutured Inquiry)
Inquiry)
Inkuiri Terbuka (Open Inquiry)
• Murid mengemukakan soalan, merancang dan menjalankan
penyiasatan dan membentang hasilnya.

• Boleh dilaksanakan apabila murid telah menunjukkan kebolehan


merancang dan melaksanakan penyiasatan apabila ditujukan
persoalan.

• Murid juga perlu mencatat dan menganalisis data lalu membuat


kesimpulan berasaskan data/evidens yang diperolehi.
Inkuiri Terbimbing (Guided Inquiry)
• Guru cuma memberikan murid soalan untuk penyiasatan.

• Murid perlu merancang penyiasatan, melaksana dan melaporkan serta


menjelaskan hasil dapatan mereka.

• Inkuiri terbimbing ini amat berkesan apabila/jika murid diberi pelbagai


peluang untuk belajar dan mencuba kaedah yang berbeza untuk
menjalankan dan merekodkan data.

• Muird masih memerlukan bimbingan guru untuk memastikan bahawa


penyiasatan mereka bermakna.
Inkuiri Berstruktur (Strutured Inquiry)

• Guru perlu memberikan murid soalan dan prosedur untuk


penyiasatan.

• Murid perlu melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan


mereka.
Inkuiri Pengesahan (Confirmation Inquiry)
• Guru memberikan pelajar soalan dan prosedur untuk penyiasatan, dan hasil
yang perlu dicapai sudah diketahui.
• Sesuai digunakan
 untuk mengukuhkan idea atau konsep yang telah dipelajari
 untuk memberi pengalaman menjalankan eksperimen
 sebagai latihan untuk memperolehi kemahiran inkuiri tertentu, seperti
merekod dan menganalisi data

• Murid perlu mengikut arahan dan prosedur eksperimen.

• Merupakan penyiasatan inkuiri bertahap rendah tetapi dapat membantu


pelajar meningkatkan kemahiran secara beransur ke tahap inkuiri terbuka.
Cara Pelaksanaan Pendekatan IBSE
• Menyoal (Questioning
1)
• Membuat hipotesis (Hypothesising)
2
• Menyiasat (Investigating)
3
• Komunikasi (Communicating)
4
1. Menyoal (Questioning)
• Guru memulakan kelas dengan peristiwa yang boleh menggalakkan
murid bertanya, sehingga murid mampu memberi soalan.

• Daripada semangat ingin tahu(inkuiri) ini, guru boleh memanipulasi


murid untuk berfikir dan mencari penyelesaian kepada persoalan
mereka tadi.

• Bagi memudahkan pengajaran, guru digalakkan untuk catatkan soalan-


soalan yang dikemukakan oleh murid dan kemudiannya memilih
persoalan yang boleh diselidik lebih lanjut.
2. Membuat Hipotesis (Hypothesising)
• Selepas memilih persoalan murid yang ingin diselidik, guru memainkan
peranan untuk menggalakkan murid membina hipotesis.

• Teknik penyoalan juga memainkan peranan penting kepada guru dalam


membimbing murid membina hipotesis tersebut.
3. Menyiasat (Investigating)
• Setelah murid mula mendapat idea mengenai perkaitan perkara
tertentu dengan persoalan mereka, mereka akan memikirkan
penyelesaian terbaik untuk menyiasat perkara tersebut.

• Murid menjalankan eksperimen dan uji kaji kepada perkara yang mereka
fikirkan berkait dengan persoalan mereka tadi.

• Guru perlu berhati-hati dengan kawalan masa.


4. Komunikasi (Communicating)
• Menggalakkan murid untuk berkomunikasi, menyampaikan ilmu kepada
rakan mereka dengan cara yang tersendiri dan kreatif.

• Proses ini penting kerana memberi petunjuk sama ada murid tersebut
mendapat kefahaman yang mendalam terhadap pdp tadi.

• Murid juga digalakkan untuk membuat kesimpulan terhadap hipotesis


yang dinyatakan tadi, sama ada boleh diterima, ataupun ditolak.
Rumusan
Kesimpulannya, pendekatan IBSE ini adalah sesuatu
pendekatan yang sesuai dijalankan di prasekolah. Sifat
ingin tahu kanak-kanak dapat dirangsang melalui
pendekatan ini. Kanak-kanak dapat membina
pengetahuan baru dengan meneroka, membuat dan
mengalami sendiri (konsep 3E). Dengan itu, guru
prasekolah digalakkan menggunakan pendekatan ini
semasa merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Sekian Terima Kasih