Anda di halaman 1dari 23

PAKK 3253 Sains Awal Dalam

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Ahli Pembentang :

ONG ROU QUAN


OW WEI KHIM
TAN YUAN SHUANG
Pendekatan Konstruktivisme

Pengenalan Konsep

Langkah Contoh
Pengajaran Aktiviti

Ciri Rumusan
Pengenalan Pendekatan Konstruktivisme
• Didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan
mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari.

• Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan gagasan yang baru, apa


yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan
pembinaan pengalaman demi pengalaman.

• Ini menyebabkan seseorang mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih


dinamis.
Konsep Pendekatan Kontruktivisme
• Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah

ada.

• Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri

pengetahuan mereka.

• Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui

proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan

pembelajaran terbaru.
Konsep Pendekatan Kontruktivisme
• Seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara
membandingkan informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada.

• Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama.


(berlaku apabila menyedari idea-diea tidak konsisten atau sesuai dengan
pengetahuan sedia ada)

• Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan


pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.
Langkah-langkah Pengajaran
Dalam Pendekatan
Konstruktivisme
5 Langkah

2. Pencetusan 3. Penstrukturan
1. Orientasi
idea semula idea

4. Refleksi 5. Aplikasi idea


Orientasi
• Menarik perhatian, minat , dan memotivasikan pelajar.
• Contoh = tunjuk cara/demonstrasi, tayangan filem, tayangan video,
keratan akhbar, mengemukakan soalan-soalan yang boleh
menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya.
• Kesan = pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang
telah dijalankan dalam bilik darjah.
Pencetusan Idea
• Mengenal pasti kerangka alternatif pelajar.
• Idea-idea pelajar yang terdahulu dikenal pasti melalui soalan-soalan yang
diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak
selari dengan idea saintifik.
• Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru.
• Guna kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui kaedah
eksperimen.
• Contoh = amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep
dan laporan.
• Kesan = pelajar lebih berfikir, seronok dan lebih berkemahiran sosial.
Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina pengetahuan baru pelajar
akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinanan
Penstrukturan Idea
• Mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik.
• Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai
dengan kecerdasan pelajar.
• Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan
masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep yang
baru ini.
• Membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan
lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan.
• Contoh = perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan.
• Kesan = pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah
dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar
mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka
terutama melalui perbincangan dalam kumpulan.
Refleksi
• Mengenal pasti idea yang baru diubah suai / dibina dalam fasa
penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru.
Konsep yang telah dibina dikaitkan dan dikembangkan di dalam
bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya.
• Contoh = penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar
• Kesan = pelajar lebih faham dan ingat. Kefahaman pelajar tentang
sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara
langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.
Aplikasi Idea
• Menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah
berubah.
• Contoh = soal pelajar secara reflektif
• Kesan = pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat
mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Contoh Aktiviti
Perbincangan Eksplorasi

Pembinaan
Perbincangan

• Perbincangan memberi sebuah tajuk kepada


kanak-kanak
• Contoh tajuk ialah ‘Makanan Ringan’.
• Kanak-kanak perlu berbincang tentang
makanan ringan dari segi kebaikan dan
keburukan.
• Mereka perlu membina persoalan yang
berkaitan dengan makanan ringan.
Eksplorasi

• Contohnya, lawatan sambil belajar.


Kanak-kanak diberi peluang meneroka
untuk membina pengetahuan dan
kemahiran.
• Kanak-kanak diberi peluang untuk
mencari maklumat tambahan sama ada
dari perpustakaan atau internet untuk
mendapatkan pengetahuan-pengetahuan
baru.
Pembinaan

• Melalui pengetahuan sedia ada serta


pengetahuan yang baru, guru menyuruh
pelajar menghasilkan sesuatu seperti buku
skrap, lukisan, tulisan dan sebagainya.
• menguatkan lagi pengetahuan pelajar
berdasarkan penyepaduan pengetahuan
tersebut.
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme

Menggalakkan murid
Menyokong pembelajaran
bertanya dan berdialog
secara koperatif
dengan murid dan guru

Menggalakkan soalan/idea
Menganggap pembelajaran
yang dimulakan oleh murid
sebagai satu proses yang
dan menggunakannya
sama penting dengan hasil
sebagai panduan merancang
pembelajaran
pengajaran
Sambungan....

Memberi peluang kepada murid


Menggalakkan dan untuk membina pengetahuan
baru dengan memahaminya
menerima daya usaha melalui penglibatan murid
dan autonomi murid dengan situasi dunia yang
sebenar

Mengambil kira
Menggalakkan proses
perbezaan individu serta
inkuiri murid melalui kajian
kepercayaan dan sikap
dan eksperimen
yang dibawa oleh murid
Rumusan

• Teori Konstruktivisme amat menekankan bahawa pembelajaran


merupakan suatu proses yang aktif, dinamik dan berpusatkan murid.

• Pelajar dapat membina konsep dan pengetahuan baru berasaskan


pengalaman-pengalaman yang mereka perolehi.

• Membolehkan guru untuk memilih kaedah pengajaran dan


pembelajaran yang sesuai untuk murid.

• Peranan guru bertukar kepada fasilitator atau pemudahcara


Video
Video
Sekian, Terima Kasih