Anda di halaman 1dari 32

INTERAKSI 1

Perbincangan: Peranan teknologi dan media pengajaran


dalam konteks bilik darjah abad ke-21.

Tidak dinafikan lagi perubahan demi perubahan dari segi teknik dan
juga sumber pembelajaran dapat kita lihat dalam pendidikan seiring
dengan pesatnya peralihan zaman. Penggunaan teknologi info-
komunikasi dalam pendidikan adalah salah satunya. Sekiranya
dibandingkan dahulu dan sekarang memang jauh bezanya sekali,
dahulu hanya bersumberkan bahan bacaan daripada buku dan
pelajaran yang diterangkan oleh guru, namun sekarang penggunaan
teknologi dan media elektronik juga mengambil tempatnya sendiri.
Teknologi merupakan salah satu topik yang sering dibicarakan dan
dibincangkan oleh orang ramai berkaitan dengan pembelajaran dan
pendidikan di dalam abad ke-21 ini.
Seperti yang kita ketahui, Kementerian Pelajaran Malaysia secara jelasnya
telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan di Malaysia.
Yang pertama iaitu literasi ICT untuk semua pelajar, kedua mengutamakan
peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P dan yang ketiga
iaitu penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut
Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan beberapa manfaat ICT iaitu
penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran diantaranya
berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam
pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
murid dengan pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid,
membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning),
membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi,
mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan,
membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar,
terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa,
meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid serta memberi peluang
kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang
minima serta meningkatkan kemahiran ICT.
Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas
dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan
sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran,
malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi
persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata
pelajaran. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya
oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi
tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai
potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang
berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara,
imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai
teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan
praktikal.
Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang
kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada
murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti
masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui
penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti
kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan
menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi
akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam
pekerjaan

Kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat
beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar
secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai
‘field dependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’. Ini bermakna
aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong
dalam ‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara
konkrit atau tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti
beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai
bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi
peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaraan.
Kesimpulannya, murid memerlukan kemahiran abad ke 21 bagi
menghadapi cabaran yang kian mencabar hari ini. Kemahiran abad ke-21
menuntut pembentukan pelajar yang mahir mengaplikasikan literasi digital
serta berfikiran kreatif dan kritis serta mempunyai kecemerlangan
interpersonal dan kemahiran sosial. Ini amat penting bagi membantu
Malaysia mencapai matlamat untuk membangunkan modal insan yang
boleh bersaing secara global seperti yang terdapat dalam NKRA.
Kemahiran abad ke-21 dilihat amat penting untuk persaingan dan
kerjasama global, pembangunan maklumat dan keperluan dalam pasaran
pekerjaan. Sistem pendidikan hari ini perlu mengintegrasikan kemahiran
abad ke-21 bagi memastikan pelajar dapat menghubungkan ilmu yang
mereka peroleh dengan kehidupan mereka seharian.Strategi pengajaran
berpusatkan murid yang digabungkan dengan teknologi masa kini boleh
memperkembangkan kemahiran abad ke-21 yang dituntut bagi
menghadapi cabaran pasaran global yang kompetitif. Perkembangan
teknologi boleh membantu pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi juga di luar.
Antara tiga komponen utama TPACK, yang manakah yang paling penting dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan?

TPACK merupakan gabungan antara ketiga tiga komponen iaitu teknologi,


pedagogi dan content. Ketiga tiga ini merupakan komponan yang digunakan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya, pedagogi
pengetahuan merupakan komponen yang perlu dititikberatkan oleh setiap guru.

Hal ini kerana, guru sendiri perlu mengetahui dan faham akan pedagogi itu
sendiri sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contoh, guru perlu tahu bagaimana cara untuk mengajar , strategi mahupun
pendekatan yang boleh digunakan. Dengan ini, maklumat yang disampaikan oleh
guru akan diterima dengan baik. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum
setiap murid mempunyai pelbagai perbezaan dalam pembelajaran. Oleh yang
demikian jelas menunjukkan bahawa pedagogi pengetahuan antara komponen
yang perlu dititikberatkan oleh guru.

Namun begitu, ketiga-tiga adalah komponen yang penting dan perlu difahami
kerana TPACK adalah gabungan yang sangat berkesan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
JAWAPAN 2

Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) dikenali di dalam bidang penelitian


pendidikan sebagai kerangka untuk memahami pengetahuan yang oleh seorang guru
untuk mengintegrasikan tiga domain pengetahuan teknologi, pedagogi, dan isi penting
(Mishra & Koehler, 2006). Pada perkembangannnya akronim TPCK diubah menjadi TPACK
untuk mempermudah mengingatnya dan untuk membentuk integrasi antara tiga jenis
pengetahuan yaitu teknologi, pedagogi, dan konten (Thomson dan Mishra, 2007-2008).
TPACK adalah sebuah kerangka yang menggambarkan hubungan antara tiga komponen
dasar pengetahuan teknologi,pedagogi, dan isi(content).
Antara tiga komponen utama dalam TPACK, komponen yang paling utama yang saya
rasakan sangat penting adalah Content knowlegde (CK). CK adalah pengetahuan tentang
pengisian ilmiah yang akan terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang
guru seharusnya mengetahui tentang isi penting pengetahuan yang akan mereka ajarkan.
Sebagai seorang guru seharusnya kita mempunyai ilmu pengetahuan untuk disampaikan
kepada anak-anak murid kita nanti. Sebagai seorang pendidik kita mestilah memiliki ilmu
untuk disampaikan kepada yang lain. Seorang pelajar dan kanak-kanak itu umpama kain
putih, maka tugas mencorakkan mereka itu bergantung kepada individu yang bergelar
guru itu sendiri.
Namun begitu, semua komponen dalam TPACK amat penting dalam mempersiapkan diri
sebagai seorang pendidik kelak. TPACK adalah kerangka yang berguna untuk berfikir
tentang pengetahuan apa yang harus guru miliki untuk mengintegrasikan teknologi ke
dalam pengajaran dan bagaimana mereka dapat mengembangkan pengetahuan ini.
INTERAKSI 2
ASSURE
INTERAKSI 5
INTERAKSI 6
INTERAKSI 7 - 8
INTERAKSI 9 - 10
INTERAKSI 11 - 12
DEFINISI MULTIMEDIA

Multimedia berasal daripada kata ‘multi’ dan ‘media’. Multi bererti banyak, dan
media bererti tempat, sarana atau alat yang digunakan untuk menyampaikan
informasi. Jadi berdasarkan kata ‘multimedia’ dapat dirumuskan sedagai wadah atau
penyatuan beberapa media yang kemudian didefinisikan sebagai elemen-elemen
pembentukan multimedia. Elemen-elemen tersebut seperti teks, gambar, suara,
animasi, dan video. Multimedia merupakan suatu konsep dan teknologi baru bidang
teknologi informasi, di mana informasi dalam bentuk teks, gambar, suara, animasi,
dan video disatukan dalam computer untuk di simpan, diproses dan disajikan baik
secara liner mahupun interaktif.

Oleh itu, dengan menggabungkan seluruh elemen multimedia tersebut menjadikan


informasi dalam bentuk multimedia yang dapat diterima oleh indera penglihatan dan
pendengaran, lebih mendekati bentuk aslinya dalam dunia sebenarnya. Multimedia
enteraktif adalah apabila suatu aplikasi terdapat seluruh elemen multimedia yang
ada dan pemakai (user) diberi keputusan atau kemampuan untuk mengawal dan
menghidupkan elemen-elemen tersebut.
INTERAKSI 13 - 14
Frog-VLE

• Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran


berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

• Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan
secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah
menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala
pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis
sekolah melalui Internet.
Kelebihan Frog-VLE :

• Guru = Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat
sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Guru boleh memberi tugasan
serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber
pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain.
• Pelajar = Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan
Frog. Pelejar boleh menerokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di
The Pond, reka sendiri laman utama, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan
tugasan pada bila-bila masa dan kongsi idea-idea dengan rakan-rakan sekelas serta
guru-guru.
• Ibu bapa = Ibu bapa boleh mengetahui acara-acara sekolah, laporan PIBG serta
notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah.