Anda di halaman 1dari 31

SOSIOBUDAYA DAN

PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA
DALAM BILIK DARJAH

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


EDUP 3073
SUB TOPIC
 Pengertian Sosio budaya
 Teori Sistem Ekologi
Bronfenbenner
 Teori Perkembangan
Sosiobudaya Lev Vygotsky
 Peranan guru dalam
perkembangan sosiobudaya di
bilik darjah
A.PENGERTIAN SOSIOBUDAYA

Maksud sosio-budaya ialah hubungan masyarakat


dgn budaya (spt cara hidup, adat istiadat, dll)
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Berkaitan dengan gabungan atau interaksi antara


elemen sosial dan budaya
Sambungan..

 Amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi


sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan
kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam
berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan
meransang pembangunan hidup masyarakat itu.
Budaya Dalam Masyarakat
 Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan masyarakat.
 Melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi unsur budaya
rakyat asal
 Budaya merupakan lambang dan institusi kebangsaan
 Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang meliputi aspek
kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika,
kesenian, bahasa, kesusasteraan dan cara hidup.
 Budaya dari kaum lain yang sesuai dan tidak bercanggah
diterima di dalam budaya masyarakat di Malaysia.
 Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian
kelompok di Malaysia dan terus dipraktikkan untuk mengangkat
martabat negara.
Budaya Dalam Pendidikan

 Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya


individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya
mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih
besar.
 Perkaitan antara budaya dengan pendidikan
 Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya
masyarakat kerana pelajar dididik dengan nilai-nilai material
dan bukan material yang dikehendaki oleh masyarakat
pelbagai kaum di negara kita.
 Budaya masyarakat sebenarnya mempengaruhi budaya
di sekolah kerana ia bertujuan untuk menghasilkan
lulusan sekolah yang mempunyai budaya yang boleh
diterima oleh pelbagai kaum di Malaysia
B. TEORI SISTEM EKOLOGI
BRONFENBENNER

 Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie


Bronfenbrenner (April 29, 1917 – September 25, 2005)
seorang psikologis Amerika yang terkenal dengan teori
sistem ekologi perkembangan kanak-kanak.
 Kajian Bronfenbrenner dan teorinya menjadi kunci utama
yang mengubah perspektif perkembangan kanak - kanak .
 Beliau berpendapat aspek persekitaran dan sosial
mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan
kanak-kanak.
 Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi
antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.
 Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan
persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak.
 Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita
menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan
individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di
tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan
pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu
mementingkan interaksi antara satu sama lain.
 Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
a) Mikrosistem
 Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana
kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan
menghabiskan paling banyak masa.
 Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu
dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan,
jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-
kanak.
 Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi
paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu

 Sebagai individu terdekat dalam kehidupan seorang murid,


mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku
murid tersebut.

 Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara


menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti
penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan
langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak
(Mac Naughtori, 2005).
 b) Mesosistem

 Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem


dengan mikrosistem yang lain.
 Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem
dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang
lain.
 Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi
tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika
berada di sekolah.
 Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa
masalah tersebut ke sekolah.

 Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan


implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan
pelajaran mereka.
c) Eksosistem

 Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran


yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi
keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut
memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa
yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.
 Pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi
orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah –pasar
raya, keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-
peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli
belah secara tidak langsung akan mempengaruhi
perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
d) Makrosistem

 Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang


dipangaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat,
peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008).
 Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan
tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting
berbanding kaum perempuan.
 Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang
lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf
dengan kaum lelaki.
 Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran
konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting
kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di
dapur sahaja.
e) Kronosistem

 Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.


Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada
permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta
pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat
turun maklumat melalui internet dan sebagainya.
 Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya
bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing
dan sebagainya.
 Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi
implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak
aspek.
 Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan
jauh.
 Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-
kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah
bersama komputer.
 Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya
pembangunan sesebuah negara semakin maju.
Implikasi Teori Ekologi Brenfenbrenner dalam Proses
Pembelajaran Kanak-kanak

 Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada


guru dalam menyediakan diri dengan selengkapnya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
 Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan
sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid semasa di
sekolah.
 Guru perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka.
 Pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan
dan pengalaman murid dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka
di dalam pelajaran.
 Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh
murid-murid sebelum memulakan pengajaran.
 Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif
pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru pada hari itu tidak akan
tercapai.
 Implikasi pendidikan dari aspek persekitaran mesosistem
pula ialah guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada
murid-murid mereka.
 Murid-murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang
diberitahu atau dilakukan oleh guru. Jika murid melihat
seseorang guru itu merokok di dalam kelas, maka mereka
akan terikut-ikut perangai guru tersebut semasa di rumah.
 Guru berperanan penting dalam membentuk akhlak murid-
murid semasa di sekolah dengan menerapkan unsur-unsur
rohani di dalam P&P .
 Guru perlulah sentiasa memberi nasihat yang baik kepada
murid-murid agar menjadi orang yang berguna kelak.
 Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman
seseorang individu akan mempengaruhi individu yang lain.
 Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi
penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di
kelas.
 Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
semasa P&P untuk menarik minat murid untuk belajar.
 Guru bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti
kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan
aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif.
 Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan
individu dipengaruhi oleh norma-norma dan amalan masyarakat.
 Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan
membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid
agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu
perkara.
 Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk
terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran
pelajaran anak-anak , misalnya, mereka lebih mementingkan
pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak perempuan.
 Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka
berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka
akan pergi ke dapur juga.
 Kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran
murid-murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam
kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah
sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan.
Dari aspek persekitaran kronosistem pula, dapat dilihat media
massa memainkan peranan yang sangat penting dalam
mempengaruhi masyarakat.
Melalui teknologi yang semakin canggih , murid-murid sekolah
rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan internet
tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di kawasan bandar.
Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di
seleliling mereka.
Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak
memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu
dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari
video cakera padat dan sesetengah program televisyen.
 Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid
dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya
mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negetif yang
semakin menular kini.
C. TEORI PERKEMBANGAN
SOSIOBUDAYA LEV VYGOTSKY
 Lev Vygotsky dilahirkan pada 1896 dan beliau dilahirkan di
Rusia. Walaupun beliau sezaman dengan Piaget, penulisan
karya beliau hanya mendapat perhatian ahli-ahli psikologi
Negara barat pada tahun 1960an.
 Vygotsky nama lengkapnya adalah Lev Semenovich
Vygotsky. Ia lahir diRusia pada tanggal 5 November 1896.
 Pada tanggal 11 Jun 1934 beliau telah menjadi ahli
psikologi perkembangan di Soviet dengan menjurus kepada
psikologicultural- historis.
 Idea-idea Vygotsky bertumpu pada pemikiran tentang
perkembangan kognitif, terutama hubungan antara bahasa
dan fikiran, tulisannya menitik beratkan pada latar sejarah,
budaya,dan faktor sosial.
 Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) Vygotsky
telah memerhati dan mengkaji peranan budaya dan
komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif
kanak-kanak.
 Beliau berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran
berlaku dalam konteks sosial iaitu melalui persekitaran dunia
kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang
berinteraksi dengan mereka sejak mereka dilahirkan.
 Melalui interaksi dengan orang dewasa di sekeliling mereka,
kanak-kanak akan dapat menguasai tabiat dan peraturan
budaya, gaya bahasa, penulisan serta simbol-simbol
budaya. Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif
mereka dengan memberi makna membina atau konstruk
pengetahuan.
Apabila kanak-kanak banyak berinteraksi dengan orang
sekeliling , mereka akan dapat mengenali budaya mereka
dengan mendalam, sebagai contoh, kanak-kanak berbangsa
Melayu mendapat pengetahuan tentang cara makan budaya
Melayu dengan menggunakan tangan kerana mereka telah
melihat perlakuan itu digayakan oleh ahli keluarga mereka.
Mereka akan memahami keadaan itu dan menghormati budaya
tersebut.
 Bagi kaum Cina pula, kanak-kanak berbangsa Cina telah
mengetahui cara makan mereka menggunakan perlatan yang
dipanggil ‘chopstik’ atau penyepit sejak mereka lahir kerana
mereka memerhatikan keadaan tersebut pada awal kehidupan
mereka melalui perlakuan ahli keluarga mereka.
 Vygotsky menekankan peranan orang dewasa dan
kanak-kanak dalam perkembangan seorang individu.

 Menurut Vygotsky kanak-kanak lahir dengan


kemampuan untuk memahami dunia luar dan
memusatkan perhatian terhadap sesuatu perkara.
 Namun demikian, mereka tidak banyak memiliki fungsi
mental yang bertahap tinggi seperti kemahiran berfikir
tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah.

 Menurut Vygotsky lagi fungsi-fungsi mental yang lebih


tinggi ini dianggap sebagai alat-alat kebudayaan
(cultural tools) yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
menerusi aktiviti seperti berbicara, berbahasa, dan
menulis..
 Alat-alat kebudayaan ini diwarisi daripada ahli-ahli keluarga
yang lebih tua di mana semua pengalaman pembelajaran
dibimbing.
 Pengalaman dengan orang lain yang diperolehi melalui
aktiviti-aktivitit ini secara beransur-ansur menjadi semakin
mendalam dan membentuk gambaran batin kanak-kanak
mengenai dunia
 Secara keseluruhannya, teori ini mementingkan penglibatan
manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat
mengekalkan identiti dan hubungan interpersonal dalam
suatu masyarakat.
D. PERANAN GURU DALAM
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI BILIK
DARJAH

 Guru memainkan peranan penting dalam


perkembangan sosiobudaya di bilik darjah :

 Guru berfungsi sebagai pengukuh budaya bagi murid-murid .


 Guru mendedahkan murid dengan budaya sendiri dan juga
budaya rakan-rakan mereka.
 Budaya sekolah juga harus ditonjolkan supaya tingkah laku
murid tidak bertentangan dengan budaya sekolah.
 Budaya positif perlu disemai semasa proses pengajaran
dan pembelajaran
 Dalam hal ini guru berperanan menanam sikap, nilai dan
sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan
masyarakat.
 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
komunikasi dua hala perlu dilaksanakan untuk menyemai
semangat kerjasama antara guru – murid
 Kaedah pengajaran seperti koperatif, pembelajaran
berasaskan projek dsb yang menggalakkan interaksi
antara guru dengan murid dan murid dengan murid perlu
dijadikan amalan di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai