Anda di halaman 1dari 19

Guru Sebagai Agen

Mesra Budaya Komuniti,


Nasional dan Global
Disediakan Oleh: Kelvin Ko Jing Hao
RBT 1 Ambilan Jun 2016
Pensyarah: En. Zaharudin bin
Mohd.Talip
Definisi
› Budaya Komuniti
– Kepercayaan, jangkaan, nilai, keinginan dan adat resam
yang dikongsi bersama
– Mempengaruhi cara individu dalam komuniti berinteraksi
dan berkolaborasi untuk mencapai objektif bersama
› Budaya Nasional
– Budaya yang dikongsi bersama dalam masyarakat
– Menurut (Adler 1997, Bagchi et.al. 2003), budaya nasional
pula merupakan set nilai teras, noema, amalan dan
seumpamanya yang membentuk tingkah laku individu dan
juga seluruh masyarakat.
– Contohnya, produk sejarah negara.
Sambungan…
› Budaya Global
– Merupakan penyebaran maklumat, idea, nilai dan sikap ke
seluruh dunia melalui laman sesawang yang memungkinkan
berlakunya hubungan sosial tanpa sempadan.
– Adalah luas dan merangkumi kepelbagaian yang kompleks.
Program-program mesra budaya
Kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG)
› Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah
tidak dapat dinafikan.
› Penglibatan ibu bapa dalam memberi sokongan kepada anak-anak
adalah dengan menghadiri majlis anjuran sekolah dan aktiviti PIBG. Yang
paling utama adalah dengan membantu dan memantau pembelajaran
anak-anak di rumah, menyediakan suasana, masa dan persekitaran yang
sesuai untuk anak-anak belajar dan membuat kerja sekolah, menjadikan
diri mereka sebagai model tingkah laku yang baik dan juga model
membaca.
› Kajian menunjukkan bahawa apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah
mendapat manfaat-manfaat yang berikut:
– Keyakinan guru meningkat
– Pencapaian murid meningkat
– Ibu bapa merasakan mereka sebahagian daripada sekolah dan lebih menyokong
program sekolah
– Kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan
– Hubungan lebih baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa
› Ibu bapa diharapkan dapat melibatkan diri secara
sukarela dalam aktiviti sekolah seperti:
– Program akademik
– Infrastruktur dan keceriaan sekolah
– Program kerohanian
– Program kokurikulum
– Bimbingan kerjaya, motivasi dan disiplin
› Aktiviti utama yang memerlukan kehadiran ibu bapa
– Hari Pendaftaran Tahun 1, Tingkatan 1 atau Tingkatan
Peralihan
– Hari Penetapan Sasaran
– Hari Mesyuarat Agung PIBG
– Hari Pelaporan
– Hari Sukan
– Hari Anugerah Cemerlang
Faedah kepada anak Faedah kepada ibu bapa
Mendapat markah dan gred ujian yang Boleh belajar cara untuk membantu anak
lebih baik meyelesaikan kerja rumah
Mempunyai nilai kendiri dan motivasi Ibu bapa dapat mengetahui prosedur
yang lebih tinggi dan kaedah membantu anak di sekolah
Kadar kehadiran ke sekolah adalah lebih Dapat berkongsi ilmu keibubapaan
bagus dengan ahli PIBG yang lain
Kadar pelanggaran disiplin sekolah Mendapati bahawa dapat menyediakan
berkurangan suasana rumah yang sihat dengan lebih
Keciciran persekolahan dapat dielakkan mudah

› Sekolah yang meningkatkan kerjasama dengan ibu


bapa akan:
– Mempunyai tanggungjawab yang dikongsi bersama antara
ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran
berkualiti untuk murid
– Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu
pembelajaran murid
– Memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah
dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.
› Peranan ibu bapa/penjaga
– Jurulatih: Menyediakan peluang dan ruang pelajar yang
seluas-luasnya untuk anak belajar di sekolah dan di rumah
– Mentor: Menasihati, membimbing, mengajar, menyokong,
menjaga, menggalakkan, menunjuk cara dan lain-lain.
– Penyokong: Menyokong, mempertahankan, menyakinkan
anak
– Sentiasa bermaklumat: Mengetahui maklumat terkini
dengan apa-apa yang berlaku di sekolah
– Menjadualkan kehidupan: Mengaturkan kehidupan supaya
aman dan tenteram, tenang dan bahagia
– Sahabat kepada anak remaha: Mendampingi anak remaja
sebagai orang sahabat
› Peranan PIBG
– Membantu dalam memajukan perkembangan murid serta
menjaga kebajikan murid
– Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah
dan meningkatkan kemudahan di sekolah
– Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran
komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakt
– Meningkatkan keceriaan premis sekolah bagi mewujudkan
suasana kondusif, menjayakan aktiviti dan program
pendidikan.
Program-program mesra budaya
Perkongsian pintar dengan agensi kerajaan dan
swasta
› Bermula pada tahun 2000 dengan pengenalan
Aplikasi Sekolah Bestari dan mata pelajaran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara meluas
› Sumbangan sektor swasta dalam bidang pendidian
merangkumi program-program kendalian TMK,
perkakasan, perisian, latihan TMK, sekolah angkat,
aplikasi dan penyelesaian sistem pengurusa (portal
rasmi KPM).
› Pelaksanaan perkongsian pintar boleh memberi
manfaat-manfaat yang berikut:
– Menjimatkan kos pembangunan sistem
– Meningkatkan prestasi agensi kerajaan secara menyeluruh
– Memudahkan perkongsian data dan sumber
– Meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran
– Mengurangkan jurang antara agensi-agensi kerajaan yang
lebih berupaya dengan agensi yang kurang
berkemampuan dalam membangunkan aplikasi Teknologi
Maklumat
– Mewujudkan penyelarasan antara agensi-agensi kerajaan
dalam pembangunan Teknologi Maklumat
– Membantu usaha pembangunan dan pemulihan ekonomi
negara secara menyeluruh
› Antara projek-projek perkongsian pintar termasuk:
– SchoolNet
– GSB Technology Learning in School
– Program Sekolah Angkat bersama Samsung Digital
Classroom
– K-Perak E-Learning Cluster No1 (KPEC)
– Cyberkids Camp
– Projek e-Learning for Life 2 Syarikat Appl
– Progeam IBM-Kidsmart Early Learning untuk kelas Pra
Sekolah
– Program Pendidikan dan Modal Insan NCIA-KPM (Edu Citi-
Hostel)
– Value Add Microsoft (MBMMBI)
Ciri-ciri Guru Mesra Budaya
› Aspek peribadi
– Mempamerkan gaya guru dari segi berpakaian, tutur kata dan interaksi
dengan orang lain
– Memberikan layanan adil kepada individu murid mengikut keperluan
masing-masing
– Tekun, jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawabnya
– Berfikiran terbuka dan rasional dalam tindakan dan penyelesaian
masalah
– Berempati dan menerima murid sebagai individu yang unik
– Berwatak pemimpin dalam menangani masalah hubungan antara
murid dan juga dalam menjalankan tugasan hakiki
– Kukuh berpegang kepada ajaran agama serta mengamalkannya
– Menghargai diri sendiri dan sentiasa menjaga kualiti diri sebagai insan
berbudaya
– Menghargai budaya sendiri dan menghormati budaya masyarakat
setemat
– Mengamalkan penghayaan nilai yang tinggi.
› Aspek Profesional
– Berkompetensi tinggi dalam amalan pengajaran-pembelajaran
mesra budaya
– Mengetahui kebolehan akademik murid agar dapat memberika
didikan yang diperlukan dengan sewajarnya.
– Membuat adaptasi diri kepada persekitaran baharu yang
terasing budayanya daripada budaya sendiri
– Memahami budaya murid dan budaya etnik murid agar murid
berasa selesa berada dalam jagaan guru.
– Mengaplikasikan pedagogi mesra budaya yang sesuai dengan
budaya murid
– Mengiktiraf dan menghormati bahasa ibunda murid
– Mengiktiraf dan menerima kepelbagaian di dalam bilik darjah
– Membudayakan perbincangan terbuka yang berkaitan dengan
budaya etnik murid bagi mewujudka perasaan saling
menghormati.
– Banyak membaca dan mengkaji budaya masyarakat/ etnik
setempat yang merupakan ibu bapa murid sebagai persediaan
diri melayani individu murid
› Amalan Tingkah Laku
– Menggunakan bahasa yang baik, santun dan manis didengar
– Menjaga tutur kata agar tidak mentinggung perasaan orang lain
– Menghormati budaya setempat tanpa mengira kaum etnik dan
kepercayaan
– Mengadaptasi atau mengasimilasi dengan budaya tempatan yang
tidak bercanggah dengan pegangan agama
– Menghadiri majlis-majlis masyarakat setempat jika mendapat jemputan
– Berpakaian kemas dan pakaian tersebut adalah sesuai dengan majlis
– Berusaha memahami dan mempelajari bahasa etnik majority murid dan
masyarakat sekitar
– Mengkaji dan memahami budaya etnik murid dan masyarakat
setempat agar salah tindakan attau salah faham dapat dielakkan
– Berusaha mendapat kepercayaan ibu bapa murid
– Mengamalkan ajaran agama masing-masing
› Hadir solat berjemaah dan aktiviti lain di masjid/surau
› Hadir upacara keagamaan masing-masing di rumah ibadat, gereja, kuil
– Tidak menilai budaya lain dengan kayu ukur budaya sendiri
Peranan Guru Sebagau Agen Mesra
Budaya
› Mengaplikasikan Pedagogi Relevan Budaya
– Murid akan dapat menerima pembelajaran dengan lebih
efektif dalam suasana yang menyeronokkan dan akan lebih
terlibat serta bermotivasi
› Pilih resos atau bahan sumber pengajaran-
pembelajaran yang sesuai dengan budaya murid
– Guru perlu memastikan bahan sumber yang disediakan
tidak mengandungi unsur-unsur negatif dan sensitif
– Contohnya, murid minority akan berasa tersisih sekiranya
bahan sumber pembelajaran terlalu asing baginya.
› Sediakan peraturan bilik darjah yang wajar dan
selaras dengan budaya
– Guru hendaklah melaksanakan peraturan bilik darjah
secara adil kepada semua murid
– Murid akan menghormati dan mematuhi peraturan yang
diamalkan dengan adil dan betul.
– Melalui amalan peraturan yang dipatuhi, guru dapat
memupuk tingkah laku positif seperti mematuhi peraturan,
menghormati rakan, menghargai masa, menepati janji,
berkongsi, bekerjasama dan seumpamanya dalam
kalangan murid.
› Kemahiran berfikir aras tinggi
– Guru hendaklah memupuk kemahiran berfikir aras tinggi
dan menyediakan aktiviti pembelajaran yang memerlukan
murid berfikir secara kritis.
› Membina perpustakaan bilik darjah berasaskan
budaya
– Guru perlu menggalakkan murid supaya menyumbang
bahan berasaskan budaya masing-masing agar dapat
dikongsi bersama dengan murid-murid lain.
› Wujudkan aktiviti pertukaran budaya
– Guru boleh menetapkan satu masa pembelajaran atau satu
masa khas perkongsian budaya murid di dalam bilik darjah
– Melalui aktiviti pertukaran budaya ini, murid dapat
mengenali budaya kaum-kaum lain secara langsung.
– Perasaan saling menghormati dan menghargai warisan dan
budaya kaum dapat dipupuk secara tidak langsung dan
tetapi mengasyikkan.
› Adakan lawatan ke muzium atau galeri budaya
– Lawatan ke muzium atau galeri budaya boleh memberi
maklumat dan pengetahuan tentang budaya asal
sesebuah negeri atau sesuatu maklumat.
– Peruntukan lawatan sambil belajar dalam takwim sekolah
boleh dimanfaatkan untuk tujuan memupuk pemahaman
budaya kaum/ etnik.
› Rancang program/ aktiviti lawatan inapdesa
berasaskan budaya dan kebudayaan
– Guru boleh merancang lawatan beraktiviti di mana-mana
program inapdesa pilihan
› Jadikan diri teladan amalan budaya sihat
– Setiap tingkah laku serta tindak-tanduk guru menjadi
tumpuan perhatian murid; cara gaya bertutur, kesantunan
bahasa, gerak geri guru, cara berpakaian dan sebagainya
menjadi contoh teladan kepada murid.
– Guru harus mengamalkan apa-apa yang dikatakan agar
murid menghormati dan meneladaninya.