Anda di halaman 1dari 10

Masa Depan

Perkamusan

Kumpulan 1: Brandon
Sharon
Viliana
Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP)
• Pada 1977, DBP diminta oleh Australian National University, Canberra,
Australia, untuk mengambil alih dan menyiapkan kamus bahasa
Inggeris-bahasa Melayu yang sedang disusunnya ketika itu apabila
kerajaan Australia menarik balik pembiayaannya sebagai sebahagian
langkah penjimatan negara.
• Projek itu diserahkan kepada DBP pada 1 November 1978.
Sambungan…
Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP)
• Bagaimanapun, projek ini menghadapi banyak masalah yang serupa
dengan masalah yang dihadapi di Australian National University dahulu.
• Masalah: mendapatkan kakitangan yang layak itu sukar (penutur asli
bahasa Inggeris), kesukaran untuk mengekalkan mereka setelah mereka
dilatih.
• Hakikat bahawa bidang leksikografi merupakan sains dan seni yang agak
baharu di Malaysia hanya memburukkan keadaan.
Sambungan…
Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP)
• Untuk sekian waktu yang lama, penyusunan kamus ini umpama
"berenang menentang arus".
• Hanya sejak sekitar 1989 bahawa projek ini mulai melihat sinar harapan
dan apa yang diumpamakan oleh James Murray, ahli leksikografi
terkenal, sebagai "bongkah petikan" kemudian menjadi Kamus Inggeris
Melayu Dewan yang diterbitkan pada 1991.
• Ia mempunyai lebih kurang 40,000 kata masukan dan ditujukan kepada
mereka yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama
atau kedua serta juga mengetahui asas bahasa Melayu.
Sambungan…

Dewan Bahasa dan


Pustaka (DBP)
• Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan yang disusun oleh Zainal Abidin
kemudian diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
pada 1995.
• Kamus itu pada hakikatnya merupakan edisi baharu Kamus Sinonim
yang disusun oleh Zainal Abidin pada 1984.
• Ia merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama untuk mencecah
100,000 perkataan entri dan setakat itu, paling banyak menyenaraikan
ungkapan.
Peranan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP)
• Penyusunan kamus merupakan salah satu kegiatan teras dalam usaha
pembinaan dan pengembangan bahas apa sekalipun.
• DBP mempergiat usaha perancangan dan pelaksanaan pelbagai projek
perkamusan yang merangkumi kamus ekabahasa, kamus pelbagai
bahasa (khususnya kamus dwibahasa), dan kamus bidang-bidang
khusus.
• Terdapat juga banyak penerbit swasta yang kini menerbitkan pelbagai
kamus bahasa Melayu.
Peranan Institusi Lain
• Di Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, Kamus Besar Utusan menjadi projek
penting.
• Pihak penerbit menamakannya kamus besar kerana ia merupakan suatu karya
pengkamusan yang tersendiri oleh seseorang yang amat komited terhadap kata-kata.
• Kamus yang terkemuka ialah Kamus Dewan dan kamus yang diterbitkan oleh Oxford Fajar.
• Mereka mempunyai panel pakar-pakar yang menghimpun dan menyusun perkataan-
perkataan untuk menjadi kamus, sekali gus memberi sumbangan besar kepada
perkembangan Bahasa Melayu.
• Tetapi Zainal Abidin melakukannya seorang diri dengan semangat dan pengalaman yang
lama sebagai penyunting di Berita Harian.
• Beliau mengumpul perkataan-perkataan sejak semasa beliau bekerja lagi tetapi ia berjaya
dihimpun untuk menjadi kamus setelah beliau bersara.
Sambungan…

Peranan Institusi
Lain
• Zainal Abidin adalah pengarang kamus. Ini kerana beliau memberi
makna perkataan-perkataan menurut pemerhatiannya terhadap
penggunaannya.
• Semua bangsa besar mempunyai tokoh-tokoh perkamusan yang
menyumbangkan kepada kekayaan bahasa masing-masing.
• Penerbitan kamus besar oleh sebuah anak syarikat Utusan Melayu itu
merupakan langkah bersejarah bagi institusi ini kerana walaupun ia
telah berkecimpung dalam mengembangkan bahasa dan sastera
Melayu sejak akhbar Utusan Melayu diterbitkan 75 tahun lalu.
Sambungan…

Peranan Institusi Lain


• Oxford menubuhkan syarikatnya di Malaysia dengan nama Fajar Bakti dengan memiliki
bahagian sasteranya.
• Ia menerbitkan kamus Bahasa Melayu.
• Tokoh penyunting daripada Fajar Bakti dalam bidang ini yang telah bersara ialah AF yassin.
• Beliau pernah dilatih oleh Fajar Bakti di Oxford, England.
• Kini Fajar Bakti sudah menukar namanya kepada Oxford Fajar dan tidak lagi menerbitkan
buku-buku sastera tetapi kamusnya tetap unggul.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130616/re_06/Bahasa-jiwa-bangsa-kamus-


jiwa-bahasa#ixzz566n0YPtF
© Utusan Melayu (M) Bhd
SEKIAN, TERIMA KASIH!^_^