Anda di halaman 1dari 17

Faktor-Faktor Mempengaruhi

Perubahan Kurikulum
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERUBAHAN KURIKULUM

• FALSAFAH PENDIDIKAN
• FAKTOR POLITIK
• FAKTOR PEMBANGUNAN NEGARA DAN
PERKEMBANGAN DUNIA
• FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL
• FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA
KURIKULUM
• FAKTOR KEHENDAK DAN KEPERLUAN
MASYARAKAT
• FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN
KEPENTINGANNYA
• PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar
terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil
perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di
antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua
kurilkulum tersebut ialah :

1. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada


aspek kesepaduan dan keseimbangan.
2. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni.
3. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
4. Pendidikan umum diperkenalkan
5. Pendidikan teknik dan vokasional.
6. Bahasa merentasi kurikulum.
7. Pemupukan budaya sains dan teknologi.
8. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga
ditegaskan.
9. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu
cabang ilmu pengetahuan.
10. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.
11. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan
diri dan bersikap berdikari.
FAKTOR POLITIK
Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Curriculum
Planning menyatakan " : "Curriculum Development
is also a political process. It requires dealing with
people and their various power bases and their
views of what makes for good education“ Wiles
Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum
Development : A Guide to Practice’ turut
menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan
dan perkembangan sesuatu kurikulum.
FAKTOR PERKEMBANGAN NEGARA DAN
PERKEMBANGAN DUNIA
• Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh
faktor pembangunan negara dan perkembangan
dunia. Negara yang ingin maju dan membangun
tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik.
• Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran
masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut
Hida Taba (1962) : "Technology has changed and is
changing not only the face of the earth and the
institutions of our society, but man itself "
perkembangan kurikulum haruslah sejajar
dengan pembangunan negara dan
perkembangan dunia. Kandungan kurikulum
pendidikan perlu menitikberatkan mata
pelajaran sains dan kemahiran teknik atau
vokasional kerana tenaga kerja yang mahir
diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan
canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)
FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL
• Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan
dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga
merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di
sekolah, nilai- nilai sosial yang diperlukan dalam dan
luar negara diserapkan. Dengan itu perkembangan
kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial
agar nilai- nilai murni dalam diri individu tidak
pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor,
1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA
KURIKULUM
Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat
dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu
disesuaikan mengikut peredaran masa.
Sehubungan dengan itu perancang kurikulum
bertanggungjawab menyemak semula dari masa
ke semasa. Pengguguran, perubahan atau
pertambahan terhadap kurikulum harus
dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak
masyarakat dan kemajuan negara.
Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu
pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara
pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat
diperkemaskinikan.

Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak


menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari
serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus
berlaku.

Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan


untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat
yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum
harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan
kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
FAKTOR MURID,KEHENDAK DAN KEPERLUAN
MASYARAKAT
• Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan
keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan
asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang,
bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri.
• Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat
memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu
dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk
akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang merangsang perkembangan potensi
mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek,
jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).
• Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil
kira keperluan murid serta mampu memberi faedah
secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan
perkembangan individu dalam bidang kognitif,
psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa
membentuk kurikulum tersebut.

• Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian


daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum
haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid
dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di
mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang
akan mereka hadapi kelak.
FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN
KEPENTINGANNYA
• Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat
yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih
sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu
yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang.
Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi
perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan
kehendak masyarakat dan negara.

• Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi


dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang.
Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia
dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat
disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman
PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN
• Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang
dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran
aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang
penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh
yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari
oleh kanak-kanak.

• Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ menganggap pembelajaran


sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G
untuk menghasilkan tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilkan
strategi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk
diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini
bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan
menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992).
• Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam
kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60’an. Dalam
pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru
berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam
gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti
pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif
dalam diri pelajar terhadap matematik.

• Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang


memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan
pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun
70’an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran
Matematik ditekankan kepada fahamanND binaan (konstuktivm)
dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. (Nik Aziz Nik
Pa,1992 )
Kesimpulan
• Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa
berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang
merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya.
Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan
keperluan pendidikan yang menjadi wadah penerus kemajuan
bangsa dan negara itu sendiri.

• Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan


perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara
satu sama lain. Dapat dikatakan bahwa faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan
idealisme dan perubahan keperluan masyarakat dan negara,
melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan.

Anda mungkin juga menyukai