Anda di halaman 1dari 11

TOPIK 3:

NOMBOR PERDANA
DAN NOMBOR
GUBAHAN

Konjektur Goldbach
Definisi Nombor Perdana

 Nombor perdana adalah integer positif p, di


mana p > 1 (p lebih besar daripada 1) jika ia
hanya boleh dibahagi oleh nombor positif 1 dan
p (dirinya sendiri).

 Contoh nombor perdana: 2, 3, 5, 7, 11,…

 Dalam perkataan yang lain, nombor perdana


adalah nombor yang mempunyai hanya
dua faktor positif sahaja.
Nombor Perdana adalah :
 nombor positif
 lebih besar daripada 1
 hanya boleh dibahagi dengan nombor 1
 hanya boleh dibahagi dengan nombornya sendiri sahaja.

Sekiranya nombor itu boleh dibahagi dengan nombor lain


selain 1 dan nombor sendiri, nombor tersebut bukan nombor
perdana.

Contohnya nombor 4.
 nombor 4 adalah positif – MEMENUHI SYARAT
 nombor lebih besar daripada 1 – MEMENUHI SYARAT
 nombor 4 boleh dibahagi dengan 1 = 4/1 = 4 – MEMENUHI
SYARAT
 nombor 4 boleh dibahagi dengan nombor sendiri (4) = 4/4 = 1-
MEMENUHI SYARAT
 TAPI.. nombor 4 boleh dibahagi dengan 2 – TIDAK
MEMENUHI SYARAT
 Jadi, dengan kata lain, nombor 4 bukanlah
nombor perdana.

 Hanya nombor 2 sahaja satu-satunya nombor


genap yang dinamakan Nombor Perdana.

 Sebagai info tambahan, terdapat 25 nombor


perdana dari nombor 1 hingga 100. Nombor-
nombor tersebut adalah :

2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37,


41, 43, 47, 53, 59, 61, 67, 71, 73, 79,
83, 89 dan 97
Nombor Komposit/ Nombor Gubahan (Composite
Number)

 Nombor komposit adalah integer q , di mana q > 1 dan


boleh dibahagi dengan nombor selain 1 dan dirinya
sendiri. Biasanya nombor komposit boleh ditulissebagai
hasil darab nombor perdana.
 Sebagai contoh : 30 = 2×3×5
 Contoh nombor komposit: 4, 6, 8, 9, 10,…

 Integer 2 adalah satu-satunya nombor perdana genap

 Integer 1 bukan nombor perdana. Hal ini kerana:


-nombor perdana perlu lebih besar daripada 1
-1 hanya mempunyai satu faktor positif sahaja
 Nombor komposit merupakan nombor integer bukan
negatif yang memiliki pembahagi positif selain satu atau
nombor itu sendiri. Dalam kata lain, jika n > 0 adalah
integer dan terdapat integer 1.

 < a, b < n sehinggakan n = a × b dengan


itu n merupakan komposit. Secara takrifan, setiap
integer lebih besar dari satu samaadanombor
perdana atau nombor komposit.

 Nombor satu merupakan satu unit - ia bukan nombor


perdana dan bukan komposit. Sebagai contoh, integer 14
merupakan nombor komposit kerana ia boleh di darab
sebagai 2 × 7. Samajuga, integer 2 dan 3 bukanlah
nombor komposit kerana setiap mereka boleh dibahagi
dengan satu dan nombor itu sendiri.
 Nombor komposit 105 pertama
4, 6, 8, 9, 10, 12, 14, 15, 16, 18, 20, 21, 22, 24, 25, 26,
27, 28, 30, 32, 33, 34, 35, 36, 38, 39, 40, 42, 44, 45,
46, 48, 49, 50, 51, 52, 54, 55, 56, 57, 58, 60, 62, 63,
64, 65, 66, 68, 69, 70, 72, 74, 75, 76, 77, 78, 80, 81,
82, 84, 85, 86, 87, 88, 90, 91, 92, 93, 94, 95, 96, 98,
99, 100,
102, 104, 105, 106, 108, 110, 111, 112, 114, 115, 116,
117, 118, 119, 120, 121, 122, 123, 124, 125, 126, 128,
129, 130, 132, 133, 134, 135, 136, 138, 140.

 Setiap nombor komposit boleh ditulis sebagai


hasilan 2 atau lebih (tidak semestinya distinct)
tunggal; tambahan lagi, perwakilan ini unik
sehingga peningkatan bagi faktor. Ini dikenali
sebagai teorem asas aritmetik.
Konjektur Goldbach

 Pernahkah anda dengar tentang


konjektur Goldbach? Konjektur ini
berkaitan dengan nombor perdana.
Konjektur Goldbach berbunyi seperti
berikut:

 Semua nombor asli genap yang besar


daripada 2 boleh ditulis sebagai jumlah 2
nombor perdana.
Contoh:
 4 = 2 +2,

 10 = 3 + 7 atau 5 + 5,

 100 = 89 + 11

 Perhatikan nombor-nombor yang


ditambahkan adalah nombor perdana.

 Bolehkahanda memberi contoh-contoh


yang lain? Ataupun anda boleh
membuktikan konjektur ini salah?
PENYELESAIAN MASALAH BUKAN RUTIN
MELIBATKAN NOMBOR PERDANA DAN
NOMBOR GUBAHAN

1. NOMBOR BERULANG
2. DARABAN NOMBOR-NOMBOR PERDANA

Anda mungkin juga menyukai