Anda di halaman 1dari 9

Elemen-elemen yang

mencabar penghayatan
amalan nilai murni
• Jurang antara generasi (generation gap)
• Ekonomi ---Jurang pendapatan
1. Jurang antara generasi (Generation Gap)

• Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden, anak-anak


muda mudah dipengaruhi oleh pelbagai fesyen pakaian dan
rambut, muzik, gaya perjalanan dan sebagainya.

• Perbezaan pandangan dan idea yang wujud di antara generasi


muda dengan generasi tua telah menimbulkan jurang
generasi di antara anak-anak dengan ibu bapa.
• Contoh 1
Ramli ingin mengikut fesyen rambut rakan-rakannya ataupun
rambut kumpulan popular yang digemari seperti berambut
panjang ala penyanyi rock.

Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut


agar panjangnya tidak melebihi kolar baju.

Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang


perlahan atau jenis instrumental dan lagu lama tetapi Ramli lebih
meminati lagu berunsur “pop” dan “rock”.
• Contoh 2
Ali gemar memakai seluar yang berfesyen “baggy” atau
“bokat”.
Menurut ayahnya, pakaian seperti itu tidak sesuai kerana
seluar itu terlalu besar kakinya.
Dengan itu, perselisihan faham akan timbul di antara ayah
dengan anaknya.

• Kesan: Sekiranya langkah tidak diambil untuk mengatasi


masalah ini, maka timbullah situasi di mana anak tidak
ingin balik ke rumah lagi dan mereka lebih gemar berfoya-
foya di pusat membeli-belah dan pusat-pusat hiburan.
Cara-cara mengatasi masalah jurang
antara generasi

1. Ibu bapa perlu menerangkan kesesuaian pakaian, fesyen rambut dan


sebagainya.
2. Pengetahuan agama dan pegangan moral generasi muda perlu
dipentingkan.
3. Ibu bapa perlu mengenali rakan-rakan anak yang didampingi.
4. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam permainan yang digemari anak-anak
seperti permainan catur, monopoli, badminton, bola sepak dan
sebagainya.
2. Ekonomi- Jurang Pendapatan
• Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menumpukan
perhatian untuk membangunkan ekonominya bagi mewujudkan
pembangunan sosial, keseimbangan antara kaum dan
meningkatkan pendapatan rakyat.

• Kesan dari pembangunan yang pesat telah menyebabkan


berlakunya proses urbanisasi, industrilisasi dan penghijrahan
masyarakat dari luar bandar ke bandar.
Contoh 1
• Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa
merancang cara-cara menambahkan pendapatan dengan
menjual insurans nyawa, alat-alat solek, jualan langsung (direct
selling), pelbagai jenis barangan kegunaan rumah dan
sebagainya.
• Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak dapat
memberikan asuhan dan didikan sebaik-baiknya kepada anak-
anaknya.
• Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung terhadap anak-
anak memang tidak dapat dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa
yang amat sibuk itu.
• Contoh 2
• Encik Ahmad cuba memaksimumkan keuntungannya dengan
menggunakan beberapa penipuan seperti membekalkan
barangan dengan timbangan berat yang tidak mencukupi,
mencampurkan gred beras yang kurang baik dengan yang baik
serta menyorokkan sesuatu barangan yang dijangka harganya
akan naik.
• Dengan ini, Encik Ahmad dikatakan tidak mempunyai sikap belas
kasihan, tidak bertimbang rasa serta tidak jujur.

• Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggota-anggotanya


bersaing untuk memiliki rumah yang lebih besar, jenis kereta
yang lebih besar dan lebih berjenama, dan kerap pergi
melancong.
Terima Kasih