Anda di halaman 1dari 30

MAKSUD KERANGKA

KONSEPTUAL
 Berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara
impirikal (pemerhatian atau ujian).

 suatu sistem koheren yang terdiri dari tujuan dan konsep asas yang
saling berhubungan, yang menjadi landasan bagi penetapan standard
yang konsisten dan penentuan sifat, fungsi, serta batas-batas sesuatu
kajian.

 Ia juga digunakan untuk membuat perbezaan konsep dan menyusun


idea.

 Kerangka konsep yang baik dapat menerangkan sesuatu yang sebenar,


dengan cara yang mudah untuk diingati.
Tahu
‘Reconceptualise’ Dan
Faham

Konsep
Belajar
Menganalisis
Mengajar Merancang

Menilai Proses
pengajaran
TAHU
DAN
FAHAM
Pengetahuan
 Sesuatu yang diketahui berkaitan dengan proses
pembelajaran. Proses belajar ini dipengaruhi pelbagai
faktor dari dalam seperti motivasi dan faktor luar berupa
sarana informasi yang tersedia serta keadaan sosial
budaya.
 Grossman, 1990,- pengajaran dan pembelajaran perlu
berasaskan pengetahuan matapelajaran / topik yang akan
diajar, konteks, pedagogi dan juga pengetahuan tentang
pelajar.

PPIK
 Melibatkan analogi, contoh, penerangan dan demontrasi
yang efektif, disamping mengambil kira latar belakang
pelajar. (Tengku Zawawi et.al 2009).
Pengetahuan Pedagogi
Isi Kandungan (PPIK)
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) “Satu
jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru
dan ia berdasarkan kepada guru mengaitkan
pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara
mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi
kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-
dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan
pengetahuan pedagogi isi kandungan.” (Shulman,
1987)
Konsep PPIK
 Membolehkan seorang guru mengajar dengan berkesan, ia
memerlukan satu siri pengetahuan dan kemahiran khas.

 Mempunyai pengetahuan isi kandungan yang mendalam merupakan


syarat utama yang mesti dipatuhi semua guru.

 Mempunyai pengetahuan isi kandungan yang mendalam merupakan


syarat utama yang mesti dipatuhi semua guru.

 Konsep PPIK Menurut Grossman & Schoenfeld (2005),


dalam usaha membantu murid memahami idea penting dalam suatu
mata pelajaran, guru mestilah mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang idea tersebut, termasuk bagaimana idea tersebut
berkait dengan idea lain dalam suatu disiplin

 Pengetahuan yang mendalam sahaja tidak mencukupi bagi mencapai


kefahaman murid. Guru perlu mentransformasikan pengetahuan yang
ada dalam mindanya kepada pengetahuan untuk pengajaran.
TAHU DAN FAHAM

 Guru yang tahu dan faham akan perkara pengajarannya


lebih yakin ketika proses pengajaran.

 Topik yang diajar disampaikan dengan jelas tanpa


sebarang kemusykilan.
MERANCANG
STRATEGI
MENGAJAR
Penulisan Hasil Pembelajaran/Objektif

 Objektif pembelajaran - realistik dan sejajar dengan aras


kebolehan serta minat murid.
 Merangkumi tiga aspek iaitu situasi, tingkah laku murid dan
tahap pencapaian murid.
 Objektif implisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang
ketara – cth : memahami, mengetahui atau menghargai
sesuatu yang telah diajar.
 Objektif eksplisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang
boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan,
memberikan contoh, menunjukkan cara yang betul terhadap
apa yang telah diajar.
 Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan
3 kriteria
I. Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur.
II. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku
III. Hasil yang akan murid perolehi.
Pemilihan Isi Pelajaran

Isi pelajaran hendaklah merangkumi segala konsep, prinsip,


fakta atau maklumat yang disampaikan dalam sesuatu. Guru
seharusnya mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

I. Penyusunan isi - relevan dengan objektif pelajaran.


II. Penyusunan isi mengikut urutan yang teratur, mudah
difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal.
III. Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman
sedia ada murid kepada pengalaman baru murid.
IV. Bahasa - sesuai serta istilah yang tepat digunakan.
V. Isi pelajaran yang dirancang mengcakupi masa yang
diperuntukkan.
VI. Isinya dikemaskini mengikut perkembangan semasa.
Pemilihan Strategi, Kaedah, Teknik dan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

 RPH dibina berasaskan beberapa pendekatan atau teori


pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktivisme,
inkuiri, dan masteri.

 RP yang mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan ini mampu


memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi menghasilkan
sebuah rancangan pengajaran yang mantap dan berkesan.

 Strategi merujuk kepada pemilihan pendekatan serta


kecekapan merancang kaedah dan teknik-teknik untuk
mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
Pemilihan Strategi, Kaedah, Teknik dan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
 Berikut adalah garis panduan yang boleh digunakan
ketika memilih strategi pengajaran :-

I. Berupaya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran


dan pembelajaran.
II. Perlu dipelbagaikan agar dapat mengekal minat murid-
murid
III. Haruslah berpusat kepada murid-murid dari segi minat,
keperluan dan aktiviti.
Pemilihan Strategi, Kaedah, Teknik dan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
 Seseorang pendidik perlu membuat perancangan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengetahuan
mata pelajaran dan pengetahuan tentang konteks,
pedagogi (Grossman, 1990), dan penilaian.

 Duncan-Andrade & Morrell, 2008 - Guru dapat menentukan


keperluan pengajaran dan kurikulum pembelajaran dengan
menggabungkan pengetahuan tentang pelajar dan budaya
semasa.
Pemilihan Strategi, Kaedah, Teknik dan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
 Abraham Maslow (teori keperluan) – memahami keadaan /
kehendak pelajar lalu memenuhinya.

 Contoh : Rancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran


mengikut tahap kemampuan pelajar.
PENGALAMAN
Belajar Dengan Pengalaman
 Morgan (Gino, 1988: 5) - belajar adalah merupakan
sesuatu yang relatif tetap dari tingkah laku akibat
daripada pengalaman.

 Langeveld (1980) – mendidik anak-anak dengan konsep-


konsep fenomena yang pernah dialami.

 Merupakan budaya pembelajaran responsif (Gay,2000)


Belajar Dengan Pengalaman
 (Morgan, 1988) - belajar adalah proses perubahan tingkah
laku melalui pengalaman. Pengalaman itu boleh berupa
pengalaman langsung mahupun pengalaman tidak
langsung.

 Pengalaman langsung –
I. Diperoleh hasil daripada aktiviti sendiri.
II. Dapat mempermudahkan pelajar dalam memahami sesuatu yang
abstrak menjadi lebih konkrit dan secara langsung kemungkinan
kesalahan persepsi akan dapat dihindari.
Belajar Dengan Pengalaman
Contoh :
I. Guru menyediakan komputer untuk digunakan oleh pelajar
semasa pengajaran pengoperasian komputer.

II. Dalam pengendalian kenderaan, guru membimbing pelajar


menggunakan kenderaan yang sebenarnya. Demikan juga
memberikan pengalaman bermain gitar, menjahit, dan lain-
lain.
MENILAI
Menilai
 Guru perlu menilai dari masa ke masa :

I. Memahami tahap keupayaan, kemahiran atau


pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar dalam
perkara yang hendak diajar – ujian diagnostik.
II. Memastikan pelajar memperoleh pengetahuan
daripada pengajaran (Popham, 2008 - Penilaian sumatif
dan formatif).
III. Keberkesanan alat-alat bantu yang digunakan dalam
pengajarannya.
IV. Aktiviti pembelajaran supaya sesuai dengan tahap dan
kebolehan pelajar.
V. Jika terdapat kekurangan dan kegagalan, guru perlu
mempunyai kemahiran menukar dan mengubahsuai
mengikut kehendak dan keperluan aktiviti pengajaran
pembelajaran.
Menilai
VI. Jika terdapat kekurangan dan kegagalan, guru perlu
mempunyai kemahiran menukar dan mengubahsuai
mengikut kehendak dan keperluan aktiviti pengajaran
pembelajaran.

Contoh :
- Sejarah - pelajar anggap suatu matapelajaran yang membosankan.
Maka perlu menggunakan BBM yang menarik dan menyeronokkan
bagi mendapatkan hasil yang optimum.

- Bagi pelajar yang sangat lemah aktiviti seperti kuiz mudah perlu
diadakan supaya secara tidak langsung melibatkan mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
MENGANALISIS
Menganalisis
 Guru perlu menganalisis situasi kelas sesuai dengan
persoalan yang muncul.

 Contohnya: proses komunikasi dalam kelas, suasana kelas


semasa aktiviti pembelajaran, mendokumentasikan jenis
soalan pelajar, mengumpulkan hasil kerja pelajar.

 Ini semua merupakan data-data yang diperoleh dalam


kelas – yang boleh membantu penelitian guru demi
penambahbaikan / pengolahan.

 Dengan cara ini para guru dapat mengkonsepsi


pengetahuan dan memperbaiki proses belajar -mengajar
dalam kelas.
Menganalisis
 Cara guru menganalisis:

I. Membuat dokumentasi proses pembelajaran dalam kelas


seperti catatan penting peristiwa belajar mengajar di kelas,
cara berkomunikasi antara satu sama lain,
mendokumentasikan pembelajaran para pelajar.

II. Daripada data dokumentasi itu guru perlu membuat peta


persoalan dan permasalahan yang sering dihadapi oleh pelajar
sepanjang perjumpaan dalam kelas.

III. Selepas pengumpulan data boleh membuat hipotesis untuk


mengenalpasti penyelesaian.
‘RECONCEPTUALISE’
‘Reconceptualise’
 Proses di mana guru-guru mempelajari kaedah pengajaran
sendiri dan menentukan cara-cara yang terbaik untuk
mengajar murid-murid.

 Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru-guru


mempelajari apa yang berjaya dan apa yang tidak berjaya
dalam bilik darjah.

 Guru-guru akan mempelajari apa yang penting dan apa yang


perlu dielak dalam pembelajaran dan pengajaran yang akan
datang.
‘Reconceptualise’
 Apabila direnung kembali sesuatu tindakan dan akibatnya,
guru-guru bukan sahaja mengingati perkara tersebut tetapi
juga memikirkan keputusan yang menyebabkan perkara
tersebut berlaku.

 Kembali faktor-faktor penyebab dan hasil tindakan guru-


guru akan memberi pengertian kepada mereka untuk
mengelak perkara-perkara yang kurang berkesan dan
memperbaiki segala tindakan mereka.

 Guru-guru yang cekap dalam mengamalkan refleksi juga


akan mengalami proses pembelajaran dan pengajaran yang
lebih bermutu.
‘Reconceptualise’
 Dengan mengamalkan refleksi kendiri, golongan pendidik
Malaysia mampu sentiasa meneliti dan menerima
kelemahan sendiri serta menjadikannya sebagai asas
untuk sentiasa memartabatkan profesion keguruan
selaras dengan teras PIPP.

 Dalam kajian Efikasi Pensyarah Dan Hubungannya dengan


Kompetensi Pensyarah Teknikal Politeknik Malaysia, Wan
Noorani Wan Kamaruddin dan Mohammed Sani Ibrahim
(2010)
TERIMA KASIH