Anda di halaman 1dari 29

Malaysia: Kesepaduan dalam

Kepelbagaian
HASIL PEMBELAJARAN
 Menjelaskan konsep perpaduan dan
kesepaduan serta era penting hubungan
etnik
 Memahami hubungan etnik berdasarkan
perspektif kesepaduan sosial
 Memahami konsep akomodasi, akulturasi,
amalgamasi dan asimilasi
PENGENALAN
 Di Malaysia, sepanjang 55 tahun merdeka,
yang diketengahkan hubungan etnik adalah
konflik. Namun hubungan etnik yang
positif sebenarnya lebih banyak.
 Oleh itu, konsep kesepaduan sosial
diutarakan untuk menjelaskan fenomena
yang berlaku di Malaysia.
Malaysia
Perpaduan atau Kesepaduan?
Perpaduan dalam kepelbagaian
Konsep perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in
diversity) dari perspektif :
 Ilmu Psikologi Sosial – wujudnya dalam pemikiran
rasa ‘kesatuan’ walauapun berbeza dari segi fizikal
(wilayah) dan psikologikal, yang meliputi juga
konteks metafizikal
 Ilmu Antropologi-sosiologi
1. Epistemologi - suatu rumusan yang menyimpulkan
dan mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus
dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan
sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka
2. Ontologikal - perlunya mengurus dan menyusun
perbezaan ini adalah, pada umumnya, atas keinginan untuk
mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam sesebuah
masyarakat yang rencam keanggotaan kelompok sosialnya
agar dapat meraih kesenangan dan mungkin juga
kemewahan material.
Walau bagaimanapun ada pihak yang menggunakan
perbezaan sosial untuk pejuangkan kesukuan, chauvanisme
melalui keganasan/mewujudkan keadaan tidak aman.
 Manusia sedar hakikat kehidupan mesti hidup bersama
manusia dari kelompok sosial yang lain dan berbeza.
Oleh itu, mereka terus mencari jalan dan mengatur
berbagai-bagai cara supaya perbezaan tidak menjadi
halangan untuk hidup aman dan produktif!
Definisi Perpaduan

 Perpaduan = unity is uniformity


'perpaduan‘ ialah keSAMAan atau keSATUan -- satu
bangsa, satu agama, satu bahasa, satu negara, yang
juga merupakan kata-kata slogan.
 unity is uniformity hanyalah suatu gambaran tentang
suatu masyarakat yang sempurna yang tidak boleh
menjadi kenyataan (utopia)
soalan
Berdasarkan konsep dan definisi perpaduan
dalam kepelbagaian…

Adakah Malaysia sudah mencapai


perpaduan?
Perpaduan Malaysia

Kesepaduan Sosial
Konsep Kesepaduan Sosial
 Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh
idaman mendalam terhadap perpaduan
yang seharusnya pula mempengaruhi para
anggota masyarakat tersebut untuk
merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan
yang dianggap sebagai prasyarat mencapai
perpaduan.
 Konsep kesepaduan adalah lebih realistik
dalam konteks Malaysia.

 Kesepaduan sosial merupakan pra syarat


untuk mencapai perpaduan

 Oleh itu, konsep kesepaduan sosial


diutarakan untuk menjelaskan fenomena
yang berlaku di Malaysia.
Perbandingan: Malaysia & Sri Lanka
1. Cerita Malaysia: umumnya aman dan stabil tapi
ranjau sepanjang jalan tetap ada
 Era Konflik 1945-1960
 Era ‘Tegang tapi Stabil 1961-1970
 Era Kesepaduan Sosial 1971- 2011
A | ERA KONFLIK (1945 – 60)
 Pasca Perang Dunia Kedua (PD2)
◦ Rusuhan etnik - konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang
tercetus daripada tindakan Bintang Tiga selama 14 hari selepas
tamatnya penaklukan Jepun
◦ Huru-hara Buruh - Pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat
mengorganisasi rusuhan dan mogok ini telah ditangkap dan
pertubuhan mereka diharamkan dan Penglibatan Bintang Tiga dengan
membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai
Siput sehingga diisytiharkan darurat dan tamat pada 1960.

 Tiang seri pembinaan semula


◦ Keselamatan
◦ Pembangunan Lima Tahun 1950-1955
◦ Perundingan Etnik – penggubalan perlembagaan
B | ERA TEGANG TAPI STABIL
(1961 – 70)
 Pembentukan Malaysia 1963: Perjanjian 20 perkara dengan Sabah dan
Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak
 Konfrontasi 1963-66 – Malaysia-Indonesia (neo-colony)
 Konflik etnik terbuka 1964 & 1969
◦ Julai& September 1964, Singapura (dlm Malaysia)
◦ 13 Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain
 Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965
 Cara atasi
◦ Majlis Perundingan Rakyat
◦ Jabatan Perpaduan, Rukun Negara
◦ Dasar Ekonomi Baru
C | ERA KESEPADUAN SOSIAL
(1971-2011)
 40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada
2011 peristiwa Kg. Medan yang mengingatkan
bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk
kesepaduan sosial.
 Harapan untuk ‘perpaduan’ tetap ada: 1Malaysia
 Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia:
Hubungan stabil, sama ada di Peringkat Masyarakat,
Negara, Pasaran = M+N+P- meskipun sewaktu
krisis global.
 Masyarakat Malaysia yang matang:
◦ Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan
◦ Konflik wujud, namun masih hidup dalam
kesepaduan
ANTARA KONFLIK SOSIAL & KESEPADUAN SOSIAL|
perbandingan Malaysia & Sri Lanka (1945-2011)
MALAYSIA

1948 - 1960 1964 1969 2001

1945 2011

1940-1950 1951-1960 1961-1970 1971-1980 1981-1990 1991-2010

SRI LANKA
KEAMANAN ditakrif sebagai “the absence of violence” (GPI 2011). Konflik berdarah berlaku di Malaysia dan Sri Lanka semenjak 1945. Bukti
menunjukkan bahawa keadaan kesepaduan sosial mendominasi hidup di Malaysia di Sri Lanka didominasi oleh pertumpahan darah,
meragut lebih dari 100,000 nyawa. Untuk sebuah analisis perbandingan terbaik sila lihat, Sirimal Abeyratne, “Economic Development and
Political Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, “ South Asia Economic Journal 9:2(2008): 393-417
Global Peace Index

2007 2008 2009 2010 2011


World World World World World
Ranking Ranking Ranking Ranking Ranking
37. Malaysia 37. Malaysia 26. Malaysia 22. Malaysia 19. Malaysia

Asia Ranking Asia Ranking Asia Ranking Asia Ranking Asia Ranking
9. Malaysia 8. Malaysia 6. Malaysia 4. Malaysia 4. Malaysia

2012 2013 2014


World World World
Ranking Ranking Ranking
20. Malaysia 29. Malaysia 33. Malaysia

Asia Ranking Asia Ranking Asia Ranking


4. Malaysia 6. Malaysia 6. Malaysia
SEMINAR PEMBINAAN BANGSA Warisan,
Watan dan Wawasan Hubungan Etnik di
11 MEI 2015 Malaysia. Hotel Flamingo, Kuala Lumpur 17
Potret Hubungan Etnik di Malaysia
• Negara Malaysia dengan kerencaman demografi
terus kukuh, maju dan membangun malah disegani
oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang
etnik.
• Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu
bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang
baik.
• Malaysia berjaya mencapai tahap negara
berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang
daripada 50 tahun.
• Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan
dalam kepelbagaian amat penting.
Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik

 Terdapat pandangan - masyarakat yang memiliki


kerencaman budaya, bahasa, agama seperti di
Malaysia akan terpisah dan terasing mengikut
kumpulan etnik masing-masing.
 Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara
kumpulan etnik dan berlaku kepupusan ciri-ciri
etnik.
 Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.
 Media massa kerap memotretkan hubungan etnik
di Malaysia dalam perspektif yang sempit -
membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam
laporan berita.
 Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di
Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk
menganalisis dan memahami setiap permasalahan
yang wujud dalam masyarakat.
 Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat
Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan,
saling bersaing khususnya antara kumpulan yang
berlainan etnik dan agama.
 Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai
teras memahami permasalahan masyarakat di
Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya,
masyarakat hidup dalam aman dan stabil.
Menelusuri Hubungan Etnik
daripada Perspektif Konflik
 Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan
nuansa ideologi orientalisme pada asasnya adalah
untuk “membezakan” kumpulan dalam masyarakat
agar wujud sempadan binari yang jelas antara
mereka yang menjajah dengan mereka yang
terjajah.
 Mereka yang terjajah pula dikategorikan secara
pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan ciri-
ciri fisiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang
diesensialisasi dan diitlakkan secara mudah dan
cetek.
 Ditambah dengan konflik 13 Mei, darurat
Memahami Hubungan Etnik daripada
Perspektif Kesepaduan Sosial

 Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian


sejarah – membina struktur sosial, ekonomi, politik
dan budaya.
 Masyarakat Malaysia bersifat dinamik – membina
kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan
harian secara langsung dan tidak langsung secara
berterusan.
 Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi –
mekanisme untuk mengekalkan toleransi.
Menelusuri Hubungan Etnik
daripada Perspektif Konflik
 Paradigma alternatif ini bukan bertujuan untuk
menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai
satu cara pandang yang memberi tempat yang
lebih wajar kepada sisi positif dalam menganalisis
dan memahami hubungan etnik.

 Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar


kerana hakikatnya aspek yang lebih dominan
dalam kehidupan seharian dalam kalangan
masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan
konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial.
Hubungan Saling Terkait dan Saling
Bergantungan
 Jalinan hubungan sosial secara berterusan
terbina dalam kalangan anggota
masyarakat Malaysia merentas etnik,
agama, budaya dan bahasa menerusi
interaksi sesama mereka.
 Umpamanya, nasi yang dimakan oleh
 pelajar selepas keluar dari bilik kuliah
melibatkan pelbagai etnik
Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian
 Paradigma kesepaduan sosial lebih memberi
tumpuan kepada takrifan terhadap interaksi
seharian yang dibentuk oleh anggota masyarakat
itu sendiri berbanding dengan takrifan yang
dibentuk oleh autoriti
 Takrifan autoriti seperti negara, misalnya,
cenderung bersifat tetap dengan sempadannya
yang tidak boleh diubah. contohnya, takrifan
Melayu oleh negara sebagaimana yang
termaktub dalam Artikel 160.
Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian
 Takrifan harian oleh masyarakat awam
kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam, pelbagai
dan terdapat tolak ansur, akomodasi serta saling
memahami dalam kalangan mereka untuk
memastikan kehidupan seharian mereka dapat
diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik.
 Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap
takrifan harian oleh anggota masyarakat dan takrifan
harian dalam konteks hubungan etnik ialah pelekat
sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia yang
majmuk, pelbagai dan rencam ini secara sosialnya
bersepadu.
Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi,
Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi
 Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi,
akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat
yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan
toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan
sosial yang wujud pada hari ini.
 Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak mudah
terpengaruh untuk bertindak secara melulu, emotif dan
menggunakan kekerasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan.
 Masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit
sebanyak terikat dengan suatu bentuk kesepaduan sosial yang
baik dan organisasi sukarelawan masyarakat dan individu
daripada pelbagai etnik dan agama
Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi,
Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi
 takrifan yang diberikan oleh anggota masyarakat
dalam acuan besar bercirikan Malaysia adalah
merujuk kepada interaksi dan hubungan sehari-
hari yang berlaku antara mereka melalui proses
rundingan sosial yang berterusan.
 Proses ini ditunjangi oleh unsur-unsur
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi
yang merupakan inti pati penting untuk
memahami hubungan etnik di Malaysia dari
perspektif kesepaduan sosial.
Kesimpulan
 Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah,
terutama jika terdapat usaha sedar berpunca daripada
tindakan authority-defined dan topdown yang dapat
melengkapkan dan menjamin kelangsungannya dan
meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah
masyarakat majmuk itu
 adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan
ini sebagai “kesepaduan dalam kepelbagaian” (cohesion
in diversity) dan bukan “perpaduan dalam
kepelbagaian” (unity in diversity).

Anda mungkin juga menyukai