Anda di halaman 1dari 1

Sekolah Bersih dan Ceria

Dari paya lari ke kali,


Si ibu angsa lari dikejar;
Kelas saya ceria sekali;
Dengan selesanya saya belajar.

Bunga raya daun selasih,


Dari desa dibawa si dara;
Kelas saya sangat bersih
Saya berasa amat gembira.

Ikan seluang beli di Tapah,


Ikan kelah beli di desa;
Sisa dibuang ke dalam tong sampah,
Kantin sekolah bersih sentiasa.