Anda di halaman 1dari 51

Tajuk 4

Model-
model
Pengajaran
Taj
Definisi Model Pengajaran
 Sebagai satu kerangka yang merangkumi keadaan
kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yg
dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk
murid kita.
 dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus
& unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan
pengajaran

 Perihalan seelok-eloknya direka bentuk agar


bersesuaian dengan pelbagai setting PdP, dan
diubahsuai agar selaras dengan gaya pembelajaran
murid serta kehendak kandungan matapelajaran
berkenaan
Apakah itu Model Pengajaran ??

 Menyediakan struktur hala tuju untuk guru

Panduan kepada guru untuk merancang


persediaan mengajar yang lengkap dan
mengikut tatacara yang sistematik sebagai
rujukan semasa mengajar
“Hasil pembelajaran yang paling penting
sekali mungkin adalah untuk
meningkatkan kebolehan murid-murid
untuk belajar dengan lebih mudah dan
berkesan kelak akibat perolehan
pengetahuan dan kemahiran serta
penguasaan proses pembelajaran”

Joyce,B. & Weil,M. 2003


Kategori Model-model pengajaran
Model Pemprosesan Maklumat
Model Behavioural
Model Sosial
Model Personal

Implikasi model-model
pengajaran terhadap PdP
Pengajaran konsep
model Inkuiri
pemprosesan Ekspositori

Pengalaman
Langsung
model
behavioral Pembelajaran
masteri
model-model
pengajaran Pembelajaran
model Koperatif
sosial
Main peranan
& Simulasi

model
personal Synectics
1. Model Pemprosesan Maklumat
Berfokus kepada naluri semula jadi untuk
memahami dunia dengan lebih mendalam
melalui langkah-langkah sistematik dan
berurutan iaitu :
– Kepekaan terhadap masalah yang timbul
– Pemerolehan dan penyusunan maklumat
– Penjanaan cara-cara penyelesaian yang
sesuai
– Pengembangan konsep yang berkenaan
 Membekalkan maklumat & konsep
 Menegaskan tentang pembentukan konsep
dan pengujian hipotesis
 Menjana pemikiran kreatif / meningkatkan
kebolehan intelek umum
 Mengkaji kendiri dan masyarakat demi
mencapai matlamat pendidikan peribadi
dan sosial
Pengajaran konsep

 Konsep merupakan blok-blok pembinaan


asas di mana pelajar mengorganisasi
pemikiran dan komunukasi mereka
 Direka bentuk untuk meningkatkan
kecekapan murid-murid mempelajari dan
seterusnya mengembangkan konsep-
konsep
 Menunjukkan cara-cara persembahan
maklumat yang berkesan bagi pelbagai
jenis tajuk dan mengaplikasikan pada setiap
tahap perkembangan

 Satu pelajaran konsep merangkumi 4 fasa/


langkah:
1. Kemukakan maklumat
2. Contoh input
3. Ujian untuk pencapaian konsep
4. Analisis proses-proses pemikiran pelajar
 Pengajaran konsep juga menunjukkan cara
penyampaian dan penjelasan konsep
dengan berkesan.

 Cara yang dimaksudkan adalah:


 Inkuiri
 Pengajaran ekspositori
Inkuiri
 Murid membekalkan diri dalam proses
penaakulan bagi mengasahkan kemahiran-
kemahiran menyoal dan membuat
kesimpulan, serta membina dan menguji
konsep dan hipotesis
 Agak ketara digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains
 Penemuan
 Pendekatan induktif
Ekspositori
 Dikemukakan oleh Ausubel dipengaruhi
oleh teori perkembangan kognitif piaget
 Model ini berkisar tentang bagaimana
individu belajar banyak bahan yang
bermakna daripada pelajaran verbal/ teks
 Proses utama dalam pembelajaran ialah
subsumpsi, iaitu menggabungkan maklumat
baharu ke dalam maklumat sedia ada.
Dalam ekspositori, manusia memperoleh
pengetahuan melalui resepsi atau penerimaan
dan bukan penemuan.
Menekankan pembelajaran verbal yang
bermakna, bukannya pembelajaran hafalan.
Menggunakan pendekatan deduktif, iaitu
daripada umum kepada spesifik.
 Berbanding dengan inkuiri, ia hanya
menyampaikan isi pelajaran kepada
murid.
 Tidak menggalakkan untuk memikirkan /
menyoal tentang apa yang dipelajari.
 Memastikan bahawa pelajari apa yang
sepatutnya dipelajari.
 Tumpuan menjadi tidak fokus sekiranya
situasi tidak berubah dan menjejaskan
perhatian dan motivasi.
 Sertakan dengan projek secara hand-
on, demonstrasi, penggunaan slaid/
transparensi supaya murid akan
memberi perhatian yang rapi
 Secara tidak langsung akan membawa
kepada peningkatan dari segi
kesedaran, usaha, perhatian dan
motivasi
Implikasi Pendekatan Ausubel
terhadap PdP
Implikasi contoh

Input amat penting. Sebelum mengajar


Guru harus topik “ perbandingan
menggunakan kaedah antara karnivor dengan
ekspositori untuk herbivor”, pelajar perlu
menyampaikan konsep- menguasai fakta dan
konsep dalam satu konsep tentang kedua-
topik . dua jenis haiwan.
Implikasi contoh

Bahan pembelajaran Jika guru ingin


( input) disusun atur mengajar topik
dengan baik. Guru perlu “Haiwan Darat”, guru
bermula dengan boleh menggunakan
penyusun awal dalam satu penyusun awal
pengajarannya untuk dalam bentuk gambar-
menggerakkan minda gambar haiwan dan
pelajar menerima input ciri-cirinya.
yang baharu.
Implikasi contoh

Idea dan konsep perlu Pelajar dilibatkan


bermakna. Guru dalam proses
digalakkan untuk pembelajaran seperti
menyusun isi pelajaran mengumpulkan
secara berperingkat maklumat, analisis,
agar pelajar dapat sintesis dan
menerima menyimpul
pembelajaran yang pembelajaran.
berkesan.
Implikasi Contoh

Memperkaitkan Guru perlu mengaitkan


konsep-konsep baharu input baharu dengan
ke dalam struktur pengetahuan sedia ada
kognitif sedia ada akan agar pelajar dapat
memudahkan ingatan menyimpan dalam
kembali semula. skema secara tersusun.
Implikasi Contoh

Pembelajaran Guru ingin mengajar


deduktif diamalkan di tentang konsep segi tiga,
mana guru akan guru perlu memberikan
memberikan prinsip definisi dan ciri-ciri segi
prinsip am sebelum tiga, sebelum
memberikan memberikan pelbagai
contoh-contoh jenis tiga segi yang
spesifik. spesifik.
2. Model Behavioral

 Mempunyai mekanisme pembetulan


kendiri yang berupaya untuk
mengubahsuai tingkahlaku
berdasarkan maklumbalas tentang
sejauh mana kita berjaya melakukan
tugas yang diberikan.
Pengajaran langsung

 strategi berpusatkan guru


 guru menyampaikan isi pengajaran
secara langsung kepada murid serta
menstruktur masa pengajaran agar
dapat mencapai hasil pembelajaran
yang ditetapkan serta
mengembangkan kemahiran yang
hendak diajar secara langkah demi
langkah.
 Strategi pengajaran yang digunakan oleh
guru untuk memudahkan cara
pembelajaran
 Sesuai dengan umur pelajar dan
berperingkat-peringkat
 bagaimana tingkah laku di dalam bilik
darjah mendapat ganjaran.
 Sesuai utk pengajaran kemahiran-
kemahiran asas – pelajaran terarah
matlamat & persekitaran pembelajaran
berstruktur.
 Cth: mengajar bacaan dan matematik
Prinsip-prinsip Pembelajaran Langsung
:
1 6

2 5

3 4
1. Pengenalan
topik dan maklumat yang disampaikan

2. Perkembangan
penerangan, huraian, contoh atau model

3. Amalan terbimbing
Peluang diberikan untuk melatih apa yang
diharapkan
4. Penutup

 mengakhiri pelajaran – rumusan

5. Latihan kendiri
 tugasan diberikan untuk mengukuhkan
pembelajaran

6. Penilaian
 kemajuan dinilai untuk menentukan tahap
penguasaan
Pembelajaran Masteri

 Kaedah pengajaran secara individu


yang menggunakan kurikulum
berstruktur yang dibahagikan kepada
unit-unit kecil pengetahuan dan
kemahiran yang akan dipelajari.
 Untuk menyesuaikan pengajaran agar
memenuhi faktor perbezaan individu
dalam kalangan murid-murid
 Isi pelajaran disusun daripada mudah
kepada kompleks sebelum
disampaikan kepada murid secara
individu melalui bahan / resos
pengajaran yang sesuai
 Murid dapat belajar mengikut kadar
masing-masing (self-paced)
 Diuji dengan menggunakan pelbagai
bentuk ujian
 Bagi peluang untuk mengulangi unit
yang belum dikuasai
 Berasaskan andaian bahawa semua
murid berupaya untuk menguasai
kemahiran-kemahiran penting yg
terkandung dalam kurikulum 
guru bertanggungjawab utk
merealisasikan andaian itu
 kumpulan tradisional, pemulihan dan
pengayaan secara individu.
Maka tugas-tugas pendidikan ialah :
– Memastikan bhw murid-murid mempunyai
kemahiran yg diwajibkan sebelum boleh maju ke
unit yg berikut
– Melakukan analisis tugas agar lebih bersedia
untuk mengajar unit yg berkenaan
– Menyatakan hasil pembelajaran terlebih dahulu
sebelum merancang aktiviti pembelajaran yg
sesuai
– Menyediakan pelbagai bahan pengajaran bagi
pengajaran semula mana-mana unit pelajaran
yang difikirkan perlu
– Menyediakan ujian-ujian pelbagai bentuk bagi
setiap unit yang berkenaan
3. Model Sosial

 Direka cipta untuk mengambil peluang


demi membina komuniti pembelajaran
 Bertujuan membantu pelajar
menajamkan pemikiran melalui
interaksi dengan orang lain serta cara
bekerjasama dengan individu lain
secara produktif dan bagaimana
dapat berfungsi sebagai seorang ahli
dalam pasukan/ kumpulan.
 Memperkembangkan perspektif
individu dan kumpulan dalam
memperjelas dan mengembangkan
idea-idea.
 Murid-murid bekerjasama menyiapkan
tugas akan lebih berjaya menjana
tenaga berbentuk kolektif
Model-model yang terkandung dalam
kumpulan model sosial:
 pembelajaran koperatif
 main peranan
 simulasi
Pembelajaran koperatif …

 Perkembangan konsep dan kemahiran


melalui kerja berkumpulan
 Selain daripada meningkatkan
kemahiran sosial dan perpaduan, ia
juga mempunyai impak ke atas
pencapaian akademik dan
harga diri murid-murid
Pembelajaran koperatif …

 Aktif, berpusatkan pelajar


 satu pasukan yang heterogen, saling
bergantung, tidak bersaing sesama mereka,
tetapi sama-sama menuju kepada
pencapaian satu matlamat secara
berpasukan
 guru memainkan peranan dalam
menstrukturkan kumpulan dan prosedur
6 konsep Pembelajaran koperatif
 Pasukan - bil. ahli, heterogen
 keinginan untuk bekerjasama - peraturan, peranan dll
 pengurusan koperatif -
pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan
sistem ganjaran atau penghargaan
 kemahiran bekerjasama - pemodelan dan peneguhan,
tugasan main peranan, penstrukturan dan refleksi.
 prinsip asas pembelajaran koperatif - PIES
ketidakbergantungan positif (P: Positive Independence)
Akauntatabiliti individu (I: Individual Accountability)
Penglibatan seimbang (E: Equal Participation)
Interaksi bersemuka (S: Simultaneous Interaction)
 struktur pembelajaran koperatif (expert group, rainbow group,
think-pair-share etc)
Main Peranan
 Kaedah kumpulan berorientasikan proses,
di mana pelajar berlakon atau
simulasikan situasi kehidupan sebenar
 Membantu murid-murid untuk memahami
tingkah laku sosial, peranan mereka dalam
interaksi sosial, dan cara-cara
menyelesaikan masalah dengan lebih
berkesan.
Membantu mereka mengumpul serta
mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial,
mengembangkan sifat empati terhadap orang
lain, dan menambahbaikkan kemahiran sosial
mereka.
Membantu pelajar yang pasif dan membina
keyakinan diri
 Contoh: berlakon konflik yg timbul, & memainkan
peranan watak yg berkenaan.
 Dengan ini, mereka akan lebih peka terhadap
masalah sosial yang timbul dalam kehidupan dan
memperoleh celik akal bagi menangani masalah.
Simulasi

 Menggabungkan maklumat mengenai satu-


satu kemahiran melalui demonstrasi,
praktis dan latihan khusus sehingga
kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh
murid-murid.
 Membantu murid-murid untuk melihat
perwakilan objek yang sebenar.
 Contoh: katakan kita ingin mengajar
mengenai cara membedah seekor katak.
Adalah disyorkan agar menunjukkan
pembedahan bersifat simulasi dengan
menggunakan komputer
 Dengan ini,murid-murid akan didedahkan
untuk melihat sendiri kandungan katak
sebelum mereka melakukan pembedahan
secara individu, berpasangan atau
kumpulan kecil.
4. Model Personal

 Berpegang kepada unsur keperibadian


individu
 Menerapkan pendidikan supaya kita dapat
memahami diri sendiri dengan lebih baik,
bertanggungjawab terhadap pendidikan
kita dan belajar ke arah pencapaian yang
lebih optimum daripada kini
Menekankan pembentukan kendiri
seseorang individu dan mendorong pelajar
untuk berdikari serta mempunyai kesedaran
diri
Tujuan utama adalah membentuk personaliti
yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan
Model-model yang berfokuskan konsep-
konsep yang diutamakan oleh ahli humanistik

– Pengajaran fasilitatif: berasaskan kaedah


yang dipelopori oleh Rogers dan
berpusatkan murid.
– Peningkatan kesedaran kendiri: bertumpu
kepada mengembangkan kesedaran dan
penunaian potensi masing-masing
– Synectics: Memberi perhatian kepada
perkembangan dan aplikasi kreativiti.
Synectics
 Elemen utama dalam synetics adalah
penggunaan analogi, iaitu pelajar
menggunakan analogi untuk menyelesaikan
masalah / membentuk idea-idea baru
 Mengajar kemahiran menyelesaikan
masalah, aktiviti penulisan dan bidang lain
 Dalam konteks bilik darjah, murid-murid
akan mengikut satu siri bengkel sehingga
mereka berupaya untuk mengaplikasi
prosedur-prosedur tertentu secara individu
dan berkumpulan koperatif.
 Dengan ini, murid-murid akan menjadi
lebih kreatif & bebas daripada
kongkongan pemikiran bersifat rigid
 Mereka akan memperoleh satu
kerangka pemikiran dan perspektif
baru
 Memupuk rapo & kemesraan antara
satu sama lain serta menggalakkan
penglibatan yg aktif
Implikasi model personal
dalam pengajaran dan pembelajaran

Menekankan individu sebagai insan yang


unik dan cabaran untuk membentuk
personaliti yang berintegrasi, penuh keyakinan
dan kompeten.
Kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsi,
tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu
dan berinteraksi dengan guru.
Implikasi model-model pengajaran terhadap
P&P

 Guru-guru permulaan seelok-eloknya


memperoleh koleksi / himpunan model yang
terdiri daripada sekurang-kurangnya satu
model daripada setiap kumpulan model
tersebut untuk dijadikan panduan & rujukan
mereka.
 Bagi guru-guru yang berpengalaman,
mereka digalakkan untuk memperoleh
model-model tambahan dari masa ke
semasa.
Implikasi model-model pengajaran terhadap
P&P
 Gabungkan model-model daripada
kumpulan model yang berlainan dari sesi
pengajaran
 Kesan yang berlainan akan diperoleh
melalui model yang berlainan
 Guru yang berkesan perlu menguasai
beberapa model seterusnya berusaha untuk
mengasah yang sedia ada dan
menambahkan yang baru kepada senarai
lama sepanjang tempoh profesion keguruan
Pengajaran konsep
model Inkuiri
pemprosesan Ekspositori

Pengalaman
Langsung
model
behavioral Pembelajaran
masteri
model-model
pengajaran Pembelajaran
model Koperatif
sosial
Main peranan
& Simulasi

model
personal Synectics

Anda mungkin juga menyukai