Anda di halaman 1dari 46

EDUP2033 PEDAGOGI

5. KONSEP PEDAGOGI, PENDEKATAN,


STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK
PENGAJARAN

KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN

KLL_2017_IPGKTI
5. KONSEP PEDAGOGI, PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK
PENGAJARAN

KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN


• Perbincangan - Flipped classroom
• Gamification - Blended Learning
• Demonstrasi - Pembelajaran berasaskan projek
• Simulasi - Pembelajaran berasaskan masalah
• Main Peranan - Inquiry based education
• Penyelesaian Masalah
• Teknik Penggunaan Media dlm b.darjah
ULANGKAJI: GAMBARAN KESELURUHAN

• Model
• Strategi
• Pendekatan
• Kaedah
• Teknik
KANDUNGAN STRATEGI

STRATEGI

Pendekatan

Kaedah

Teknik

Kaedah

Pendekatan

STRATEGI
PERBINCANGAN…
• Aktiviti kumpulan
• Murid2 berinteraksi  memberi pendapat/cadangan/idea
• Guru bersama murid membuat kesimpulan pada akhir sesi
• Tugas guru menentukan peraturan asas:
(i) Ketua dipilih – kordinasi perbincangan
(ii) Pelapor mengambil nota & membentangkan laporan
(iii) Ketua pastikan semua ahli diberi peluang yg sama utk bercakap;
elak perbalahan persendirian; ahli kumpulan berfokus kpd
tugasan diberi
• Membina keyakinan kendiri; semangat kerjasama, rasa hormat
• Soalan divergen
• Ringkasan idea-idea utama pd akhir sesi
…PERBINCANGAN
• 3 objektif pengajaran:
(i) meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar membina
kefahaman kandungan
(ii) merangsang penglibatan
(iii) membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi dan proses
pemikiran
• Elemen penting
(i) Matlamat & objektif - pembelajaran berbentuk proses bukan
pencapaian hasil akhir – murid aktif
(ii) Saiz kumpulan yg ideal -- 6-8 org
(iii) Susun atur bilik – susunan berbentuk bulatan, separa bulatan, ‘U’,
‘Y’ , berbentuk rantai
(iv) Pemilihan tajuk - relevan, merangsang minat murid, cth: isu-isu
berkontroversi dan dilema moral
GAMIFICATION…
• ‘bermain’ adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan
bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodic (Fromberg, 1987)
• Kategori bermain mengikut fungsinya:
bermain sebagai kemajuan / kuasa / fantasi / main
• kanak-kanak belajar & mengenali persekitaran atau dunianya melalui
penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba-jaya & manipulasi alatan.
• Bermain satu proses semula jadi yg menghubungkaitkan alam fizikal
kanak-kanak dgn alam spiritual, pemikiran, kreativiti, perlambangan, idea,
peranan serta pengalaman masa depan kanak-kanak
• Bermain merupakan satu pendekatan terancang & berstruktur bagi
memberikan peluang kpd murid belajar dlm suasana yg tidak begitu
formal, menyeronokkan, bebas & selamat, bersemangat ingin tahu,
meneroka serta mencuba & meningkatkan kemahiran.
…GAMIFICATION
• Memupuk perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan
psikomotor dan perkembangan sosioemosi.
• Proses bermain - kanak-kanak dapat pengalaman langsung yg memberikan
kesan pembelajaran yg bermakna
• Bermain sambil belajar – sifat kompetitif – murid melafazkan emosi
• Aktiviti permainan:
(i) Manipulatif – teka-teki, catur, daun terup
(ii) Fizikal yg kerap – kelas Pendidikan Jasmani
(iii) Permainan Bahasa – silang-kata, Sahiba, permainan perkataan
(iv) Permainan Matematik – pengiraan matematik, Monopoli, Sudoku
• Aktiviti permainan sekolah rendah: bermain dgn bahan konkrit
(permainan air/bola/kotak pasir); permainan ‘imaginari’; bermain dgn
menjelajah; mengambil keluar & meletak balik bhgn2 permainan spt dlm
permainan blok & ‘Logo’
DEMONSTRASI
• Murid2 ditunjukkan pertunjukan model utk diperhatikan  mrk boleh
jalankan aktiviti dgn cara yg sama / cara yg lebih baik
• Pertunjukan dlm bentuk siaran langsung, tayangan atau klip video
• Demonstrasi guru/murid di hadapan kelas -- ‘hands-on’ – aktiviti/
prosedur/ langkah pengajaran
• Langkah2:
(i) Penerangan – jelas, objektif pelajaran, kaitkan pengetahuan lepas
(ii) Demonstrasi – menerangkan dgn jelas sementara dilakukan
(iii) Pencapaian murid2 - murid jalankan
(iv) Penilaian – murid beraksi/berlakon/bermodel sendiri, guru
gredkan
SIMULASI
• Berpusatkan pelajar
• Penglibatan murid aktif dan secara langsung
• Sering guna Teknik penemuan & Teknik penyoalan utk membuat
kesimpulan; menganalisis maklumat & menaakul dlm mencari
rumusan
• Guru sebagai pembimbing kpd murid utk membuat kesimpulan
• Langkah2:
(i) sebelum PdP, guru memperkenalkan contoh2 yg sesuai
(ii) Guru – penjelasan lebih berkaitan kandungan pelajaran
(iii) Guru memberi contoh2 khusus pelbagai, cukup, sesuai
(iv) BBM bantu murid faham syarat2 / peraturan permasalahan
(v) Guru – mengikuti urutan fakta & konsep dgn teliti
(vi) Murid kenalpasti corak terpapar & analisis semua contoh2.
Selesaikan dgn membuat peraturan umum
MAIN PERANAN…

• Murid memainkan peranan dlm satu drama ringkas atau lakonan


• Murid dapat memahami tingkah laku sosial, peranan mrk dlm
interaksi sosial & cara2 selesaikan masalah social dgn lebih efektif
• Murid mengumpul & mentadbirkan maklumat mengenai isu2 sosial,
berasa empati utk org lain; meningkatkan kemahiran sosial mrk
• Murid pasif libatkan diri; murid berinteraksi & berkomunikasi;
meningkatkan kemahiran penyoalan & cari maklumat tambahan;
melafaz perasaan mrk dgn Bahasa & aksi yg betul
… MAIN PERANAN

• Prinsip2:
(i) beri peluang kpd murid utk melihat, bincang & berfikir mengenai
masalah mrk hadapi & memahami diri mrk sendiri dgn baik
(ii) melatih murid lakonkan watak2 berlainan, mengalami sendiri
situasi pembelajaran, peluang tunjuk bakat mrk
• Aktiviti main peranan:
(i) melakonkan sesuatu watak
(ii) mencerminkan murid2 spy mrk boleh lihat bagaimana tingkahlaku
mrk dilihat oleh org lain
(iii) mendemonstrasi & melatih satu kemahiran spesifik
PENYELESAIAN MASALAH …

• Proses mental yg memerlukan murid2 utk berfikir secara kreatif &


kritikal utk mencari idea2 alternatif & langkah2 utk menyelesaikan
masalah, mempersembahkan idea2 / cadangan2 baru, membuat
keputusan yg terbaik
• Meningkatkan keyakinan kendiri murid2
• Menggalakkan interaksi sosial yg positif di kalangan murid2
• Beri peluang kpd murid utk menunjukkan kreativiti, bakat & potensi
• Guru kemukakan soalan2 divergen mengenai permasalahan;
masalah berkaitan topik2 diajar dlm pelbagai mata pelajaran
… PENYELESAIAN MASALAH

• Langkah2 Teknik penyelesaian masalah


(i) Mengenalpasti satu masalah
(ii) Memahami satu masalah
(iii) Menentukan penyelesaian alternatif utk sesuatu masalah
(iv) Mencari penyelesaian baru utk satu masalah
(v) Membuat kesimpulan & menilai penyelesaian
TEKNIK PENGGUNAAN MEDIA DLM BLK DARJAH

• Contoh-contoh
• Rujuk juga Blended Learning
FLIPPED CLASSROOM…1
• Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik
• Idea daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007)
menghasilkan softwere untuk merakam bahan pengajarannya dalam
bentuk persembahan Power Point video podcasts dan video atas
talian untuk menyampaikan pengajarannya di luar waktu PdP dan di
luar bilik darjah
• Semasa sesi interaksi bersemuka di dalam bilik darjah, guru
membimbing pelajar melakukan aktiviti kolaboratif dan membuat
latihan dalam konsep masteri.
FLIPPED CLASSROOM…2

• satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak memanfaatkan


penggunaan teknologi.
• pelajar ‘belajar di rumah dan buat homework di sekolah’.
• Peranan guru sebagai tutor , membantu pelajar apabila menghadapi
masalah dlm menyelesaikan tugasan, mengasimilasi maklumat &
mencipta idea-idea baru.
• Guru tidak perlu lagi menyampaikan pelajaran awal seperti
pembelajaran tradisional. Senario ini membolehkan guru mempunyai
banyak masa di dalam kelas yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti-
aktiviti pengukuhan dan pengayaan dalam pembelajaran berasaskan
projek, di samping dapat memberi tumpuan kpd keperluan pelajar
secara individu.
FLIPPED CLASSROOM…3
PdP tradisional PdP Flipped Classroom
Di sekolah : Di rumah atau di luar waktu PdP:
- Guru menyajikan pelajaran, - Guru membekalkan bahan
mengurus perbincangan kelompok pengajaran secara dalam talian.
dan membuat rumusan. - Murid menonton video, mencatat
- Semasa waktu PdP, guru berada di fakta penting dan membuat
hadapan kelas dan mengajar secara pertanyaan.
langsung di hadapan murid. - Guru dan murid boleh berinteraksi
- Guru membekalkan latihan dan secara individu dalam talian.
tugasan untuk murid selesaikan di
rumah dan akan dibincangkan pada Di sekolah:
sesi PdP berikutnya. - Guru bersama murid membahaskan
kesalahan konsep, menyelesaikan
Di rumah atau di luar waktu PdP: tugasan, membuat amali dan ujian.
- murid membuat latihan dan
penyelidikan. - Guru melaksanakan aktiviti
- guru dan murid tidak ada interaksi. bimbingan dan pengukuhan.
FLIPPED CLASSROOM…4
• Tiada model khusus untuk pengajaran kaedah Plipped Classroom
• Pelajar boleh belajar tanpa struktur yang rigid dan mereka banyak
menghabiskan masa untuk mengikuti dan mentelaah pelajaran di atas
talian. Pelajar mungkin diminta melihat beberapa rakaman kuliah
selama lima hingga tujuh minit untuk setiap satu rakaman. Setiap
satu rakaman diikuti dengan kuiz atas talian untuk menguji kefahaman
mereka tentang apa yang telah dipelajari secara interaktif. Pelajar
boleh mengulang tayang segmen yang kurang difahami untuk
kefahaman yang lebih jelas dan mengelakkan kekeliruan
• Di dlm bilik darjah, guru membincangkan topik yg telah dipelajari &
membuat pengukuhan dengan menggalakkan pelajar bekerjasama
membina dapatan baru, di samping memantau kemajuan pelajar.
FLIPPED CLASSROOM…5
Ciri-ciri:
• waktu interaksi guru dgn murid di dlm bilik darjah spt biasa
ditambah lagi dgn interaksi secara atas talian di luar jadual waktu
kerja
• persekitaran pembelajaran lebih luas & tanggungjawab yg perlu
dilakukan oleh murid lebih banyak
• kaedah pembelajaran langsung & pembelajaran konstruktivist boleh
digabungkan
• murid yg tidak hadir ke sekolah juga dapat mengikuti pengajaran guru
• wujud sebuah kelas yg dapat menghubungkan semua murid dlm
pembelajaran.
FLIPPED CLASSROOM…6
FLIPPED CLASSROOM…7
• Tiga kunci utama utk mengukur kejayaan Flipped Classroom
- tahap kerja rumah yang dikuasai murid
- kualiti bahan pengajaran guru
- kualiti produktiviti pembelajaran

Apakah alat untuk menyediakan bahan Plipped Classroom?


• tujuh alat asas & penting, yg perlu dibangunkan oleh guru sebagai
tapak untuk menjayakan kaedah pembelajaran maya ini
• Google docs, YouTube, Teachem, The Flipped Learning Network,
Camtasia Studio, Edmodo, Creately
• Guru perlu menyediakan bahan pengajaran untuk dikongsi secara
maya
FLIPPED CLASSROOM…8
Apakah kelebihan Flipped Classroom ?
• Kesan penggunaan teknologi dalam kaedah Plipped Classroom dapat mengawal
interaksi murid ke arah yang lebih positif. Mereka terpaksa menggunakan banyak
masa secara maya untuk membaca dan memahami bahan kuliah, memberi
maklum balas kepada guru dan berbincang bersama rakan sekelas. Murid juga
perlu membuat catatan sendiri dan menyediakan soalan-soalan untuk
dibincangkan pada waktu interaksi bersemuka bersama guru dan rakan di dalam
bilik darjah pada esoknya.
• Guru terdorong untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti
dalam bentuk video, dan mesra pengguna.
• Waktu interaksi bersemuka antara guru dan murid adalah untuk mengadakan
pembelajaran hands-on, amali dan demonstrasi guru serta melakukan aktiviti
berbentuk projek yang kreatif secara individu dan berkumpulan untuk
menerapkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
FLIPPED CLASSROOM…9
Apakah kaedah Flipped Classroom berkesan?
• Pengajaran flip telah terbukti dapat mengurangkan kadar keciciran
dalam kalangan pelajar, dan dapat meningkatkan kualiti belajar
pelajar
• pelajar yang tidak mempunyai akses kepada internet di luar sekolah -
guru2 membekalkan CD atau thumb-drive yang dimuatkan dengan
video bahan pengajaran guru
• Bagaimana pula jika pelajar datang ke kelas tanpa menonton video
pengajaran guru? Guru tidak perlu merumitkan keadaan pelajar.
Benarkan mereka menontonnya di suatu sudut atau pasangkan
mereka dengan pelajar yang telah menonton video berkaitan.
BLENDED LEARNING…1

• kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid yg menggabungkan


amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka dalam bilik
darjah dengan penggunaan teknologi sebagai pengantara seperti
komputer dan rangkaian internet serta media digital.
• guru menggunakan lebih daripada satu kaedah menyampaikan
pengajaran kepada pelajar.
• Pengaruh perkembangan TMK telah meluas diadaptasi dalam
pengurusan pedidikan, lebih-lebih lagi dalam proses PdP
BLENDED LEARNING… 2

• Apakah ciri-ciri guru Blended Learning?


• Guru yang berjaya melaksanakan kaedah Blended Learning memiliki
kualiti diri yg
- inovatif iaitu suka mencipta sesuatu yg baru & sentiasa berusaha
menghasilkan yg terbaik
- koperatif iaitu boleh bekerjasama dengan rakan guru lain untuk
menjayakan sesuatu projek, tinggi daya membimbing iaitu sentiasa
suka membantu dan peka kepada keperluan pelajarnya
- sangat analitikal dlm menghasilkan bahan sumber pembelajaran dan
menyampaikan pengajaran.
BLENDED LEARNING

• Model pengajaran Blended Learning mewujudkan lima pola interaksi :


• 1. Interaksi pelajar dengan pelajar.
• 2. Interaksi pelajar dengan guru.
• 3. Interaksi pelajar dengan komuniti.
• 4. Interaksi pelajar dengan bahan pembelajaran.
• 5. Interaksi pelajar dengan teknologi.
BLENDED LEARNING
BLENDED LEARNING
• Bagaimana strategi mengaplikasi Blended Learning?
• Guru boleh menggunakan isu yang berkaitan topik dalam video yang ditayangkan
untuk menggalakkan perbincangan kelas.
• Pelajar diberi masa 3 minit untuk merujuk web wiki mengenai isu dan konsep
yang dipaparkan.
• Pelajar dalam kumpulan diminta membincangkan isu dan mengagih tugas
menyelidik. Pada akhir perbincangan semua pelajar akan mendapat tugasan
untuk menyelidik isu yang difokuskan dan mengumpul maklumat
• Pada minggu berikutnya maklumat yang pelajar temui perlu dimuatnaik ke dalam
blog untuk dikongsi bersama rakan kelas.
• Pelajar-pelajar mengadakan perbincangan dalam talian melalui e-mail eGroup dan
komen alam weblog.
• Guru mendorong pelajar untuk mengemaskini wiki setelah isu utama selesai
dibincangkan.
• Setiap kumpulan perlu membuat persembahan dan direkod dalam audio MP3.
• Dua minggu kemudian setiap persembahan kumpulan diminta muat naik ke
blog pelajar, twiter mata pelajaran dan dropbox kelas. Slaid pembentangan
dan gambar projek boleh dimuatkan untuk Flick.com.
• Guru membimbing murid membuat latihan pembelajaran dlm rangkaian
antarabangsa. Orang luar & pakar dari seluruh dunia dijemput utk menambah
komen kepada blog pelajar.
• Ketika wiki sedang panas, bahagian itu akan dipindahkan ke wikipedia.org.
Sementara itu, pelajar-pelajar boleh mengawasi sumbangan sumber bahan
dari produktiviti mereka. Dalam masa yang sama, pengajaran kelas boleh
berganjak kepada topik berikutnya.
BLENDED LEARNING
Keberkesanan kaedah Blended Learning
• usaha memupuk pelajar melakukan pembelajaran melalui dan
menggunakan rangkaian teknologi.
• Kreativiti guru membimbing pelajar dan mencetuskan idea-idea
pembelajaran konstruktivist yang digabungjalin dengan teknologi yang
sedia ada.
• Impak positif amalan Blended Learning - menarik minat murid untuk
terus belajar. Persekitaran pembelajaran dan proses PdP akan menjadi
lebih aktif, penyampaian ilmu menjadi lebih pantas dan proses
pemindahan ilmu kepada pelajar menjadi lebih mudah dan limpahan
ilmu itu menjangkau ke peringkat global.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

• guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh pelajar. Guru akan


memberikan arahan serta penjelasan tentang projek yang agak
kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan.
• Murid dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-
on serta dengan melakukan sedikit kajian.
• Pendekatan ini menggalakkan pelajar untuk menyoal secara
mendalam, meningkatnya rasa ingin tahu, membuat pilihan dan
memberi pandangan, melibatkan audien secara terbuka dan membina
kemahiran membuat refleksi.
• Proses yang dilalui untuk menjayakan sesuatu projek membolehkan
pelajar menguasai isikandungan dan kemahiran-kemahiran yang
disarankan dalam pedagogi masa kini.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

• Pembelajaran berasaskan projek adalah berfokuskan tugasan amali


secara sistematik dan terancang, biasanya melibatkan kutipan serta
analisis data dan menyediakan satu laporan yang betul.
• Aktiviti projek boleh dijalankan secara individu atau dalam kumpulan
untuk mencapai sesuatu tujuan dan mengambil masa yang panjang
serta mejangkau waktu pembelajaran formal.
• Pelajar dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan
masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan
projek. Hasil projek dipaparkan dalam bentuk laporan, artifak atau
lain-lain, dan perlu dibentangkan.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Ciri-ciri dan amalan Pembelajaran Berasaskan Projek :
• Projek boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
• Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yg
siap.
• Praktikalnya mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
• Interaksi guru dan murid berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap
proses.
• Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan secara lengkap.
• Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses
maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri.
• Projek harus sesuai dengan murid dan kurikulum.
• Projek yang dipilih berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan
kebolehan pelajar.
• .
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting?
• mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan
pelajar yang pelbagai,
• menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan
perhatian dalam proses PdP,
• menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan,
• menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran
menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri,
• mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema & isu-isu
komuniti,
• menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat,
• memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan
gaya pembelajaran yang berbeza.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Strategi melaksanakan pembelajaran berasaskan projek dalam PdP


• i. Memberi tugasan mengikut kurikulum.
• ii. Tugasan mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar.
• iii. Pelajar terlibat sepenuhnya.
• iv. Menentukan jadual kerja.
• v. Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
• vi. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
• vii. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
• viii. Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
• ix. Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
• x. Penyediaan JPT (jadual penentu tugasan) dan PMM(Panduan Mmberi Markah).
• xi. Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek.
• Xii. Memastikan pelajar membuat refleksi disepanjang pelaksanaan projek.
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN (4 FASA) PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN (4 FASA) PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
• Problem based learning atau pembelajaran berasaskan masalah
adalah satu kaedah pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif
untuk membuat keputusan atau mencapai sasaran tertentu. Dalam
konteks ini, masalah yang mampu diselesaikan oleh pelajar berbentuk
perkataan, teka-teki, kuiz atau aplikasi kemahiran matematik dalam
situasi sebenar. Kaedah ini melibatkan aktiviti seperti simulasi,
perbincangan dan eksperimen, dimana pelajar akan terlibat secara
langsung dan memainkan peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran.
• Contoh masalah; Ainee, pelajar Tingkatan Dua dan anak sulung. Dia mempunyai seorang adik
lelaki berusia sebelas tahun dan seorang adik perempuan berusia sembilan tahun. Mereka
berpakat untuk membuat jamuan khas untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapanya
yang ke lima belas. Masalahnya mereka tidak ada pengalaman memasak dan tidak cukup wang.
Jika anda berada ditempat Ainee, bagaimanakah anda menyelesaikan masalah ini?
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
prosedur
• Berikan soalan bermasalah sejurus selepas pelajar memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang berkaitan.
• Soalan yang dibina berdasarkan aras kebolehan, pengalaman dan
pengetahuan lalu pelajar.
• Pada peringkat permulaan aktiviti penyelesian masalah, guru harus
perjelaskan ciri-ciri atau situasi masalah itu.
• Berbincang dengan pelajar tentang berbagai cara yang boleh mereka pilih
untuk menyelesaikan masalah tersebut.
• Guru tidak perlu membuat ketetapan untuk pelajar tentang cara yang patut
diikuti untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Beri peluang pelajar
melalaui proses pemikiran bersama rakan kumpulan atau secara individu.
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
• Pengajaran yang menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah
akan berkesan jika guru dapat memahami dan mengikuti prosedur berikut:
• Berikan soalan bermasalah sejurus selepas pelajar memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang berkaitan.
• Soalan yang dibina berdasarkan aras kebolehan, pengalaman dan
pengetahuan lalu pelajar.
• Pada peringkat permulaan aktiviti penyelesian masalah, guru harus
perjelaskan ciri-ciri atau situasi masalah itu.
• Berbincang dengan pelajar tentang berbagai cara yang boleh mereka pilih
untuk menyelesaikan masalah tersebut.
• Guru tidak perlu membuat ketetapan untuk pelajar tentang cara yang patut
diikuti untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Beri peluang pelajar
melalaui proses pemikiran bersama rakan kumpulan atau secara individu.
INQUIRY BASED EDUCATION / INKUIRI PENEMUAN
• Pendekatan konstruktivist
• Murid membina pengetahuan sendiri berasaskan kpd pengetahuan
semasa mereka
• Guru menyediakan peluang2 pembelajaran kondusif – cipta situasi di
mana murid2 dapat selesaikan masalah2 mrk
- reka pelajaran berkaitan dgn pengetahuan lepas
• Murid menyoal sendiri, buat penyiasatan & cara2 utk cuba idea2 mrk
- berkomunikasi pembelajaran mrk melalui penulisan jurnal,
presentasi lisan, lukisan, carta, graf dll
- sentiasa ubahsuai penerangan sambal belajar
• Mungkin mengambil masa yg lama
• Instruksi sains, matematik, kajian sosial, instruksi pembacaan
Inkuiri terbimbing Inkuiri terbuka

- Guru diperlukan membimbing - Murid-murid tidak diberi


pelajar-pelajar menjalankan sebarang bimbingan. Semua
semua proses kajian. proses kajian dijalankan oleh
murid sendiri.
- Inkuiri jenis ini sesuai
digunakan pada peringkat - Inkuiri terbuka sesuai
sekolah rendah dan sekolah digunakan pada peringkat
menengah rendah. sekolah menengah atas dan
peringkat lebih tinggi.
INQUIRY BASED EDUCATION / INKUIRI PENEMUAN
• Pendekatan konstruktivist
• Murid membina pengetahuan sendiri berasaskan kpd pengetahuan
semasa mereka
• Guru menyediakan peluang2 pembelajaran kondusif – cipta situasi di
mana murid2 dapat selesaikan masalah2 mrk
- reka pelajaran berkaitan dgn pengetahuan lepas
• Murid menyoal sendiri, buat penyiasatan & cara2 utk cuba idea2 mrk
- berkomunikasi pembelajaran mrk melalui penulisan jurnal,
presentasi lisan, lukisan, carta, graf dll
- sentiasa ubahsuai penerangan sambal belajar
• Mungkin mengambil masa yg lama
• Instruksi sains, matematik, kajian sosial, instruksi pembacaan
INQUIRY BASED EDUCATION / INKUIRI PENEMUAN
Apakah prinsip Inquiry Based Education?
• Memilih topik kajian mengikut objektif pelajaran dan kebolehan murid.
• Menyediakan peralatan untuk menjalankan kajian.
• Memberi taklimat kepada pelajar mengenai tujuan kajian.
• Memastikan pelajar telah memahami langkah melaksanakan kajian.
• Guru membimbing murid membuat kajian pada setiap peringkat.
• Guru ditegah memaklumkan jawapan atau kesimpulan kajian kepada
pelajar.
• Memastikan aktiviti kajian dijalankan oleh murid sendiri.
• Memantau aktiviti pelajar supaya tidak menyeleweng daripada kaedah
kajian.
• Bincangkan hasil dapatan kajian murid di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai